my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 25


PUAN ZAINAB benar-benar tidak menyangka yang dia kan menerima tawaran yang begitu hebat. Dua orang lelaki yang berada di hadapannya dipandang dengan wajah kurang percaya.

“Kami memang benar-benar berminat untuk melabur di motel awak, Puan Zainab. Di sini hanya satu motel saja yang diusahakan oleh orang Melayu. Saya dan pihak syarikat telah mengkaji sedalam-dalamnya. Maybe our proposal so abrupt and make you surprise or shock. But believe us. We are so sincere about our proposal.”

Lelaki di hadapannya menerangkan. Puan Zainab mengetap bibir. Kedatangan kedua-dua orang lelaki dari Malaysia tersebut amat tidak dijangka. Dan kertas cadangan yang diletakkan di hadapannya yang telah diteliti sebentar tadi begitu pelik. Semuanya seolah-olah membawa keuntungan bagi pihaknya.

“Kami akan uruskan dari segi modal dan puan hanya berurusan dengan authority di sini untuk mendapatkan kelulusan. Once we get the approval, everything, all expenses will be born by us. Don’t worry.”

Ada dua orang yang datang berjumpa dengannya. Yang bercakap dengannya sekarang ialah lelaki Cina. Sorang lagi lelaki Melayu berkulit hitam manis tetapi kelihatan amat sopan. Mereka datang mencarinya di motel sebentar tadi. Berbincang tentang perkara yang tidak diduga bersama kertas cadangan.

“Puan boleh ambil kertas cadangan kami ini. Consider it.” Lelaki Cina itu menyambung.

Puan Zainab merenung lagi kertas cadangan di tangannya. Kertas cadangan itu ditulis dalam dua bahasa. Melayu dan Inggeris.

“Keuntungan pula akan dibahagi sebanyak tujuh puluh peratus kepada puan dan tiga puluh peratus bagi pihak kami. Jangan bimbang. Kami tak berniat apa-apa. Kalau puan merasa syak wasangka, puan boleh mengambil peguam dan membincangkan perkara ini. Kami peruntukkan sepuluh juta New Zealand untuk motel ini.” Terang lelaki Melayu yang bernama Amir.

Sepuluh juta New Zealand agak besar, desis hati Puan Zainab. Sekuarang-kurangnya dengan wang sebanyak itu dia boleh membuat motel dengan beberapa buah bilik lagi.

Yes, this is really abrupt. Tak percaya saya kamu berdua datang dengan proposal yang begini. Selama ini saya tak pernah mendapat tawaran yang sebegini. Sepuluh juta New Zealand… besar tu.” Puan Zainab berkata perlahan. Direnung lelaki di hadapannya silih berganti. Apakah kedua-dua lelaki di hadapannya ini boleh dipercayai?

“Jangan puan sangkal keikhlasan kami. Kami benar-benar ikhlas. Jangan ragu-ragu. Cuma ambillah proposal ini dan puan boleh menukarnya. Kami akan bersetuju apa saja.”

Puan Zainab menggaru belakang lengannya. Hairan betul, desisnya. Dia benar-benar berada dalam keadaan serba salah.

“Jangan main-main Encik Amir.” Puan Zainab berkata tegas. Dia tidak mahu motelnya ditutup. Hampir sepuluh tahun dia mengusahakan motelnya itu. Bukan mudah dia mahu melakukannya. Lebih-lebih lagi berurusan dengan pihak berkuasa. Dia warganegara asing. Orang Melayu. Selalu dipandang sebagai manusia yang tidak berupaya mencapai kemajuan. Dia tak mahu segala apa yang telah diusahakannya roboh.

“Kami tak main-main, puan. Kalau kami nak main-mainkan puan, kami tak akan sanggup membuang tiket kapal terbang semata-mata mahu datang ke mari. Percayalah!” Amir terus meyakinkan Puan Zainab yang sedang berfikir.

“Hampir sepuluh tahun saya di sini, tak ada seorang pun dari Malaysia yang pernah datang membuat tawaran seperti ini. Saya kena fikirkan.” Puan Zainab berkata perlahan.

Lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr.Tong hanya mengangguk. Kemudian mencelah.

“Saya faham perasaan puan.”

Mr.Tong menegakkan badannya. Di tangannya ada beberapa brochure mengenai package yang di tawarkan di Motel Senang Hati.

“Kalau saya sendiri pun rasa ragu-ragu dengan tawaran sebegini.” Mr. Tomg ketawa kecil.

“Tapi saya minta puan menelitinya terlebih dulu.”

Mr. Tong mengeluarkan sekeping kad dari dalam beg duitnya. Diunjuk kepada Puan Zainab.

“Kami bagi kad kami. Ini number telefon dan saya akan menghubungi puan dua minggu lagi. Jangan puan ragu-ragu. Kami ikhlas. Kalau ada clause yang puan tak faham di dalam kertas cadangan, puan boleh telefon kami.” Amir berkata perlahan. Wajahnya begitu serius.

Puan Zainab mengambil kad yang dihulurkan. Ditelitinya kad tersebut dan kemudian mengeluh lembut.

“Saya tahu puan masih tidak yakin.” Ujar Amir lagi. Dia tahu untuk meyakinkan Puan Zainab bukan mudah. Wanita itu tentu jhairan bila melihat kertas cadangan tersebut lebih memberatkan puhaknya.

“Bila puan sudah bersedia, kami bila-bila masa aja akan memasukkan duit ke dalam akaun puan dan terpulang pada puan mahu menggunakannya dengan cara yang bagaimana. Cuma kami mahu puan yang menguruskan kelulusan dengan pihak berkuasa di sini. Kalau puan merasakan motel yang ada sekarang tak boleh ditambah, puan boleh mencari tapak lain.” Amir berkata perlahan.

Puan Zainab semakin bingung. Dia meneliti kad yang berada di tangannya. MZA Holdings. Dia cuba-cuba mencongak adakah dia mengenali syarikat ini.

“Jangan bimbang kalau puan rasa ada tapak yang sesuai. Kami akan pertimbangkan dan menambah peruntukan.” Sambung Amir.

Puan Zainab menelan air liurnya. Tawaran tersebut amat tidak dijangka dan sudah tentu dia merasa ragu-ragu. Pening kepalanya memikirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

“Jangan bimbang. Kami sekarang menetap di Jalan Melbourne, tak jauh dari sini. Aneh ya… Melbourne pun ada di New Zealand.”

Puan Zainab ketawa kecil. Dia tidak hairan Amir berkata begitu. Sudah ramai orang yang datang ke situ mempertikaikannya. Dia tiba-tiba teringat Kampung New Zealand di Malaysia. Ah! Di mana-mana pun sama aja.

“Awak dah tengok motel saya?” Tanya Puan Zainab perlahan.

Amir menunjukkan brochure di tangan yang diambil dari lobi sebentar tadi.

“Kami dah teliti dan begitu menarik. Setiap bilik ada hiasan yang dibawa dari Malaysia…”

Puan Zainab mengangguk.

“Secara tak langsung, kita menjual nama Malaysia.” Amir menekankan.

“Sebenarnya motel di sini tak sama dengan motel di Malaysia. Di sini motel macam apartmen. Ada yang satu bilik, ada yang dua dan ada yang tiga bilik. Tapi kebanyakan di sini saya buat dua bilik bersama beberapa package.” Puan Zainab bercerita. Entah mengapa hatinya agak yakin dengan tawaran yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang berada di hadapannya sekarang. Kedua-dua mereka tampak ikhlas.

“Banyak juga package yang puan tawarkan ya?” Amir berkata ramah. Dia gembira apabila Puan Zainab sudah mendapat keyakian untuk bercakap dengannya. Itu yang paling penting. Penerimaan Puan Zainab nanti akan dibuat sebagai laporan.

“Boleh tahan. Ada beberapa package yang telah kami combinekan. Boleh pilih package with two combination or three combination. Seperti shot over rafting and shot over jet then another package with shot over rafting, jet and heli shot over . We provide all food.” Puan Zainab menerangkan.

“Kami sebenarnya bangga. Tak ada rakyat Malaysia yang berjaya membuka motel di sini. Lebih-lebih lagi yang dapat menyediakan berbagai-bagai package di sini. Sudahlah tu, semuanya begitu lengkap.” Mr. Tong memuji.

Puan Zainab hanya tersenyum. Dia teringat bagaimana dia membangunkan motel tersebut selepas menang kes perceraiannya dengan Datuk Marzuki. Setelah mendapat imbuhan satu perpuluhan lima juta ringgit, dia tidak berlengah lagi. Bersama Susan sahabat yang dikenali sejak di universiti, dia pulang ke tanah air Susan. Dahulu Susan belajar di Malaysia, di salah sebuah universiti tempatan mengambil bahasa Indonesia sebagai mata pelajaran utama.

Mereka berkawan rapat. Selepas tamat pelajaran, Susan bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah kolej di Malaysia dan dia pula menjadi pensyarah di salah sebuah universiti. Hubungan mereka yang begitu rapat membuat Susan merasa begitu sedih dengan masalah yang dihadapi oleh Puan Zainab lalu mengajak Puan Zainab ke New Zealand. Dua ratus ribu dimasukkan ke dalam akaun Atiqah dan selebihnya dibuat modal menjalankan perniagaan motel. Nama motel yang dinamakan Senang Hati itu menyebabkan ramai orang datang dan tertanya-tanya.

“Baru beberapa tahun lepas kami dapat full license.” Terang Puan Zainab.

Full license… apa maksud puan? Sometime, some term of business here I don’t understand.” Mr. Tong inginkan kepastian.

Puan Zainab menegakkan badannya.

“Lesen dalam menjalankan semua aktiviti. Maksud saya, tak semua pengusaha yang diberi lesen penuh. Lebih-lebih lagi jika bukan rakyat tempatan.” Terang Puan Zainab ikhlas.

“Oh, kami tak tahu pun tentang itu puan. Tahniah! Rupa-rupanya kami tak silap orang.” Amir memuji.

Puan Zainab hanya tersenyum.

“Kami juga ada menjual pakaian untuk rafting dan kepada rakyat Malaysia yang datang ke sini kami beri diskaun dua puluh peratus untuk galakan.” Sambung Puan Zainab lagi.

“Ramai rakyat Malaysia datang ke sini?” Tanya Amir memasukkan jarum. Dia melihat Puan Zainab sudah mula dapat menerima kehadirannya.

“Boleh tahan juga, Kebanyakan yang datang ke sini atas cadangan rakan-rakan. Mereka datang hujung tahun. Ialah masa tu cuti sekolah dan di New Zealand sendiri adalah musim panas. Suhunya macam kita juga. Lebih kurang sembilan belas hingga dua puluh sembilan darjah celcius.” Puan Zainab sedah rancak bercerita.

Amir merasa agak gembira.

“Tak buat promosi di Malaysia? Kalau puan sudah bersetuju nanti, kami akan cuba membuat promosi di Malaysia. Motel Senang Hati akan cuba kami masukkan dalam list. Dan kami akan cuba berunding dengan beberapa agen perlancongan di Malaysia untuk promosi.” Ujar Amir lagi.

Menjalankan promosi tidaklah sesusah merahsiakan apa sebenarnya MZA itu.

DATUK MARZUKI merenung jam di dinding. Sudah hampir dua pagi. Dia baru selesai berwuduk dan sekarang sudah membentangkan sejadahnya. Ketika dia mahu mengangkat takbir, pintu bilik terkuak. Zaikiah masuk. Dia hanya sempat memandang tetapi tidak menegur. Dia sembahyang tahajud dua rakaat kemudian memohon doa kepada Tuhan. Berdoa supaya segala dosanya diambunkan dan berdoa supaya hubungannya dengan Atiqah pulih seperti sedia kala.

Kemudian dia membaca Yasin. Selepas itu barulah dia beralih dari sejadahnya.

“Rajin abang sembahyang sekarang.” Zakiah berkata mendatar. Tidak pasti sama ada menyindir atau tidak.

Datuk Marzuki tidak menjawab. Dia membuka kain pelekatnya, menukar pada pakaian tidur. Sejak akhir-akhir ini dia merasakan kehidupannya begitu sepi. Tidak tahu kenapa.

Kalau dahulu waktu-waktu begini dia masih berada di kelab-kelab menghabiskan masa, namun kini dia merasakan malas untuk ke sana. Dia lebih suka duduk di rumah. Bersembahyang, mengaji dan bermunajat.

“Awak dari mana?” Tanya Datuk Marzuki. Sejak akhir-akhir ini dia memerhatikan gerak-geri Zakiah yang sudah agak berlainan.

“Dari tempat kerjalah bang.”

Datuk Marzuki merenung Zakiah lama. Kadangkala dia merasakan dirinya begitu bodoh kerana sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk perempuan seperti Zakiah,

“Dah lama Kiah tak pergi tengok budak-budak.” Datuk Marzuki berkata perlahan. Zakiah mempunyai tiga orang anak sebelum berkahwin dengan Datuk Marzuki. Sekarang anak-anak Zakiah tingggal bersama-sama emak Zakiah.

“Alah, Kiah sibuklah bang.” Zakiah menjawab malas.

“Sibuk macam mana sekalipun dia tetap anak Kiah. Takkan dalam seminggu pun tak boleh nak jenguk?” Balas Datuk Marzuki geram.

Walaupun anak-anak Zakiah hanyalah anak-anak tirinya namun dia rasa bertanggungjawab untuk menjenguk. Sebagai lelaki, dia dapat merasakan sekarang betapa pentingnya kehadiran anak di sisi.

“Alah, mak tak kisah pun bang. Tiap-tiap bulan hantar duit, cukup. Dia orang nak apa semua dapat. Abang tak payah sibuklah.” Zakiah berkata agak keras.

Kata-kata tersebut membuatkan Datuk Marzuki tersentak. Direnungnya Zakiah dengan wajah yang mencerlung. Darahnya naik tiba-tiba. Sakit hatinya. Siapakah dia di mata Zakiah sehingga Zakiah sanggup berkata begitu?

“Aku laki kau Kiah. Tanggungjawab aku menegur kau walaupun anak kau tu bukan anak aku. Sudahlah aku berkahwin dengan kau dengan cara yang tak betul, sekarang kau nak membiarkan anak-anak kau begitu? Nanti apa kata orang?” Datuk Marzuki melenting. Cakap-cakap orang sejak akhir-kahir ini membuatkan dia sakit hati. Kadangkala dia terasa bosan. Perempuan-perempuan yang dikahwininya selepas Zainab, masing-masing membawa masalah.

“Abang ni pagi-pagi buta dah nak marah-marah ni kenapa? Kiah penat tau tak?” Zakiah melompat dari katil lalu bercekak pinggang. Dia menghentak kaki.

Datuk Marzuki mahu ketawa sahaja melihat keadaan Zakiah begitu. Macam budak-budak, fikirnya. Kalau dahulu dia akan memujuk, sekarang tidak sesekali.

“Malaslah nak layan… Abang ni sejak akhir-akhir ni membosankan. Kiah buat itu salah, ini salah. Sakit hati tau!” Jerit Zakiah geram.

Datuk Marzuki menggeleng. Dia masih boleh bersabar. Kalau tiba waktunya, dia akan bertindak. Dia tiba-tiba teringatkan kata-kata Baharom.

“Datuk tengok-tengoklah Zakiah tu. Sekarang ada beberapa gosip yang tak sedap saya dengar. Datuk oarng yang terhormat dan tingkah laku isteri Datuk pun ada orang yang melihatnya. Dengar-dengar dia baik dengan seorang lelaki muda. Datuk perhatikanlah kelakuannya.” Baharom berkata tulus. Baharom berkata bukan mengikut hati tetapi dari pemerhatiannya.

“Kamu tu dah berumur Kiah, bukan budak-budak lagi!” Begitu bersahaja kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Marzuki.

Zakiah mengetap bibir, geram. Dia kadangkala hairan dengan perangai Datuk Marzuki akhir-akhir ini. Lelaki itu Nampak lebih bersabar, rajin bersembahyang dan kadangkala bila bercakap, matanya ke lain. Adakah Datuk Marzuki mengesyaki sesuatu?

“Malaslah nak layan abang!” Zakiah berkata lagi dengan wajah yang masam mencuka.

“Yalah… dah penat melayan orang lain.” Datuk Marzuki ketawa sinis.

Berubah muka Zakiah, berderau darahnya dirasakan. Dia meneliti wajah Datuk Marzuki lama.

“Abang, jangan buat tuduhan melulu tau!”

Datuk Marzuki tersengih sambil mengangkat bahu.

“Kalau Kiah rasakan itu satu tuduhan, baguslah… tapi kalau betul, bertaubatlah. Susah kalau abang mati dulu sebelum sempat Kiah minta maaf.”

Mahu sahaja Zakiah melenting mendengar kata-kata Datuk Marzuki. Tidak sangka perkataan tersebut lahir dari mulut suaminya itu. Dia melihat Datuk Marzuki menarik selimut dan berbaring.

“Abang nak tidur, letih. Selamat malam.”

Zakiah mengetap bibir. Dia menjerit kuat memanggil-manggil Datuk Marzuki namun lelaki itu mengambil sebiji bantal lalu menekup mukanya dan tidak lama kemudian terdengar dengkurannya.

Tinggal Zakiah terkelip-kelip meneliti kata-kata Datuk Marzuki sebentar tadi.

2 comments:

Aziela said...

Semakin menarik. Bagus cerita nie. Plot lancar.

Kniedaz said...

alahai cik kiah...rasa diri masih mantop la tu..nak lagi

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff