my nuff

Terima Kasih Firas


Malam tadi Ain demam, badan sejuk semacam. Dah pakai sweater ngan selimut tebal pun sejuk lg. Sampai sekarang demam tak kebah lagi. Tapi apa kena mengena ngan Terima Kasih pada Firas. Seperti hari-hari sebelumnya, memang setiap 4 pagi Firas akan terjaga dan main sekejap. Dan malam tadi, mamanya memang tak larat nak celik mata. Tapi Firas macam faham mamanya tak sihat. Dia hanya main sendiri. Ada kalanya Ain tengok dia hanya duduk kat birai katil perhatikan mama dan abang2nya tidur. Bila dia dah ngantuk, dia minum susu dan tidur semula. (Firas dah pandai pegang botolnya sendiri)
Tq sayang.

Suami Curang: Apa Nak Buat Dengan Perempuan Tu

Kalau kita tengok kat dalam drama kat TV, biasanya bila isteri tau suami ada perempuan lain kat luar, si isteri akan ge serang perempuan tu kan. Tapi tu semua cara lama. Ada juga yang buat pilihan tak nak kenal langsung dengan perempuan tu.

Tapi amat jarang yang pergi jumpa perempuan tu dengan cara yang baik. Cara baik??? Susahkan. Tapi yang susah tu lah yang banyak kelebihannya. Bila dapat tau suami ada skandal lain, cuba ambil pendekatan ni. Pergi berkenalan dengan perempuan tu, kalau boleh buat dia sebagai kawan. Tengok apa yang lebihnya perempuan tu yang kita tak da sampai suami cari perempuan tu. Mana yang kurang cepat-cepat baiki.

Kalau kita berkawan dengan perempuan tu dengan IKHLAS secara sendirinya akan terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana cuba merampas suami kita. Dengan sendirinya juga perempuan tu akan tinggal kan suami kita. Macam biasalah, suami yang curang ni bukannya hebat sangat pun. Kalau dah tak ada perempuan yang kat luar tu nak layan dia, takkan bolehnya dia nak curang kan..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff