my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 32


HUBUNGAN Nik Arif dengan Datuk Marzuki bertambah baik sejak Datuk Marzuki bersetuju menggunakan perkhidmatan perkapalan syarikat BUS. Dua hari yang lepas Datuk Marzuki mengajak Nik Arif makan di hotel. Datuk Marzuki membawa isterinya bersama. Mereka berbual berbagai-bagai topik.

Walaupun Zakiah sudah beranak tiga tetapi perempuan itu masih lagi cantik dan menarik. Namun Zakiah tidak banyak bercakap dan kelihatan agak gelisah. Bercakap hanya apabila perlu sahaja. Dia mahu menceritakan pertemuannya dengan Datuk Marzuki pada Atiqah namun gadis itu bekerja di luar. Dua hari kemudian sahaja baru dia dapat bercerita dengan gadis itu. Itu pun di kelab tempat mereka bermain squash.

“Iqa kenal Zakiah, bini baru Datuk Marzuki?” Tanya Nik Arif ketika mereka sedang bermain squash.

Atiqah tersentak. Dia mengetap bibir, pura-pura tidak mendengar.

“Cantik orangnya… patutlah Datuk Marzuki gilakan perempuan tu walaupun dah beranak tiga.”

Atiqah masih berdiam diri. Dia merenung Nik Arif sekilas.

“Iqa tahu, dua hari lepas Nik makan dengan Datuk Marzuki, dia bawa Zakiah bersama. Cantik Zakiah tu… Tengok di TV tak berapa cantik tapi di luar cantik. Lembut pula tu.”

Kata-kata Nik Arif hanya ditelan oleh Atiqah dengan hati yang meluat. Entah apa yang dicari oleh perempuan tu dalam hidupnya. Dia tidak pernah berjumpa dengan Zakiah lagi walaupun sudah beberapa bulan bekerja dengan Datuk Marzuki. Mimi pun tidak pernah menyebut tentang perempuan tersebut apatah lagi Datuk Marzuki.

“Kenapa tak tackle aja?” Tanya Atiqah, mendatar.

Nik Arif menjegilkan matanya kemudian ketawa kecil.

“Nak mati? Datuk Marzuki ada sebelah. Kalau dia masih kosong, mahu Nik tackle dia.” Nik Arif tersengih separuh mengusik.

Atiqah melambungkan bola di tangan, memukul perlahan. Dia berlari lemah mengejar bola tersebut.

Nasib baik dia cepat menangkap bola, kalau tidak bola tersebut akan meleret sahaja di lantai.

“Iqa cemburu ke?” Tanya Nik Arif apabila melihat Atiqah yang masih diam. Bagus juga menyakat Atiqah begitu. Boleh dia nilai sejauh mana gadis itu sayangkannya. Selama ini dia tidak tahu sama ada Atiqah mencintainya atau tidak. Cuma dari perhatian Atiqah sahaja yang membolehkan dia membuat tafsiran bahawa Atiqah juga mencintainya.

“Cemburu, buang masa aja.” Atiqah mencebir.

Nik Arif terus-terusan mengusik.

“Alah Iqa cemburu… bukan Nik tak tahu. Memang dia lebih cantik daripada Iqa tapi Nik tak berkemampuan nak penuhi kehendak dia kalau Nik dapat dia pun. Kalau Nik kaya macam Datuk Marzuki tu lainlah. Nik kahwin dua-dua. Iqa dengan dia.”

Atiqah menelan air liur mendengar kata-kata Nik Arif. Dia tidak sakit hati mendengar Nik Arif mengatakan yang dia tidak cantik dan Zakiah lebih cantik. Cuma yang dia sakit hati ialah kerana Zakiah ialah mama tirinya. Perempuan yang hadir untuk mendapat kesenangan. Mereka memang tidak pernah berjumpa lagi dan Atiqah sendiri masih belum bersedia berjumpa dengan Zakiah. Dia takut tidak dapat mengawal perasaannya dan tidak mustahil dia akan menyerang perempuan tersebut nanti.

“Suka hati Niklah nak cakap apa.” Atiqah membalas mendatar.

Nik Arif berhenti bermain apabila dia melihat Atiqah mengambil tuala dan mengesat muka. Gadis itu kemudian mengambil botol airnya, diteguk beberapa kali.

“Sekarang Nik baik betul dengan Datuk Marzuki.” Atiqah mengejek.

“Apa salahnya, dia client syarikat Nik.” Nik Arif mengambil tuala dan mengesat mukanya sambil memerhatikan bibir Atiqah yang basah dan mukanya yang merah.

Kalau tidak memikirkan di situ tempat awam, mahu sahaj dia menyentuh bibir Atiqah sepuas-puas hatinya. Dia tidak tahu kenapa bila bersama Atiqah, dia selalu tidak dapat mengawal perasaannya. Kadangkala perasaannya itu membuat Atiqah mengamuk dan memarahinya. Namun dia tidak peduli. Dia mahu Atiqah tahu bahawa dia amat menyayangi gadis itu. Dia tidak pernah merasa perasaan seperti ini sebelum bertemu Atiqah walaupun dia mempunyai koleksi teman wanita yang ramai.

“Baguslah… dengar-dengar dia ada anak perempuan.” Atiqah mengusik.

“Alah… Datuk Marzuki penah nak jodohkan anak dia dengan Nik, tahu!” Nik Arif berkata separuh menduga.

Atiqah tersentak. Dia tersenyum tiba-tiba.

“Apa hal senyum-senyum ni?” Nik Arif bertanya hairan. Adakah Atiqah tidak percaya dengan kata-katanya sebentar tadi?

“Kenapa tak terima?” Atiqah bersahaja.

“Alah, tak dapat anak datuk MArzuki dapat Atiqah Marzuki jadilah.” Nik Arif bergurau tetapi Atiqah segera mengambil begnya dan membuka pintu gelanggang.

Nik Arif tercengang-cengang. Dia pantas memungut begnya dan mengejar Atiqah yang sudah berjalan mahu ke bilik persalinan. Dia tidak faham dengan sikap atiqah. Sekejap senyum dan sekarang pergi begitu sahaja.

“Iqa.. kenapa ni?” Dia memegang tangan Atiqah.

Atiqah tersenyum.

“Kenapa apa pula, Iqa nak pergi sauna sekejap. Nik tak payah tunggu Iqalah.”

Nik Arif mengetap bibir memerhatikan Atiqah yang berjalan perlahan ke bilik persalinan.

Sampai di bilik persalinan, Atiqah menghempaskan begnya ke kerusi. Dia sebenarnya sakit hati mendengar Nik Arif memuji Zakiah. Diurut dadanya beberapa kali. Namun bila mengingatkan kata-kata Nik Arif yang Datuk Marzuki mahu menjodohkan dia dengan Nik Arif, dia senyum sendirian.

“Lembut, baik, huh…!”

Atiqah membuka begnya dan mengambil tuala mandi. Diletakkan di kepalanya dan kemudian meuju ke bilik sauna. Tidak ada orang di situ. Sauna di situ hanya dikhaskan untuk perempuan sahaja. Atiqah memusing meter, menyesuaikan dengan kehendaknya. Dia letih dan mengantuk sebenarnya. Namun apabila duduk di bilik sauna itu badannya berasa segar. Lima belas minit kemudian dia keluar, mandi dan menyalin pakaian. Nik Arif masih menunggunya di luar, sedang bermain karom dengan beberapa orang lelaki di situ. Lelaki itu bangun demi melihat dia keuar dari bilik persalinan.

“Lepas ni kita pergi makan, Iqa?” Ajak Nik Arif ketika merapati Atiqah yang sudah berada di kaunter.

Atiqah melihat jam di pergelangan tangannya. Dia menggeleng.

“Tak apalah. Iqa nak balik. Dah lambat ni..” Atiqah member alasan sambil merenung Jumat yang tersenyum. Dia segera menandatangani buku besar yang berada di hadapannya.

Seorang lelaki Cina masuk ke dalam kelab tersebut.

Hai honey, lama betul I tak jumpa you. You sihat?” Ramah lelaki itu bertanya.

Atiqah tersenyum.

Nik Arif yang mendengar sapaan mesra itu berubah wajah. Cemburu menerpa hatinya. Wajah lelaki Cina itu dimamah dengan rasa sakit hati.

You ke mana Richard… I ingat dah bunuh diri sebab sekarang market teruk.”

Richard ketawa besar merenung Atiqah yang tersenyum.

Do you miss me? You look so sweet, Iqa?”

Kata-kata Richard itu menyebabkan Nik Arif mengetap bibir.

“Ke mana you hilang Richard, lama betul tak jumpa.” Atiqah mengerling Nik Arif di sisi. Wajah lelaki itu masam mencuka.

“I sibuk buka restoran. Market sekarang teruk, yang laku sekarang Cuma kedai makan. Buka kedai makan ajalah. Datanglah ke Pandan Indah. Halah tahu. Kalau nak datang you call I.”

Atiqah memberi laluan kepada Nik Arif untuk menulis pula.

See you Richard.” Atiqah melambai mesra.

“Hai, dah siap ke? Oh! I lambat rupanya!” Richard melihat jam tangannya pula. Atiqah keluar dari kelab tersebut tanpa menoleh pada Nik Arif yang sedang menulis. Nik Arif mengejar Atiqah di tempat letak kereta. Memegang tangan Atiqah.

“Kenapa ni Iqa?” Bentak Nik Arif geram.

Atiqah mngerutkan dahinya, apa kena dengan lelaki ni?

“Nik hanya main-main, tu pun nak ambil hati, nak cemburu tak tentu pasal.” Nik Arif geram. Wajahnya merah menahan marah.

Atiqah ketawa, membuka pintu kereta dan memasukkan beg ke dalam keretanya.

“Siapa pula cemburu. Apa kena dengan Nik ni?” Atiqah berkata geram., sakit tangannya dicengkam oleh Nik Arif.

Nik Arif merenung wajah Atiqah yang kelihatan marah.

“Cemburu tak tentu pasal, Nik main-main aja tadi tahu tak, huh… menyakitkan hati aja. Sengajalah nak menunjuk yang awak tu ada ramai peminat lelaki. Pergi sana sini orang tegur!” Nik Arif sudah membebel.

Atiqah merenung wajah Nik Arif yang masam mencuka. “Apa kena dengan Nik nak marah tak tentu pasal ni?”

Hai honey, are you miss me? Yeark! Tak ada orang lain dengan Cina pun jadi.”

Atiqah kelu. Dia sangka berjumpa dengan Nik Arif akan menyebabkan kepalanya bertambah ringan namun sebaliknya yang terjadi. Kepala yang sedia berserabut kian kusut.

“Cina pun manusia Nik , ada perasaan.” Atiqah berkata tenang. Kemudian masuk ke dalam keretanya.

Nik Arif menarik tangan Atiqah pantas. Atiqah termangu-mangu. Tidak pernah dia melihat Nik Arif meradang begitu.

“Caka Iqa, siapa jantan tu?” Tinggi nada suara Nik Arif.

Terpinga-pinga Atiqah. Dia memerhati sekeliling, takut-takut ada orang yang mencuri pandang. Kenapa Nik Arif naik angin dengan tiba-tiba?

“Apa kena Nik meradang tiba-tiba ni?” Atiqah berkata geram, cuba menolak Nik Arif yang sudah mula memeluknya.

“Cakap dengan Nik siapa lelaki tu Iqa. Nik cemburu tahu tak!”

Atiqah mengelak bila Nik Arif berusaha menyatukan bibir mereka berdua.

“Gila ke Nik ni, kalau orang nampak macam mana. Nak mampus ke?” Atiqah menolak keras.

“Puas hati Nik. Sejak akhir-akhir ni Iqa macam sengaja nak sakitkan hati Nik. Tukar kereta tak cakap. Jumpa jantan lain bukan main mesra kalahkan Nik sendiri. Iqa jangan perasan dapat mainkan Nik!” Nik Arif melepaskan geram. Hatinya sakit dibakar api cemburu.

Atiqah mengeluh perlahan. “Iqa penat Nik, Iqa nak balik, please…”

Nik Arif merenung Atiqah lama. Pipi Atiqah diusap lembut, kemudian lelaki itu mengangguk.

“Okey, Iqa tinggalkan kereta di sini, kita balik sama-sama.” Nik arif berkata lembut. Direnung wajah Atiqah dalam samar malam. Jari-jemarinya bermain di wajah Atiqah dengan perasaan menggila dan cemburu yang sarat.

“Jangan buat kerja gila! Iqa penat… Iqa nak balik.” Rayu Atiqah lagi.

Nik Arif tersenyum.

“Okey, Nik lepaskan Iqa.”

Atiqah masuk ke dalam keretanya tanpa berbicara walau sepatah pun.

“Jantan miang!” Atiqah menggumam sendiri ketika keluar dari kawasan kelab.

“Dia ingat aku anak patung agaknya. Jantan semua sama!” Hati yang sedia sakit kian sakit apabila tersekat dalam kesesakan jalan raya walaupun jam sudah menunjukkan pukul sembilan tiga puluh minit malam. Hambir satu jam baru dia sampai ke rumah. Ketika dia sampai di rumah, June sedang menonton televisyen.

“Kau ke mana Iqa?” Tanya June yang sudah memakai baju tidur tanpa lengan. Merenung Atiqah yang baru mahu menanggalkan kasutnya.

“Main squash.” Atiqah menjawab malas.

“Hai! Dulu kalau kau main squash jarang balik lambat macam ni?” Suara June seolah-olah menyindir.

Atiqah duduk di sofa melihat skrin televisyen.

“Kau main squash dengan Nik Arif ke?

Atiqah tidak menjawab. Semasa dia sampai tadi, dia Nampak kereta Nik Arif di halaman rumah. Mengingatkan peristiwa yang berlaku di kelab tadi, dia kembalik sakit hati. Sakit hati dengan perangai Nik Arif. Lelaki itu selalu memperlakukan dia seperti anak patung.

“Sekarang kau dengan dia bukan main lagi. Dulu lelaki tu selalu keluar dengan aku, sekarang nak tegur pun tak mahu. Sejak dia asyik keluar dengan kau, macam dia tak suka dengan aku. Ini mesti kau ada cerita apa-apa dengan dia.”

Atiqah mengangkat begnya. Malas dia mahu bercerita dengan June. Sekarang melihat muka June pun dia malas.

“Aku baru nak cakap dengan kau, Iqa!” June berkata keras.

Atiqah yang baru melangkah berpaling menghadap June.

“Kau nak cakap apa June, cakap. Sekarang tiap-tiap hari kau buat prasangka dengan ku. Aku baik dengan Nik Arif salah, baik dengan Hajah Mimah pun salah. Takkan aku nak marah dia kalau dia nak ikut aku main squash. Kau sendiri kalau nak main, esok ikut aku. Ajak Nik arif sekali. Apa masalahnya?” Atiqah berkata garang. Sakit hatinya melayan karenah June yang tidak pernah mahu mengira hati dan perasaan orang lain.

“Alah, aku bukan tak tahu, kau tu dah syokkan jantan tu.”

Atiqah mengetap bibir, geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memberitahu June yang Nik Arif yang tergila-gilakan dia, bukan dia yang tergila-gilakan lelaki itu. Mahu sahaja dia memberitahu June yang Nik Arif pernah beberapa kali mengajaknya berkahwin. Merayu-rayunya namun dia malas melayan perangai June yang memang tak reti bahasa itu.

“June, aku penat. Aku nak berehat dan mandi.”

Atiqah terus berlalu masuk ke dalam biliknya meletakkan beg yang dibawanya ke lantai kemudian berbaring di katil. Ketika dia mahu mengambil tuala mandi, telefon bimbitnya berbunyi.

“hai Iqa, apa khabar?”

Terdengar suara Puan Zainab.

Atiqah gembira mendengar suara mamanya. Badan yang letih teras segar semula. Segala masalah serasa lenyap seketika. Dia kembali teringatkan percakapannya dengan Datuk Marzuki.

“Hai mama, apa mimpi mama malam ni?” Atiqah ketawa riang.

“Tak ada apa-apa Iqa… Iqa, cuba teka mama di mana sekarang?”

Atiqah mengerutkan dahinta. Pelih dia mendengar pertanyaan mamanya.

“Queenstownlah..” Atiqah menjawab sambil ketawa. Sebenarnya dia sendiri ragi-ragu dengan jawapannya. Mamanya seperti mahu main sembunyi-sembunyi dengannya. Mamanya ketawa kecil. Atiqah mengetap bibir.

“Mama di Melaka sayang, mama bawa kawan mama makan angin.”

Atiqah menjerit riang. Mamanya di Melaka? Bila mama balik ke Malaysia? Beberapa hari lepas mamanya ada menelefon tetapi tidak pula memberitahu mahu pulang ke Malaysia.

“Mama, kenapa nak balik tak beritahu? Mama beritahu mama di hotel mana. Iqa cari mama sekarang.” Atiqah bertanya tidak sabar.

Puan Zainab ketawa mendengar suara riang anak kesayangannya. Dia tahu kegembiraan Atiqah namun dia tidak mahu Atiqah bersusah payah kera esok dia akan ke Kuala Lumpur.

“Jangan Iqa, mama nak masuk tidur. Esok kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Mama call Iqa nanti. Jangan bimbang honey.”

Atiqah gembira tidak terkata. Esok dia akan berjumpa mamanya. Tidak sabar dia mahu menunggu esok.

“Okey ma, Iqa tak sabar tunggu esok. I really miss you ma.”

“Mama mahu datang ke rumah Iqa dan tidur di rumah Iqa, boleh?”

Atiqah menelan air liurnya. Dia tiba-tiba teringatkan Nik Arif. Kalau boleh dia tidak mahu Nik Arif berjumpa dengan mamanya. Lama dia terdiam.

“Okey, Iqa tunggu ma.” Atiqah akhirnya membuat keputusan.

“Tapi mama bawa beberapa orang kawan, nak rasa macam mana duduk di Kuala Lumpur.”

Melopong mulut Atiqah. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu mamanya ramai kawan. Mungkin juga mamanya membawa orang melancong. Dia sendiri faham kerja mamanya sekarang.

“Bagi alamat rumah Iqa, nanti mama datang. Jangan bimbang.”

Lama Atiqah merenung telefon di hadapannya, kemudian ketawa sendirian.

Biarlah…kalau Nik Arif tahu pun dia tidak kisah. Yang penting dia dapat bersama mamanya meskipun untuk seketika.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff