my nuff

Tips Untuk Lady Driver

Sempena Hari Wanita Sedunia hari ni, Ain nak share tips untuk lady driver. Al maklumlah, zaman sekarang ni banyak no jenayah yang melibatkan kaum wanita ni...
Yang ni tips yang selalu Ain amal kan bila keluar memandu sendirian.



  • Keluarkan kunci kereta awal2 semasa dalam bangunan terakhir anda berada sebelum ke kereta. Tak kisah lah ofis ke, shopping complex ke. Jangan dah sampai kat kereta baru terhegeh-hegeh nak cari kunci kereta dalam beg. Bahaya dik non oiii....
  • Bila dah ada kunci kat kereta plak, jangan gatal2 nak tekan awal2. Ni bila nampak kereta terus tekan. Padahal kereta tu jauh lagi. Bahaya beb, sementara nak sampai kereta tu, macam2 orang boleh masuk, perompak ke, perogol ke... Eeee ngeri.
  • Bila dah masuk kereta plak terus lock pintu, tak yah lah nak hidup enjin ke, hidupkan aircond ke baru nak tutup pintu kete.
  • Pastu yang jenis mirror addict ni, pantang nampak cermin nak suluh muka dulu. Pastikan semua selamat dulu, baru lah nak betul tudung ke, rambut ke, lipstik ke...

  • Handbag jangan letak kat atas sit sebelah. Tu semua orang tahu kan... Tapi ada gak yang buat. Betul tak. Bahaya kak oi. Tambahan plak bila berhenti kat trafic light. Dibuatnya penyangak tu pecahkan cermin kereta, amik beg tu, baru padan muka.
  • Letak beg tu bawah kaki. Jangan kata tak muat. Ain dah amalkan. Kete Ain kancil je beb, muat je letak bawah kaki masa drive. Lain lah handbag akak tu bukan handbag. Besar gedabak sangat.
  • Pasang tinted kereta yang berkualiti. Jangan nak kompromi dalam hal ni. Beg ngan kasut bleh beli harga sampai riban2. Takkan nak pasang tinted kete yg elok sikit pun nak berkira.

  • Jangan pakai kasut tumit tinggi pada waktu yang bukan urusan rasmi. (Ekceli tak de pun peraturan kena pakai kasut tinggi sampai 6 inci bila urusan rasmi. )
  • Bila ada kat luar pakai kasut yang memudahkan untuk anda berjalan dengan cepat atau berlari. Kalau nak kena kejar atau dikejar orang jahat.
Oklah .... tulah tips yang memang Ain selalu amalkan bila keluar sendirian...

6 comments:

Nurul Najihah said...

SELAMAT HARI WANITA buwat sis :)

btw info nie sangat bgune buwat najihah ; kadang_kadang terlepas buwat juge... heheheeee

Farah Waheda Wahid said...

saya pula selalu pegang kunci kereta di tangan bila nak ke kereta yang di-parking di basement dan bila driving sengsorang...memang takkan layanlah kalau2 ada orang tahan kereta...lagi satu saya suka tengok third mirror and side mirror...perhati2 kalau2 ada yang mencurigakan...al-maklumlah selalu balik malam....

anyway, nice piece of sharing kak...

Ratu Hatiku said...

Tq sharing.. :D

miz ruha said...

tips yang berguna..
thanks.. ^_^

Mrs Velentine said...

nice tips..Mcm MV pakai selipar jer..

NurulHuda Alias said...

tips yang sangat berguna dear :)

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff