my nuff

Family Planning

Semalam Ain ke LPPKN. LPPKN tu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Ain ge sana nak dapatkan khidmat nasihat tentang perancang keluarga. Jadinya pegawai LPPKN tu penuh semangat cerita kat Ain pasal family planning ni. Kebetulan pegawai tu memang selalu Ain jumpa sebab dia selalu datang kedai hubby beli barang. Nama dia Kak Maria. So tak da segan silu lah kat situ.
Kak Maria explain kat Ain yang perancang keluarga ni ada yang melibatkan hormon dan ada yang tidak. Yang melibatkan hormon ni lah yang menyebabkan emosi selalu terganggu dan berat badan naik. Tapi peratus mencegah kehamilan adalah 100%.

Kaedah Perancang Keluarga Yang Melibatkan Hormon:

Pil (Contoh: Marvelon, Nordete, Mercilon. Loette, Noriday, Yasmin)
Hormon sintetik yang terdapat dalam bentuk pil mengikut kesesuaian wanita.
Cara Berfungsi:
Mencegah ovulusi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.
Cara Penggunaan:
Mula dalam 1-5 hari permulaan haid. Dimakan sebiji setiap hari mengikut peraturan.
Faedah:
Berkesan, Selamat dan Boleh diterima oleh kebanyakan wanita.

Suntikan (Unidepo, Depo Provera)
Hormon sintetik dalam bentuk suntikan.
Cara Berfungsi:
Mencegah ovulusi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.

Cara Penggunaan:
Suntikan diberi setiap 2 atau 3 bulan.
Faedah:
Berkesan, Selamat, Senang digunakan, Memberi Kesan Jangka Panjang.

Implan
Hormon sintetik dalam bentuk rod yang disisipkan di bawah kulit lengan atas.
Cara Berfungsi:
Mencegah ovulusi, memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai penghalang sperma.

Cara Penggunaan:
Rod hormon disisipkan di bawah kulit bahagian lengan atas wanita oleh petugas kesihatan terlatih.
Faedah:
Sangat efektif, Selamat dan Memberi kesan jangka panjang.

Kaedah perancang keluarga yang tidak melibatkan perubahan hormon pula, peratus kehamilan dicegah ialah antara 75% hingga 100% bergantung kepada kaedah perancang keluarga yang dipilih.

Kaedah Perancang Keluarga Yang Tidak Melibatkan Hormon:

Kondom
Sejenis sarung yang diperbuat dari getah lembut atau polyurethane disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan.
Cara Berfungsi:
Menghalang sperma dari masuk ke dalam rahim.
Cara Penggunaan:
Sarungkan ke zakar yang tegang sebelum persetubuhan. Keluarkan bersama zakar selepas ejakulasi.
Faedah:
Senang digunakan, Murah.

Alat Dalam Rahim
Sejenis alat kecil dibuat dari plastik khas dan mengandungi kuprum yang dimasukkan ke dalam rahim.
Cara Berfungsi:
Menghalang pergerakan sperma dan impantasi.
Cara Penggunaan:
Dimasukkan oleh petugas kesihatan terlatih. Wanita perlu memeriksa untuk memastikan adanya benang Alat Dalam Rahim.
Faedah:
Selamat digunakan selama 3-5 tahun.

Ligasi dan Vasektomi
Pembedahan di mana tiub fallopian wanita diikat atau saluran sperma lelaki diikat.
Cara Berfungsi:
Mencegah pertemuan sperma dan telur.
Cara Penggunaan:
Pembedahan ringkas. Tidak mengganggu kesihatan dan hubungan seksual.
Faedah:
Meningkatkan kepuasan hubungan seksual.

Selepas berbincang segala baik buruk nya, Ain telah memilih satu kaedah iaitu.... BIARLAH RAHSIA..... hehehe





8 comments:

Haryati Faizal said...

tq share ye,
penah try makan pil tuk perancang je, pastu rancang sendiri...

Kesuma Angsana said...

gd sharing. lebih baik rancang sendiri hehehe

Mrs Velentine said...

saya ambik pil regulon

Sue-Rya Qistina said...

pas saya bersalinkan bambam, saya amik pil noriday. tapi rasanya nak stop terus dari pengambilan pil perancang sbb melibatkan hormon. after bersalin ni, saya nak rancang sendiri je. tgk alternatif yg lain2 tu mcm ngeri je kan. hehehehe

~aSHa~ said...

skrg badan tgh naik byk..sob sob sob kesan dari itu la

Mayang ABDUL RAZAK said...

saya pun rancang sendiri..

Hanif Idrus said...

Perkongsian yang baik

wan nurul hezrina abd halim said...

Nurul guna noriday..sbnrnya tak 100% bleh cegah kehamilan.tp 99% je.ada satu peratus still bleh ngandung..tp kna usaha kot2 mana.kalu lekat juga memg tuh rezki btl..nurul sethun 3bln xmari period.ni bru dtg tp selang 2mgu dtg lg.dh 3x..memg xbtl peot.tp susu bdn memg xganggu.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff