my nuff

Al Baqarah (Lembu Betina)

Mukadimah

Surah ini diturunkan di Madinah.
Surah yang terpanjang di dalam Al Quran ini dimulakan dengan memperjelaskan pengertian yang disebut di dalam Al Faatihah.
Surah ini menerangkan yang Al Quran sumber petunjuk dan golongan yang mendapat keredhaan dan kemurkaan Allah.
Di samping itu, surah ni juga menjelaskan tiga kelompok manusia: mukmin, kafir dan munafik.
Surah ini menceritakan kisah usaha Nabi Musa menyelamatkan Bani Israel, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan peranan mereka dalam membangunkan Kaabah.
Surah ini juga membicarakan kisah umat Nabi Muhammad dengan menampilkan kisah umat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, tentang tauhid dan peringatan melalui ayat-ayat kebenaran Allah, tentang syirik dan soal halal haram dalam makanan.
Surah ini juga menerangkan tentang kewajipan berpuasa, berwasiat, larangan memakan harta orang lain, terutama harta anak yatim, tentang hukum qisas perang, haji dan hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kekeluargaan, muamalah dan pinjam meminjam.

1 comment:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff