my nuff

Pantun Rajuk



Pergi ke kedai bersama nyonya
Hajat nak beli bunga kemboja
Kasih dinda tiada akhirnya
Buat kanda yang selalu dipuja

Bunga mawar tuan petikkan
Hati-hati tercucuk duri
Hati dinda, kanda robekkan
Dinda rawat dengan sendiri

Makan udang, si udang kara
Udang dibakar di atas bara
Biarlah lidah tidak berbicara
Asalkan niat menghalalkan cara

Jarum yang patah di dalam peti
Takut tercucuk jari empunya
Dekat di mata jauh di hati
Dinda tak pasti bila akhirnya

9 comments:

Mieza Jhaa K said...

Wahhh berpantun sakan ni.. Apa yang lara dihati tu?

nicosikura said...

sweetnya pantun.. ^_^

Sue-Rya Qistina said...

so sweet...
tapi kenapa je ni kak?

Fifi Nadhrah said...

best pantun tu.. lame tak bace pantun..

Kniedaz said...

hehehe....merajuk kat cik abang ke

Mrs Velentine said...

pantun duka lara ni kak..kenapa

Ratu Hatiku said...

sesekali berpantun :D

yana aina said...

kak berpantun bagai ... knp? namo majok2 ^^

Bin Muhammad said...

Salam memujuk...

Tangan menunjuk berpasangan,
Kemana teman gagal pulang,
Jangan merajuk berpanjangan,
Merana badan tinggal tulang.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff