my nuff

Review Follower Ke 300

Wah.... Follower 300...
Hehehe... Ntah apa2... Tu pun Ain nak heboh kan....
Mestilah...
Blog picisan macam ni pun ada yang follow.... Time kasih....
Jom kita berkenalan dengan tuan empunya blog ni




Nama nya Zee Marlina Suhaini atau Zee...
Orang kelantan
Dan yang best nye... Dia pun ibu kepada 3 hero sama macam Ain...
Selamat berkenalan Zee

Segmen Blogwalking Oleh Eraz Fadli


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..

Firas Demam




Hujung minggu lepas tak berapa nak seronok sangat sebab Firas demam.
Semalam pun Ain cuti sebab badannya panas lagi.
Pastu keadaan Firas yang asyik baring je memang merisaukan.
Dan Alhamdulillah...
Petang semalam Firas dah semakin pulih dan kembali lasak macam biasa...

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI


♥ ♥


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

(Blog) Mari masuk henfon PCL


Masa jalan2 (BW lah tu), jumpa segmen ni...
Leh join... Klik SINI

150 Juta - Fynn Jamal

Ain selalu dengar lagu ni....
Tapi tak pernah beri beri perhatian...
Sebab macam lagu biasa je...
Tapi pagi tadi dengar satu-satu patah lirik dia...
Hmmm...
memang menarik....
Sebab kena ngan Ain.... Hehehehe

Untuk kali ke seratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Berdua-duaan Dengan Lelaki Lain

Psttt....
Meh sini nak bagi satu rahsia...
Kengkawan nak tau, Ain selalu berdua-dua dengan lelaki lain...
Hubby Ain tak tau...
Boleh katakan hari-hari Ain berdua-duaan dengan lelaki lain...
Lagi hebat, Ain berdua bukan lelaki yang sama tapi lelaki yang berlainan...
Tapi bernasib baik sebab tak pernah sekali pun Ain kena tangkap basah ke tangkap khalwat ke...
Nak tau sebab apa?
Sebab



:



:



:



:


:

Ain berdua dengan lelaki Ajnabi tu dalam lif je...
Huhuhu....
Boleh tak pagi Jumaat ni wat citer macam tu...
Tak patut tak patut....


P/S:  Apa lah kenanya ngan Ain ni, pagi Jumaat dah merapu...

Tahniah Kepada Pemenang 1st Giveaway Ibu Amirul

Untuk 1st Giveaway Ibu Amirul dah ditutup semalam dan dah ada pemenangnya.
Jawapannya seperti gambar di bawah ni...



Pemenang tempat pertama


Pemenang tempat kedua

Pada yang pemenang, sila emailkan alamat ke fkay1914@gmail.com sebelum tengah malam ni...
kalau lambat hadiah akan diberikan kepada peneka jawapan betul yang lain...
Cepat...

Pada kengkawan yang telah menyertai tetapi tidak berjaya sila semak list di blog istimewa. Jika blog kengkawan tiada di situ, maklumkan pada Ain ye. Blog Istimewa tu akan kekal di situ sampai bila2...

Tu Baju Payim....


Dah lama tak citer pasal Amirul 2... Iaitu Amirul Fahim..
Fahim ni fi'il nya lain sikit
Tak boleh beralah, dah tu keras hati sikit
Ni nak citer pasal baju yang Fahim pakai yang dalam gambar tu
Bila dah tak muat kat dia, Ain perturunkan baju tu bagi kat Firas


Haaa kan sedang elok Firas pakai..
Tapi Fahim tak leh terima bila baju tu Firas yang pakai...
"Tu baju payim... Piyeh pinjam ke mama"
Hmm.... Camna tu...
Padahal baju dari zaman Faiz kecik lagi...
Bila Faiz tak muat bagi kat Fahim...
Sekarang giliran Firas plak...
Hmmm... anak... anak...


1st Giveaway Ibu Amirul

Entry Melekat Sampai Ada Pemenang
Berdebar-debar sebenarnya ni. Al maklum pertama kali nak buat G.A. Untuk 1st G.A, Ain nak kengkawan teka apa benda dalam gambar kat bawah ni.
Pemenang akan dikira siapa yang paling tepat dan paling pantas.
Hadiah Pertama:
Sebuah Novel Adam dan Hawa beserta benda yang diteka tu...

Hadiah Kedua:
Sebuah Novel Ombak Rindu

Hadiah Saguhati untuk semua peserta:
Tersenarai dalam Bloglist Istimewa Ibu Amirul

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua blogger

2. Follow blog Ibu Amirul (Wajib)

3. Follow Twitter Ibu Amirul (Suka hati)

4. Buat entry untuk G.A ni "1st Giveaway Ibu Amirul" dan dalam entry tu mesti ada
- header Celoteh Ibu Amirul
- jawapan anda
-tag 3 rakan blogger anda dan bagi tau mereka anda tag diorang untuk segmen ni

5. Bila siap entry, letak link di ruangan komen...

Segmen G.A ni akan tamat bila ada dua pemenang yang meneka jawapan paling tepat.


BW Giler Giler

Hari ni memang BW giler2 punye....
Macam-macam citer yang kekawan blogger lain kongsikan....
Kalo ge blog ibu2 atau bapak2 mesti ada citer pasal anak-anak...
Ada gak yang citer pasal kesihatan....
Baru tau yang kacang soya ada keburukannya kalo ambil berlebihan...
Tertarik ngan cara Muhammad Ali menasihatkan anaknya tentang menutup aurat...
Dan yang paling meninggalkan kesan, citer sebalik Gangnam Style...
Yang tu semuanya Ain baca kat Asmar Arafad

Tapi hari ni punya berita panas tentang kisah Fiz Fairuz tunang ngan isteri orang....
Tak kurang juga yang masih bercerita tentang amah lambung bayi 4 bulan tu...
Ok.... Esok Ain akan wat BW gile2 lagi....

SAIYIDINA ALI MENGHORMATI ORANG TUA NASRANI


Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasul...ullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Pengajaran: hendaklah kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari kita.

Rabu Tanpa Kata - Bila Firas Ketawa







Mrs.Erry 1st Giveaway


Jom join Giveaway ni....
Hadiah nya memang kebaboooom
Nak join klik banner atau SINI

Klu Untuk 1st Giveaway Ibu Amirul


Seperti yang semua tahu G.A yang Ain anjurkan tu belum ada pemenangnya...
Maybe susah sangat kut sampai tak de pemenang yang bertuah...
Tapi atas permintaan seorang teman alam maya ni yang minta Ain bagi klu untuk teka benda apakah ini?


Klu nye:
1. Sesuatu yang selalu menjadi cenderahati
2. Sangat diperlukan dalam kehidupan sesorang yg suka berkira tentang nilai sesuatu
3. Juga penting untuk pelajar

Pada yang pertama kali nak cuba boleh klik SINI

Pada yang telah cuba tetapi gagal boleh cuba lagi tapi tak perlu buat entry baru...
Cuma bagi link entry lepas dan jawapan yang betul di ruangan komen....

Cepat......

Sebabkan dah ada klu... Tarikh tutup G.A ni 20.02.2013 pada jam 2002......


SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN



Jom tambah follower lagi... Nak join klik banner tu atau di SINI.

Nak ajak kengkawan ni join sekali



p/s: G.A Ain masih belum ada pemenang.... Cepat.... klik SINI Novel Adam Hawa dan Ombak Rindu masih belum ada pemiliknya...

Sophea Natasha bt Sheikh Muszaphar


Akhirnya baby gambar baby baru Dr.SMS dan Dr.Harlina ada di media...
Yang ni Ain ambik dari blog Dr.Harlina sendiri http://barelysupermommy.com.
Nak tengok gambar lain bleh terjah blog Dr.Harlina.

Firas Buat Apa Tu?

Ni memang feveret Firas.
Main plastik.
Kalau lepas beli belah, letak barang kat tepi tu memang Firas lah yang tolong 'kemas'.
Selagi tak kuar apa yang ada dalam plastik tu selagi tu dia akan kelebet sampai plastik tu koyak...
Bila dah dapat main tu memang tak pandang yang lain dah...

Pagi Isnin Yang Biru

Salam Isnin semua
Hari ni cerah dari hari-hari semalam mungkin cuaca cerah ni nak bagi semangat pada mereka yang lama bercuti.
Hari ni sekolah dah mula balik...
Macam biasa pagi-pagi dugaan paling kuat ialah anak-anak..
Hari ni yang paling awal bangun Firas...
Dia dah merangkak ke sana sini di pagi-pagi hari
Fahim pulak pagi ni macam liat je nak bangun...
Hmmm... memang patut pun malam tadi dia tidur lewat sebab sibuk nak mengaler buku ikan dia tu
Selalunya pagi-pagi Fahim yang bangun dulu dan terus pergi mandi sebab dia tak nak
'kalah' ngan abg Faiz.
Faiz macam biasa lah... dialah yang paling lewat bangun.
Dia akan suruh Fahim pergi mandi dulu.
Bila dah bangun, nak tunggu dia sudah mandi sekian lama nya.
Duk cangkung je dalam bilik air tu sambil main air...
Eeeeee Faiz Faiz....
Bila dah sudah mansi plak... nak tunggu dia siap pakai baju pun lama gak....
Memang tensi bila pagi-pagi...
Dan pagi ni ketensian tu tambah lagi bila Fahim plak mengada-ngada..
Buku ikannya tinggal ke rumah...
Anak yang sorang tu memang tak de lebih kurangnya
Kalau hitam katanya hitam lah takkan jadi putih...
Jadinya lepas hantar Firas ke Taska, pusing balik ke rumah ambil buku ikannya...
Sebab selagi tak ambil buku ikan tu Fahim tak nak ge Taska
Nasib balik urusan hantar Faiz dan punch card dah selesai...
Gitulah kaedahnya betapa birunya pagi Isnin Ain kali ni.

Tips Singkir Lemak Perut


Wanita yang mementingkan penampilan diri dengan fobia dengan lemak perut yang menyebabkan perut jadi buncit. Ain nak share tips singkir kan lemak perut.

  1. Makan empat jenis makanan dengan jumlah keseluruhan 400 kalori setiap hari.
  2. Jangan biarkan perut kosong tanpa makanan melebihi empat jam.
  3. Masukkan makanan dengan lemak tidak tepu ke dalam menu makanan sehari-hari seperti avokado, marjerin, minyak kacang tanah dan minya zaitun.
  4. Jauhi tekanan. Ini kerana ketika sedang stress tubuh menghasilkan hormon yang disebut kortisol yang kemudiannya berubah menjadi lemak perut. Jadi, belajarlah mengawal stress dalam hidup untuk mengurangkan lemak perut.
  5. Cari rakan yang mempunyai matlamat yang sama kerana anda akan lebih bersemangat untuk melaksanakan misi anda.
  6. Catat apa sahaja makanan yang telah anda makan seharian.


Orang Tak Tau Baca Quran Boleh Masuk Syurga Tak?

Jeng jeng jeng...
pada yang dah tengok filem Juvana mesti perasan line tu kan.
Part bila Botak dah mula insaf...
Yeah...
Akhirnya Ain dapat juga tengok filem tu walaupun bukan di panggung wayang.
Time kasih untuk hubby yang sabar menanti masa download citer tu.
Memang terbaiklah.

Juvana The Movie
Sekolah Wira Bakti ditutup lepas pentadbir sekolah tu seleweng duit. Dan mereka dipindahkan ke sekolah lain. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang, Komeng dihantar ke Sekolah Indera Sakti. Pada mulanya Botak masih dengan perangai lamanya tak sama dengan kawan dia yang lain. Cabaran bermula bila dia kena berhadapan dengan Lan Todak yang kononnya jaki sangat dengan budak Wira Bakti tu kerana kematian adiknya Fit semasa di Wira Bakti... (Sapa tengok drama Juvana mesti tau)...
Dalam masa yang sama Daim yang telah dibebas hadapi cabaran lain bila terpaksa berhadapan dengan orang yang memandang hina kepadanya kerana dia bekas pelajar sekolah Juvana.
Kesudahannya happy ending lah....

So pada yang tengok lagi...
Bleh tengok...
Kat Astro First pun dah kuar dah....

Belum Ada Pemenang

Giveaway yang pertama kali diadakan tu belum ada pemenangnya lagi...
Semua jawapan yang diberi tidak tepat...
Ramai yang jawab casing tapi tu bukan jawapannya.
Pada yang nak mencuba boleh jengah di SINI.
Pada yang telah mencuba tapi jawapan tidak betul boleh cuba lagi...
Masih belum ada yang berjaya memiliki novel Adam dan Hawa & Ombak Rindu tu...

Kak Long Risau Ni

Mood berblog nuk jauh ke laut...
Tak ada idea
Risau fikir kenduri kawin adik yang makin hampir
Risau mak ngan ayah yang tak berapa sihat
Risau cuaca yang tak berapa nak menentu ni
Risau kalau yang di rancang tak menjadi
Rancang nak balik lewat sikit
Bagi Faiz habis sekolah dulu
Tapi kesihatan mak ayah tuntut tenaga anak nak dipakai lebih awal
Bimbang keizinan tak diperolehi
Bimbang ada kekangan...
Tengoklah Ain dah mula merapu...
Pada yang sudi baca...
Layannnnn....

Info mengenai Bedung Bayi




Bedung bayi merupakan hal yang tak asing lagi bagi kita, meskipun pada kenyataannya kita... tak tahu apa kegunaan dari membedung bayi dan apa bahayanya jika tidak dipakaikan dengan hati-hati.

Kebaikan Bedung Bayi

==============

♥ Membedung bayi bukan hanya bermanfaat untuk menghangatkan bayi namun juga mengurangi resiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada bayi saat tidur. Dengan membedungnya, bayi akan berada pada posisi terlentang saat tidur. Bedung bayi dapat dilakukan dari semenjak anak lahir hingga mereka bisa menggulingkan badannya.

♥ Yang harus anda perhatikan tidak semua bayi merasa nyaman dibedung. Jika bayi anda terus berontak ketika dibedung, pilihlah alternatif lain dengan memakaikan sleeping bag bayi, yang mempunyai fungsi yang sama dengan bedung.

♥ Sebaiknya anda tidak membedung bayi anda jika anda dan bayi masih berkongsi tempat tidur. Membedungnya akan membuatnya merasa kepanasan (boleh menyebabkan SIDS).


Pakaian yang harus dipakai saat bayi dibedung

=============================

Pakaikan bayi anda baju yang sesuai dengan musim dan iklim disekitarnya, dan jangan biarkan kain bedung menutupi mulut atau kepalanya.

Ketika cuaca sedang panas, pakaikan bayi anda hanya selimut agar mereka tidak merasa kepanasan, sebaliknya jika cuaca dingin, pakaikan mereka jumpsuit ringan. Hindari memakaikan baju yang berbahan tebal atau selimut. Pastikan bedungan anda tidak menutupi kepala, telinga, dan dagu, kerana akan menghalangi pernafasan mereka dan meyebabkan kepanasan

Kisah 2 Pelajar

Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.


Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.

Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!

Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.

Pelajar A: . . .
--

Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.

A: Tadi kata berpasangan?

B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.

A: . . .

--

Tak sampai seminit, si B tambah lagi!

A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?

B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?

A: Nafsu pulak . . .

--

A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!

A: Kuat betul nafsu engkau!

B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!

A: Pandai-pandai je...

--

Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.

A: Hai... solat sunat pulak ke?

B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.

A: . . .

--

A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.

A: Hebat gila selera engkau.

B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.

B: Apa dia?


A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?

B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!

A: (tepuk dahi kuat-kuat)

--------------------

Kesimpulan:

Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!



Faiz Cuti Sekolah Seminggu


Ni yang nak jadi budak sekolah balik ni..
Untuk CNY akan datang Faiz dapat cuti seminggu.
Punya lah best...
Tapi kena ganti balik lah....

Hari Ni Kat Sekolah Saya Beli Air Je


Faiz.... Faiz...
Semalam masa rehat dia beli air je.
Tak beli makanan pun.
Bukan tak cukup bagi duit belanja.
Rasanya RM4 tu lebih dari cukup.
Semua berpunca dari benda yang kat dalam gambar bawah ni.


Sebelum ni, masa mula-mula Faiz ada dompet tu, setiap hari dia mesti simpan RM1 dari duit belanjanya. Agaknya bila dia tengok duit simpannya lambat jadi banyak, jadi semalam dia beli air je supaya dia boleh simpan banyak sikit.
Aduh yai.... anak... anak....
Tapi kalau nak tau dia simpan duit hanya lah satu tujuan...
Nak beli helikopter kawalan jauh yang harganya buat Ain mengucap panjang tu...

pinjam dari google

Camna tu.... Agak berapa lama ambil masa untuk simpan duit beli helikopter tu...

8 Tip Hapus Prasangka Terhadap Pasangan

Prasangka terhadap pasangan?
Hampir semua orang alami perkara ni terutama pasangan yang agak kuat cemburu macam Ain.
Ain mengaku, Ain memang kuat cemburu.
Bila dah cemburu tu selalu lah berprasangkakan.
Mingguan Wanita Bil.1525 kali ni ada tip hapus prasangka terhadap pasangan.
So Ain nak share lah apa yang Ain dapat untuk kengkawan semua.

8 Tip Hapus Prasangka Terhadap Pasangan

  1. Cubalah bersabar dan belajar untuk kawal emosi. Percayalah bahawa setiap manusia ada sejarah mereka yang tersendiri. Yang baik jadi ikutan tetapi perkara buruk biarlah jadi sempadan.
  2. Buang jauh-jauh tanggapan negatif anda terhadap pasangan. Sebusuk-busuk mana pun, dia tetap suami atau isteri anda.
  3. Ingat kembali saat anda diijabkabulkan. Fikirkan betapa ikhlasnya pasangan mengambil anda sebagai suami atau isteri anda.
  4. Amalkan sikap terus terang dengan pasangan, Sekiranya anda menyimpan sesuatu di dalam hati, maka cepat-cepat luahkan tetapi lihat dahulu moodnya ketika itu. Bimbang tak kena pada tempatnya hingga mencetuskan perang dunia kedua.
  5. Tanamkan kepercayaan bahawa dia masih mampu menjadi suami atau isteri yang hebat. Biarpun tindakannya seolah-olah membuka pekung di dada, tetapi bukan semua lelaki mahupun wanita sanggup melakukannya.
  6. Perhatikan tingkah laku pasangan. Sekiranya dia kembali membuat kesilapan dengan menjerumuskan diri kepada kesilapan masa lalu maka 'tariklah' dia ke jalan kebenaran. Bantulah dirinya untuk berpijak di bumi nyata agar rumah tangga kembali bahagia.
  7. Perasaan pasti terganggu memikirkan pengakuan tang keluar dari mulut pasangan. Dari itu, carilah seorang teman yang benar-benar boleh dipercayai untuk bercerita sekaligus melahirkan pandangan yang bernas mengenai apa yang anda rasa agar hari-hari yang dilalui terasa lebih bersemangat dan positif.
  8. Yakinlah bahawa kalian masih mempunyai peluang untuk mengecap bahagia seperti mana insan-insan lain. Meskipun mengetahui latar belakangnya yang terdahulu tetapi percayalah semua itu adalah dugaan yang diberi olehNya bagi mematangkan perkahwinan anda.

Harap tip2 ni dapat bantu kita memantapkan lagi kerukunan rumah tangga kita kan...

Cerita Sebalik Hujan


Ada yang gembira bila hujan turun
Ada yang mengeluh bila hujan turun

Pergi Kemas Kereta Tu!!!


Malam tadi Ain mengarahkan Faiz ngan Fahim kemas kereta.
Sebab penuh dengan sampah sarap diorang sampai tak tau ni kereta ke lori sampah.
Memang Ain tak bagi diorang buang sampah keluar kereta.
Sebab tu segala plaktik jajan ngan gula-gula ada dalam kereta tu.
Biasa nya Ain yang kemas sendiri.
Tapi semalam Ain rasa kena ajar anak2 tu tanggungjawab sikit.
Mana tak nya, makan mi goreng dalam kereta tapi polistrin mi tu biar cam tu je.
Tak leh jadi ni.
Akhirnya malam tadi Faiz ngan Fahim kemas kereta kancil tu.
Dibantu oleh papa diorang.
Tapi macam biasa lah.
Fahim mesti mengelat.
Penat lah, seluar basah lah.
Faiz yang kat luar dah terjerit panggil nama Fahim.
Hmmm... Fahim Fahim...

Kalau Binatang Ada Facebook

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?


NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ali .. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni..

CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh..

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN: Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw... agak-agak laa weyh...~ HeHeHe.

Sharing Is Caring Dari Facebook

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 40


“MOGA-MOGA kita dapat bekerjasama, Tuan Ahmad.” Datuk Marzuki menepuk bahu Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki mengadakan jamuan di hotelnya sendiri selepas perjanjian itu dibuat. Dai memerhatikan Atiqah yang sedang rancak berbual dengan Encik badrul. Dia perasan yang Atiqah begitu rapat dengan lelaki tersebut.

Matanya beralih pada perempuan yang berdiri di sebelah Atiqah. Dia kenal itu ialah Dahlia, wanita yang menguruskan sebuah sekolah utuk anak-anak cacat.

Kemudian dia merenung lelaki di sebelah Dahlia, bekas adik iparnya, Fuad. Dia tersenyum sendirian. Akhirnya mereka bersua namun dia sedikit kesal Zainab tidak dapat turut serta. Dia sudah dapat membalas semua apa yang dilakukan pada Zainab selama ini walaupun Zainab tidak tahu perkara yang sebenarnya.

“Hai Datuk… tahniah.”

Datuk Marzuki merenung seorang lelaki yang menghampirinya. Dia tersenyum lebar sambil menepuk bahu lelaki tersebut.

“Seorang, kata dah ada kekasih. Mananya? Sayakan jemput berdua.”

Nik Arif ketawa, matanya mencari-cari seseorang. Apabila berjumpa, dia tersengih pula. Sampai sekarang Datuk Marzuki tidak tahu hubungannya dengan Atiqah. Biarlah… bila tiba masa yang sesuai dia akan memberitahunya.

“Tuan Ahmad, ini Nik Arif, wakil BUS, Bumi Shipping.” Datuk Marzuki menepuk bahu Nik Arif perlahan.

Nik Arif menyalami tangan Tuan Ahmad.

“Ini Faizal, anak Tuan Ahmad.” Datuk Marzuki memperkenalkan Nik Arif. Mereka pernah makan bersama. Mungkin Datuk Marzuki terlupa. Namun disalamnya juga Faizal.

“Awak dah kenal anak sayakan?” Tanya Datuk Marzuki.

Nik Arif mahu sahaja ketawa tetapi dia hanya mengangguk.

Bukan setakat kenal, malah lebih daripada itu. Wajah anak Datuk Marzuki selalu menghantui fikirannya. Dia senyum sendirian.

“Dia di sana tu dengan Encik Badrul dan kawannya Dahlia.” Datuk Marzuki menunjukkan tempat Atiqah berdiri dengan muncungnya.

Nik Arif mengangguk. Memang itu yang dicarinya. Dia mahu datang bersama Atiqah tetapi gadis itu memberitahu akan datang lebih awal lagi kerana mahu melihat persiapan yang diatur. Mahu tak mahu dia terpaksa datang seorang diri.

“Saya minta diri dululah Datuk.”

Datuk Marzuki mengangguk. Dia merenung Nik Arif yang berjalan perlahan. Nik Arif mengorak senyum menghampiri Atiqah yang sedang bercakap dengan Encik Badrul dengan membelakanginya. Dia berdiri betul-betul di belakang Atiqah.

“Hai sayang!” Bisiknya perlahan.

Atiqah terperanjat, mengurut dadanya kemudian ketawa kecil pada Encik Badrul yang merenugnya. Mata Nik Arif jatuh pada Fuad yang tersengih-sengih di sebelah Dahlia.

“Hei Fuad, macam mana boleh sampai e sini?” Nik Arif bertanya sambil menepuk bahu Fuad.

Fuad menjuihkan bibirnya. Ketawa.

Nik Arif mengangkat kening pada Dahlia yang ketawa di sisi Fuad. Dia tidak tahu apa hubungan Fuad dengan Datuk Marzuki dan kenapa Fuad dijemput ke situ.

“Nik, ini my uncle… Fuad, Encik Badrul dan of course ini Dahlia.”

Nik Arif ketawa besar sambil menepuk dahi. Beberapa kali bahu Fuad ditepuknya.

“Uncle Iqa?” Tanya Nik Arif.

Atiqah mengangguk. Dia turut ketawa apbila melihat Nik Arif menyalami Encik Badrul dan kemudian ketawa-ketawa memeluk Fuad.

“I don’t believe that honey. This guy Iqa punya uncle?” Berkerut dahi Nik Arif.

Atiqah tidak mengerti. Apa yang hendak dihairankan. Fuad memang ayah saudaranya sejak azali. Cuma dia sendiri terperanjat Nik Arif mengenali Fuad. Mereka berdua nampaknya begitu baik.

“Macam mana kau kenal Iqa?” Tanya Fuad pada Atiqah yang turut tersenyum.

“Iqa.. beritahulah sayang…” Nik Arif berkata pada Atiqah sambil melebarkan senyumannya yang sedia lebar.

“Sayang?” Fuad mengerutkan dahinya, merenung Nik Arif yang ketawa.

Dahlia turut ketawa.

“Iqa bercinta dengan lelaki ni?” Fuad ketawa besar. Menepuk dahinya berkali-kali. Dia rasa tidak percaya Atiqah anak buahnya bercinta dengan sahabat baiknya. Macam mana dia tidak tahu?

“Please Fuad, salah ke?” Nik Arif bertanya, tidak puas hati dengan kata-kata Fuad. Dia dapat melihat Fuad seperti tidak percaya dengan kata-katanya.

“Tak… bila masa aku cakap salah, tak salah! Cuma busu teringat masa ada orang tu tengah jatuh cinta, Iqa. Dia datang pada busu denan muka kalut, kemudian dia cakap dengan busu, Fuad aku dah jatuh cinta. Mukanya lebih teruk daripada muka orang kena tembak!”

Encik Badrul dan Dahlia yang mendengar ketawa.

Atiqah mengerutkan dahinya.

Nik Arif tersipu-sipu akhirnya turut ketawa sambil memegang tangan Atiqah perlahan.

“Alah cerita lama Iqa. Jangan dengar cakap Fuad tu..”

Fuad menjuihkan bibirnya. “Cerita lama apa, masa Iqa merajuk pun dia kelam kabut datang ke pejabat busu. Bukan dia yang pening kepala, busu pun pening kepala. Kalau berterus terangkan senang. Busu telefon Iqa aja.”

Atiqah mencebir, membiarkan Nik Arif memeluk bahunya.

“Mana aku tahu Iqa anak buah kau, Fuad.”

Macam-macam, fikirnya. Datuk Marzuki ayah Atiqah, kemudian Fuad pula bapa saudara Atiqah. Dunia ini penuh dengan kebetulan yang memeranjatkan!

“Itu Tuan Ahmadkan Iqa?” Tanya Fuad memuncungkan bibirnya pada seorang lelaki yang berdiri di sebelah Datuk Marzuki.

Atiqah mengangguk mengiakan.

“Apa perasaan dia bila tahu Iqa anak Datuk Marzuki?” Tanya Fuad lagi. Atiqah kurang senang ditanya begitu. Dia mesti menghormati Encik Badrul.

Nik Arif mengerutkan dahinya. Merenung lelaki yang ditunjukkan Fuad. Penuh dengan tanda tanya. Dia mahu bertanya lebih lanjut tetapi Atiqah terlebih dahulu sudah berkata.

“Sudahlah busu, kita datang ni bukan nak mengumpat orang. Cukuplah tu!” Atiqah tersenyum pada Encik Badrul.

Fuad tersengih sama.

“Bila nak kahwin ni Iqa?” Encik Badrul bertanya tiba-tiba.

“Esok Encik Badrul.” Nik Arif berlucu.

Atiqah membeliakkan matanya. Kurang senang dengan kata-kata tersebut.

“Hiss… esok, kadnya mana?” Tanya Encik Badrul.

Atiqah menampar bahu Nik Arif. Encik Badrul hanya tersenyum melihat kemesraan kedua-dua mereka. Nik Arif nampak baik dan suka berlucu. Begitu sepadan dengan Atiqah yang suka ketawa.

“Iqa tahu Datuk Marzuki offer busu kerja di syarikat dia?”

Atiqah merenung wajah Fuad lama. Dia tidak pernah mendengar tentang itu. Ada pun beberapa tahun yang lepas. Bukan sekarang!

“Habis, busu macam mana?” Tanya Atiqah lembut, merenung Dahlia yang kelihatan begitu cantik di sebelah Fuad. Sudah berkali-kali dia memasukkan jarumnya menyuruh Dahlia menerima Fuad. Baru kini Nampak hasilnya.

“Tengoklah!” Fuad berkata perlahan.

“Terima ajalah busu, sekurang-kurangnya ada ahli keluarga mama dalam Angkasa Holdings.” Atiqah berkata perlahan, tersenyum pada Encik Badrul yang hanya mendengar perbualan tersebut.

“Habis orang sebelah Iqa tak mahu suruh dia masuk sama?” Usik Fuad.

Atiqah merenung manja pada Nik Arif yang tersenyum.

“Nak suruh dia jaga kapal, Angkasa Holdings bukan ada pun.”

Nik Arif ketawa. Kalau hanya dia bersama Atiqah, mahu sahaja dia mencumbui gadis itu. Paling kurang mengucup pipinya.

“Ala Iqa, jangan cakap besar. Datuk Marzuki nanti jadikan Nik bos Iqa baru Iqa tahu!” Nik Arif mengejek Atiqah.

Atiqah ketawa besar. Mengerutkan hidungnya.

“Perasanlah tu, belum tentu anak Datuk Marzuki nak kahwin dengan awak!”

Nik Arif ketawa besar dan tanpa mempedulikan orang sekeliling, jari telunjuknya mengusap-usap lemput pipi Atiqah.

“Jangan anak Datuk Marzuki menderita tak dapat kahwin dengan Nik sudah!”

Atiqah menolak perlahan jari Nik Arif yang masih bermain di pipinya.

Dahlia pura-pura tidak memandang kelakuan pasangan kekasih tersebut.

Fuad yang melihat hanya menggeleng. Sekarang dia mengerti kenapa Nik Arif datang kepadanya dengan muka kalut ketika memberitahu yang dia sudah jatuh cinta.

“Begini… apa kata kita buat empat pengantin.” Nik Arif member cadangan.

Atiqah mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Dia mengangkat kening pada Dahlia yang mengangkat bahunya. Juga tanda tidak mengerti.

“Kami dan kau, Fuad dan Dahlia.” Nik Arif memberi cadangan.

Fuad tergelak merenung Dahlia yang tersipu-sipu.

“Tak pasal-pasal membabitkan kami kenapa?” Tanya Dahlia separuh gugup.

“Tanya Fuad, dia suka atau tak.” Nik Arif mengusik lagi.

Fuad mendepangkan tangannya.

“Aku no problem. Dahlia tak tahulah.”

Dahlia mengetap bibirnya, tersipu-sipu.

Atiqah ketawa besar.

Dari jauh Datuk Marzuki melihat kumpulan tersebut yang sedari tadi asyik ketawa dan paling dihairankan, Nik Arif memeluk bahu Fuad beberapa kali dan dia cukup tidak faham apabila melihat Nik Arif begitu rapat dengan Atiqah dan sesekali memeluk bahu gadis tersebut dengan begitu mesra!

Impian Yang Terlaksana

Semalam terlaksana juga janji Ain pada Fahim nak adakan Majlis Hari Jadi untuk dia.
Ingat tak Ain pernah citer camna sedih nya muka Fahim bila tengok video Hari Jadi abang dia kat SINI. Dan untuk kali ni ada rakaman untuk Fahim juga.
Bila dia tengok video tu....
Ya Allah....
Senyumnya memang tersangat lah membahgiakan...
Bangga...
Sepanjang hari dia seronok..
Dan tak abis bercerita tentang kek hari jadinya.
Ok... T
ak nak citer panjang2... T
engok je gambar2 sekitar majlis tu.
Majlis tu Ain buat kat Taska.


Birthday Boy

Kek Hari Jadi Fahim

Salah seorang pengasuh sedang potong kek

kawan-kawan Fahim

Lagi kawan-kawan Fahim
Terima kasih kepada semua pengasuh Fahim yang sudi membantu merealisasi impian hari jadi Fahim.

Selamat Hari Jadi Sayang....

Goodies Bag Fahim

Jap lagi Ain nak ge Taska nak sambut birthday Fahim.
Birthday dia semalam tapi buat hari ni sebab semalam cutikan.


Semua ni nak di masukkan dalam beg oren tu


Dah siap isi
Tak sabar nak rakam reaksi Fahim nanti

Mandi Kolam

Tak mo citer panjang2. Jom tengok suka suki Faiz ngan Fahim manti kolam... hehehe...




Lawak McD Lagi

Samad : hello mcD


-mcD : iye.. nak pesan ape?

Samad : ayam ade ?

-mcD : ade

Samad : boleh lawan dengan ayam laga saye tak ?

-mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD

-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!

Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?

-mcD : ade !

Samad : nasi dengan ais-krim ade ?

-mcD : masih ade

Samad : kesian .. tak laku ek ?

-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)


Samad : hello mcD

-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?

Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?

-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?

Samad : takk .. cume kesian korang .. tak boleh tidur :3

-mcD : (baling telefon)


Samad : hello ini mcD ?

mcD : kau jangan lebih-2 .. (mula marah)

Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii

mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?

Samad : asam pedas satu bagi tetel eh???

mcD : *&^%$#@!

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Kena Gigit Dengan Firas





Firas sekarang kuat menggigit woo....
Padahal gigi baru ada dua batang atas dua batang bawah...
Sekarang ni apa dapat semua masuk mulut...
Tu perkara biasa bagi budak besar tu...
Tapi yang tak tahan dah mula nak gigit orang lain.
Yang selalu jadi mangsa Ain lah..
Pesen dia plak sekarang ni, kul 2 pagi bangun nak main...
Kalau Ain tak layan, mula lah dia keluarkan gigi 4 batang tu...
Sakit tau kena gigit ngan budak tecit ni..
Bisa...
Camna tu...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff