my nuff

Letak Jari Kat Bibir Nak Selak Kertas

Kengkawan ada tak tabiat macam tu.
Bila nak selak kertas mesti letak jadi kat bibir dulu.
Tak kisahlah nak selak ketas surat khabar ke, buku ke, duit ke.
Pernah sekali Ain pergi pejabat pos, tertarik nak perhatikan seorang uncle ni.
Ain rasa umurnya dalam 70-an.
Semasa nak tunggu giliran nombornya dipanggil, dia ralit menyusun segala bil yang nak dibayar.
Setiap kali dia nak selak kertas bil tu, jarinya mesti diletakan dibibir dulu.
Mungkin tujuannya biar jari tu basah sedikit, senang nak selak kertas.
Lepas tu bukan je kertas bil dia wat camtu, masa dia nak kuarkan duit pun camtu juga.
Teringat Ain pada Arwah Atuk Ain.
Arwah pun selalu buat macam tu bila nak baca surat khabar.
Hmmm.... Macam-macamkan tabiat orang.

7 comments:

Sue-Rya Qistina said...

kalau kertas, x pernah pulak. tapi kalau plastik yg belum dibuka selalu wat camtu. sbb susah sgt nk bukak kalau jari kering. hehehe

Bin Muhammad said...

Salam,
Biasa juga melakukannya apabila terdesak, paling mudah dan tiada benda berair disekeliling.

Ratu Hatiku said...

hihihi.. pernah jugak :)

Kniedaz said...

pernah juga tengok...hehe

Zamani Abe said...

bila dah terbiasa, mcm tu lah.. hehe

Ummi Kami said...

Salam Manis buat Ibu... ;D

Selalunya orang tua-tua yang buat macam tu...tapi..dulu-dulu masa kecik-kecik, Ummi pun ada juga...nak tiru :D

Mrs Velentine said...

hehehe...dulu hairan tengok org tua2 buat mcm tue..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff