my nuff

AJL 27 Menghiburkan

Penganjuran AJL 27 adalah antara yang terbaik yang pernah diadakan. Persembahan pembukaan dimulakan oleh 3 penyanyi hebat… Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal Tahir… Dengan berlatar belakang persembahan layar yang memang menarik.


Ombak Rindu

Penyanyi – Hafiz dan Adira

Suara Hafiz memang tak dapat disangkal lagi dan Adira juga. Persembahan dapat sorakan dengan adanya Aaron Aziz… Aaron Aziz nangis ko… Lepas tu siap angkat Adira lagi…

Patah Seribu

Penyanyi – Shila Amzah

Persembahan yang ringkas, tak perlu ramai-ramai atas pentas. Hanya Shila Amzah. Dia bermonolog pada mulanya dan terus mengalunkan lagunya tanpa perlu ada penari atau penyanyi latar.

Simetri

Penyanyi – Amy Seacrh dan Hazama

Pertemuan sifu dan anak murid nya di atas pentas yang sama. Suara diorang memang mantap lah. Tapi persembahan agak serabut sikit.

Idola

Penyanyi – Azlan& Typewriter

Dengan bertopeng , persembahan tu seolah-olah sama macam persembahan Meet Uncle Husin beberapa tahun lepas. Tapi vocal Azlan tetap menyengat.

Pelangi Senja

Penyanyi – Stacy

(Tak dapat nak komen persembahan sebab tak tengok, kena buat air untuk hubby

Lagu

Penyanyi – Sanctuary (hehehe… Tak ingat )

Lagunya biasa dengar, tapi tak tau plak itu penyanyinya..)

Tanpamu

Penyanyi – Amir Jahari

Persembahan yang menarik dengan mempamirkan muzik jalanan di atas pentas.

Teman Pengganti

Penyanyi – Black & RJ

Sebenarnya mengharapkan rappers asalnya dapat menyanyikan lagu tu… Tak nak komen lebih-lebih… sebab memang minat sangat ngan lagu ni.

Terukir Di Bintang

Penyanyi – Aizat

Comel sangat Aizat nyanyi lagu ni. Lagu ni lagu Yuna. Tapi cara Aizat menyanyikannya penuh dengan karakter…

Ku Akui

Penyanyi – Hafiz

Hubby Ain kata lagu ni macam nak tuju untuk Adira je… Suara Hafiz… Hmmm lunaknya…

Andaiku Bercinta Lagi

Penyanyi – Mojo

Ada Marsha sebagai penyanyi latar. Aweera sebagai vokalis Mojo… Camna suaranya kat radio camtulah juga bila life…

Anak Kampung

Penyanyi – One Nation Emcee & Jimmy Palikat

Persembahannya penuh stage…


Keputusannya
Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (yeaahhh menang juga)

Vokal Terbaik – Hafiz (Ku Akui)

Tempat Ketiga – Ku Akui (Hafiz)

Tempat Kedua – Idola (Azlan & Typewriter)

Juara – Terukir Di Bintang (Aizat/Yuna)

3 comments:

dhati adiana said...

teman pengganti mmg terbaikk...

Hanif Idrus said...

Sebab nyanyian Aizat memang sempoi..gaya playboy Paris..heheheheh.
Memang layak menang sebenarnya!!!

Mrs Velentine said...

suka dgn anak kampung..hehe..walaupun ada yg komen cakap persembahan org hutan//

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff