my nuff

Cerita Sayang Ketat-Ketat

Sejak Ain mula bertugas di sini pada 15.11.2009, tak pernah sekali pun Ain rasa tak selesa dengan mereka semua ni.
Hari2 penuh dengan ceria dan kasih sayang.
Yang susah akan sama-sama dibantu dan yang senang yang akan dibahagi-bahagikan.
Bab belanja makan, sebulan mesti ada 4 5 kali yang akan belanja.
Tak kiralah ada yang dapat APC ke, hari lahir ke, atau apa je.
Kalo tak belanja pun, kami akan buat potlak.
Ataupun masak bersama-sama.
Tu baru cerita pasal makan, belum lagi jika ada kesulitan yang perlukan bantuan.
Pernah sekali Ain bagi tahu yang ayah Ain nak cari daun bidara berduri untuk dibuat ubat.
Ain hanya bercerita je dengan mereka2 ni.
Tiba ada sorang akak ni memang kenal dengan daun tu.
Dia tolong carikan daun tu untuk Ain.
Yang mengharukan Ain bila akak tu sanggup panjat pokok tu untuk ambil daun tu.
Kalau ikutkan sapa lah Ain ni dengan dia kan.
Tapi kerana keikhlasan dan kasih sayang, semua permintaan akan cuba dipenuhi.
Ain teringat masa Ain mengandungkan Firas ari tu.
Sampai ada yang tanya, Ain nak makan apa?
Diorang boleh tolong buatkan.
Coretan kali ni Ain dedikasikan khas untuk warga Bahagian Audit Sekolah Cawangan Temerloh.
Kami hanya ada 16 orang sahaja.
Hubungan ketua dan orang bawahan hanyalah dari hal kerja saja.
Yang selainnya kami bagai 1 keluarga.
Cubit peha kanan, peha kiri akan menjerit kesakitan.
Semoga kasih sayang antara kami kekal selamanya.
In Syaa Allah...

1 comment:

Zamani Abe said...

bestnya suasana kerja macam tu :)

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff