my nuff

Firas Oh Firas

Sotong Goreng Kunyit Cik Mat Gebu


Sotong Goreng Kunyi CIk Mat Gebu


Petang semalam Ain cuba resepi Sotong Goreng Kunyit Cik Mat Gebu.
Al maklum bila pikir nak masak apa2 hati boleh pening juga.
Tu yang buka blog resepi tu.
Jadi nya ge lah jalan2 kat blog masakan yang femes ni.
Femes wei, ce kengkawan tengok pageview nya bergerak, kalah jarum saat.
Semalam plan nak masak sotong.
Jumpalah sotong goreng kunyit ni.
Nak resepinya boleh pergi kat SINI


Sotong Goreng Kunyit Ibu Amirul

Tapi jadi lainlah...
Hmmm.... Biasalah kan...
Lain tangan lain rupanya kan...

Sinopsis Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim


Kisah tentang Sarah yang menghadapi dugaan rumah tangga yang hebat.
Sudahlah dia tidak dikurniakan anak, dia bukan menantu pilihan dan suaminya Amrin kahwin lain.

Sarah menjadi kebencian ibu mertuanya Wan Khadijah kerana merasakan Sarah anak setinggan yang miskin dan tidak layak menjadi menantunya. Walaupun sekarang Sarah telah bergelar seorang doctor, tapi dendam Wan Khadijah tidak pernah padam tehadap Sarah.

Tujuh tahun melayari rumahtangga, Sarah dan Amrin masih belum dikurniakan anak. Sebagai doctor perbidanan secara terbuka, Sarah telah membuat pemeriksaan kesihatan dengan bantuan kawannya Zaidah dan hasilnya Sarah normal dan tiada masalah untuk hamil dan melahirkan anak. Lain pula dengan Amrin yang tetap berkeras tak mahu melakukan pemeriksaan. Momokan maminya yang konon Amrin tidak mungkin mandul kerana adik beradik Amrin yang ramai hasil 3 perkahwinan Wan Khadijah. Hanya perkahwinan Wan Khadijah dengan Hj Kasman saja iaitu suaminya sekarang dia tidak dikurniakan anak. Pun begitu hanya Amrin dan Ameena saja yang dijaga oleh Wan Khadijah. Selebihnya dijaga oleh bekas suaminya.

Bagai menangguk di air yang keruh, Wan Khadijah memaksa Amrin untuk berkahwin lain dengan alas an Sarah tidak boleh melahirkan anak. Akhirnya Amrin bernikah dengan Kartika seorang ustazah dari Kelantan. Itupun pilihan Wan Khadijah.

Pada hari pernikahan Amrin, Sarah membawa diri ke Riau bertemu dengan Bibik Yuli, pengasuhnya dulu. Baru dua tahun Bibik Yuli pulang semula ke Riau kerana membawa rajuk setelah diceraikan suaminya kerana suaminya nak kahwin lain. Pada Bibik Yuli dan Yusman (anak Bibik Yuli), Sarah melepaskan rajuknya.

Kartika yang dikahwini Amrin bukanlah seperti yang disangkakan. Jika sebelum berkahwin, Kartika berjanji akan beralah dengan Sarah, sanggup duduk di Kelantan dan Amrin akan balik sekali sekala ke sana. Tapi selepas pernikahan belang Kartika mula terpamir. Dengan bantuan Wan Khadijah, Kartika dapat tukar sekolah di Kuala Lumpur. Dan paling masuk akal bila dia sanggup nak duduk serumah dengan Sarah. Itupun atas hasutan Wan Khadijah. Kerana misi Wan Khadijah ialah untuk menyingkirkan Sarah dari hidup Amrin. Tetapi Amrin tetap berkeras untuk mencarikan rumah lain untuk Kartika. Pada masa itu Sarah yakin walaupun Aimrin telah berkahwin dua tetapi cinta dan sayangnya tetap pada Sarah.

Pada masa yang sama, Amrin selalu terserempak dengan Zamil di surau kerana pada masa Amrin berulang alik rumah Sarah dan Kartika, Amrin selalu ke surau terlebih dahulu untuk bersolat. Amrin senang berkawan dengan Zamil seorang ustaz di sebuah sekolah. Tanpa pengetahuan Amrin, sebenarnya Zamil ada misinya tersendiri. Dia nak cari isterinya yang telah melarikan diri ketika dia belajar di Mesir dulu. Atas risikan kawannya Nik Azrul, dia yakin Amrin akan memberi petunjuk di mana Atie berada.

Kesabaran Sarah teruji lagi, bila Kartika kononnya mengandung sebab mengalami symptom seperti orang mengandung. Hak giliran Sarah mula dinafikan oleh Amrin dengan alasan Kartika lebih memerlukan perhatian. Berhari2 Amrin tidak pulang ke rumah Sarah. Tapi aturan Tuhan tiada siapa pernah menduga. Kartika dibawa oleh Amrin ke hospital tempat Sarah bekerja kerana Kartika mengalami pendarahan dan kebetulan pada masa itu Sarah bertugas di kecemasan. Setelah melakukan apa yang patut, kes Kartika di serahkan kepada Zaidah. Pada masa itu, hati Sarah benar sebal sebab rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar. Selama Amrin berkahwin dua tiada seorang pun di hospital itu yang tahu termasuk kawan baiknya Zaidah. Kartika di masukkan ke hospital kerana fibroid dan terpaksa dibedah. Pembedahan akan dilakukan oleh Zaidah. Sarah tidak menunggu dan dia terus pulang. Dalam perjalanan Amrin telefon Sarah bertanyakan hal Kartika. Sarah bagi tau Kartika bukan mengandung tetapi fibroid. Tetapi Amrin tidak percaya malah menuduh Sarah menganiaya Kartika hingga menyebabkan Kartika gugur. Amrin tuduh Sarah terlalu cemburu. Sarah benar2 kecewa dengan sikap Amrin.

Zamil pula sedang berkira2 bagaimana nak bagi tahu Amrin bahawa Kartika isteri kedua Amrin itu adalah Atie isterinya yang lari dulu. Dia tak mahu menanggung dosa, kerana belum pun Atie bercerai dengannya, Atie dah berkahwin lain. Walaupun dah dua tahun Atie meninggalkannya tapi Zamil tidak pernah menceraikan Atie.

Amrin hilang arah bila mengetahui hal itu daripada Zamil. Amrin bawa Kartika ke rumah maminya untuk mendedahkan siapa Kartika yang sebenarnya. Mulanya Kartika menafikannya tapi bila Zamil muncul sekali di rumah Wan Khadijah barulah Kartika berubah muka. Namun Kartika tetap cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah dia di paksa untuk bersumpah dengan Al Quran. Barulah dia mengaku. Dan perkahwinan Amrin dengan Kartika terus terlerai kerana pernikahan mereka tidak sah.

Ego seorang lelaki. Amrin tidak menceritakan hal itu kepada Sarah. Dan untuk memujuk hatinya, Amrin buat ujian kemandulan sebagai tiket untuk memastikan dia tidak mandul dan dia tidak akan malu dengan Sarah. Tapi hakikatnya, setelah 3 kali pemeriksaan, memang sah Amrin lah yang tidak berbenih. Kerana ego kerana malu, dia tinggalkan Sarah begitu saja selama berminggu. Amrin hanya bertemu dengan Yusman dan mencerita segalanya pada Yusman. Amrin meluahkan cadangan gilanya apabila dia sanggup melepaskan Sarah dan berkahwin dengan Yusman. Tetapi Yusman minta Amrin berfikir sedalam2nya kerana Yusman sedar cinta Sarah hanya untuk Amrin sahaja.

Semasa kehilangan Amrin, ayah tirinya Hj Kasman berkahwin dengan Bibik Yuli kekasih lamanya di pesantren dulu. Ini adalah untuk mengajar Wan Khadijah yang sombong bongkak itu. Wan Khadijah menyerang Hj Kasman dan Bibik Yuli di rumah Hj. Kasman. Semasa perjalanan balik, Wan Khadijah ditimpa kemalangan. Kedua2 kakinya terpaksa dipotong. Pada mulanya Wan Khadijah seperti orang gila sebab tak kenal sesiapapun dan terjerit2 tak boleh terima kakinya di potong. Habis semua orang dimaki hamunnya. Tapi walaupun pelbagai onar yang dilakukan yang dilakukan oleh ibu mertuanya, Sarah tetap menjaga dan merawat mertuanya itu.

Atas nasihat Yusman dan Zamil, Amrin pulang melawat maminya. Di hospital di berjumpa dengan Sarah. Sarah benar2 terkejut. Amrin sempat berpesan pada Sarah untuk berjumpa di rumah.

Pertemuan empat mata antara Sarah dan Amrin membongkar segalanya. Amrin berterus terang pada Sarah yang dia dan Kartika bukan suami isteri lagi. Amrin ceritakan Kartika sebenarnya isteri orang semasa dia mengahwini Kartika. Sarah terima semuanya dengan hati terbuka. Tapi sebaliknya bila Amrin bagi tahu dia yang sebenarnya yang mandul bukan Sarah. Pada ketika itu hati Sarah yang sedia kala rapuh terus berderai. Betapa dia kecewa dengan Amrin sebab kahwin lain tanpa periksa kekurangan diri. Dengan izin Amrin, Sarah membawa diri ke rumah ibu bapanya. Dia perlukan masa dan ruang untuk berfikir dan tenangkan diri.

Pada mulanya Amrin merasakan dia boleh hidup tanpa Sarah dan bersedia jika Sarah meninggalkannya atas kekurangan dirinya itu. Tapi dia silap. Betapa dia merindui isterinya itu dan tidak sanggup kehilangan Sarah. Dalam kecelaruan hatinya, Amrin pergi serang maminya di rumah Hj. Kasman. Sebab di situ lah maminya tinggal selepas keluar dari hospital dan dijaga oleh Hj Kasman dan Bibik Yuli. Amrin terus menerus menyalahkan maminya di atas apa yang berlaku padanya. Pada maminya juga, Amrin mengakui bahawa dialah sebenar nya yang mandul, bukannya Sarah. Dan jika Sarah tidak kembali kepadanya, dia tidak akan memaafkan mami untuk selama. Dalam kekalutan itu, Hj Kasman cuba memujuk Amrin. Amrin meluru memeluk ayah tirinya dan menggogoi seperti anak kecil. Hj. Kasman memujuk Amrin bahawa satu hari nanti Sarah pasti akan kembali pada Amrin walaupun Hj.Kasman sedar itu hanyalah sekadar kata2. Selebihnya terpulang pada Sarah.

Tapi percaturan Tuhan tiada siapa yang menduga. Suatu hari Sarah mendapat panggilan dari seorang mak cik untuk pergi ke rumahnya. Bila Sarah pergi, mak cik tu bagi tau dialah ibu kepada anaknya yang mati kemalangan dan pada masa yang sama Sarah telah menyelamatkan bayi yang sedang dikandungnya. Mak cik tu terhutang budi kepada Sarah kerana segala perbelanjaan hospital tersebut ditanggung oleh Sarah. Atas sebab kedaifan mak cik tu tak dapat bela cucunya itu dan buat keputusan menyerahkanya kepada Sarah untuk dipelihara dan diberi didikan yang sempurna. Bayi kecil yang dinamakan sebagai Fatima sempena nama puteri Rasulullah itu diharap akan menjadi seseorang yang boleh menyumbang sesuatu kepada bangsa dan agama.

Di rumah, sedang Amrin meratap menangis mengenangkan nasib dan rindunya pada Sarah, tiba2 dia terdengar namanya dipanggil. Suara yang amat dikenali. Bila dia mengangkat kepala dia terlihat insan yang paling dicintainya berdiri di depannya. Sarah. Sarah datang sambil mengandong bayi kecil.

“Ini anugerah Tuhan untuk kita Amrin”. Ya, anugerah yang berganda2 bagi Amrin.

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Biarkan Aku Menangis....

Baru habis baca buku ni.
Biarkan Aku Menangis, penulisnya Norhayati Berahim.
Ain memang ada banyak koleksi novel NB ni.
Biarkan Aku Menangis memang buatkan Ain menangis.
Sebenarnya dah lama teringin nak baca buku ni.
Dari tahun 2009 lagi, tapi masa tu ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan Ain tak berapa kuat nak baca buku ni.
Tapi sekarang dah ok dan boleh baca.
Ceritanya pasal apa?
Tunggu...
Nanti Ain wat entry khas Sinopsis Biarkan Aku Menangis.

Tolong!!!! Tolong!!!! Ada Serigala Di Sana


Kengkawan suka tengok cite Upin Ipin...
Ain suka sangat...
Suka suka suka...
Hahahaha...
Kalo dah duduk rumah ngan anak2, memang diorang lah yang pegang remote tv.
Dah 3 lawan 1.
Jadi ibunya ni redha je lah tengok kartun kat TV tu..
Bila sampai cerita yang Ain nak tengok, barulah gunakan kuasa veto.
Semua kartun diorang ni layan.
Termasuklah cerita Upin dan Ipin..
Dan dalam banyak2 episod Upin Ipin ni, Ain paling suka Episod "Cerita Kami".
Yang ada persembahan pentas Kisah Pengembala Kambing dengan Serigala"
Pagi tadi pun ada lagi ulangannya.
Sapa tengok?
Hehehe...
Jangan ingat orang dewasa pun tak layan kartun tau...
Sesekali kena layan juga, buat lapangkan fikiran.
Betul betul betul. :)

# Rahsia Tahi Lalat #





1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang s...uka

4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14. Betis kanan= Suka berhibur, boros

15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21. Kening kanan = Cerdas dan cekap

22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31. Pada hidung= Banyak rezeki

32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36. Tumit kiri= Baik budi

37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38. Alis kiri= Ramai yang suka

39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42. Jari kaki kanan= Suka menolong

43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50. Pipi kanan= Ramai teman

51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53. Ubun-ubun= Kurang jujur

54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

Akak Tengah Semangat Ni Dik....

Sejak dua menjak ni terasa badan semakin menggebu.
Nak wat camna, rezeki makan mencurah2
Kalau tak cari sendiri, orang belanja..
Bila malam plak, konon taknak makan.
Tapi bila dah menyuap anak makan, terbuka selera hakak ni dik...
Kena pergi bersenam ni
Tapi kasut plak tak de (Alasan je tu)
Akhirnya tadi beli juga kasut sukan...
Start esok boleh pergi joging kat Kubang Gajah
Kebetulan kena hantar Faiz ke sekolah, bolehlah terus pergi Kubang Gajah
Angkutlah sekali Fahim ngan Firas...


Baru beli tadi
Kasut pink, stokin pun pink


Doa Pohon Ampun






Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Pagi2 Jumaat ni, Ain join segmen ni plak...
Tengah blur sebenarnya ni...
Bila bw tadi jumpa segmen ni.
Macam senang je sebab tak yah nak follow sana sini atau like situ sinun
Cuma follow tuan punya blog ni je.
Tarikh tutup 30.04.2013.
Top referrer dapat top up RM30
Sapa yang berminat bleh klik banner tu.

Faiz Buat Mama Gelak Besar Hari Ni

Situasi 1 (Dalam kereta balik dari sekolah)
"Mama, kawan saya nama dia Izal"
"Dia nak bercinta, dia cium pipi Airin"
"Airin tu pompuan"
Cerita Faiz sungguh.
Ain balas balik.
"Ish mana boleh cium budak pompuan kan"
"Kecik lagi mana boleh bercinta"
Faiz jawab apa, kengkawan tau tak...
"Boleh mama"
"Saya pun nak bercinta juga"
"Tapi saya nak sunat dulu"
Apa lagi, tengah panas2 tu Ain gelak besarlah.

Situasi 2 (Dalam kereta juga masa nak pergi KAFA)
"Mama, kete tu boleh caj ke"
Ain pandang kete CRV yang Faiz katakan tu.
"Ish mana ada, kete tu pakai minyak jugalah Faiz."
"Abis tu kat belakang dia tu ada lubang tempat caj"
"Errr, mana?
Rupa2nya....

Tu haa...
Tempat buka bonet tu kan macam lubang tempat nak caj telefon...
Huhuhu...
Faiz faiz

Ni ada pesanan khas dari Faiz...
Kepada semua kengkawan mama saya, saya ngan adik2 nak sangat pergi lego land.
Saya minta pada semua kengkawan mama, tolong klik link bawah ni ye....










Umur Nabi


Sharing is caring :)

Segmen : Hey ! blogger asal mana?


Klik Banner ni kalo nak join sekali


 Segmen pertama Ain join minggu ni.
Menarik juga.
Boleh tau kengkawan alam maya ni asal mana kan.

Ain berasal dari NEGERI SEMBILAN

Sekarang menetap di PAHANG

haaa... pilihlah mana nak...

Pemalu Ke Faiz ni

Menjawab WW pagi tadi, yang ni gambar Faiz.
Bukan merajuk tapi malu tak nak ambil gambar.
Faiz ni memang susah sikit nak ambik gambar dia betul2.
Kalau ambil pun, mesti dia buat mimik muka yang ntah apa2.
Meh tengok aksi Faiz yang lain.



Buat peace tapi tak pandang depan


yang ni pun sama, mesti tak pandang depan


lagi best, tunjuk peace je






Memang susah nak ambil gambar dia betul2.
Faiz faiz


Duit belanja sekolah Faiz

WW: Malu ke merajuk

Gwiyomi Kiyomi

Sekarang ni demam gwiyomi gamaknya.
Masa mula2 tau pasal benda alah ni, Ain tak berapa heran sangat.
Tapi buka lah juga kat youtube nak tengok apa bendanya.
Kang nanti orang kata tak up to date plak.
Tapi..................
Bila dah tengok...
Alololo
Comelnya...
Ain jumpa pakcik gugel, minta lirik lagu tu
Mula2 dia bagi yang bahasa korea punya..

choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

hana dul set nun gamgo naege dagawa
du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
geu ipsul makgoseo

ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Laaa mana nak faham. bukan nya tau bahasa korea pun
Pastu Ain jumpa mak cik gugel plak
Baru dia bagi yang bahasa omputih punya..
Haa... Baru lah faham sikit...

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
and scribble on each other's hands
Don't look at other girls no matter what they say you're mine (You're mine)
Dont Even talk to other girls I'm yours (I'm yours)
Please pinky promise me
that you'll never leave me alone

1 plus 1 equals kiyomi
2 plus 2 equals kiyomi
3 plus 3 equals kiyomi
ki-ki-kiyomi(2x)
4 plus 4 equals kiyomi too
5 plus 5 equals kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu kiyomi
I'm Kiyomi

Don't look at other girls no matter what they say you're mine (You're mine)
Dont Even talk to other girls I'm yours (I'm yours)
Please pinky promise me
that you'll never leave me alone

One two three
Close your eyes and come to me
When you touch my cheeks with your two hands
1 plus 1 equals kiyomi
2 plus 2 equals kiyomi
3 plus 3 equals kiyomi
ki-ki-kiyomi(2x)
4 plus 4 equals kiyomi too
5 plus 5 equals kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu kiyomi
I'm Kiyomi
I stop your lips from kissing and..

Don't look at other girls no matter what they say you're mine (You're mine)
Dont Even talk to other girls I'm yours (I'm yours)
Please pinky promise me
that you'll never leave me alone

that you'll never leave me alone



pastu banyak2 gwiyomi yang Ain tengok,
yang ni paling comel sekali
Boleh cari kat youtube. Comel sangat.
Faiz pun suka bila tengok yang ni.

Patutlah Atuk Tak Boleh Duduk Umah Kita Lama2

Hujung minggu baru ni Ain anak beranak balik Kepis.
Hantar nenek balik.
Sebenarnya dah lama nak wat entry pasal ni.
Tapi baru minggu lepas sempat snap gambar2nya.
Meh kita tengok kenapa atuk tak leh duk umah Fahim lama2.


Anak arnab, baru beberapa minggu lahir


Arnab ni cacat sebab masa kecik kena gigit tikus. Cian..


Anak arnab lagi


ibu ayam dan anak2nya (garang wooo)


burung puyuh (dah banyak kali kutip telurnya)


Yang atas tayar tu burung apa ntah, tak ingat plak


Yang ni ayammmmmm hmmm ntah... tak ingat...


burung puyuh lagi




ayam kampung biasa


tengok tu reban ayam atuk, dah macam rumah orang dah


ayam yang warna kelabu tu, kelam kabut betul, ayam keluk2 hehehe


arnab kelabu... comel
 
Memperkenalkan penternak berjaya En. Ujang bin Harun... :)


Kalo dah camtu punya banyak, memang tak boleh lah tinggal rumah lama2kan...



Menang Top Up 1st Giveaway By Emas Putih

Hari tu ada join segmen ni.
Ramai gak yang join segmen ni.

Bila semak nama senarai peserta, ibu amirul dalam group 5 no.6
Senarai peserta boleh tengok kat SINI

Pastu tengok plak sapa yang menang..
hahaha...
ada gak rezeki ibu amirul..
Mana yang join boleh semak kat SINI
kena tuntut hadiah kat https://www.facebook.com/MsVelentine
Errr.... MV rupanya...
MV, akak nak top up Maxis tau...
Nanti akak bagi detail...

Taska Tutup Lagi

Semalam Taska anak2 tutup lagi.
Ain ingatkan dah buka.
Terpaksalah cuti kecemasan.
Kebetulan pulak kena bawak Firas ke klinik.
Hmmm ok juga.
Tak yah susah2 keluar waktu kerja sebab nak hantar anak ke klinik.
Masuk ofis pagi, tengok ada kerusi baru.
Sibuk lah hari ni, mana nak semak fail, nak buka kad untuk kerusi baru...
Tapi ada cerita best hujung minggu lepas.
Tungguuuuuu.... Nanti Ain cerita ye....

Kerusi baru.... ada 17 semuanya...

TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??



Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur ...setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

NASiHAT dari saya, jika semua orang yang berpeluang membaca Nota Ilmu ini, kemudian menghantar @ “share” kepada semua orang yang anda tahu, saya yakin dan percaya, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa di dalam keluarga anda.

Sharing Is Caring

 

Buku Baru Lagi


Buku yang order dari MPH dah pun diterima.
Kali ni ain beli 3 sekali.
Ketiga2nya dari penulis yang sama iaitu Siti Rosmizah
Hmmm...
Bila nak mula baca ni..
Sekarang ni kerja tengah banyak...
Tak pe sempatnya baca semua tu...

 MPH bagi ni sekali.
Majalah Solusi dengan buku nota.
Tq MPH...
Tak pernah pun baca majalah ni...

Bila Lelaki Ini Datang Menjengah

Oh terharu sungguh bila ada yang sudi review blog picisan Ain ni.
Terima kasih untuk LELAKI INI

Akak terharu dik... Lagi2 bila ko komen pasal header blog akak ni.

Apapun terima kasih sekali lagi ye....
Rajin-rajin buat segmen ye...
Nanti akak join lagi

Kenyang Perut Senang Hati

Hari ni ada makan2 lagi kat ofis ni...
Huhuhu... Camna lah nak kurus...
Ada buat potlak hari ni.
Sebelum makan ada juga akak2 ni yang masak kat pantry ofis ni.

Kacau telur nak buat dadar

Kerabu tomato... Nyam nyam

Tumbuk sambal gesek belimbing buluh... Terbaik

Bila dah siap.... Jom kita makan....
Ada masak lemak cemperai, sambal terung, tilapia goreng (peberet i lah tu), telur dadar, ikan masin

Kerabu tomato, ikan bilis goreng, gulai keladi, sambal gesek

Teh satu teko

Nasi baru siap masak


Apa tunggu lagi, ambik pinggan kita makanlah....

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati

Menanam padi tengah bendang
Anak berlari main layang-layang
Pelbagai jenis juadah terhidang
Makan bersama erat kasih sayang

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff