my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 22

NIK ARIF menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah pasti dengan perasaannya sekarang. Dua minggu atiqah bercuti dia rasa bagai mahu mati. Setiap hari dia meliat ke rumah Atiqah kalau-kalau gadis itu sudah pulang. Ketika dia dapat tahu Atiqah pulang dari bercuti, dialah orang yang paling gembira sekali. Kedatangan Atiqah ke rumahnya disambut dengan senyuman lebar. Dia tidak putus-putus berbual dengan Atiqah. Hajah Mimah hanya membiarkan seolah-olah tahu perasaan yang dialaminya sekarang.

“Fuad, aku dah jatuh cinta.” Fuad ketawa besar mendengar ceritaya. Baru sekejap tadi dia mengunjungi Fuad. Dia sebenarnya mahu meminta pendapat Fuad.

“Well. Well. Welcome to the club.” Fuad mengejeknya.

Nik Arif merenung Fuad yang haya tersengih.

“Siapa gadis bertuah tu?”

Nik Arif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apaka Fuad menyangka yang dia bergurau? Dia benar-benar serius sekarang.

“Aku serius Fuad. Aku tak bohong. Aku dah jatuh cinta!” Nik Arif begitu beria-ia.

“Aku tahulah, siapa cakap yang kau bohong. Dasyat kau. Aku tengok kau nampak teruk sekarang. Muka kau macam orang sakit tenat.” Fuad terus-terusan ketawa.

“Orang dah tua macam kita ni baru nak jatuh cinta memang terukkan? Kalau betul pun kau jatuh cinta, relakslah.” Fuad menepuk bahu Nik Arif.

Dia ketawa melihat kelakuan sahabatnya itu. Lelaki itu memang ramai kawan perempuan tetapi tiada seorang yang istimewa di hatinya. Dia tidak tau kenapa Nik Arif tidak pernah serius dengan perempuan.

“Shit man! Aku tak pernah rasa macam ni. Bangun pagi aja aku ingat dia, dalam bilik air pun aku nampak muka dia. Mana-mana aku pergi asyik ingatkan dia aja. Aku tak tahu nak buat apa lagi Fuad!” Nik Arif mengeluh. Memang dia tidak malu menceritakan perasaannya sekarang. Dia benar-benar bingung.

“Tak tahu nak buat apa pula. Kahwin ajalah!” Fuar tergelak.

Itu yang menjadi masalahnya sekarang. Nik Arif kalau boleh mahu berkahwin secepat mungkin. Tetapi masalahnya…. Dia mengeluh lagi.

“Kau bukan tak ada duit.”

Nik Arif menggaru kepalanya lagi. Dia buntu. Kahwin, memang dia mahu kahwin. Duit, memang dia ada duit. Namun masalahnya sekarang…

“Apa kena dengan kau ni. Mak kau tak suka?” Tanya Fuad sambil menepuk bahu Nik Arif.

“Bukan tu masalahnya tapi kalau aku kahwin pengantin perempuannya tak ada, buat apa?”

Hah! Fuad ketawa besar. Nik Arif memang sudah tidak betul.

“Tadi kau cakap dengan aku kau dah jatuh cinta. Kau dah mabuk kepayang. Ini kau cakap tak ada pengantin perempuanya pula. Mana satu yang betul ni Nik?”

Nik Arif hanya diam merenung Fuad yang ketawa. Beberapa orang pelanggan di kedai makan yang mereka masuki itu memandang Fuad dengan wajah hairan dan tertanya-tanya.

“Sudahlah… Kau ni asyik ketawakan aku aja!” Nik Arif menampar lengan Fuad.

Fuad berhenti ketawa, dia mengusap mukanya berkali-kali.

“Aduh! Penat aku melayan orang tak betul macam kau ni Nik Arif. Okey, kau terangkan dengan jelas pada aku apa maksud kau kalau kau kahwin, kau tak ada pengantin perempuannya.” Fuad bertanya sambil tersenyum-senyum.

“Aku cintakan dia, aku dah jatuh cinta tapi aku tak tahu sama ada dia sukakan aku ataupun tak.” Nik Arif menjelaskan.

Giliran Fuad pula menggeleng. Setahunya Nik Arif bukan jenis lelaki yang pesimis!

“Beritahu ajalah dia. Apa susahnya?” Ujar Fuad.

“Tak semudah tu Fuad, tak semudah tu… Aku takut dan segan.” Luah Nik Arif.

Fuad menepuk bahu Nik Arif beberapa kali. Perlahan. Memberi perangsang. “Hey, come onlah. Nik Arif yang aku kenal bukan penakut. Apa yang kau nak takut sangat?”

“Aku takut dia menolak, Fuad.” Lemah dan mendatar suara Nik Arif. Dari nada suaranya itu, Fuad dapat meneka bahawa rakannya itu memang tidak boleh ditolong lagi. Orang tengah mabuk memang tidak tahu apa yang dibuatnya.

“Kalau dia tolak, cari orang lain.”

Terbeliak mata Nik Arif. Selama ini dia tidak pernah jatuh cinta dan sekali dia jatuh cinta, dia tahu itu cinta yang pertama dalam dirinya. Dia tidak akan lepaskan begitu sahaja sebagaimana mudahnya dia memilih baju di pasar raya.

“Tak semudah tu Fuad. Ni pertama kali aku jatuh cinta dan aku tak mahu gagal.” Luah Nik Arif.

“Macam mana orangnya. Cantik?” Tanya Fuad. Dia melihat Nik Arif mengangguk. Tersengih. Sah Nik Arif sudah angau.

“Aku rasional Fuad, bagi aku dia cantik. Tapi tak tahulah kau. Cara dia bercakap, cara dia makan, acara dia ketawa, dah buat aku berdebar-debar. If I see her naked, I don’t know what I’m going to do.”

Fuad ketawa lagi. Nik Arif memang sudah parah!

“Celaka kau, sampai macam tu sekali kau berangan. Kau memang dah parah Nik. Aku rasa kalau kau masuk hospital bahagia, immediate admit, critical case.”

Nik Arif ketawa mendengar kata-kata Fuad. Dalam diam diakui kebenarannya.

“Apa aku nak buat Fuad, cakaplah dengan aku.” Nik Arif merenung Fuad yang masih tersengih. Dia tahu Fuad ketawakannya namun dia tidak peduli lagi.

“Nak buat macam mana lagi. Beritahu ajalah dia yang kau cintakan dia. Beritahu dia yang kau nak kahwin dengan dia. Okey? Aku sendiri pun tak ada pengalaman macam kau ni. Bagi aku berterus terang tu lebih baik. Kalau takut hadap muka dia, telefon aja. Habis kisah!”

HAH! Kalut. Telefon yang berada disebelahnya direnung lama. Semalam Atiqah datang ke rumahnya menghantar puding tapai. Gadis itu rancak berbual dengan maknya. Namun dia tidak tahu kenapa dia begitu gugup. Dadanya berdebar-debar tidak tentu arah. Bila Atiqah bercakap dengannya dan mata mereka bertentangan, lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Mungkin Atiqah menyangka dia tidak mahu melayan gadis itu bercakap. Namun apa yang gadis itu tidak tahu ialah ketika itu dia merasakan jantungnya sudah berhenti berdegup.

“Telefon…tak, telefon….tak.” Nik Arif menggaru kepala. Hatinya berbelah bagi.

Perlahan-lahan dia menekan nombor telefon rumah Atiqah. June yang menjawabnya. Dia cepat-cepat meletakkan gagang telefon tersebut ke tempatnya semula. Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik. Dia tiba-tiba teringat Atiqah mempunyai telefon bimbit.

“Mak! Ada nombor handphone Iqa tak?” Tanya Nik Arif.

“Kenapa, komputer kamu rosak lagi ke?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif hanya mengangguk. Bohong sunat! Wanita tersebut kemudian masuk ke dalam biliknya dan menyerahkan kertas kecil yang bertulis nombor telefon Atiqah.

Nik Arif tersenyum menyambutnya.

“Budak tukan dah balik, panggil ajalah dia kemari. Masuk kali ni entah berapa kali emak bagi kamu nombor tapi tak pernahnya kamu ingat.”

Nik Arif tidak menjawab kata-kata emaknya. Dia mengambil telefon lantas menekan nombor telefon bimbit Atiqah.

Namun apabila dia mendengar suara Atiqah, dia mematikan talian telefon.

“Kau mesti kuat, mesti!” Dia berkata pada dirinya sendiri. Dia menekan nombor telefon bimbit Atiqah sekali lagi.

“Helo.” Dia berkata perlahan, gugup. Dia mendengar Atiqah menjawab perlahan, seperti orang mengantuk.

“Iqa, Nik ni. Nik minta maaf sebab ganggu Iqa.”

Atiqah ,melihat jam di sebelah katilnya. Baru pukul Sembilan. Sebenarnya Atiqah tertidur di katil sebentar tadi. Dia baru balik dari rumah Dahlia, merancang itu dan ini. Dia rasa begitu letih.

“Okey, kenapa ni. Komputer rosak lagi ke?” Tanya Atiqah. Suara Nik Arif kedengaran gugup.

“Nik nak cakap dengan Iqa sikit.” Beritahu Nik Arif perlahan.

“Okey, cakaplah. Apa halnya?” Apa kena dengan Nik Arif ni? Semalam mereka baru berjumpa, tidak ada pula Nik Arif mahu bercakap apa-apa.

“Nik nak jumpa Iqa sekarang.”

Berkerut dahi Atiqah mendengarnya. Apa kena dengan Nik Arif? Kenapa lelaki itu mahu berjumpa dengannya? Adakah lelaki itu dalam kesusahan? Namun kenapa dia yang Nik Arif ingin jumpa, bukan June. Sedangkan Nik Arif dengan June begitu baik sekali.

“Nak jumpa saya sekarang? Encik Nik dekat mana?” Tanya Atiqah.

“Dekat rumah tapi Nik nak jumpa Iqa di tempat lain. Nik tak mahu emak dengan June tahu.”

Hah? Atiqah menggeleng beberapa kali. Mahu ketawa pun ada. Nik Arif mahu berjumpa dia di tempat lain? Tidak mahu orang tahu? Terlalu pelik bunyinya.

Please Iqa, sekejap aja!”

Atiqah tidak menjawab. Dia masih berbaring malas. Menjawab pun tidak. Dia benar-benar letih.

“Kalau Iqa tak mahu tak apalah, tapi Nik nak bercakap dengan Iqa.” Nik Arif berkata perlahan.

“Okey, kita bercakap sekarang. Cakaplah apa dia?”

Dia tidak mendengar Nik Arif menjawab. Hanya kedengaran nafasnya yang tidak menentu.

“Nik dah jatuh cinta, Iqa.”

Atiqah ketawa besar mendengarnya. Menyedari tawanya mungkin akan menyinggung perasaan Nik Arif, dia menutup mulutnya. Dia juga tidak mahu June terganggu. Nik Arif menelefon dia semata-mata mahu memberitahu yang dia sedang dilamun cinta? Nik Arif… Nik arif…

“Kenapa Iqa ketawakan Nik?” Suara Nik Arif begitu rendah tetapi seakan-akan merajuk. Ketawa Atiqah masih bersisa ketika dia menjawab kemudiannya.

“Okey, baguslah. Dengan siapa, June? Nak minta tolong daripada saya? Tak ada masalah Encik Nik.” Atiqah mengusik. Dia serta merta teringatkan June. Kalau Nik Arif jatuh cinta dengan June, dia tidak pelik. Dia teringat perbualannya dengan Nik Arif ketika mahu ke lapangan terbang tempoh hari.

“Bukan. Nik tak jatuh cinta dengan dia. Tapi Iqa kena dengar dulu apa yang Nik nak cakapkan ni.” Nik Arif berkata seolah-olah merajuk. Dia terasa dengan ketawa Atiqah sebentar tadi. June tidak pernah singgah dalam hidupnya.

“Okey, saya dengar.” Atiqah masih lagi tersenyum-senyum. Dia menguap perlahan kemudiannya.

“Nik tak tahu macam mana Nik boleh jatuh cinta, Nik tak tahu. Dan kalau boleh Nik mahu sentiasa bersama, setiap saat Iqa.” Nik Arif berkata penuh yakin.

Atiqah mengangkat keningnya sendiri. Suka hati kaulah nik Arif!

“Saya faham, orang jatuh cinta memang macam tu. Okey, lepas tu apa yang Encik Nik nak suruh saya buat?”

“Nik nak Iqa faham perasaan Nik.”

Atiqah tersentak. Dia mngeluh kemudiannya. Dia tahu Nik Arif dari dulu tidak sukakannya. Dia pun tidak pernah menaruh hati dengan Nik Arif walaupun Hajah Mimah pernah mengusik mengatakan dia menantu Hajah Mimah. Namun sejak akhir-akhir ini Nik Arif nampaknya begitu baik dengannya. Kadangkala agak manja. Bercelaru kepalanya.

“Saya faham Encik Nik. Jangan bimbang.” Atiqah menjawab perlahan tetapi rasa mahu ketawa.

“Iqa tak faham!” Bentak Nik Arif.

Atiqah pelik. Apa yang dia tidak faham.

“Saya faham Encik Nik. Encik Nik mahu saya jangan ganggu hidup Encik Nik. Jangan berbaik dengan emak Encik Nik dan jangan hantar kuih atau apa saja ke rumah Encik Nik bukan? Kalau boleh keluar dari rumah sewa yang saya duduk ni bukan? Bukan begitu encik Nik?”

Atiqah bangun dari katilnya. Dia membuka tingkap biliknya. Halaman agak gelap. Cuma di dapur yang terang. Ketegasan kata-katanya membuat Nik Arif hilang bicara. Tergamam.

“Kenapa diam? Okey, bagi saya tempoh sebulan, saya akan cari rumah lain.” Atiqah menyambung kata.

Nik Arif mengumpul kekuatan untuk bercakap. Atiqah menyangka yang bukan-bukan akan niat sucinya. Dadanya bertambah berdebar.

“Iqa memang tak faham apa maksud Nik. Iqa memang tak faham. Nik tak suruh Iqa keluar dari rumah sewa Iqa sekarang. Nik tak tahu nak cakap apa!”

Atiqah mendengar dengan teliti kata-kata Nik Arif.

“Kenapa ni?” Atiqah ketawa kecil.

“Iqa, I love you.”

Bisikan Nik Arif membuat Atiqah melompat mendengarnya. Dia melihat telefon di tangannya. Dia rasa mahu pitam mendengarnya. Macam tidak percaya. Nik Arif menelefonnya semata-mata untuk meluahkan rasa cinta? Dia rasa tidak percaya.

“What?” Atiqah bertanya sambil berbisik.

“Please Iqa, I love you. Nik dah jatuh cinta dengan Iqa. Nik sayangkan Iqa.Kita kahwin Iqa?”

Atiqah menggigit bibir. Adakah Nik Arif waras ketika mengungkap kata-kata itu? Tidak mungkin! Dia rasa Nik Arif seperti mahu mempermainkannya.

“Jangan mengarut Encik Nik.” Atiqah berkata gugup, kemudian pura-pura ketawa.

“Nik tak mengarut Iqa, Nik serius. Please Iqa, please… I want you to marry me.”

Atiqah hilang kata-kata. Tubuhnya serasa menggigil.

“Nik dah tahu perasaan Nik. Sakit dada ni sayang. Please sayang…. Please, I love you. Love you so much. Please sayang… please!”

Atiqah benar-benar tergamam. Dia mengetap bibir.

“I want to marry you. Iqa kenapa diam ni. Jawablah… Jawablah sayang …. Iqa?”

Atiqah tidak menjawab bila Nik arif menjerit memanggil-manggil namanya dalam telefon. Dia mematikan talian. Mundar-mandir di dalam biliknya. Tubuhnya yang masih dibalut keletihan kian lesu.

“Hiss… gila agaknya!”

Mana boleh! Dia dengan Nik Arif bukanlah baik sangat. Baru beberapa bulan yang lepas dia mendengar perbualan antara Nik Arif dengan Hajah Mimah yang begitu menyinggung perasaannya.

“Tapi sejak-akhir-akhir ni…” Atiqah berkata pada dirinya sendiri. Dia teringat ada beberapa kali dia bermain squash dengan Nik Arif. Nik Arif nampaknya begitu gembira. Kemudian apabila dia mahu ke New Zealand, Nik Arif yang menghantarnya. Dia dapat melihat wajah Nik Arif yang muram.

“Tak mungkin… tak mungkin!”

Lama Atiqah termenung. Dia membuka semula telefon bimbitnya apabila sudah tiga puluh minit dia duduk memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Ada beberapa pesanan daripada Nik Arif yang membuatkan dia mengetap bibir.

“Please dengar Iqa. I’m crazy about you. I’m mad now. I love you. Please!!!”

Atiqah mengeluh dan menelan air liurnya. Pahit.

“Iqa, I’m always thinking about you, always. I need you please…!”

Atiqah cepat-cepat menutup telefon bimbitnya kembali. Mendengar pesanan tersebut menyebabkan bulu romanya meremang. Adakah Nik Arif benar-benar serius?

Semalaman dia cuba melelapkan mata tetapi tidak mampu. Kenapa Nik Arif memperlakukan dia begini? Dia tertanya-tanya pada diri sendiri. Apakah Nik Arif ikhlas, apakah Nik Arif mahu mempermainkannya?

Pukul empat pagi baru dia tertidur dan bangun apabila matahari sudah naik mencanak.

“Hantu betul! Macam mana aku boleh tak sedar?” Atiqah merungut sendirian. Dia tidak dengar bila June pergi kerja. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul sepuluh tiga puluh minit pagi. Dia bangun dengan wajah yang keletihan. Teringat kembali akan apa yang nik Arif katakan padanya malam tadi, dia terduduk semula di katil. Bagaimana mahu menghadap muka Nik Arif dan bercakap dengan lelaki tersebut?

Pukul sebelas baru dia ke bilik air dan keluar semua lima belas minit kemudian. Setelah mengemas biliknya, dia ke dapur untuk memasak. Selesai masak dia mendengar suara orang member salam. Dia tidak tahu suara siapa namun dibukanya juga pintu. Seorang lelaki membawa bungkusan tersenyum padanya.

“Cik Atiqah?” Tanya lelaki tersebut, meminta kepastian.

Atiqah mengangguk.

“Ada barang untuk cik, tolong tandatangan di sini.” Pinta lelaki tersebut.

Atiqah tandatangan tanpa banyak soal. Selepas lelaki itu pergi, dia duduk membuka hadiah yang diberikan padanya. Ada dua buah raket squash dan satu tabung bola squash. Atiqah mengerutkan dahinya.

“I love you, I’m crazy about you. Nik… shit!” Atiqah menjerit setelah membaca kad yang berada di dalam bungkusan tersebut. Dia terkedu seketika. Dibelek-beleknya raket tersebut, dia tahu raket tersebut agak mahal harganya.

Nik Arif! Dia menjerit sendirian. Geram dan bimbang bercampur baur.

3 comments:

Mrs Velentine said...

alolo sweetnya

Aziela said...

Ok...this is nice. Suka sangat. Er...padan muka Nik Arif kan. Dulu kutuk2 Ika...

Kniedaz said...

Alamak...Nik Arif dah angau..hehehe...lama tunggu ni

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff