my nuff

Cintanya Pada Isterinya


Setiap petang bila Faiz ada KAFA kat sekolah, Ain akan pergi jemput dia. Pukul 4.30 Ain dah kuar ofis (tq bos bagi kelepasan kejap sebab Ain balik kerja kul 5). Sementara tunggu Faiz habis KAFA Ain berbual dengan pak cik guard sekolah tu.
Sebelum ni office mate Ain penah cerita pak cik guard sekolah tu selalu cerita tentang arwah isterinya. Walaupun kadangkala cerita yang sama yang disampaikan.
Dan kali ni Ain pula jadi pendengar ceritanya tentang arwah isterinya. Intipatinya tetap sama. Berapa lama dia bersama isterinya. Setiap tarikh yang bermakna disebutnya dengan penuh. Tarikh kahwin, tarikh isterinya mula sakit, tarikh isterinya meninggal  dunia.
Pesara JKR tu cerita bagaimana dia berhijrah ke KL selepas pencen dan jadi guard. Dan dia kembali semula ke Temerloh setelah isterinya jatuh sakit. Dia cerita, apa sakit isterinya. Usahanya membawa isterinya berubat di merata tempat. Hakikatnya isterinya telah meninggalkan dia hampir 2 tahun. Tapi dibibirnya masih meniti kisah dia dan isterinya.

2 comments:

Kesuma Angsana said...

beruntunglah arwah isteri beliau ye !

wan nurul hezrina abd halim said...

Dia ada ankke?dia mesti syg sgt kt arwah isteri dia..mesti dia sedih gla msa wife dia pergi.kesian.simpati nurul dgr

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff