my nuff

Pagi Isnin Yang Biru

Salam Isnin semua
Hari ni cerah dari hari-hari semalam mungkin cuaca cerah ni nak bagi semangat pada mereka yang lama bercuti.
Hari ni sekolah dah mula balik...
Macam biasa pagi-pagi dugaan paling kuat ialah anak-anak..
Hari ni yang paling awal bangun Firas...
Dia dah merangkak ke sana sini di pagi-pagi hari
Fahim pulak pagi ni macam liat je nak bangun...
Hmmm... memang patut pun malam tadi dia tidur lewat sebab sibuk nak mengaler buku ikan dia tu
Selalunya pagi-pagi Fahim yang bangun dulu dan terus pergi mandi sebab dia tak nak
'kalah' ngan abg Faiz.
Faiz macam biasa lah... dialah yang paling lewat bangun.
Dia akan suruh Fahim pergi mandi dulu.
Bila dah bangun, nak tunggu dia sudah mandi sekian lama nya.
Duk cangkung je dalam bilik air tu sambil main air...
Eeeeee Faiz Faiz....
Bila dah sudah mansi plak... nak tunggu dia siap pakai baju pun lama gak....
Memang tensi bila pagi-pagi...
Dan pagi ni ketensian tu tambah lagi bila Fahim plak mengada-ngada..
Buku ikannya tinggal ke rumah...
Anak yang sorang tu memang tak de lebih kurangnya
Kalau hitam katanya hitam lah takkan jadi putih...
Jadinya lepas hantar Firas ke Taska, pusing balik ke rumah ambil buku ikannya...
Sebab selagi tak ambil buku ikan tu Fahim tak nak ge Taska
Nasib balik urusan hantar Faiz dan punch card dah selesai...
Gitulah kaedahnya betapa birunya pagi Isnin Ain kali ni.

2 comments:

Kniedaz said...

busy kan kita di pagi hari..tu baru busy melayan karenah anak2..belum lagi breakfast dan lain-lain huhu

Mrs Velentine said...

wah penat melayan anak2 kalau mcm ni...anak2 mv pun mcm tue juga

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff