my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 40


“MOGA-MOGA kita dapat bekerjasama, Tuan Ahmad.” Datuk Marzuki menepuk bahu Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki mengadakan jamuan di hotelnya sendiri selepas perjanjian itu dibuat. Dai memerhatikan Atiqah yang sedang rancak berbual dengan Encik badrul. Dia perasan yang Atiqah begitu rapat dengan lelaki tersebut.

Matanya beralih pada perempuan yang berdiri di sebelah Atiqah. Dia kenal itu ialah Dahlia, wanita yang menguruskan sebuah sekolah utuk anak-anak cacat.

Kemudian dia merenung lelaki di sebelah Dahlia, bekas adik iparnya, Fuad. Dia tersenyum sendirian. Akhirnya mereka bersua namun dia sedikit kesal Zainab tidak dapat turut serta. Dia sudah dapat membalas semua apa yang dilakukan pada Zainab selama ini walaupun Zainab tidak tahu perkara yang sebenarnya.

“Hai Datuk… tahniah.”

Datuk Marzuki merenung seorang lelaki yang menghampirinya. Dia tersenyum lebar sambil menepuk bahu lelaki tersebut.

“Seorang, kata dah ada kekasih. Mananya? Sayakan jemput berdua.”

Nik Arif ketawa, matanya mencari-cari seseorang. Apabila berjumpa, dia tersengih pula. Sampai sekarang Datuk Marzuki tidak tahu hubungannya dengan Atiqah. Biarlah… bila tiba masa yang sesuai dia akan memberitahunya.

“Tuan Ahmad, ini Nik Arif, wakil BUS, Bumi Shipping.” Datuk Marzuki menepuk bahu Nik Arif perlahan.

Nik Arif menyalami tangan Tuan Ahmad.

“Ini Faizal, anak Tuan Ahmad.” Datuk Marzuki memperkenalkan Nik Arif. Mereka pernah makan bersama. Mungkin Datuk Marzuki terlupa. Namun disalamnya juga Faizal.

“Awak dah kenal anak sayakan?” Tanya Datuk Marzuki.

Nik Arif mahu sahaja ketawa tetapi dia hanya mengangguk.

Bukan setakat kenal, malah lebih daripada itu. Wajah anak Datuk Marzuki selalu menghantui fikirannya. Dia senyum sendirian.

“Dia di sana tu dengan Encik Badrul dan kawannya Dahlia.” Datuk Marzuki menunjukkan tempat Atiqah berdiri dengan muncungnya.

Nik Arif mengangguk. Memang itu yang dicarinya. Dia mahu datang bersama Atiqah tetapi gadis itu memberitahu akan datang lebih awal lagi kerana mahu melihat persiapan yang diatur. Mahu tak mahu dia terpaksa datang seorang diri.

“Saya minta diri dululah Datuk.”

Datuk Marzuki mengangguk. Dia merenung Nik Arif yang berjalan perlahan. Nik Arif mengorak senyum menghampiri Atiqah yang sedang bercakap dengan Encik Badrul dengan membelakanginya. Dia berdiri betul-betul di belakang Atiqah.

“Hai sayang!” Bisiknya perlahan.

Atiqah terperanjat, mengurut dadanya kemudian ketawa kecil pada Encik Badrul yang merenugnya. Mata Nik Arif jatuh pada Fuad yang tersengih-sengih di sebelah Dahlia.

“Hei Fuad, macam mana boleh sampai e sini?” Nik Arif bertanya sambil menepuk bahu Fuad.

Fuad menjuihkan bibirnya. Ketawa.

Nik Arif mengangkat kening pada Dahlia yang ketawa di sisi Fuad. Dia tidak tahu apa hubungan Fuad dengan Datuk Marzuki dan kenapa Fuad dijemput ke situ.

“Nik, ini my uncle… Fuad, Encik Badrul dan of course ini Dahlia.”

Nik Arif ketawa besar sambil menepuk dahi. Beberapa kali bahu Fuad ditepuknya.

“Uncle Iqa?” Tanya Nik Arif.

Atiqah mengangguk. Dia turut ketawa apbila melihat Nik Arif menyalami Encik Badrul dan kemudian ketawa-ketawa memeluk Fuad.

“I don’t believe that honey. This guy Iqa punya uncle?” Berkerut dahi Nik Arif.

Atiqah tidak mengerti. Apa yang hendak dihairankan. Fuad memang ayah saudaranya sejak azali. Cuma dia sendiri terperanjat Nik Arif mengenali Fuad. Mereka berdua nampaknya begitu baik.

“Macam mana kau kenal Iqa?” Tanya Fuad pada Atiqah yang turut tersenyum.

“Iqa.. beritahulah sayang…” Nik Arif berkata pada Atiqah sambil melebarkan senyumannya yang sedia lebar.

“Sayang?” Fuad mengerutkan dahinya, merenung Nik Arif yang ketawa.

Dahlia turut ketawa.

“Iqa bercinta dengan lelaki ni?” Fuad ketawa besar. Menepuk dahinya berkali-kali. Dia rasa tidak percaya Atiqah anak buahnya bercinta dengan sahabat baiknya. Macam mana dia tidak tahu?

“Please Fuad, salah ke?” Nik Arif bertanya, tidak puas hati dengan kata-kata Fuad. Dia dapat melihat Fuad seperti tidak percaya dengan kata-katanya.

“Tak… bila masa aku cakap salah, tak salah! Cuma busu teringat masa ada orang tu tengah jatuh cinta, Iqa. Dia datang pada busu denan muka kalut, kemudian dia cakap dengan busu, Fuad aku dah jatuh cinta. Mukanya lebih teruk daripada muka orang kena tembak!”

Encik Badrul dan Dahlia yang mendengar ketawa.

Atiqah mengerutkan dahinya.

Nik Arif tersipu-sipu akhirnya turut ketawa sambil memegang tangan Atiqah perlahan.

“Alah cerita lama Iqa. Jangan dengar cakap Fuad tu..”

Fuad menjuihkan bibirnya. “Cerita lama apa, masa Iqa merajuk pun dia kelam kabut datang ke pejabat busu. Bukan dia yang pening kepala, busu pun pening kepala. Kalau berterus terangkan senang. Busu telefon Iqa aja.”

Atiqah mencebir, membiarkan Nik Arif memeluk bahunya.

“Mana aku tahu Iqa anak buah kau, Fuad.”

Macam-macam, fikirnya. Datuk Marzuki ayah Atiqah, kemudian Fuad pula bapa saudara Atiqah. Dunia ini penuh dengan kebetulan yang memeranjatkan!

“Itu Tuan Ahmadkan Iqa?” Tanya Fuad memuncungkan bibirnya pada seorang lelaki yang berdiri di sebelah Datuk Marzuki.

Atiqah mengangguk mengiakan.

“Apa perasaan dia bila tahu Iqa anak Datuk Marzuki?” Tanya Fuad lagi. Atiqah kurang senang ditanya begitu. Dia mesti menghormati Encik Badrul.

Nik Arif mengerutkan dahinya. Merenung lelaki yang ditunjukkan Fuad. Penuh dengan tanda tanya. Dia mahu bertanya lebih lanjut tetapi Atiqah terlebih dahulu sudah berkata.

“Sudahlah busu, kita datang ni bukan nak mengumpat orang. Cukuplah tu!” Atiqah tersenyum pada Encik Badrul.

Fuad tersengih sama.

“Bila nak kahwin ni Iqa?” Encik Badrul bertanya tiba-tiba.

“Esok Encik Badrul.” Nik Arif berlucu.

Atiqah membeliakkan matanya. Kurang senang dengan kata-kata tersebut.

“Hiss… esok, kadnya mana?” Tanya Encik Badrul.

Atiqah menampar bahu Nik Arif. Encik Badrul hanya tersenyum melihat kemesraan kedua-dua mereka. Nik Arif nampak baik dan suka berlucu. Begitu sepadan dengan Atiqah yang suka ketawa.

“Iqa tahu Datuk Marzuki offer busu kerja di syarikat dia?”

Atiqah merenung wajah Fuad lama. Dia tidak pernah mendengar tentang itu. Ada pun beberapa tahun yang lepas. Bukan sekarang!

“Habis, busu macam mana?” Tanya Atiqah lembut, merenung Dahlia yang kelihatan begitu cantik di sebelah Fuad. Sudah berkali-kali dia memasukkan jarumnya menyuruh Dahlia menerima Fuad. Baru kini Nampak hasilnya.

“Tengoklah!” Fuad berkata perlahan.

“Terima ajalah busu, sekurang-kurangnya ada ahli keluarga mama dalam Angkasa Holdings.” Atiqah berkata perlahan, tersenyum pada Encik Badrul yang hanya mendengar perbualan tersebut.

“Habis orang sebelah Iqa tak mahu suruh dia masuk sama?” Usik Fuad.

Atiqah merenung manja pada Nik Arif yang tersenyum.

“Nak suruh dia jaga kapal, Angkasa Holdings bukan ada pun.”

Nik Arif ketawa. Kalau hanya dia bersama Atiqah, mahu sahaja dia mencumbui gadis itu. Paling kurang mengucup pipinya.

“Ala Iqa, jangan cakap besar. Datuk Marzuki nanti jadikan Nik bos Iqa baru Iqa tahu!” Nik Arif mengejek Atiqah.

Atiqah ketawa besar. Mengerutkan hidungnya.

“Perasanlah tu, belum tentu anak Datuk Marzuki nak kahwin dengan awak!”

Nik Arif ketawa besar dan tanpa mempedulikan orang sekeliling, jari telunjuknya mengusap-usap lemput pipi Atiqah.

“Jangan anak Datuk Marzuki menderita tak dapat kahwin dengan Nik sudah!”

Atiqah menolak perlahan jari Nik Arif yang masih bermain di pipinya.

Dahlia pura-pura tidak memandang kelakuan pasangan kekasih tersebut.

Fuad yang melihat hanya menggeleng. Sekarang dia mengerti kenapa Nik Arif datang kepadanya dengan muka kalut ketika memberitahu yang dia sudah jatuh cinta.

“Begini… apa kata kita buat empat pengantin.” Nik Arif member cadangan.

Atiqah mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Dia mengangkat kening pada Dahlia yang mengangkat bahunya. Juga tanda tidak mengerti.

“Kami dan kau, Fuad dan Dahlia.” Nik Arif memberi cadangan.

Fuad tergelak merenung Dahlia yang tersipu-sipu.

“Tak pasal-pasal membabitkan kami kenapa?” Tanya Dahlia separuh gugup.

“Tanya Fuad, dia suka atau tak.” Nik Arif mengusik lagi.

Fuad mendepangkan tangannya.

“Aku no problem. Dahlia tak tahulah.”

Dahlia mengetap bibirnya, tersipu-sipu.

Atiqah ketawa besar.

Dari jauh Datuk Marzuki melihat kumpulan tersebut yang sedari tadi asyik ketawa dan paling dihairankan, Nik Arif memeluk bahu Fuad beberapa kali dan dia cukup tidak faham apabila melihat Nik Arif begitu rapat dengan Atiqah dan sesekali memeluk bahu gadis tersebut dengan begitu mesra!

3 comments:

Mrs Velentine said...

padan muka datuk ahmad

Kniedaz said...

tak ada sambungan ke?

Anonymous said...

bestt....ada sambungan lagi..? cukup terhibur..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff