my nuff

Tip Cepat Hamil


Kali ni Ain nak kongsi tip untuk cepat hamil.
Kebetulan tadi adik yang baru kahwin tu bertanyakan hal-hal berkaitan dengan hamil.
Bukan sebab dia dah hamil tapi saja nak tambah pengetahuan.
Jadinya dia tanya lah pada Kak Long dia ni. T
ak lah pakar sangat tapi boleh lah kongsi mana yang tahu.
Dan kebetulan juga Ain baru terbaca TIP CEPAT HAMIL dalam MW Bil.1530. Jom kita tengok apa tip yang dimaksudkan tu.

1. MEMAHAMI PROSES KEHAMILAN
Perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah cara kehamilan terjadi. Sekiranya kitaran haid teratur yang mana setiap bulan telur dikeluarkan oleh ovari dan berlaku hubungan seksual maka sudah tentulah sperma dari vagina akan berenang ke dalam rahim. Di situ, seperma akan berjumpa dengan telur yang sedia menanti di tiup fallopio (saluran peranakan). Selepas itu persenyawaan akan terjadi di mana telur yang telah disenyawakan akan diimplementasi hingga menyebabkan kehamilan. Dengan memahami sistem reproduksi ini maka anda menjadi lebih peka kepada sebab-sebab kesuburan.

2. KAWAL BERAT BADAN
Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang sesuai kerana tubuh yang terlalu besar atau terlalu kurus mengundang masalah kesuburan. Kawallah berat badan dan lakukan kiraan BMI. Sebagai info, 20-24 adalah berat yang optimum.

3. PEKA PADA WAKTU SUBUR
Tahukan anda bahawa waktu subur seseorang wanita berlaku empat hingga lima hari sahaja dalam tempoh sebulan. Jika anda mengetahui waktu subur maka ia adalah satu peluang untuk hamil dengan cepat. Ia boleh dikira dengan tepat sekiranya perjalanan haid setiap bulan konsisten. Lakukan sedikit kerja rumah dengan mencatat suhu badan asas dan perhatikan tanda ovulasi yang muncul seperti lendir serviks yang lebih lecin serta senak di bahagian perut apabila berada di pertengahan bulan. Selain itu, anda juga boleh membeli kit ovulasi yang banyak di farmasi sekiranya ingin mendapatkan ramalan yang lebih tepat.

4. KERAP 'BERHUBUNGAN'
Lakukan hubungan seks dengan lebih kerap. Mungkin dua atau tiga kali seminggu terutamanya pada hari-hari subur. Malah ada juga beberapa posisi seks yang mampu mempercepatkan proses kehamilan. Carilah info lanjut tentang ini.

5. BANTU SUAMI TINGKATKAT KESUBURAN
Jangan ingat isteri sahaja yang bermasalah dengan kesuburan kerana suami juga berdepan hal yang sama. Oleh itu, cuba tingkatkannya dengan mengambil makanan yang seimbang, bersenam, tidak merokok, mendapatkan berat badan yang ideal serta menghindari minuman keras. Tetapi sekiranya anda masih dibelenggu persoalan berkaitan seks dan ejakulasi, cepat-cepatlah bertemu doktor bagi menanganinya. Berkemungkinan besar itulah faktor penyebab anda sukar untuk hamil.

6. RAJIN AMBIL VITAMIN
Kepada wanita yang merancang untuk hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil vitamin harian seperti asid folik. Suami pula disarankan meingambil vitamin jenis zink yang berupaya meningkatkan pengeluaran sperma.

7. JADIKAN SENAMAN SEBAGAI RUTIN
Banyak faedah yang boleh dinikmati dari senaman. Selain meningkatkan kecerdasan tubuh badan, ia juga membantu untuk mengurangkan perasaan tertekan semasa mahupun selepas kehamilan.

8. MAKANAN YANG SEIMBANG
Paling penting bagi wanita yang ingin hamil ialah mengambil makanan yang seimbang. Banyakkan protein sayuran seperti produk-produk soya dan kurangkan menu daging dalam hidangan. Ambillah makanan yang mengandungi jumlah serat yang tinggi seperti sayur-sayuran serta oat. Dalam masa yang sama, sukat kadar gula serta karbohidrat yang digunakan termasuklah mi, nasi, bihun dan macam-macam lagi.

9. JAUHI TEKANAN PERASAAN YANG MELAMPAU
Perjalanan hidup tidak pernah lepas daripada ujian yang mana jika tidak dikawal boleh mengakibatkan tekanan. Sebenarnya itulah punca anda sukar untuk hamil. Bagi mengelakkan masalah dari terus berlaku maka anda boleh memilih aktiviti yang mudah dilakukan seperti memasak, bersenam, mendengar muzik, membaca, memdapatkan rawatan di spa serta macam-macam lagi.

7 comments:

CikZaniff said...

bagus tips ni..tq akak..

Mrs Velentine said...

yg penting no.4..hehehe..kalau x mcm mn nak ada kan

yana aina said...

terima kasih atas perkongsiaan nie sis ... huhuhh mntk2 ada rezeki ^^

Sue-Rya Qistina said...

nice sharing kak!
saya pun ada beli mingguan wanita bil.1530 tu.
tapi x sempat nak belek2 lagi

Mooniqueen said...

good tips.. kadang2 semua pun bergantung pada rezeki kan.. ada orang laki bini semua xde mslh, tp tuhan belum nak bagi lagi rezeki..

Farah Waheda Wahid said...

thanks for sharing kak...ha ha ha..tu sebabnya sekarang ni elakkan tekanan perasaan tu...nak happy2 jer... asid folik tu memang dah lama amik..cuma rezeki kitaorang belum sampai jer lagi... hu hu hu...

anna alaui said...

thanks for sharing...mudah2an ada rezeki sy nanti..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff