my nuff

Kancil Berlumba-lumba

Masa on the way nak balik opis tengah hari tadi, Ain nampak 2 kancil ni..
Bukan kancil yang ni

sumber dari google


Tapi kancil yang ni hehehe
 
gambar hiasan ihsan google

Ain rasa diorang ni berlumba.
Kus semangat... jalan dua lane boleh jadi tiga lane...
Mentang-mentang kecik, diorang ni cilok sana cilok ni.
Camna nak cakap, bila kita berhati-hati, ada gak yang tak bape nak cerdik bawak kete macam ayah diorang punya...
Sabar jelah kan...

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 20

BAHAGIAN 20


JUNE melempar bola boling yang seberat sebelas paun itu. Bola tersebut meleret di trek dak kemudian menumbangkan tujuk pin daripada sepuluh pin yang berada di situ. June menghentakkan kakinya.

“Alah… tak habis pula.” June merungut perlahan. Dia tersenyum pada Nik Arif yang turut tersenyum melihat gelagatnya. Sebenarnya fikiran pemuda itu sedang menerawang ke tempat lain.

You ni macam tak da mood aja kenapa?” June bertanya pada Nik Arif yang hanya tersenyum.

June sudah memaut tangan pemuda itu. Dibiarkan. June terlalu berani!

“Tak adalah. I cuma letih aja. Kerja banyak di pejabat tadi.” Nik Arif memberi alasan.

Jene menelefon dia sebentar tadi untuk mengajak dia pergi bermain boling. Mahu tak mahu dia terpaksa pergi. Mulanya dia memberi beberapa alasan tetapi June tetap merengek-rengek. Sejak akhir-akhir ini seperti ada sesuatu yang membuat dia tidak begitu bersemangat baik bekerja mahupun ketika bersendirian. Dia terasa kosong secara tiba-tiba. Apa yang dilakukan tidak begitu menggembirakan. Mungkin dia sedang merindukan seseorang.

“You ingat girlfriend ke, sejak dari tadi I tengok you termenung aja.”

Nik Arif memang selalu termenung sekarang. Ada seseorang yang sedang memenuhi fikirannya dan dia dipagut rindu yang teramat.

“Tak adalah June, hari ni kita balik awal sikitlah ya? I ada kerja sikit di rumah.”

June merenung wajah Nik Arif yang kelihatan tidak bermaya. Perempuan itu kemudian merengus perlahan.

“Alah… kalau dah tahu tak mahu keluar kenapa keluar juga tadi!” June merengek.

Nik Arif merenung wajah June. June memang cantik., kulitnya putih dan tubuhnya kurus. Namun June tidak pernah lekang dengan make-up. Dia teringatkan Atiqah. Mengingati gadis itu menyebabkan dia rasa hidup dan dia memang rindukan atiqah. Dia tidak tahu kenapa perasaan itu yang timbul. Pertama kali dalam hidupnya dia merindukan seseorang. Inikah yang dinamakan cinta? Dia tidak pernah merasakannya dan dia tidak mengetahuinya sebelum ini. Kini dadanya benar-benar sakit dan jiwanya benar-benar tidak bermaya.

“Lama Iqa ke New Zealand?” Nik Arif teringat dia bertanya Atiqah ketika menghantar gadis itu ke lapangan terbang.

Pada mulanya Atiqah mahu memanggil teksi sahaja tetapi emaknya yang berkeras menyuruhnya menghanta Atiqah. Kebetulan dia mahu ke Seremban, jadi dia bersetuju. Lagipun sejak akhir-akhir ini dia tidak tahu kenapa dia begitu menyenangi Atiqah.

“Tengoklah, seminggu dua… kalau seronok, lama sikit.”

Nik Arif ketawa kecil, merenung Atiqah yang tenang di sebelahnya.

“Jangan tak balik, sudah.” Dia mengusik.

Atiqah hanya diam.

“Manalah tahu sangkut mat salih kat sana ke.” Usik Nik Arif lagi, mahu melihat reaksi Atiqah.

“Macam muka saya ni ada ke orang nak, Encik Nik?” Atiqah ketawa kecil. Merenung wajah Nik Arif yang sedang merenungnya.

Nik Arif tersenyum.

“Mat salih sopak pun tak mahu!” Atiqah menyambung kata.

Nik Arif tersenyum lebar. Dia merenung sekilas pada wajah Atiqah yang tenang. Atiqah hanya memakai kemeja berlengan panjang yang dilipat hingga ke siku. Itulah pakaian yang selalu dipakai oleh gadis tersebut, berjean hitam dan memakai tudung hitam. Entah berapa banyak seluar jean hitam yang Atiqah ada., desis hati Nik Arif. Dia tidak pernah melihat Atiqah memakai jean berwarna lain sementara kemeja Atiqah memang banyak. Dia tersenyum sendirian apabila memikirkan yang dia sudah mula memikirkan tentang pakaian Atiqah.

“Jangan Iqa, orang buta pun tahu Iqa cantik.” Nik Arif melihat Atiqah mengerutkan dahinya. Mereka berpandangan dan akhirnya kedua-duanya ketawa.

“Encik Nik ke Seremban buat apa?” Tanya Atiqah perlahan.

Nik Arif mengangkat bahunya.

“Biasalah… kerja Iqa. Nanti Iqa kerja di mana? Kata nak tukar kerja!” Tanya Nik Arif. Kalau boleh sekarang dia mahu tahu lebih banyak tentang Atiqah. Dia mahu tahu siapa Atiqah yang sebenarnya.

“Sesekali bertukar angin Encik Nik. Dalam hidup apa yang perlu kita lakukan mesti menggembirakan. Tak kiralah kerja apa. Itu prinsip saya. Gaji sikit tak apa, asal hati senang.”

Nik Arif ketawa kecil mendengarnya. Atiqah memang aneh, fikirnya.

“Bekerja di syarikat komputer ke?” Tanya Nik Arif.

“Mana encik tahu?” Tanya Atiqah perlahan.

Nik Arif tersengih. Dia hanya mengagak. Dia tahu Atiqah begitu berkebolehan dalam bidang komputer.

“Iqa ke New Zealand masih nak bawa laptop? Jangan jadi Sandra Bullock… susah nanti identiti kena delete tak pasal-pasal!” Usik Nik Arif.

“The Net. Itu cuma cerita aja, mengarutlah.” Atiqah ketawa.

Nik Arif merenung Atiqah sekilas, hatinya berdebar-debar. Tidak tahu kenapa. Ketawa Atiqah benar-benar menyenangkan telinga. Begitu menghiburkan. Celaka!

“Lama Iqa ke New Zealand?” Nik Arif bertanya, dia rasa sedih tiba-tiba.

“Dua atau tiga minggu.” Atiqah membalas pertanyaan Nik Arif walaupun Nik Arif sudah bertanya soalan yang sama kepadanya sebentar tadi.

“Tentu Nik rindukan Iqa. Tak ada orang nak Nik ajak main squash nanti.” Dia mendengar Atiqah ketawa lagi.

“June selalu main boling, dia tak pernah ajak ke?”

Nik Arif terdiam. Adakah Atiqah merasakan yang dia ada apa-apa hubungan dengan June?

“June tu bukan boleh harap sangat.” Nik Arif berkata sendiri. Dia melihat jam di pergelangan tangannya, masih ada masa kalau dia membawa kereta perlahan sedikit. Dia boleh berbual dengan Atiqah sepuas-puasnya.

“Encik Nik cakap apa?”

“June tu… mahu ke dia keluar dengan Nik?” Tanya Nik Arif perlahan. Sebenarnya bukan itu yang mahu dicakapkan. Dia benar-benar kesal.

“Kenapa tak. Encik Nikkan sukakan dia, dia pun rasanya sukakan Encik Nik. Gadis secantik dia memang layak untuk Encik Nik. Encik Nik pula tampan.”

Ikhlas ke Atiqah, Nik Arif tertanya-tanya sendiri tetapi Atiqah nampaknya begitu tenang.

June? Mahu sahaja dia ketwa. Selepas beberapa kali keluar dengan June, dia merasakan tidak ada yang cantik pada gadis tersebut.

“Mengarutlah Iqa ni, kami tak ada apa-apalah.”

“Nik ni handsome ke Iqa?” Tanya Nik Arif mengusik.

Atiqah ketawa sambil mengangguk mengiakan. Ikhlas.

“Jangan malu Encik Nik, lepas saya balik nanti saya boleh tolong Encik Nik.”

Nik Arif ketawa besar. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan June. Gadis itu terlalu kebendaan, terlalu ramai teman lelaki dan sosial. Lagipun June jenis yang lepas cakap.

“Tolong apa?” Dia menduga Atiqah.

Atiqah tersengih.

“Tolong apa saja untuk mendapatkan apa yang Encik Nik mahukan.”

“Jangan Iqa, nanti saya mati tak makan.”

Atiqah mengerutkan dahinya, tak faham dengan kata-kata Nik Arif.

Make-up aja, boleh habis setengah bulan gaji saya, belum makan pakainya lagi.” Sambung Nik Arif. Dia merenung Atiqah sekilas sambil tersengih-sengih. Dia melihat Atiqah diam.

“Tolong jangan cakap pada June apa yang Nik cakap ni, mampus Nik nanti!” Nik Arif mengusik lagi.

“Tipikal lelaki Encik Nik, bawa perempuan keluar tetapi belakang mengutuk.” Atiqah mencebir.

“Tapi saya tak pernah kutuk Iqa.” Nik Arif membela diri.

“Boleh percaya ke, saya tak percaya Encik Nik tapi saya tak akan mendesak supaya Encik Nik mengaku, terpulanglah. Kalau ada, saya maafkan. Kita manusia, salah silap tu biasalah…”

Nik Arif hampir tercekik mendengarnya. Beberapa kali mukanya diraup perlahan. Atiqah seolah-olah menyindirnya.

“Kenapa dengan you, Nik? Sekejap termenung, sekejap senyum. Teruk betullah!” June menampar bahu Nik Arif yang sudah duduk, tidak mahu menyambung permainannya yang terhenti.

“Kita baliklah June, I penat.” Nik Arif sudah mengambil begnya.

June merengus geram. Sepanjang jalan dia melihat Nik Arif diam. Sakit hatinya.

“Kenapa dengan you ni, diam aja. You ada masalah?” Jari-jemari June mengusap lembut lengan Nik Arif.

Nik Arif hanya memandang. June memang terlalu berani.

“Datanglah rumah malam ni, Iqa pun tak ada di rumah.” June merengek perlahan. Jarinya sudah berada di dada Nik Arif.

Nik Arif menolak lembut tangan June. Tiba-tiba sahaja dia merasa jelik dengan perlakuan June.

“Lama Iqa cuti?” Tanya Nik Arif.

June menegakkan badannya semula, kemudian merengus perlahan.

“Entah, I tak tanya pun.” Direnungnya wajah Nik Arif. Nik Arif selalu mengatakan Atiqah pelik dan dia pula selalu membawa cerita-cerita yang kurang enak tentang Atiqah.

“Sunyilah you bila dia tak ada.” Nik Arif berkata tenang.

Sebenarnya setiap kali menyebut nama Atiqah, dia merasa hidup, segar dan gembira. Dia tidak tahu apa perasaan yang dialaminya sekarang. Tetapi yang nyatanya, dia menyukai Atiqah.

“Alah sama aja, dia tu kayu.” June mencebirkan bibir. Dia ketawa apabila Nik Arif ketawa.

“Kenapa you cakap dia macam tu?” Tanya Nik Arif. Menduga.

“Hem… sama aja macam kayu Nik, asyik menghadap komputer. Duduk dalam bilik sorang-sorang entah apa yang dibuatnya. Kalau hari minggu, memerap aja. Hiss… macam mana dia boleh hidup macam tu!” Kata-kata June bernada ejekan.

Nik Arif tersenyum kelat. Itu yang amat disenanginya tentang Atiqah.

“Dia tak ada boyfriend?” Tanya Nik Arif lagi, mahu tahu. Mengorek rahsia. Hatinya berdebar-debar dengan harapan.

“Mana ada, memerap aja siapalah yang mahu?” June masih lagi mengejek.

Nik Arif tidak senang dengan kata-kata June namun hatinya benar-benar lega.

“Dia tu nampak pelik.” Kata Nik Arif.

“Memanglah… apa tak peliknya, dengan kereta dia, dengan perangai dia, you ingat ada lelaki mahukan dia? Tak habis-habis dengan laptop dia. Mana-mana pergi benda tu juga diusungnya.”

Nik Arif menelan air liur. Bukan sekali dua June bercerita tentang Atiqah begitu padanya. Apa yang dimarah sangat pada Atiqah, Nik Arif tidak tahu.

Sedangkan di pihak Atiqah pula sebaliknya. Atiqah selalu memuji June. Dia perasan yang Atiqah tidak suka jika dia memburuk-burukkan orang lain.

“Dia tu cantik juga.” Terpacul kata-kata tersebut dari mulut Nik arif.

June merenung Nik Arif seperti tidak percaya kata-kata tersebut keluar dari mulut Nik Arif.

“Apa you cakap Nik?” Tanya June.

Nik Arif menggeleng.

“Dia tu cantik juga tapi kenapa dia tak ada boyfriend?” Nik Arif membetulkan kata-katanya.

June membeliakkan matanya.

You dah sukakan dia ke?” Suara June agak keras.

“Mengarutlah June. Kalau I cakap adik you cantik pun tak semestinya I sukakan dia.” Nik Arif membela diri.

June menarik nafas lega. Dia tahu dari dahulu lagi Nik Arif tidak sukakan Atiqah.

“Alah Iqa tu mana cantiknya, kedekut sangat. Muka tak bersolek, buruk macam kereta dia juga.” Ejek June.

June memang dah melampau, fikir Nik Arif. Atiqah cukup cantik di mata nik Arif. Pipinya selalu memerah dan bibirnya yang merah jambu itu sering kelihatan basah. Dia kadangkala tidak tahan menyaksikan semua itu. Bila agaknya dia dapat menyentuh bibir Atiqah yang menawan itu? Bila agaknya… fikirnya sambil tersenyum sendirian.

“Apa kena you ni? Senyum sorang-sorang!” Marah June sambil menampar lengan Nik Arif.

Nik Arif ketawa kecil.

“Dah sampai dah. You tolong buka pintu pagar boleh?”

June merengus perlahan namun dibukanya juga pintu pagar dengan hati yang sebal.

4 Petua Didik Anak Pintar


  1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali
  2. Membaca Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
  3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya dengan berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada juwa dan rohnya.
  4. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Wahhh Sudah Tukar Sudah.....

Hmmm... camna ngan wajah baru blog ibu amirul ni??? Ok tak ok tak..... Ni semua hasil kreativiti adik Ain (budak pompuan yang buat peace tu), semalaman dia menggodek blog ni. Memang Ain minta dia 'make up' kan blog ni... Tak sangka plak hasil nye jadi macam... "Thank You Dear. Muahhhh, Meh Kak Long nak cayang sikit"
Nak wat camna kan. Sedar kekurangan diri yang tak bape nak celik bab cantik-cantikkan blog ni. Tu yang minta tolong orang.
Apa pun kengkawan yang sudi jengah blog, ce bagi komen sikit, kot kot ada lagi benda yang perlu ditambah baikkan. Bagi Ain yang tak kretip ni ok je... Hahaha...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff