my nuff

Esok Orientasi Faiz

Ain tak tau lah Faiz rasa ke tak apa yang Ain rasa, yang pasti Ain tak dapat bayangkan macammana Faiz esok. Esok Hari orientasi untuk tahun 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh. Faiz akan diberikan kelas, berkenalan dengan cikgu-cikgunya, melawat kawasan sekolah mungkin.
Huwaaaa tu baru orientasi ko, yang real nanti camna? 2 haribulan ni start sekolah.
Camna Faiz dalam kelas nanti, kalau waktu rehat pandai ke dia beli makanan sendiri, kalau ada budak-budak nak buli dia boleh ke dia defend dirinya sendiri. Manja lagi ke, takut kena marah sikit dah nangis. Wolaweh.... tak dapat nak bayangkan.... Serahkan je lah kat Tuhan.
"Ya Allah, kau lindungilah anak-anak ku bila mana mereka jauh dari pandangan mataku.."

Anak Saudara Baru - Umar Anfal


Semalam biras Ain selamat melahirkan cahaya mata yang keduanya. Tahniah Siti. Bayi lelaki seberat 4kg ni dilahirkan pada 25 Disember 2012 jam 9.55 pagi. Kiranya sebayalah ngan....
 sidia ni ha.... beza bulan je....

Al-Faatihah - Mukadimah

Surah Al-Faatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah (Pembukaan) keran surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w secara lengkap. Ia mencakup seluruh kandungan Al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahagiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab)

Selamat Bertunang Nani dan Aniq

Hari Sabtu 22/12/2012. Termetrailah janji antara dua hati. Anak saudara Ain, Nurul Hanani bt Hamzah telah dirisik dan ditunang kan dengan buah hatinya Aniq atau nama sebenarnya Zul Ikin Affendi (siyes, Ain baru tau nama penuhnya masa majlis tu, sebab sebelum ni panggil dia Aniq je.)


Dengan hantaran RM10000, perjanjian tunang diikat selama 1 tahun sebelum hari pernikahan mereka.


Biasalah kan bila ge kenduri tunang ke kahwin ke, barang hantaran antara benda menarik yang nak ditengok.


Ni lah Nurul Hanani binti Hamzah a.k.a Kak Chik Nani


Ni adik Ain, Si Shirah, Mak, nape tutup muka plak


Cucu saudara, Sibulat Izwan...


Firas ngan Ucu nye... Aloloooo


My Hubby pun nak posing gak... bersama abang iparnya Cikgu Zul...


Hantaran bagi kedua-dua belah pihak


Perbincangan antara wakil dua keluarga...Setuju..........


Cincin disarungkan ke jari manis oleh bakal ibu mertua


Cium tangan minta restu...


Yeahhh... Kak Chik dah jadi tunang orang.... Jangan kone kone... hehehe


Dua bentuk cincin, Cincin risik dan cincin tunang


"Fahim nak amik gambar ngan Kak Chik"

Gubahan ni memang menarik perhatian

Yang ni pun...


"Alaa Pak Teh ni.... " Pak Teh nye pasal, Mak Teh ngan Nani tak tengok depan, Pak Teh je...


Bila boleh masuk ni. takkan duduk kat luar je...


Yeah... Akhirnya dia menjadi tunanganku. Yaaaaaaaaa Hoooooooooooo....


Rabu Tanpa Kata

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff