my nuff

Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia. Bapak mertua dgn polis forensik tak bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal then ustaz tu kata tak apa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."



Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..



WAHAI MUSLIMAH

mudah-mudahan kita seperti ini

2 comments:

Hanif Idrus said...

Entri yang sangat menaruk sekali !!

Mrs Velentine said...

sedihnya

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff