my nuff

9 Bulan 8.8kg


Semalam bawak Firas ke klinik.
Untuk check tumbesar macam biasa.
Tak kena enjet lagi.
Dah setahun nanti baru kena enjet.
Untuk kali ni Firas hanya kena timbang, ukur tinggi dan lilitan kepala.
Hasilnya:
Berat: 8.8kg.
Tinggi 71cm
Lilitan kepala 46cm
BMI 17.4

Benda lain yang di tanyakan:
Boleh tak duduk tanpa bantuan : BOLEH
Memindahkan objek dari tangan ke tangan : BOLEH
Menyuap makanan ke mulut : BOLEH SANGAT ( Apa dapat semua masuk mulut)
Menentukan arah datangnya bunyi dengan tepat : BOLEH
Meniru sebutan seperti Ma-Ma... Ba-Ba.. Da..Da.. : PUN BOLEH
Cuma nurse yang check Firas kali agak senior, mungkin kera dah berpengalaman so bila dia check nampak macam sambil lewa je...
Hmmm...

Spontan Hari Khamis

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 39


MOTEL itu sudah siap dibina. Puan Zainab merasa sungguh gembira dan tidak menyangka sama sekali yang motel tersebut akan terbangun juga. Segala kerja pembinaan telah pun dibayar namun yang menjadi teka-teki Puan Zainab, kenapa dia begitu bernasib baik diberi peluang begitu. Keuntungan pula tujuh puluh peratus dapat kepadanya.

“Sekarang terpulang pada puan untuk menguruskannya.” Amir memberitahu ketika melihat kerja ubahsuai yang terakhir di motel tersebut. Semuanya mengikut cita rasa Melayu. Amir dan Mr.Tong hanya bersetuju sahaja apa yang dicadangkan oleh Puan Zainab.

“Saya macam tak percaya.” Puan Zainab berkata perlahan. Kata-kata tersebut lahir daripada jiwanya. Dia memang benar-benar tidak percaya dia dapat mengembangkan lagi perniagaannya. Lebih-lebih lagi dengan rakan kongsi yang tidak dikenalinya.

“Tak percaya, apa maksud puan?” Tanya Amir sambil membelek-belek beberapa barang hiasan kraftangan yang dipesan oleh Puan Zainab dari Kuala Lumpur. Barang tersebut direka bentuk oleh Puan Zainab sendiri dan beliau mengupah beberapa orang di Pahang membuatnya.

“Tak percaya yang saya dapat mengembangkan lagi perusahaan begini dan sepenuhnya menggunakan cita rasa Melayu.”

Amir dan Mr.Tong yang mendengarnya menganggukkan kepada tanda mengerti. Ada beberapa perkara yang mereka tidak beritahu kepada Puan Zainab. Mungkin bila sampai masanya nanti Puan Zainab akan mengetahuinya sendiri.

“Kamu berdua faham-faham ajalah. Motel Senang Hati not totally mine.” Puan Zainab mencurahkan isi hatinya.

Motel Senang Hati terpaksa dikongsi bersama Susan dan ideanya mesti mendapat persetujuan daripada Susan. Namun Motel Relax adalah kepunyaannya seorang. Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia suka.

“Saya faham puan tapi ini kepuanyaan puan. Puan berhak melakukan apa saja.”

Puan Zainab mengangguk. Tiba-tiba dia teringatkan Atiqah. Banyak ideanya dikongsi bersama Atiqah. Atiqah memberinya pandangan yang baik. Atiqah tentu sekali gembira melihat motel tersebut kelak.

“Sebenarnya saya nak register nama motel ni Motel Sate saja. But so many question mark there.” Puan Zainab ketawa kecil.

Mr.Tong leka meninjau di lobi motel tersebut. Di dalam hatinya dia berfikir, balik nanti dia kena menghadap untuk membuat laporan. Dan paling penting dalam laporan tersebut ialah reaksi Puan Zainab.

“Hmmm… sate sound so Malaysian. Why not puan?” Tanya Amir sambil tersenyum.

Puan Zainab menggeleng.

“But look so selfish. Sate… orang ramai tak tahu apa bendanya. Mungkin pertama kali orang datang ke sini saya mahu mereka relaks dan bertenang. Lepas tu barulah mereka tahu tentang masakan di sini. They come purposely for relax, Amir.”

Amir mengangguk menyetujui pendapat Puan Zainab. Dia tidak kisah apa pun nama yang dipilih oleh Puan Zainab. Yang penting, wanita tersebut gembira dengan apa yang dilakukan sekarang. Itu jugalah bahagian yang paling penting di dalam membuat laporan itu nanti.

“Atiqah kena datang melihatnya.”

“Apa dia puan?” Tanya Amir. Tidak jelas di pendengarannya tentang apa yang diperkatakan oleh Puan Zainab.

“Tdak… Atiqah anak saya kena tengok motel ni. Dia yang banyak memberi pandangan kepada saya.” Puan Zainab berkata perlahan.

Amir mengangguk mengerti, kemudian tersenyum sendirian. Dia mengenali Atiqah sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah sekarang dan kemungkinan akan mengambil alih tempat Datuk Marzuki suatu masa nanti. Gadis itu agak berlainan perangainya dengan Datuk Marzuki. Suka ketawa dan berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Dia sekarang bersama ayahnya, Datuk Marzuki. Awak mungkin kenal Datuk Marzuki.”

Kata-kata Puan Zainab disambut dengan senyuman oleh Amir. Dia tidak mahu menguas lebih lanjut. Dia takut terlajak bicara sedangkan itu yang disimpannya sejak sekian lama.

“Agak-agaknya bila boleh beroperasi puan?” Amir bertanya Puan Zainab yang leka yang leka memerhatikan lobi yang sedang dihias. Cuba menukar tajuk perbualan apabila nama Datuk Marzuki disebut.

“Dalam minggu depan, saya ada buat beberapa promosi di dalam New Zealand Post dan beberapa surat khabar lain.” Puan Zainab memberitahu penuh yakin.

Hubungannya yang agak rapat dengan beberapa orang tempatan dan pihak berkuasa menyebabkan semuanya berjalan lancar. Tanah yang berhadapan dengan sebuah tasik dan tidak jauh dari sebuah taman itu dengan mudah dibelinya.

“Insya Allah puan, saya akan cuba mengadakan promosi dan perbincangan dengan beberapa syarikat perlancongan di Malaysia nanti.” Amir member jaminan.

Puan Zainab mengangguk. Dia berharap benar Motel Relax akan dikunjungi ramai dan menjadi terkenal bukan sahaja di New Zealand tetapi di seluruh dunia terutamanya tanah kelahirannya sendiri, Malaysia.

DATUK MARZUKI memerhatikan Atiqah yang sedang bercakap di telefon. Sebentar tadi dia datang semata-mata mahu melawat kilang tersebut dan melihat bagaimana Atiqah bekerja. Dia bukan ragu-ragu dengan kebolehan anaknya itu Cuma dia sendiri mahu menyaksikan bagaimana Atiqak bekerja.

“Semalam Iqa balik pukul berapa?” Tanya Datuk Marzuki. Pukul sepuluh malam tadi dia menelefon Atiqah, anaknya itu masih berada di kilang. Katanya ada masalah yang mahu diselesaikan.

“Dua belas malam, ayah.” Atiqah menjawab sambil tersenyum. Dia memerhatikan timbunan kertas yang berada di hadapannya. Beberapa jadual penghantaran computer yang telah siap dan beberapa bahan terpaksa ditelitinya.

“Kilang mana yang menghadapi masalah semalam Iqa?” Tanya Datuk Marzuki.

Atiqah menyandar di kerusi. Sebenarnya Kilang Take 2020 ada beberapa bangunan. Bangunan pertama adalah bahagian pertama di mana bahan mentah diproses menjadi kerangka komputer. Banguan kedua, tempat kerangka komputer dipasang dan banguan ketiga menempatkan komputer yang sudah siap bersama unit sistemnya sekali.

“Semalam bahan mentah tak sampai. Terpaksa tanya BUS Shipping ayah. Rupa-rupanya beberapa dokumen yang tak diisi dengan lengkap sebelum kastam boleh lepaskannya. Mahu tak mahu terpaksalah Iqa ke Westport semalam.” Atiqah menerangkan.

Semalam dia bergaduh dengan Nik Arif mengenai perkara tersebut. Dia memarahi Nik Arif kenapa pihak Nik Arif tidak memberitahu yang dokumen tersebut tidak lengkap.

Nik Arif sendiri tidak tahu. Atiqah rasa mahu sahaja dia menjerit memarahi Nik Arif. Mukanya masam mencuka namun ketika dia sampai di rumah, Nik Arif sudah menunggunya di pintu pagar. Mahu dengan tidak dia terpaksa tersenyum. Kalau difikirkanmemang menggelikan hati. Di terlalu terbawa-bawa dengan kerjanya.

“Macam mana Nik Arif tak tahu dokumen tak lengkap?” Tanya Datuk Marzuki.

“Manalah dia tahu, bukan dia yang menguruskannya… orang-orang dia. Tapi dia ada di pejabat kastam semalam dengan Iqa. Selesai jugalah walaupun lambat.” Atiqah berkata perlahan.

Dia teringat kembali bagaimana Nik Arif merayu-rayu meminta maaf. Mahu dengan tidak dia terpaksa mengalah dan ketawa.

“Dia tu memang bagus. Walaupun berpangkat pengurus, masih sanggup turun padang. Dulu masa ada barang ayah yang hilang. Dia susah payah membantu mencari.”

Atiqah tersenyum mendengar kata-kata ayahnya. Kalau ayahnya tahu hubungan dia dengan Nik Arif, apalah reaksi orang tua itu.

“Iqa ni bila nak balik ke rumah?” Tanya Datuk Marzuki.

Atiqah merenung ayahnya. Tidak sangka itu yang keluar dari mulut Datuk Marzuki. Mahu sahaja dia bertanya, balik ke mana? Namun ditahan hatinya. Hubungan yang semakin baik tidak harus dikeruhkan dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati.

“Masih lagi duduk di rumah sewa? Kalau Iqa tak mahu balik ke rumah, ayah ada kondo di Subang jaya.” Ujar Datuk Marzuki. Dia benar-benar bimbangkan keselamatan Atiqah sekarang.

“Tak payahlah susah-susah ayah. Rumah besar susah nak kemas nanti.” Atiqah memberi alas an.

“Nanti ayah carikan pembantu rumah. Mungkin Iqa boleh pindah ke sana. Ayah pun boleh jenguk Iqa. Sampai sekarang ayah tak tahu di mana Iqa tinggal.”

Atiqah mengetap bibir.

“Hairan betul, kenapa Iqa nak sembunyikan daripada ayah?”

Sudah beberapa kali pertanyaan tersebut diutarakan kepadanya. Dia sebenarnya bukan mahu merahsiakan tempat tinggalnya daripada Datuk Marzuki tetapi dia merasakan belum tiba masanya lagi.

“Tengoklah ayah…”

Sejak akhir-akhir in, Atiqah dapati penerimaan June amat berlainan sekali. June selalu menyindir dan bermasa muka dengannya. Dia faham June tidak senang dia berbaik-baik dengan nik Arif. Tetapi dia tidak tahu sama ada June tahu atau tidak hubungannya dengan anak muda tersebut. Dia kadangkala merasakan tidak tahan lagi tinggal sebumbung dengan June. Perempuan itu sering mencipta masalh denganya.

“Apa nak tengok-tengok Iqa. Ayah nak juga melawat Iqa pada hari minggu.” Datuk Marzuki menyambung kata. Tersenyum-senyum Atiqah mendengarnya.

“Nantilah ayah. Nanti Iqa fikirkan. Iqa ingat nak beli rumah sendiri.” Atiqah kembali teringat wang simpanan yang diberi oleh mamanya lama dahulu. Wang itu tidak pernah diusik walau satu sen pun.

“Nak beli rumah? Buat apa ? Ayah ada banyak rumah. Iqa pilih aja yang mana satu.”

Gatal sahaja mulut Atiqah mahu bertanya dengan ayahnya di mana Zakiah sekarang.

“Tak apalah ayah. Iqa boleh berdikari.” Atoqah memberi alasan. Dia seolah-olah dapat membaca sesuatu dari air muka ayahnya. Ada rasa kecewa yang bertamu di situ.

“Apa maksud Iqa?” Tanya Datuk Marzuki hairan. Atiqah satu-satunya anaknya. Atiqah mesti tahu segala apa yang dimilikinya sekaranga kana menjadi harta Atiqah juga. Dia tidak ada naka lain.

“Iqa boleh beli rumah sendiri nanti atas kudrat Iqa.”

Datuk Marzuki ketawa. Atiqah masih tidak berubah. Masih tidak mahu menerima yang hartanya adalag harta Atiqah jua.

“Iqa anak ayah. Harta ayah harta Iqa. Apa yang Iqa bimbangkan? Iqa anak ayah, Iqa!” Datuk Marzuki meyakinkan.

“Baliklah ke rumah Iqa. Ayah benar-benar perlukan Iqa di rumah tu. Zakiah dah tak tinggal di situ lagi. Iqa jangan bimbang…” Suara Datuk Marzuki begitu sayu namun ia seolah-olah tidak berbekas di hati Atiqah. Dia tidak akan sekali-kali bertanya tentang Zakiah. Kalau ayahnya mahu memberitahu, dia akan mendengar.

“Ayah nak balik Iqa. Kalau Iqa dah bersedia untuk pindah atau pulang ke rumah, beritahulah ayah. Ayah sentiasa menanti. Sekejap lagi ayah ada mesyuarat dengan beberapa orang client. Assalamualaikum Iqa.”

Atiqah bangun apabila melihat ayahnya bangun. Dia memeluk ayahnya. Hairan dia melihat perubahan sikap ayahnya namun dia lega.

“Waalaikumsalam ayah.” Atiqah berkata sambil tersenyum. Mengiringi ayahnya hingga ke pintu. Dalam dia dia bangga dengan perubahan Datuk Marzuki.

Sophea Natasha Nama Baby Baru Dr.SMS dan Dr.Harlina

19 Januari lalu, Dr. Harlina selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Dan bayi mereka diberi nama Sophea Natasha


We finally have a name for B's little sister!!! It doesnt took us long to decided on her name this time..

We think the name suits her well :) insyaAllah..

Daddy went to Jabatan Pendaftaran Negara today to register her. To those who doesn't know, you have to register newborns within 14 days after the baby is born. If you took more than 14 days, you'll be fine!!!

Malu lar kan kalu kena denda.. Haha..

So, we have decided to name our daughter..

Sophea Natasha

(insert fireworks here)

Hahaha..

Almost like her sister..

Sophea Isabella.

We love the name 'Sophea' so much.. It means 'wise and beautiful'

we decided to keep it..

and daddy chose 'Natasha' because it means 'strong'. This baby is a strong baby.. after all ups and downs during pregnancy and delivery, she made it through!!

And 'Natasha' also means 'gift of God'.. Which she truly is :)

Owh.. And btw, B and daddy is in Kosmo newspaper today!!!

Check them out!!

Where's Tasha's pic? Nanti ok ;) X

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 38


PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT TEGAS telah berjalan seperti yang dirancang. Atiqah menukarkan Encik Badrul pergi Angkasa Holdings sementara Mary ditukarkan ke Kilang Take 2020. Faizal pula dilantik sebagai Pengurus Syarikat Tegas.

Ketika Mary diberitahu tentang hal itu, dia amat terperanjat. Termangu-mangu dia ketika mendapat surat pertukaran. Dia tertanya-tanya kenapa dia ditukarkan dan pertukaran pula dikuatkuasakan serta merta. Ketika dia sampai ke Kilang take 2020, dia tidak menjangka apa-apa. Dia tahu Syarikat Tegas sekarang telah dibeli oleh Angkasa Holdings.

“Boleh jumpa pengurus kilang?” Dia bertanya Pamela ketika sampai di kilang tersebut.

Pamela merenung Mary sambil mengangguk.

“Siapa puan?” Tanya Pamela. Dia melihat diari ketuanya. Ada beberapa mesyuarat yang akan diadakan pada petang itu.

“Mary.” Mary menjawab perlahan. Dia membayangkan pengurus syarikat tersebut mesti seorang lelaki. Hatinya berdebar-debar.

“Okey Cik Mary, pengurus sedang menunggu cik di biliknya. Silakan masuk. “ Pelawa Pamela sambil membawa Mary masuk ke dalam bilik pengurus.

Demi melihatAtiqah yang sedang duduk di meja pengurus, Mary begitu terperanjat dan spontan menjerit.

“Atiqah?”

Jeritan Mary hambir membuat semua orang yang berada di luar bilik Atiqah berpaling. Pamela hanya tersenyum melihat kelakuan Mary. Dia kemudian keluar meninggalkan Mary dan Atiqah berdua.

“Apa kau buat dekat sini Iqa?”

Atiqah hanya berkunjung sekali sahaja di Syarikat Tegas ketika pengambilalihan diadakan. Ketika itu Mary tidak ada. Jadi tidak hairanlah kalau Mary terperanjat melihat kewujudannya di syarikat itu.

Atiqah ketawa kecil sambil memeluk Mary. Mesra.

“Duduklah Mary, nanti kau jatuh pengsan pula!” Atiqah mengusik sambil mengusap belakang Mary mesra.

Mary duduk di hadapan Atiqah dengan dibaluti seribu satu pertanyaan.

“Terperanjat tengok aku ada di sini?” Tanya Atiqah sambil ketawa.

Mary mengangguk. Bukan sahaja terperanjat bahkan dia tidak percaya sama sekali.

“Tahniah kerana dinaikkan pangkat pengurus pemasaran. Aku mahu kerjasama daripada kau. Ini surat appointment untuk kau dan kenaikan tangga gaji dua puluh peratus. Aku mahu kau bekerja lebih kuat lagi di sini.

Berkerut dahi Mary mendengarnya. Dia mengambil surat yang dihulurkan oleh Atiqah kepadanya. Dibacanya perlahan.

“Pengurus Besar Take 2020, Atiqah Datuk Marzuki, Iqa?” Mary menjerit lagi.

Atiqah ketawa sambil mengangguk.

“Aku macam tak percaya. Kenapa kau kerja dengan Tegas?”

Mary benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Beberapa kali nama Atiqah dibacanya kuat-kuat.

“Panjang ceritanya Mary tapi yang penting sekarang, aku mahu kerjasama daripada kau. Aku percayakan kebolehan kau sebab tu aku melantik kau sebagai pengurus di sini. Aku tak mahu orang pertikaikan kebolehan kau dan sekali gus orang mempertikaikan keputusan aku. Aku harap kita dapat bekerja sebagai satu pasukan.” Atiqah berkata dengan penuh harapan.

Mary membaca kembali surat tawaran bekerjanya. Dia tidak mampu bersuara. Kenaikan gaji dua puluh peratus memang amat besar dirasakannya.

“Encik Badrul ke Angkasa rupanya kerja kau juga?”

Atiqah tersenyum mengiakan.

“Encik Badrul tak terperanjat tengok kau?”

Atiqah menggeleng selamba.

“Langsung tak terperanjat atau dia dah tahu siapa kau? Kau dengan dia sama aja. Habis orang Tegas kau bawa keluar. Tegas macam mana?” Tanya Mary sambil tersenyum.

Atiqah sudah merancang banyak perkara. Dia telah meminta pendapat Datuk Marzuki dan Datuk Marzuki bersetuju dengan segala rancangannya.

“Beberapa orang dari Angkasa Holdings aku letak di tegas. Kami akan besarkan dan perlukan orang-orang berpengalaman. Untuk ambil hati, Faizal diletakkan sebagai pengurus besar.” Atiqah menerangkan rombakan secara besar-besaran Syarikat Tegas kepada Mary. Mary berpuas hati dengan rombakan tersebut walaupun rasa tidak percayanya masih menebal.

“Kasmah bagaimana?”

Atiqah mengangkat tangannya.

“Itu terpulang pada Faizal. Faizal menggantikan tenpat Encik Badrul. Keputusan di tangan dia jadi dia boleh merombak apa yang dia mahu. Tapi tempat kau, aku ambil seorang dari Angkasa. Takut aku nak usik Kasmah. Marah Faizal nanti!” Atiqah menerangkan secara bergurau.

Mary ketawa besar. Atiqah ada-ada sahaja. Gasid itu tidak pernah berubah. Tegasnya bertempat dan gurauannya beradat.

“Kau anak Datuk Marzuki? Macam tak percaya aku. Datuk Marzuki selalu keluar surat khabar masa kita dekat Tegas lagi. Kau tak pernah komen apa-apa pun?” Mary masih kurang percaya.

Atiqah tersenyum. Dia tidak menyalahkan Mary namun yang lepas biarlah terus berlalu menjadi sejarah. Dia tidak ingin mengingatinya lagi.

“Malas nak beritahu. Buat apa heboh-heboh?”

“Padan muka Tuan Ahmad. Aku masih ingat lagi muka dia masa marah kau. Hiss… seronoknya aku!” Mary memeluk tubuhnya sebdiri, riang. Dia cuba membayangkan wajah Tuan Ahmad yang begitu sombong itu tentu berubah apabila mengetahui yang Atiqah anak Datuk Marzuki.

“Sudah Mary. Aku ambil kau kerja di sini bukan untuk mengumpat, perkara tu dah lepas. Dah berlalu. Aku tak lawan Tuan Ahmad sebabdia lebih tua daripada aku. Aku kena hormat ketuaannya tu.” Atiqah berlucu.

“Faizal macamana?” Tanya Mary lagi,ingin tahu.

Dia membayangkan Faizal mesti terperanjat seperti Tuan Ahmad apabila mengetahu siapa Atiqah. Anak beranak itu sama aja, fikir Mary.

“Mana aku tahu. Tak ada kena mengena aku dengan dia.” Atiqah membeliakkan matanya kemudian ketawa,

Mary ketawa besar. Gembiranya berganda hari itu. Dinaikkan pangkat, naik gaji dan lebih gembira apabila mengetahui Atiqah ialah bos barunya. Segalanya seperti mimpi.

“Hai sorry… ada tamu?”

Pintu terkuak. Nik Arif berdiri dengan senyuman menggodanya merenung Atiqah yang menepuk dahi memandangnya.

Mary menyiku Atiqah. Atiqah mengeluh perlahan. Nik Arif memang begitu, selalu masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Who’s the charming guy?”

Atiqah tersenyum mendengar pertanya Mary.

Nik Arif mengangkat tangannya seolah-olah memohon maaf. Dia benar-benar tidak menyangka yang Atiqah mempunyai tamu.

“Introduce to you Mary… Nik Arif my…” Atiqag tersengih-sengih. Kata-katanya mati setakat itu sahaja. Serba salah dia melihat Mary yang bulat matanya merenung Nik Arif.

“Your husband?” Pertanyaan Mary bernada yakin.

“Not yet.” Balas Atiqah.

Dia melihat jam tangannya. Patutlah Nik Arif sudah sampai. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu. Lelaki itu saban hari ke kilangnya sekarang. Mengambilnya dan mereka keluar makan bersama.

“Coming soon.” Nik Arif menyampuk sambil menghulurkan tangannya pada Mary. Mereka berjabat tangan.

“This is Mary, Nik. Remember, I curi her from Syarikat Tegas!”

Mary ketawa besar mendengarnya. Dia merenung Nik Arif. Lelaki itu begitu segak dan penampilannya begitu berkeyakinan. Pandai Si Iqa ni mencari buah hati, dia berkata sendiri.

“Well sayang, nak makan kat mana ni?” Tanya Nik Arif . Tersenyum pada Mary yang asyik memandangnya sedari tadi.

“Dekat mulut.” Atiqah menjawab selamba sambil membelek-belek kertas yang berada di mejanya.

Nik Arif terkena. Jarinya laju mencucuk pinggang Atiqah.

Atiqah menepis pantas, kurang senang dengan kelakuan Nik Arif itu. Dia sebenarnya malu dengan Mary.

“Apalah Nik ni. Macam budak-budak. Dahlah masuk macam office bapak dia!” Atiqah mengejek.

Nik Arif ketawa tanpa mempedulikan Mary. Lengannya sudah memaut pinggang Atiqah. Atiqah berusaha melepaskan dirinya.

“Dia yang macam budak-budak, dia cakap kita. Ini bukan office bapak Nik tapi office bapak mertua Nik. Salah?” Nik Arif bergurau.

Mary tersenyum melihat kelakuan mereka berdua.

“Perasan… Macamlah anak Datuk Marzuki nakkan awak!”

Nik Arif ketawa lagi. Dia tidak kisah dengan kata-kata Atiqah. Dia sudah lali. Atiqah mahu atau tidak, dia akan mengusahakannya supaya Atiqah mahu mengahwininya.

“Today is you first day here Mary?” Tanya Nik Arif pada Mary yang masih tersenyum. Atiqah pernah bercerita tentang Mary padanya.

Mary mengangguk. Hari pertama dia di situ penuh dengan kejutan.

“Terperanjat datang ke sini?” Tanya Nik Arif sambil ketawa besar. Mary hairan dengan ketawa tersebut tetapi dianggukkan juga kepalanya. Tanda setuju dengan kata-kata Nik Arif. Dia menjeling Atiqah di sisi.

“Budak ni memang teruk.” Nik Arif mencubit pipi Atiqah yang sedang menyusun kertas di atas meja.

Atiqah terperanjat. Terkial-kial dia cuba melepaskan diri. Pipinya berbekas merah apabila Nik Arif melepaskan pipinya.

“Kenapa cakap macam tu?” Tanya Mary. Hairan mendengar kata-kata Nik Arif.

“I pun kena macam tu dengan dia. First, I tak tahu dia siapa, bercinta bagai nak rak. I jatuh cinta dengan dia when she was worked at your place. I cuma tahu dia anak Datuk Marzuki sebab I bump her, here. Ini this office too.”

Ah..! Mary merenung Atiqah yang pura-pura tidak mendengar tetapi senyum sendirian.

“Interesting.”

Mary ketawa besar.

Nik Arif turut melebarkan senyuman.

“First time, I feel really like a stupid person. How come I don’t know who she is?” Kadangkala bila duduk sendirian, dia memikirkan betapa tidak percayanya dia dengan apa yang dihadainya.

“Mengamuk I dibuatnya.”

Mary ketawa merenung Atiqah. Kalau Nik Arif kekasih Atiqah sendiri kena tipu, bagaimana dengan dia.

“Sekarang dah okeylah?” Mary mengusik.

“Sekarang, kalau boleh setiap saat nak kepit dia.” Nik Arif ketawa besar.

Atiqah mencebir. Kurang senang dengan kata-kata Nik Arif yang tidak ada segan-silunya di hadapan Mary.

Mary ketawa lagi.

“Menyampah betul. Cakap tu beralaslah sikit!” Atiqah mengambil beg tangannya. Kemudian menyiku perut Nik Arif yang mengelak sambil tersenyum nakal.

“Okay guys, time to move.” Atiqah menghayunkan tangannya. Menyuruh Mary dan Nik Arif keluar. Kalau mendengar cerita Nik Arif, sampai esok pun tidak habis.

“Makan kat mana?” Tanya Nik Arif merenung wajah Atiqah. Mukanya dirapatkan ke muka Atiqah.

Atiqah mengelak perlahan. Perangai Nik Arif tidak pernah berubah walaupun di hadapan orang ramai. Cuma di hadapan ayahnya sahaja Nik Arif sedikit sopan. Itu pun puas dia menjelingnya.

“Ask her to choose. Today your day, Mary.”

Mary mengerutkan dahinya. Kenapa dia pula yang kena memilih?

“Anywhere should be okay Iqa. I don’t know any place here. Like German to me?”

Atiqah ketawa besar. Mary memang suka menggunakan perkataan tersebut. Kalau dia tidak tahu sesuatu, dia akan berkata, aku tak tahu apa dia… macam Jerman aja. Bermakna tempat tersebut begitu asing baginya.

“Okeylah… kalau macam tu kita makan dekat Tembok Berlin.” Nik Arif bergurau.

Atiqah dan Mary ketawa serentak.

Lucu juga kekasih Atiqah ni, fikir Mary dalam tawa yang kian reda.

Dompet Pertama Faiz

Faiz... Faiz....
Bila tengok kawan2 dia ada dompet, dia pun sibuk nak ada dompet.
Yang bestnya dompet tu dia beli sendiri kat koperasi sekolah.
Harganya RM1.


Dompet Transformers


DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR



Pernah baca rentetan ni... Tapi Ain lupa kat blog sapa. Tapi bila Ain jumpa ni lagi kat FB, Ain copy n share pada kengkawan yang tak berkesempatan untuk baca selain untuk jadi simpanan dalam blog ni.


______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.


7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’


8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.



13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata

“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”

Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.

“Orang azan kot” tingkah saya.

Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.

Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”

“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’


14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.

Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”

Sesekali dia tersenyum manis.

Kami tanyakan "kenapa senyum?”

Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.

"Selalu ke akak terbau macam tu?”

Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.


15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .

Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :

"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”

Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”

Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata

"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”

"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.


18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.


Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir


20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah


Pakar diari hati : Semoga Syurga buatmu ukhti. Dirimu tinggalkan kisah yang menyentuh hati tentang 'dakwah!' :'(

credit dari blog asal : http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.htmlSee more

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 37


DAHLIA merenung cek yang berada di tangannya. Seratus ribu ringgit. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Gembira.

“Dasyat! Hiss.. tak sangka aku!” Dahlia menggeleng beberapa kali.

Atiqah mendepangkan tangannya kemudian ketawa kecil.

“Itu aja yang aku mampu bagi kau setakat ni Dahlia. Kalau aku dah kaya sikit lagi nanti, aku tambah lagi.” Atiqah mengusik Dahlia.

Dahlia memeluk Atiqah erat. Atiqah tidak pernah berubah dan berharap benar gadis itu tidak akan berubah walau apa pun yang berlaku.

“Aku sekarang dah tak ada masa nak buatkan kau program. Ini aja yang boleh aku beri buat sementara waktu. Aku berharap sangat yang sekolah kau ni boleh diperbesarkan. Ramai lagi kanak-kanak terencat akal di luar sana yang perlukan pelajaran dan pengiktirafan.” Atiqah berkata ikhlas.

Dia membaringkan dirinya di katil Dahlia. Walau bagaimana sibuk pun gadis itu, dia tetap tidak melupakan Dahlia. Itu yang menyebabkan Dahlia bangga mendapat sahabat seperti Atiqah.

“Aku ingat nak balik kampung.” Atiqah berkata perlahan.

“Mana, Queenstown?”

Atiqah tergelak kecil. Dia memejamkan matanya. Banyak masalah yang telah dapat diselesaikan sejak akhir-akhir ini. Pengambilan Syarikat Tegas sudah tiba di penghujung. Nik Arif juga sudah dapat menerima siapa dia yang sebenarnya.

“Taklah… kampung nenek aku. Lama betul aku tak balik Pahang. Busu tu bukan boleh harap. Cakap aja nak balik kampung. Bukan dia balik pun!”

Dahlia tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Dia tahu benar hubungan akrab Atiqah dengan busunya. Masing-masing saling tuduh-menuduh. Atiqah mengatakan Fuad tidak boleh diharap. Fuad pula mengatakan Atiqah tidak boleh dipakai. Sebenarnya kedua-dua pun sama.

“Apa macam Dahlia?” Atiqah bangun dari katilnya, merenung Dahlia yang mengerutkan dahinya. Tidak mengerti.

“Apa macam apa?” Tanya Dahlia sambil ketawa. Dia langsung tidak fama maksud kata-akat Atiqah.

“Busu aku tu okey tak?” Tanya Atiqah sambil tersenyum nakal.

“Okey… apa yang tak okey pula?” Dahlia berkata acuk tak acuh.

Dia sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan oleh Atiqah. Gadis itu sudah beberapa kali mahu menyatukan dia dengan Fuad. Dia buat-buat tidak mengerti.

Bukan dia tidak sukakan Fuad namun masakan perigi mahu mencari timba!

“Kalau okey jadilah ya?”

Atiqah ketawa besar melihat Dahlia membeliakkan matanya.

“Kau ingat busu aku tu tak handsome? Kalah Shah Rukh Khan tau. Kalah Ben Chaplin.” Atiqah mengusik Dahlia.

Sudah beberapa kali cadangan tersebut diajukan pada Fuad. Fuad selalu mengatakan tidak menjadi masalah. Cuma masalahnya Dahlia pura-pura tidak mengerti.

“Aku tak cakap dia tak handsome pun.” Dahlia berkata perlahan. Buat masa sekarang dia masih tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan.

“Hei! Ayah kau dah tahu hubungan kau dengan Nik Arif?” Tanya Dahlia, mahu menukar topik.

Atiqah menggeleng. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu ayahnya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru dalam menentukan soal hidup.

“Ya Tuhanku! Sampai bila kau nak simpan benda ni?” Dahlia mengucap panjang.

“Relakslah Dahlia. Sabarlah… nanti-nanti aku beritahulah!”

Atiqah melihat jam di pergelangan tangan. Dia sebenarnya keletihan. Dari kilang ke Angkasa Holdings, dia singgah di rumah Dahlia sekejap untuk menghantar cek tersebut.

“Aku tengok Nik Arif tu loving habis sekarang.” Dahlia mengusik.

Atiqah menjuihkan bibirnya. Bukan sekarang sahaja, lelaki itu dari dahulu pun begitu.

“Malaslah aku nak fikir pasal dia.” Atiqah berkata sambil tersengih.

Dia mendengar bunyi hon kereta dibunyikan beberapa kali. Atiqah melompat lantas ketawa. Dia menepuk dahinya. Baru dia teringat, dia ke rumah Dahlia bersama Nik Arif sebentar tadi. Nik Arif mengambilnya di kilang dan akan menghantarnya ke Angkasa Holdings. Dia memberitahu Nik Arif hanya sekejap sahaja. Tetapi dia sudah sempat bermalas di katil Dahlia lagi!

“Teruk betul kau ni! Dia menunggu kat bawah, kau biarkan dia? Apa punya girlfriend macam ni!”

Atiqah melihat wajahnya di cermin, membetulkan tudung dan bajunya.

“Balik dululah. Nanti aku cakap dengan busu, kau ajak dia keluar.”

Belum sempat Dahlia menjawab, Atiqah sudah keluar dari biliknya dan turun ke bawah.

DATUK MARZUKI merenung Atiqah yang tergesa-gesa mendapatkannya. Lelaki itu melihat jam di pergelangan tangannya. Atiqah sudah lewat sepuluh minit. Dia menggelengkan kepalanya kepada Atiqah. Datuk Marzuki tersenyum pada Nik Arif yang berada di sebelah Atiqah.

“Maaf Datuk, saya terlambat.” Atiqah bersuara perlahan sambil ketawa kecil.

Nik Arif menghulurkan tangan pada Datuk Marzuki, Tuan Ahmad dan juga Faizal yang berada di situ.

“Jangan buat selalu Iqa, dalam perniagaan masa tu duit. Kalau lambat sikit, duit tak akan masuk!”

Atiqah mengangkat kening, masih lagi ketawa.

Datuk Marzuki merenung Nik Arif yang duduk di sebelah anaknya.

“Kami dari kilang ayah, menguruskan penghantaran komputer ke Arab Saudi. Iqa ajak Encik Nik ni makan sama.” Atiqah berbohong. Dia tidak mahu rahsianya pecah sekarang.

Datuk Marzuki tersenyum pada Nik arif. Dia sukakan lelaki itu tetapi menurut kata Nik Arif, dia sudah ada kekasih. Mungkin Atiqah akan bertemu jodoh dengan orang lain. Namun entah bila. Dia berharap benar Atiqah akan kahwin dan mendapat anak dalam waktu yang terdekat ini. Dia sudah tua. Atiqah sudah sepatutnya terfikir ke arah itu.

“Iqa ingat ayah tak ada kawan nak makan.” Atiqah berkata perlahan, tersenyum pada Faizal yang merenungnya.

“Tuan Ahmad dengan Faizal apa khabar, sihat?” Tanya Atiqah tanpa menunggu jawapan Datuk Marzuki.

Faizal mengangguk.

“Iqa macam mana?” Tanya Faizal kembali.

Sejak dia tahu Atiqah anak Datuk Marzuki, dia diruntun rasa malu yang teramat. Apa yang dilakukan terhadap Atiqah dahulu kembali mengahantui perasaannya. Namun Atiqah tetap tenang apabila mereka berhadapan, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di antara mereka dahulu.

“Biasa aja..” Atiqah menjawab perlahan.

“Marilah kita ambil makanan, menunggu Si Iqa, berjam-jam!” Datuk Marzuki mengusik.

Atiqah menjegilkan matanya.

“Sepuluh minit aja ayah, Iqa sebenarnya lapar. Bermesyuarat dengan wakil BUS berjam-jam. Ayah tahu Encik Nik ni, janjinya lain jawabnya lain. Susah betul!” Atiqah merungut sendirian.

Nik Arif menelan air lurnya. Jaga kau Iqa, desis hatinya.

“Kenapa?” Tanya Datuk Marzuki sambil matanya merenung Nik Arif yang tersengih sahaja.

“Tak payahlah kita bincangkan ayah, kita makan dulu.” Atiqah bangun dan diikuti oleh Nik Arif menuju ke tempat makanan diletakkan.

Datuk Marzuki mendepangkan tangannya sambil ketawa pada Tuan Ahmad.

“Iqa memang macam tu. Dia semakin bijak sekarang.”

Tuan Ahmad tahu kata-kata itu keluar dari suara bangga seorang ayah. Dia tersenyum kelat. Datuk Marzuki memang patut berbangga dengan anaknya.

“Silalah ambil makanan.” Datuk Marzuki mempelawa. Dia merenung Nik Arif dan Atiqah yang sedang bercakap sesuatu dan ketawa-ketawa kemudiannya. Dia tersenyum sendirian.

“Kena Iqa nanti!” Nik Arif bersungut di belakang Atiqah ketika Atiqah sedang membelek ikan salamon yang diatur di atas meja. Dia kemudian meletakkannya semula. Merenung Nik Arif yang berada di belakangnya.

“Tak pasal-pasal bersungut macam orang tua, kenapa?” Tanya Atiqah.

Nik Arif mengangkat kening.

“Encik Nik… berlakonlah?” Ejek Nik Arif lagi.

Datuk Marzuki yang berada di belakang dan melihat Nik Arif ketawa mengerutkan dahinya. Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu apabila melihat hubungan diantara Atiqah dan Nik Arif. Namun dia tidak mahu terlalu jauh berprasangka. Atiqah memang cepat mesra dengan semua orang termasuk Tuan Ahmad dan Faizal, apatah lagi dengan Nik Arif. Dia tahu Atiqah selalu mengadakan pertemuan dengan Nik Arif sejak akhir-akhir ini apabila Syarikat Angkasa mendapat tender penjualan komputer ke Negara Timur Tengah. Dia hanya memerhatikan Nik Arif dan Atiqah bercakap begitu perlahan di hadapannya.

“Faizal bila nak kahwin?” Tanya Atiqah ketika mereka sudah menghadap hidangan.

Faizal yang sedang menikmati makanannya hanya tersenyum kelat. Dia menjeling ayahnya yang sedang bercakap dengan Datuk Marzuki.

“Iqa bila pula?” Tanya Faizal tanpa menjawab pertanyaan Atiqah.

“Tak ada orang nak, Faizal. Jangan tunggu lama-lama Faizal. Kasmah tu cantik, nanti orang kebas susah!”

Datuk Marzuki yang mendengar membeliakkan matanya. Atiqah tahu semua kisah hidup orang? Aneh!

“Hiss… anak dara ni, mana dia tahu nama tunang Faizal pula ni?” Tanya Datuk Marzuki.

Atiqah ketawa sambil mengerutkan hidungnya.

“Itu rahsia, tapi kalau ayah nak tahu,tunang Faizal cantik orangnya. Kasmah. Ayah tak kenal. Pegawai di jabatan Pemasaran. Orangnya kecil molek. Sesuai dengan Faizal yang handsome ni!”

Datuk Marzuki ketawa.

“Kamu tengoklah Ahmad, anak saya ni satu syarikat awak dia kenal. Baru suruh go through profile syarikat, semua dichecknya. Bertuah betul budak ni.”

Tuan Ahmad tersenyum tawar.

“Bukan apa ayah, kena juga tahu semua background pekerja. Manalah tahu nanti ada orang lain marah Iqa tanpa Iqa sedar!” Atiqah bergurau.

Faizal tidak senang mendengar kata-kata Atiqah. Kata-kata Atiqah itu seperti menjerut lehernya.

“Kenapa tak ajak Encik Badrul, Tuan Ahmad?” Atiqah bertanya apabila dia melihat Faizal agak gelisah. Matanya kemudian singgah pada Nik Arif yang tersenyum-senyum.

“Dia ada kerja di luar. Tadi saya ajak juga..”

Atiqah mengangguk tanda memahami.

“Kalau pembelian saham dah finalize nanti, Iqa ingat nak ambil Encik Badrul ke Angkasa Holdings dan Mary ke Kilang Take 2020, Tuan Ahmad. Apa pendapat Tuan Ahmad?” Tanya Atiqah.

Tuan Ahmad mengerutkan dahinya. Mary? Kenapa Mary pula menjadi perhatian Atiqah? Adakah Mary baik dengan Atiqah dahulu sehingga menyebabkan Atiqah mahu menarik Mary ke Angkasa Holdings?

“Mary pekerja yang bagus, rajin walaupun dia tu cantik. Cantik itu asset, rajin itu capital syarikat. Iqa ingat naik naikkan dia pangkat ayah, sebagai pengurus di bahagian pemasaran dan Encik Badrul mungkin kita letakkan di Angkasa Holdings. He’s very well organize!” Atiqah memberikan pendapatnya.

Datuk Marzuki mengangguk tanda bersetuju. Dia merenung Tuan Ahmad yang hanya diam membisu. Adakah Atiqah mahu mengenakannya? Namun dari cara Atiqah bercakap seolah-olah Atiqah ikhlas.

“Macam mana Ahmad? Iqa ni pelik betul. Satu syarikat awak dia tahu.” Datuk Marzuki menepuk-nepuk bahu Tuan Ahmad.

Tuan Ahmad mengukir senyum. Tawar. Dari cakap-cakap Datuk Marzuki, Tuan Ahmad tahu bahawa Atiqah tidak pernah memberitahu Datuk Marzuki yang gadis itu pernah bekerja dengannya. Sekurang-kurangnya dia merasa lega kerana Datuk Marzuki tidak tahu apa yang berlaku pada anak gadis kesayangannya semasa bekerja di sana dahulu.

“Iqa nak ambil Encik Badrul, nak ambil Mary, tak mahu offer kerja dengan jejaka kita ni?” Tanya Datuk Marzuki pada Atiqah. Dia memuncungkan bibirnya kepada Nik Arif.

Nik Arif ketawa mendengar kata-kata dari bakal bapa mertuanya. Dia merenung Atiqah yang pura-pura tidak mengerti.

“Manalah tahu, nanti kita nak buka syarikat perkapalan sendiri. Hmm…. Awak boleh menjadi pengurusnya.” Datuk Marzuki menyambung kata-katanya.

Nik Arif melirik pada Atiqah yang mengangkat kening. Berbalas senyum.

“Kalau semata-mata sebab dia ayah nak buka syarikat perkapalan, baik tak payah!” Atiqah mengusik.

Nik Arif ketawa besar. Yang lainnya tersenyum mendengar kata-kata Atiqah.

Jaga kau Iqa! Desis hati Nik Arif.

Datuk Marzuki menggeleng lagi melihat telatah nakal anak kesayangannya. Atiqah bercakap main ikut sedap mulut aja, desis hatinya.

“Hiss… apalah Iqa ni. Jangan ambil hati Nik, Iqa memang macam tu! Main ikut sedap mulut dia aja bercakap.” Datuk Marzuki memujuk Nik Arif yang masih lagi ketawa.

Nik Arif merenung Atiqah sambil tersenyum-senyum.

“Tak apa Datuk. Saya tahu Iqa memang macam tu. Nakal!”

Datuk Marzuki bertambah hairan mendengar kata-kata Nik Arif. Namun dia tidak mengesyaki apa-apa. Atiqah memang suka mengusik dan baik dengan semua orang. Itu keistimewaan Atiqah.

“Dan hairannya sampai sekarang tak ada boyfriend. Kamu Nik Arif dah ada buah hati pula. Faizal pun begitu.” Datuk Marzuki mengusik.

Atiqah ketawa sambil menjeling Nik Arif yang tersengih-sengih merenungnya. “Orang tak mahu ayah, nak cakap macam mana.” Atiqah lantas menyuap makanan ke mulutnya dengan begitu bersahaja. Dari ekor matanya dia melihat Nik Arif mengetap bibir. Seronok juga kalau dapat menyakat.

“Nasib baik saya tak jatuh cinta dengan Encik Nik. Dah ada buah hati!” Atiqah berkata perlahan.

“Dulu dia bercakap dengan saya Ahmad, dah ada buah hati. Nak buat macam mana.”

Nik Arif merenung tajam pada Atiqah yang pura-pura tidak mengerti.

“Hmm…. Jodoh, ajal mautkan di tangan Tuhan.” Tuan Ahmad mencelah.

Pandai pula Tuan Ahmad, bisik hati Atiqah. Dulu aku berbaik dengan Faizal, marahnya macam mahu membunuh!

“Kalau dah tak ada jodoh, tunggu maut ajalah.” Atiqah melawak.

Semua yang mendengar ketawa termasuk Nik Arif yang menggerutu sendirian. Kena kau Iqa, bisik hatinya lagi.

William Yau Zhen Zhong - Jadi Kan Iktibar

Akhirnya misteri kehilangan kanak-kanak berusia 6 tahun tu terjawab sudah.
Mayatnya di temui dalam keadaan yang menyayat hati di sungai.
Dengan matanya dah tak ada dan betisnya hampir reput.
Kanakkanak tu hilang pada 16 Januari dan mayatnya ditemui pada 24 Januari.
Semua pihak menyalahkan ibu  bapanya kerana meninggalkan 3 orang anaknya dalam kereta sebab mereka nak pergi ke kedai elektrik.
Dan bila adik yang kecil menangis, William keluar dari kereta untuk cari ibu bapanya dan terus hilang.
Dan berita malam tadi, ibu bapanya dipanggil semula kerana ada unsur2 penderaan pada mayat kanak-kanak tu.
Hai.... macam-macam.
Tapi cerita tentang tinggalkan anak2 sendirian dalam kereta kemudian hilang bukan cerita baru tapi masih ada yang tak nak ambil peduli.
Lepas tu dalam kecoh2 berita kehilangan William ada berita lagi tentang anak dilarikan bersama kereta.
Yang tu lagi lah...
Boleh pulak pergi toilet serentak suami isteri...
Tak tahan sangat ke sampai tak boleh bergilir.
Aduh yaiiii....
Tak sayang ke kat anak tu...
Kalau dah tak boleh tahan sangat bawak sekali anak tu masuk toilet.
Bukannya tak boleh pun.
Hmmm....
Tak tau lah apa yang nak jadi zaman sekarang ni...
Macam dah tak selamat dah...
Penjenayah ada di mana-mana...

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 36


ATIQAH sedang memeriksa casing komputer yang baru dikeluarkan dari acuan. Dibelek-beleknya dengan teliti. Beberapa bulan yang lepas, Kilang Take 2020nya sudah bersetuju mengeluarkan komputer yang pelbagai warna. Mereka sudah memulakan production dua bulan yang lepas dan sambutan orang perseorangan terhadap komputer tersebut amat menggalakkan.

“Iqa ada wakil BUS menanti awak di luar.” Setiausaha Atiqah, Pamela memberitahu.

Atiqah mengerutkan dahinya, kemudian mengangguk. Dia baru teringat, perjanjian dengan salah sebuah syarikat di Arab Saudi telah pun ditandatangani. Penghantaran akan dilakukan dalam bulan depan. Datuk Marzuki sudah menghantar profile Syarikat BUS untuk ditelitinya. Namun dia terlupa. Atiqah segera meletakkan casing yang dipegangnya di sebelah QC yang sedang memeriksanya.

“Berapa orang?” Tanya Atiqah pada Pamela yang sedang sibuk meninjau bahagian production melakukan kerjanya.

“Dua orang.” Pamela menunjukkan jarinya.

“Suruh dia masuk ke bilik sayalah. Sekejap lagi saya datang.”

Pamela akur.

Atiqah memerhatikan langkah Pamela. Atiqah mengangkat tangan pada seorang jurutera yang sedang merenungnya. Mereka berbalas senyum.

“Clip dekat sebelah kanan tak berapa licin. Cuba betulkan mesin.” Atiqah menepuk bahu QC Zaini yang mengangguk mengiskan kata-kata Atiqah. Dia merenung Atiqah sekilas. Sejak diletakkan sebagai pengurus operasi, Atiqah begitu rajin turun ke production.

Atiqah melangkah perlahan ke biliknya. Sepatutnya syarikat BUS menghantar wakil seminggu yang lepas tetapi ketika itu dia pula terlalu sibuk. Ketika dia menolak pintu bilik pejabatnya, darahnya tersirap. Dari pandangan sisi dia dapat melihat dengan jelas wajah lelaki yang memakai baju biru laut dan bertali leher hitam.

“Hah… minta maaf encik kerana menunggu.” Tergagap-gagap Atiqah bersuara,

Mata mereka berpandangan. Nik Arif mengetap bibir. Dia macam tidak percaya yang berdiri di hadapannya ialah Atiqah. Betulkah apa yang dilihatnya? Beberapa kali matanya dipejamcelikkan.

“Minta maaf cik, kami datang tanpa appointment. Kebetuan kami ada urusan di kawasan berdekatan, saya Mr. Chua dan ini Encik Nik Arif.” Lelaki Cina yang berada di sebelah Nik Arif memperkenalkan diri.

Atiqah cuba melemparkan senyuman mesra. Mengambil kad yang dihulurkan oleh Mr.Chua dan kemudian menghulurkan kadnya pula. Dia tahu Nik Arif merenungnya sedari tadi. Dia sendiri takut untuk menatap wajah Nik Arif. Memang silap dia, dia tidak pernah ambil peduli tempat kerja Nik Arif apatah lagi mahu menelefon lelaki tersebut.

“Encik berdua nak minum apa?” Tanya Atiqah sopan.

Mr.Chua ketawa kecil.

“Teh Cina cukuplah. Arif, you nak minum apa?” Tanya Mr. Chua.

“Apa-apa ajalah Chua.” Akhirnya Nik Arif bersuara juga.

Atiqah menekan intercom dan memanggil Pamela.

“Pam, Chinese Tea satu, Milo dua.” Dia meminta kemudian melirik pada Nik Arif yang masih merenungnya.

“Saya minta maaf Mr. Chua, sepatutnya saya adakah satu meyuarat pada minggu lepas. Tapi disebabkan kesuntukan masa dan perjanjian penjualan komputer ke Arab Saudi baru saja ditandatangani, jadi saya menangguhkan mesyuarat itu.”

Atiqah membetulkan duduknya yang dirasakan kurang selesa. Atau… sememangnya dia sendiri yang tidak selesa dengan ‘pertemuan’ ini.

“Tak mengapa, Datuk yang menyuruh saya datang berjumpa dengan awak. Lagipun menurut Datuk perjanjian akan dibuat dalam bulan ini. Bukan kerana kami bimbang tender itu dapat kepada orang lain tapi Datuk Marzuki yang beria-ia sangat.”

Atiqah ketawa kecil. Dia merenung Nik Arif yang masih menatap wajahnya tanpa sebarang bicara. Cuma matanya sahaja yang tajam berkata-kata.

“Sebenarnya tender penghantaran tak dibuka Mr.Chua, ia memang diberi terus kepa BUS. Tak tahu sebab apa. Mungkin Datuk percayakan syarikat awak. Ini merupakan satu bonus.” Atiqah menerangkan.

Mr.Chua ketawa kecil. Dia merenung sekilas pada Nik Arif yang masih terpaku menatap wajah Atiqah.

“Boleh hantar proposal schedule? Mungkin saya boleh meneliti sebelum perjanjian dibuat.” Atiqah berkata lebut. Nik Arif yang sedari tadi tidak bercakap membuatkan dia naik risau.

“Kami ada menghantar pada Datuk Marzuki tapi tak mengapa. Kami ada bawa salinannya. Arif, ada pada youkan?” Tanya Mr.Chua pada Nik Arif. Nik Arif membuka fail yang dibawanya kemudian mengeluarkan beberapa helai kertas dan diunjuk pada Atiqah.

Atiqah meneliti perlahan. Pintu biliknya terkuak. Pamela masuk dengan tiga cawan minuman. Kemudian mengagihkannya kepada setiap orang.

“Iqa, you dah sain consignment untuk hari ni? Dia orang nak hantar barang sekejap lagi.”

Atiqah meletakkan kertas ditangannya bila mendengar kata-kata Pamela yang berdiri tegak di hadapannya.

Mencari sesuatu di meja belakangnya kemudian mengambil fail plastic berwarna hijau.

“Pamela make sure suruh Guna check betul-betul berapa barang yang kita nak hantar. Dua hari lepas ada defect. Syarikat Berjaya call saya.” Atiqah mengeluarkan beberapa helai kertas yang berada di dalam fail tersebut. Meneliti seketika sebelum menandatangani kertas tersebut.

“Jangan lupa buat salinan.”

Pamela mengangguk. Dia mengambil kertas yang dihulurkan oleh Atiqah.

“By the way Iqa, meeting pukul tiga dengan Vision Com dekat Bangi.”

Atiqah mengangguk. Jadualnya semakin hari semakin ketat. Nasib baik Pamela membantu dan kadangkala Atiqah tidak segan silu ke Syarikat Angkasa meminta pertolongan daripada Mimi atau Datuk Marzuki.

“Okay, back to our discussion, saya akan meneliti proposal ini, Mr.Chua dan kalau ada perubahan nanti mungkin kita boleh bincangkan kemudian. Penghantaran juga bergantung pada requirement client, mungkin client perlukan cepat. Ada apa-apa pertukaran, saya akan beritahu nanti sebelum sebarang perjanjian ditandatangani. Beri saya masa dalam seminggu.” Atiqah menerangkan.

Mr.Chua mengangguk. Fikirannya lebih banyak tertumpu pada Nik Arif. Dia benar-benar hairan dengan Nik Arif yang tidak banyak bercakap pada hari itu. Pemuda itu lebih banyak merenung muka Atiqah. Ketika meminta diri untuk pulang, Mr.Chua mengusik Nik Arif.

“I tengok mata you tak berkelip pandang Cik Atiqah tu. You dah jatuh cinta?”

Nik Arif hanya tersengih. Bukan dia sudah jatuh cinta tetapi fikirannya tidak menentu. Macam-macam yang difikirkannya sekarang.

“Cantik dan terlalu muda. Macam mana dia boleh jadi pengurus operasi kilang? Datuk Marzuki pula nampaknya begitu percayakan dia.” Mr.Chua memberikan komennya.

Nik Arif menelan air liurnya. Pahit, payau dan pelbagai rasa lagi. Dia akan meminta kepastian daripada Atiqah. Sesungguhnya sampai sekarang dia tidak mempercayai Atiqah menerajui Kilang Take 2020. Sejak Atiqah bertukar kerja, Atiqah tidak pernah berubah dari segi pakaian dan percakapan. Cuma yang jelas, Atiqah hanya menukar keretanya. Kereta Fiat Punto itu memang agak mahal tetapi tidaklah terlalu mewah.

“Kalau you dapat tackle dia, untung you Arif. Cantik, cakap lembut dan respect dekat orang. She’s very confident. Hem… untunglah siapa yang dapat dia.” Mr.Chua mengusik lagi.

Nik Arif hanya menelan kata-kata Mr.Chua dengan perasaan yang bercampur baur. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Atiqah. Bersemuka dengan Atiqah dan meminta kepastian.

PUKUL lima tiga puluh minit petang, dia sudah berada di rumah. Tanpa sabar dia terus menunggu kepulangan Atiqah di halaman. Tiap detik dirasakan terlalu lama, sedangkan hatinya bagai digaru-garu dengan pelbagai perasaan.

Pukul enam tiga puluh minit barulah Atiqah menunjukkan mukanya. Dia berjalan pantas kearah Atiqah yang baru keluar dari keretanya.

“Iqa tipu Nik lagi Iqa?”

Nik Arif memegang tangan Atiqah. Kalau diikutkan hatinya yang sakit, mahu sahaja dia menjerit melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia mendengar Atiqah mengeluh.

“Iqa tak pernah tipu Nik.” Atiqah berkata perlahan.

Nik Arif merenung wajah Atiqah yang muram.

“Kenapa dengan Iqa ni, banyak sangat yang Nik tak tahu pasal Iqa. Kenapa Iqa buat Nik macam ni?” Nik Arif benar-benar sudah tidak dapat menahan perasaannya. Rasa marah dan hiba bercampur aduk. Atiqah membuat dia berkecil hati. Bukan sekali ini sahaja malah sudah banyak kali dan tidak mustahil dia akan merasainya lagi.

“Iqa minta maaf.” Atiqah merenung wajah Nik Arif yang merah.

“Minta maaf, minta maaf. Lepas tu Iqa tipu Nik lagi. Selama ni Nik percayakan Iqa. Dulu Iqa tipu siapa mama Iqa. Sekarang Iqa tipu kerja Iqa.” Suara Nik Arif semakin meninggi.

“Iqa tak tipu Nik.” Atiqah cuba menegakkan pendiriannya.

Nik Arif merengus geram. Sakit hatinya Tuhan sahaja yang tahu.

“Tak tipu, habis apa yang Iqa buat di Take 2020 tu.” Tengking Nik Arif.

Atiqah merenung wajah Nik Arif yang benar-benar sudah meradang. Atiqah mengurut dadanya perlahan. Dia tahu dia bersalah tetapi Nik Arif tidak patut menengkingnya begitu. Siapa Nik Arif yang boleh berlaku seenaknya ke atas dirinya?

“Nik pun tak pernah tanya Iqa kerja apa. Macam mana Iqa nak beritahu!” Atiqah cuba bertenang.

Nik Arif mencebir.

“Iqa cakap Iqa kerani, kerani, kerani. Iqa lupa?” Nik Arif menengking lagi.

“Memanglah… tapi tu dulu, sebelum Iqa berhenti kerja dan bekerja dengan kilang tu.” Atiqah sudah berjalan perlahan masuk ke dalam rumah.

Nik Arif yang kelihatan begitu tidak sabar mendengar penjelasan daripada Atiqah, berlari mengekori Atiqah dan masuk ke rumah Atiqah tanpa disuruh.

“Iqa pernah cakap yang Iqa naik pangkat sikit, masakan Nik dah lupa? Lepas tu Nik tak tanya apa-apa pun lagi. Buat apa Iqa nak beritahu, nanti Nik cakap Iqa berlagak!” Atiqah membuka lampu di ruang tamu rumahnya. Meletakkan beg tangannya di sofa.

Nik Arif duduk di sofa tanpa di suruh. Merenung Atiqah yang berdiri tegak di hadapannya.

“Siapa Iqa sebenarnya?” Tanya Nik Arif tiba-tiba. Dia mula ragu-ragu dengan Atiqah. Atiqah terlalu muda untuk menjawat jawatan tersebut.

Apa hubungan Atiqah dengan Datuk Marzuki? Dia tiba-tiba teringatkan Datuk Marzuki yang memang kaki perempuan, sekejap-sekejap bertukar isteri. Adakah Atiqah perempuan simpanan Datuk Marzuki?

Dia teringat bagaimana Atiqah berusaha menolak ajakannya untuk berkahwin walaupun berkali-kali dia merayu. Nik Arif mengetap bibirnya. Dia rasa hiba tiba-tiba.

“Maafkan Iqa, Nik. Iqa tak bermaksud nak lukakan hati Nik. Demi Tuhan memang selama ni banyak perkara yang Iqa tak boleh cerita pada Nik. Iqa takut nak cerita, takut Nik marah Iqa dan takut Nik tak percaya.” Atiqah mengetap bibir.

Nik Arif merenung Atiqah dengan pandangan berbalam. Kata-kata Atiqah seolah-olah kena dengan anggapannya.

“Apa hubungan Iqa dengan Datuk Marzuki?” Tanya Nik Arif dengan suara berketar.

Atiqah menelan liurnya. Perlukan dia berbohong lagi? Perlukan dia memberitahu hal yang sebenar? Dia sebenarnya tidak suka orang tahu siapa dia namun kalau dia tidak memberitahu Nik Arif, lelaki itu terus berprasangka dengannya.

Akhirnya dia melutut dan memegang lutut Nik Arif yang sedang mengusap-usap rambutnya sendiri. Gelisah sekali kelihatannya.

“Iqa benar-benar malu nak beritahu Nik. Iqa tak mahu Nik tahu siapa Iqa. Tapi sekarang, setelah apa yang berlaku hari ini, Iqa rasa Nik perlu tahu.” Atiqah berkata perlahan kemudian mengetap bibirnya.

Nik Arif merenung wajah Atiqah lama. Apakah rasa cintanya selama ini akan berkubur begitu sahaja? Dia hanya membiarkan Atiqah memegang tangannya. Dia rasa tersentuh dengan kelakuan Atiqah. Selama ini Atiqah tidak pernah mahu menyentuhnya.

“Maafkan Iqa, Nik.” Atiqah berkata dengan suara menggeletar. Dia merenung Nik Arif dengan wajah yang muram.

“Datuk Marzuki ialah ayah Iqa, Nik.” Akhirnya Berjaya juga kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya. Atiqah benar-benar lega selepas meluahkannya.

Nik Arif tersentak. Dia merenung Atiqah meminta kepastian. Atiqah menganggukkan kepalanya. Dia merenung Atiqah tanpa berkelip dan akhirnya dia menutup matanya. Dia teringat wajah Atiqah yang keluar di surat khabar. Atiqah Datuk Marzuki. Kenapa dia begitu bodoh dan membuat prasangka pada Atiqah? Kenapa dia tidak terfikir yang Atiqah anak Datuk Marzuki? Lama dia menutup matanya. Hatinya benar-benar lega kini.

“Iqa malu kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ni terlalu banyak gosip tentang ayah Iqa, tentang ayah Iqa yang kaki perempuan. Sejak dia berpisah dengan mama Iqa, ayah dah berkahwin sebanyak tiga kali. Memang ayah usahawan yang berjaya tapi Iqa betul-betul tak dapat terima perangai ayah yang kaki perempuan tu. Iqa malu Nik!”

Nik Arif membuka matanya. Merenung wajah Atiqah lama. Dia tersenyum. Perlahan-lahan tangan Atiqah yang memegang tangannya dibawa ke mulutnya. Diciumnya beberapa kali dengan hati yang lega.

“Kenapa mesti malu?”

Atiqah mengeluh. “Nik suka kalau orang ejek Nik bila orang tahu Nik anak Datuk Marzuki?” Atiqah bertanya perlahan. Membuang jauh-jauh rasa jengkel yang ingin bertapak kembali di hati.

Nik Arif tersenyum. Perlahan jari Nik Arig mengusap lembut pipi Atiqah.

“Tak semua orang perfect Iqa, termasuk ayah Iqa.” Nik Arif memujuk.

Dia memang terperanjat apabila mendengar bahawa Atiqah anak Datuk Marzuki tetapi dalam dunia ini tidak ada yang mustahil. Lagipun dari cara pembawakan Atiqah dia tah gadis itu bukan calang-calang orang, Atiqah tampak begitu bijak.

“Iqa malu Nik, lebih-lebih lagi heboh kisahnya bernikah dengan Zakiah. Setahun lebih Iqa tinggalkan rumah, Iqa bekerja sebagai kerani kerana masa tu Iqa hanya perlukan pengalaman. Tapi kemudian Iqa kasihankan ayah. Mungkin masa Iqa tak ada ayah berubah. Tapi tak tahulah. Ayah yang mencari Iqa. Iqa rasa aman bila orang tak tahu Iqa anak Datuk Marzuki. Kadangkala Iqa tertanya-tanya kenapa Iqa seorang aja anak Datuk Marzuki, tak tiga atau empat supaya beban perasaan ni tak Iqa tanggung seorang diri.” Atiqah meluahkan perasaan yang selama ini terpendam di dalam hatinya.

Nik Arif merenung wajah Atiqah dengan perasaan sayu. Sesungguhnya dia cuba untuk mengerti.

“Iqa suka menjadi Iqa yang biasa aja. Iqa tak tahu kenapa Iqa takut orang akan tahu siapa Iqa. Pernah dulu Iqa masuk kedai makanan segera, ada beberapa orang perempuan bercerita pasal ayah Iqa. Iqa malu Nik!” Atiqah mengetap bibirnya menahan tangis yang mahu terbit.

Nik Arif merenung wajah sayu buah hatinya. Dia tidak tahu apa yang berlaku di antara Atiqah dengan Datuk Marzuki tetapi dia bersimpati dengan nasib malang gadis itu.

“Iqa, apa pun yang berlaku, Datuk Marzuki tetap ayah Iqa. Menyembunyikan diri tak menghapuskan pertalian yang ada.” Nik Arif memujuk lembut.

Atiqah mengeluh, dia masih berlutut di hadapan Nik Arif. Satu, satu dia bercerita tentang apa yang berlaku di antara ayah dan mamanya. Rentetan kisah bagaimana dia terluka melihat perbuatan ayahnya di hadapan matanya yang sampai kini tidak akan dilupakannya. Dia bercerita bagaimana marahnya Datuk Marzuki bila mendapat tahu yang dia belajar hanya seperuh jalan. Minat yang kurang dalam bidang undang-undang, membuatkan dia mengambil keputusan berhenti dari universiti. Turut diceritakan juga bagaimana Datuk Marzuki melemparkan kata-kata yang kesat padanya dan menghalau dia keluar dari rumah bila dia cuba mempertikaikan perkahwinan Datuk Marzuki dengan Zakiah.

Atiqah menangis teresak-esak.

Nik Arif mendengar dengan perasaan yang berbaur antara sayu, simpati dan terluka yang bersilih ganti. Patutlah selama ini Atiqah nampak berlainan. Kadangkala riang dan kadangkala suka menyendiri.

“Kita kahwin Iqa, biar Nik tolong Iqa.” Nik Arif berkata lembut, mengusap air mata di pipi Atiqah.

Atiqah menggeleng. Perlahan air matanya disekanya.

“Nik tak marah Iqa lagi?” Atiqah berkata perlahan.

Nik Arif tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Atiqah sudah lama menderita.

“Lain kali jangan buat Nik macam ni, Iqa.” Nik Arif berbisik lembut sambil jarinya mengusap-usap pipi Atiqah.

Atiqah tersenyum kelat.

Ketika itu, baik Nik Arif atau Atiqah tidak perasan yang June berada di muka pintu. Darah June tersirap. Dia hampir mahu menjerit. Patutlah selama ini Nik Arif selalu menolak ajakannya untuk keluar. Mahu terbakar dadanya melihat segalanya itu.

“I love you so much Iqa. I love you.” Nik Arif berbisik lembut di telinga Atiqah.

Atiqah menahan hatinya dengan perangai Nik Arif namun pada masa yang sama dia sedikit tenang.

“Nik tak malu dapat bapa mertua seperti Datuk Marzuki?” Tanya Atiqah sambil merenung Nik Arif yang ketawa. Hidung Atiqah ditariknya lembut.

“Walau siapa pun Iqa, Nik tetap sayangkan Iqa. Nik tetap cintakan Iqa. Iqa mesti percaya tu. Lagipun apa nak dimalukan. Yang pentingnya Nik kahwin dengan anak dia. Dapat tumpang senang!” Nik Arif mengusik.

Atiqah menampar bahu Nik Arif manja.

Nik Arif ketawa lagi. Dia teringat cerita-cerita Datuk Marzuki tentang anaknya. Mahu sahaja dia ketawa apabila mengingatinya. Alangkah anehnya dunia! Direnung wajah Atiqah denga rasa sayang yang menggila. Dia rasa dia manusia yang paling bertuah dalam dunia.

“Tak semestinya kalau ayah kaya, Iqa akan kaya.”

“Tak kisahlah Iqa, Nik main-main aja. Yang pentingnya kita kahwin. Nik dah lama sukakan Iqa. Iqa bukan tak tahu. Nik dah lama gilakan Iqa dan Nik akan gila kalau tak dapat bersama Iqa…”

Atiqah merenung muka Nik Arif yang tidak sampai seinci dari mukanya. Dia tersenyum apabila teringatkan sesuatu.

“Mak, setakat Si Iqa tu, dekat Kuala Lumpuir tu berlambak-lambak. Nik tengok pun dia tersenyum-senyum, macamlah Nik ni suka sangat dekat dia. Kalau dah kerani tu kerani jugalah. Hiss.. Nik ni berpangkat mak. Jumpa orang sana sini. Seganlah kalau dapat bini macam dia.”

Nik Arif membeliakkan matanya mendengar kata-kata Atiqah. Direnungnya wajah Atiqah dengan rasa tidak percaya.

“Iqa dengar apa yang Nik cakap dengan mak cik. Masa tu Iqa ada dekat pintu dapur. Nik bercakap dengan penuh semangat dan penuh perasaan. Masa tu Iqa langsung tak ada hati dengan Nik. Macam mana Nik boleh tuduh Iqa macam tu?”

Nik Arif menelan air liurnya beberapa kali. Terkulat-kulat dia sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Atiqah sudah bangun dan duduk di sofa yang agak jauh darinya.

“Maafkan Nik. Masa tu mak selalu push Nik, dia cakap dia sukakan Iqa. Iqa pula masa tu sombong. Tak pernah tegur Nik. Nik baru balik dari overseas dah kena match. Melentinglah! Bagilah peluang Nik bernafas dulu.” Nik Arif tergagap-gagap member alas an.

Atiqah ketawa.

Sekarang Nik Arif pula duduk melutut sambil memegang lutut Atiqah. Merenung Atiqah dengan mata yang mengharap.

“Yalah Encik Nik, suka hati awaklah.” Atiqah mengejek.

Nik Arif merenung Atiqah lama. Beberapa kali air liurnya ditelan.

“Itu dulu Iqa, sumpah! Nik mula jatuh cinta dengan Iqa masa Iqa datang betulkan komputer Nik. Lepas tu hati Nik berdebar-debar tiap kali tengok muka Iqa. Nik yakin dengan perasaan Nik bila Iqa ke New Zealan. Sumpah Iqa, Nik cintakan Iqa!”

Atiqah mencebir melihat wajah Nik Arif yang terkebil-kebil merenungnya.

“Lelaki bukan boleh percaya, cakap aja. Konon tak pernah mengata Iqalah, porah!” Atiqah mengangkat tangannya.

Nik Arif benar-benar terkena kali ini. Dia benar-benar tidak suka mendengar kata-kata Atiqah. Atiqah seolah-olah memulangkan paku buah kerasnya.

“Lainlah kawan dia tu mak, cantik. Dia kerja apa mak?” Atiqah mengejek lagi.

Nik Arif pantas merangkul Atiqah dan digigitnya pipi Atiqah sehingga Atiqah menjerit kuat.

“Ungkit lagi ungkit, nanti bukan pipi aja, hidung Iqa pun tanggal tahu tak!” Nik Arif mengejek.

Atiqah menggosok pipinya yang dirasakan begitu perit. Ditumbuknya dada Nik Arif.

Akhirnya kedua-dua mereka ketawa sedangkan di luar rumah Hajah Mimah, June sedang duduk di buaian dengan hati yang sebal dan sakit.

“Aku bunuh kau Iqa!” Dia menjerit di dalam hati.





BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff