my nuff

Hari Ni Kat Sekolah Saya Beli Air Je


Faiz.... Faiz...
Semalam masa rehat dia beli air je.
Tak beli makanan pun.
Bukan tak cukup bagi duit belanja.
Rasanya RM4 tu lebih dari cukup.
Semua berpunca dari benda yang kat dalam gambar bawah ni.


Sebelum ni, masa mula-mula Faiz ada dompet tu, setiap hari dia mesti simpan RM1 dari duit belanjanya. Agaknya bila dia tengok duit simpannya lambat jadi banyak, jadi semalam dia beli air je supaya dia boleh simpan banyak sikit.
Aduh yai.... anak... anak....
Tapi kalau nak tau dia simpan duit hanya lah satu tujuan...
Nak beli helikopter kawalan jauh yang harganya buat Ain mengucap panjang tu...

pinjam dari google

Camna tu.... Agak berapa lama ambil masa untuk simpan duit beli helikopter tu...

5 comments:

Sally Samsaiman said...

kasi la bawak bekal kak...janji dia ade makanan jugak...roti pun ok kot...

budak kalau dah nekad nak beli ape-ape...hehehe :)

Mrs Velentine said...

lah kesiannya...dia nak sgt tue..kalau mcm tue akak bekalkan dia roti...baru tak lapar

Sue-Rya Qistina said...

hmmm..bole beli, tapi beli kat pasar malam la kot, lebih murah. cuma kualiti nye je la. anak2 skang kan, mcm2 yg diorg nak. sama lah jugak ngan c kakak tu

Nurfaezah Abdullah said...

hehehe ajar dia amalan menabung.

Hanif Idrus said...

kalau nak cepat..mama dia kena top up ler..hehehe

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff