my nuff

Bawang Goreng




Ramai yang suka makan bawang goreng ni bersama mi sup atau pun soto.
Tapi Ain tak berapa kecor sangat dengan bawang goreng.
Kalau ada Ain makan kalau tak de pun tak pe, tak de lah sampai nak mencari.
Tapi Faiz memang suka makan bawang goreng ni.
Dia makan macam tu je.
Tadi bila selak menyelak bahan bacaan yang lama2 tu terjumpa lah resepi nak buat bawang goreng ni.
Buat sendiri lebih baik dari belikan.
Lagi pun bila dengar rumous tentang bawang goreng yang dijual tu, rasa tak selamat plak.

Bahan2 menyediakan Bawang Goreng
5 - 6 biji bawang merah
4 sudu tepung beras
sedikit air
sedikit garam
Minyak (untuk menggoreng).

Caranya:
1. Kupas kulit bawang dan cuci bersih
2. Hiris bawang tadi dengan saiz yang sederhana
3. Masukkan tepung ke dalam bekas, tambahkan sedikit garam.
4. Campurkan sedikit air dan bancuh sehingga adunan sederhana pekat.
5. Gaulkan bawang dengan tepung bancuhan tadi.
6. Ambil bawang tadi menggunakan penyepit atau garpu dan goreng di dalam minyak yang panas. Pastikan api tidak terlalu besar.
7. Goreng sehingga bawang kelihatan kekuningan. Angkat dan tos minyak.

Tips tambahan:
1. Untuk menghasilkan bawang goreng yang besar, pilihlah bawang kecil yang bersaiz besar.
2. Pastikan bawang dihiris tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.
3. Ketika membancuh tepung, pastikan adunan tidak terlalu cair. Biar sederhana pekat agar bawang goreng lebih rangup.
4. Bagi menambah kerangupan bawang goreng, boleh cuba tambahkan sedikit sahaja tepung rangup, lebih kurang satu sudu kecil.
5. Bawang goreng tidak tahan lama jika dibiarkan terdedah pada udara terlalu lama. Simpan di dalam bekas berpenutup rapat dan simpan di tempat yang kering.

6 comments:

Mrs Velentine said...

mv memang selalu buat sendiri..sebab adikmv mmg suka makan campur nasi

Mrs Velentine said...

done klik2 nuff

Kesuma Angsana said...

Hehehe KA pun suka makam macam tu aje! sedap aper

Sue-Rya Qistina said...

saya pulak x gemar sgt letak bawang goreng dlm makanan. hehehehe. bole try la resepi akak ni. thanks ya!

Kniedaz said...

kadang-kadang goreng gitu je..tak buh tepung pun..kadang-kadng beli saja..lepas ni ble cuba cara Ain ni plak

Farah Waheda Wahid said...

buat sendiri lagi senang kak... kalau beli pun kekadang tu cam x best jer bawang goreng tu...dah tu sikit...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff