my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 30


NIK ARIF membelek-belek brochure kereta yang diambil siang tadi. Dia mengira dengan mesin pengiranya. Sejak akhir-akhir ini dia memikirkan sesuatu. Dia mahu membelikan kereta untuk Atiqah. Sudah berapa hari dia tidak berjumpa dengan Atiqah. Atiqah memberitahu yang dia mahu balik ke kampong dan tidak mahu diganggu. Kadangkala dia cuba juga menelefon telefon bimbit Atiqah tetapi Atiqah tidak dapat dihubungi.

“Kamu nak tukar kereta ke Nik?” Tanya Hajah Mimah apabila melihat anaknya begitu tekun memerhatikan brochure tersebut.

Nik Arif tidak menjawab.

“Putra cantik ke, Satria cantik mak?” Tanya Nik Arif.

Hajah Mimah mengambil brochure di tangan anaknya.

“Kereta yang ayah kamu tinggalkan tukan masih elok. Sebelum ayah kamu meninggal, dia baru beli kereta tu, kenapa nak tukar?” Tanya Hajah Mimah hairan.

“Bukan untuk Nik, mak.” Nik Arif berkata perlahan. Dia menekan mesin kiranya lagi.

“Kalau bukan untuk kamu untuk siapa?” Tanya Hajah Mimah, hairan.

“Untuk bakal isteri Nik.”

Hajah Mimah membeliakkan matanya. “Hai… dah nak kahwin kamu! Tak cakap pun dengan mak?”

Hajah Mimah berkata separuh merajuk.

Nik Arif tidak menjawab. Dia masih tekun dengan mesin kiranya.

“Belum apa-apa dah nak belikan kereta. Teruk betul kamu ni. Perempuan mana yang dah bomohkan kamu sampai sanggup nak belikan kereta pula ni?” Hajah Mimah masih tidak berpuas hati. Setahunya Nik Arif tidak pernah menceritakan fasal bakal isterinya. Dia tahu Nik Arif berkawan dengan June namun sejak akhir-akhir ini anaknya itu lebih banyak bercerita tentang Atiqah daripada June.

Dia juga tahu Nik Arif selalu pergi bermain squash dengan Atiqah. Kadangkala dia ikut sama. Dia dapat merasakan yang Nik Arif sudah mula sukakan Atiqah. Dia bukan bodoh, cara Nik Arif merenung Atiqah sahaja dia sudah dapat memahaminya.

Dia teringat Nik Arif pernah bercakap dengan Atiqah di telefon. Begitu perlahan macam orang tengah bercinta.

“Beli Satria ajalah. Warna biru. Kereta Iqa yang lama pun warna biru.” Nik Arif memutuskan.

Hampir tersedak Hajah Mimah mendengarnya. Dia kemudian ketawa kecil. Hatinya benar-benar lega. Benar apa yang disangkakannya.

“Hai, dah jatuh cinta dengan orang belakang rumah! Sejak bila ni?” Hajah Mimah menyindir.

Nik Arif tidak menjawab. DIa bingkas bangun apabila mendengar suara Atiqah member salam. Tidak lama kemudian Atiqah muncul dengan bungkusan di tangan.

“Dah sihat dah?” Tanya Atiqah lembut pada Nik Arif yang tersengih-sengih sambil merenung Hajah Mimah yang tersenyum mesra.

Hajah Mimah dapat melihat wajah riang anak lelakinya.

“Iqa bawakan Nik ubat. Tablets Alfafa. Bagus untuk gout.” Atiqah berkata perlahan.

Tanpa disuruh, dia duduk. Atiqah mengeluarkan sebuah botol dari dalm beg plastik yang dibawanya. Diunjukkan kepada Nik Arif.

Nik Arif membuka botol tersebut lalu diciumnya. Kemudian dijuihkan bibirnya.

Atiqah menampar lengan Nik Arif yang ketawa kemudiannya.

“Yeark… busuk!” Nik Arif menjelirkan lidahnya. Hajah Mimah menggeleng melihat kelakuan anak lelakinya itu. “Mengada-ngada betul budak ni. Iqa dah belikan tu ambil ajalah, makan. Emak pun dengar dekat overseas memang ramai orang ambil Alfafa. Bukan aja gout, untuk penyakit lain pun boleh.”

Hajah Mimah mengeluarkan barang yang berada di dalam beg plastik tersebut. Ada satu bungkusan besar buah ceri dan strawberi. Tergambar kehairanan di wajah Hajah Mimah.

“Buah ni buat apa Iqa, beli dekat mana ni?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif tanpa segan silu duduk di sebelah Atiqah.

Atiqah tersipu-sipu, menolak tangan Nik Arif yang sudah melingkar di pinggangnya.

Hajah Mimah yang memerhatikan hanya menarik nafas panjang. Anak bujangnya memang sudah teruk!

“Buah ni pun ubat gout, bagus untuk meneutralkan uric acid dalam badan. Nik kena ambil selalu…”

Hai… doktor… doktor.” Nik Arif terus-terusan ketawa. Atiqah hanya mampu menahan hati. Ketika dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi, dia singgah di beberapa buah negara Barat. Dia ternampak Tablet Alfafa lantas dia teringatkan Nik Arif. Bersusah payah dia membelinya.

“Iqa ke mana, dah seminggu tak Nampak?” Tanya Hajah Mimah.

Atiqah tersenyum mesra. Dia sekali-kali tidak akan membuka mulut bercerita tentang pemergiannya ke Arab Saudi. Payah kalau rahsianya terbongkar! Atiqah menoleh pada Nik Arif. Dia kurang senang dengan tindakan Nik Arif yang mengusap lembut lengannya.

“Iqa ada kerja sikit mak cik.” Atiqah menolak perlahan jari Nik Arif yang mengusap pipinya.

Hajah Mimah kurang senang dengan kelakuan anak terunanya itu.

“Ini yang gatal sangat ni kenapa? Dah tak tahan? Malam ni mak boleh kahwinkan kamu!”

Nik Arif ketawa besar, direnungnya wajah Atiqah yang memerah, lama sambil tersenyum-senyum.

“Dengat tu Iqa. Jom Iqa kita kahwin. Nik rindu Iqa… dah berapa hati tak jumpa Iqa. Sakit tahu tak dada ni!” Nik Arif menunjukkan dadanya.

Atiqah mengetap bibir. Mengambil brochure yang berada di atas meja kemudian mengerutkan dahinya. Malas dia mahu bercakap dengan Nik Arif. Dia malu dengan Hajah Mimah yang tersenyum-senyum memandang kearah mereka berdua.

“Nik nak tukar kereta?” Tanya Atiqah sekali gus mengubah topik perbualan yang tidak begitu digemarinya.

Nik Arif ketawa. Tangan kanannya berehat di bahu Atiqah.

“Nik nak belikan Iqa kereta. Satria boleh tak?”

Atiqah membeliakkan matanya merenung Hajah Mimah yang turut ketawa.

“Orang tengah sayang ni Iqa, minta apa aja mesti dapat!”

Atiqah merasa kurang senang dengan kata-kata Hajah Mimah walaupun dia tahu Hajah Mimah tidak berniat apa-apa. Wanita itu kelihatan begitu ihklas.

“Apa salah dengan kereta Iqa sekarang?” Atiqah menggumam perlahan. Dia sudah memilih satu kereta daripada banyak-banyak quotation yang diberi oleh Mimi kepadanya.

“Bunyinya macam motobot, Iqa. Tukar aja. Jual entah dapat seribu ke tak.” Ejek Nik Arif tanpa mempedulikan Hajah Mimah yang merenung kelakuan mereka berdua.

Kemudian bibirnya selamba mendarat ke pipi Atiqah berkali-kali. Atiqah tersentak lalu merenung wajah Hajah Mimah minta simpati.

Hajah Mimah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Nik arif memang sudah benar-benar sakit sekarang. Dia hanya merenung Atiqah yang terkial-kial mengesat pipinya. Kasihan Hajah Mimah melihatnya.

“Mungkin Iqa akan tukar tapi pakai duit Iqa sendiri…” Tegas kata-kata Atiqah.

Nik Arif mengerutkan dahinya. Apa kena dengan Atiqah? Dia mahu membelikan dengan ikhlas. Atiqah pun tahu yang di sayangkan gadis itu melebihi segala-galanya.

“Kenapa pula? Nik memang nak belikan untuk Iqa.” Nik Ariqag membalas sambil merenung Atiqah yang sudah bangun dan duduk di sebelah Hajah Mimah.

Hajah Mimah hanya memerhatikan kelakuan mereka berdua.

“Apa kena dengan Iqa ni?” Suara Nik Arif bertambah keras.

“Banyak duit Nik sampai nak belikan Iqa kereta?” Ejek Atiqah lagi.

Nik Arif menelan air liur. Dia sekarang tidak mempunyai apa-apa hutang. Duduk pun di rumah sendiri. Kereta pula kereta arwah ayahnya, jadi tidak ada masalah jika dia membelikan Atiqah sebuah kereta.

“Kamu berdua ni nak beli kereta pun bergaduh. Iqa pun satu. Mak cik tak kisah kalau Nik nak belikan kamu kereta. Biarlah… tapi jangan tak jadi menantu mak cik sudah!”

Berubah wajah Atiqah mendengarnya. Dia mengetap bibirnya merenung Nik Arif yang sudah tersengih-sengih.

Bila aku kata nak kahwin dengan dia? Getus Atiqah di dalam hati.

“Iqa dapat kereta company, mak cik. Sebab tu Iqa tak mahu beli kereta sekarang.” Atiqah memberi alasan.

Bila agaknya aku dapat kereta kompeni! Kelentong ajalah! Lagipun ayah sudah memesan kereta baru untuk aku. Selalu bekerja luar menyebabkan dia terpaksa akur dengan permintaan ayahnya. Lagipun dia tidak mahu terhutang budi pada Nik Arif.

“Hai, baru tukar kerja dah ada kereta company?” Nik Arif menyindir sambil merenung wajah Atiqah dengan penuh pertanyaan.

“Jadi GRO, Nik.” Atiqah menyindir dan secepat kilat jari Nik Arif mengetap pipi Atiqah sehingga Atiqah terjerit kecil.

Hajah Mimah menggelengkan kepalanya. Beberapa minit kemudian Atiqah meminta diri.

“Mak tengok kamu ni dah teruk, Nik. Kahwin ajalah…” Hajah Mimah membuka cerita.

Nik Arif merenung emaknya kemudian merengus perlahan.

“Nik dah cakap dengan Iqa tapi Iqa yang tak nak. Belum masanya lagi, kata Iqa. Kalau ikutkan hati, sekarang pun boleh.”

“Nik kata budak tu tak cantik, kenapa sekarang tergila-gial pula?” Hajah Mimah memulang paku buah keras.

Nik Arif ketawa besar, merenung emaknya sekilas sambil mengerut hidungnya.

“Saja aja mak, taktik biar mak tak tahu. Nanti kalau awal-awal mak tahu kami tengah bercinta, tak adalah thrillnya.” Usik Nik Arif.

Hajah Mimah menjuihkan bibirnya.

“Mak tengok Iqa tu tak ada apa-apa pun, kamu tu aja yang tergila-gilakan dia. Jangan-jangan dia dah ada boyfiriend.” Hajah Mimah menyakat.

Nik arif menarik muka masam. “Kalau dia dah ada boyfriend, apa susahnya mak. Bunuh aja boyfriendnya.”

Hajah Mimah menjegilkan matanya mendengar kata-kata Nik Arif kemudian ketawa apabila melihat Nik Arif ketawa.

Hati June terbakar apabila melihat Atiqah keluar dari rumah Hajah Mimah. Dia berdiri sambil bercekak pinggang di pintu. Semalam dia cuba mengajak Nik Arif keluar namun lelaki itu enggan menerima dengan memberi alasan terlalu sibuk sedangkan dia melihat Nik Arif ada di rumah. Sejak akhir-akhir ini dia dapat melihat Atiqah begitu rapat dengan Nik Arif. Lelaki itu kelihatan seperti sudah mula menyukai Atiqah. Cara Nik Arif bercakap fasal Atiqah cukup untuk membuat dia sakit hati. Nik Arif sudah berani memuji Atiqah di hadapannya.

“Lama kau ke rumah Mak Cik Mimah?” Tanya June.

Atiqah merenung June yang masih berdiri di hadapan pintu.

“Hantar ubat untuk Nik Arif.” Atiqah berkata perlahan.

June merengus sambil ketawa. “Hai! Dah tak boleh beli ubat sendiri? Mengada-ada sangat sampai kau yang kena beli atau kau sengaja menggatal nak pikat dia?”

Atiqah membeliakkan matanya. Dia mahu memikat Nik Arif? Memang sudah sepatutnya dia berterus terang dengan June tentang hubungannya dengan Nik Arif. Tetapi June bukan seperti Dahlia yang boleh mendengar kata-kata orang dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Atiqah masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan June yang masih merenungnya. Kemudian dia masuk ke dalam bilik, mengambil kunci rumah dan kunci kereta.

“Aku nak keluar sekejap. Kunci rumah aku bawa.” Atiqah berkata malas.

KETIKA dia sampai di rumah Dahlia, temannya itu sedang memasak di dapur.

“Hei! Kenapa nak datang tak cakap?” Tanya Dahlia sambil menepuh bahu Atiqah.

“Aku nak tidur dekat rumah kaulah Dahlia, boleh?”

Dahlia mengerutkan dahinya kemudian ketawa kecil. Mengangguk.

“Kau nampak penat. Kenapa, bergaduh dengan buah hati ke? Nik Arif macam mana… sihat?” Tanya Dahlia.

Atiqah tidak menjawab. Merenung telur dadar yang digoreng Dahlia.

“Apa kena kau ni, tanya pun tak jawab?” Usik Dahlia.

Atiqah hanya tersengih. Malas mahu menjwabnya. Kepalanya benar-benar berserabut. Dia mahu mencari rumah sewa lain dalam waktu yang terdekat ini. Itulah yang paling baik untuknya sekarang. Dia tidak sanggup lagi duduk serumah dengan June. Perangai June akhir-akhir ini sering menyinggung perasaannya.

“Buah hati kau apa khabar, sihat? Aku nampak dia betul-betul sayangkan kau.”

Atiqah tersenyum mendengar kata-kata Dahlia.

“Sayang? Menggatal adalah… Aku pun tak tahu apa yang dia nak, entah. Tak boleh duduk dekat sikit, mulalah tangan dia merayau sana sini. Malas betul aku. Kau tahu, tadi aku pergi rumah dia. Hantar ubat untuk dia. Depan mak dia, selamba aja dia cium aku. Kalau sekejap tak apa. Macam anak kucing…” Atiqah bersungut.

Dahlia ketawa besar merenung Atiqah yang sedang mengambil tin Milo. Atiqah tentu belum makan lagi, bisik hatinya.

“Lelaki macam tulah, mana boleh ditahan-tahan. Kau pun seksi sangat. Kalau aku, aku pun geram.” Dahlia mengusik.

“Seksi kepala otak kau. Aku pakai macam ni pun kau kata seksi?” Atiqah menunjukkan badannya.

Dahlia ketawa lagi. Atiqah memang tidak pernah memakai pakaian yang mendedahkan tubuh namun Atiqah mempunyai bentuk badan yang menarik. Pinggang gadis itu kecil tetapi tubuhnya gebu. Pipinya juga licin. Tidak hairanlah kalau Nik Arif berkelakuan begitu.

“Dia tahu ke kau anak Datuk Marzuki?” Dahlia menukar tajuk perbualan sambil merenung Atiqah.

Atiqah yang sedang membuka tin Milo menjuihkan bibirnya.

“Ya Tuhan! Iqa, kalau dia tahu macam mana?”

Atiqah tidak menjawab. Kalau Nik Arif tahu, terpulang pada Nik Arif.

“Kenapa kau tak beritahu aja dia!”

Atiqah seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Apa ke jadah nak beritahu dia, buang masa aja. Kau ada projek baru Dahlia? Bagi aku tolong!”

“Hai, dah jadi pengurus pun masih nak kerja dengan komputer buruk? Kau ada masa ke?” Usik Dahlia.

Atiqah duduk di kerusi dan mula menghirup Milo yang sudah siap dibuatnya.

“Seronoklah buat program baru, Dahlia.”

Atiqah puas kalau dapat melakukan sesuatu dengan tangannya sendiri dan hasilnya dapat dinikmati semua orang.

Dahlia tersenyum mendengar kata-kata Atiqah.

“Kau tahu Dahlia, June budak rumah aku tu sukakan Nik Arif.”

Dahlia membeliakkan matanya kemudian ketawa.

“June?”

Atiqah mengangguk.

“Perempuan tukan banyak boyfriend?” Dahlia menjuihkan bibirnya. Dia bukan aja banyak, dia suka kumpul. Buat collection. "Aku pun tak tahu sama ada aku sukakan Nik Arif atau tak. Lelaki tu kadangkala merimaskan dan kadangkala entahlah.” Atiqah mengangkat bahunya.

“Kadangkala menyeronokkan?” Ejek Dahlia.

Atiqah mengeluh perlahan. Menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Dia nak belikan aku kereta.”

Dahlia terkejut.

“Wow! Sayang betul dia dekat kau.” Usik Dahlia.

Nik Arif memang baik, bisik hati Atiqah.

“Kadangkala aku kasihankan dia… Dia macam sungguh-sungguh tapi aku pula cama tak percaya. Bagi aku semua lelaki sama. Macam ayah aku. Kadangkala kepercayaan aku terhadap lelaki tinggal sifar. Satu masa nanti kalau aku kahwin, dia akan tinggalkan aku dan cari orang lain.”

Dahlia tersenyum, itulah yang selalu diucapkan oleh Atiqah pada dirinya. Kasihan Atiqah. Sejarah lampau yang pahit begitu berbekas di hatinya. Parutnya tidak akan hilang walau seribu tahun lagi.

“Tak semua lelaki macam tu, Iqa…” Pujuk Dahlia.

Atiqah merengus. “Macam Faizal, dulu dia baik dengan aku. Bukan bermakna aku suka dekat dia. Tak. Kemudian bila dia bawa Kasmah masuk dalam syarikat, dia sanggup hina aku macam aku ni tak pernah baik langsung dengan dia. Lelaki jugakan? Hiss! Aku kadangkala tak faham dengan Faizal tu. Kalau tak sukakan aku, cakap ajalah. Jangan nak sindir-sindir!”

Dahlia memegang bahu Atiqah, lembut.

“Faizal tu tak tahu siapa kau. Tuan Ahmad pun sama. Aku rasa kalau dia tahu, ada yang terbeliak mata dia. Aku yakin Nik Arif tak macam tu…” Begitu lembut Dahlia memujuk.

Atiqah mengangkat bahunya. Harap-harapnya begitulah… Harapan yang cuba ditanamnya sejak akhir-akhir ini.

1 comment:

Mrs Velentine said...

nak beli kereta pun boleh bergaduh

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff