my nuff

Kenangan Yang Takkan Dilupakan - Sakitnya Melahirkan

Orang kata, banyak2 sakit yang paling sakit kat dunia ni ialah sakit nak bersalin.
Memang betul pun, kalo sakit lain, akan lega bila kita tidur.
Tapi bila sakit nak bersalin, tidur lena pun akan terjaga.
Memang sakit sangat, tak boleh nak bayangkan macammana dan tak boleh sama kan dengan rasa sakit yang lain.
Masa sakit nak melahirkan tu, apa yang difikirkan ialah cepatlah keluar baby ni.
Bila dah selamat melahirkan kelegaan yang teramat sangat dapat dirasakan.
Alhamdulillah, Ain melahirkan ketiga-tiga Amirul Ain secara normal.
Jadi Ain tak ada pengalaman melahirkan secara pembedahan.
Dan sentiasa berdoa semoga takkan ada pengalaman tu.
Masa sakit nak bersalin, sakit kena gunting ke kena apa ke, semua tak rasa.
Itulah Ain alami masa nak melahirkan anak sulung Ain, Amirul Faiz.
Bila nak melahirkan anak sulung ni, memang kena gunting.
Tapi bila dah selamat melahirkan, benda yang paling Ain ngeri ialah waktu kena jahit semula.
Aduh.... Bidan tu jahit hidup2 tu.
Tak de nak bius2 pun.
Pergh....
Rasa tergedik2 kaki bila jarum bengkok tu kena kulit.
Satu lagi masalah Ain bila lepas bersalin ni mesti tak akan buang besar untuk beberapa hari
Bukan tak de rasa nak buang air, tapi fobia sebab baru lepas kena jahit.
Lepas bersalin ketiga2 Amirul Ain tu, memang Ain kena amik ubat untuk memudahkan Ain buang Air besar.
Huhuhu...
Kalau fikir2kan memang serik nak bersalin, tapi seronok juga bila lalui pengalaman tu.
Kengkawan plak macam mana...

6 comments:

Kniedaz said...

Betul la tu Ain...memang ngeri bila tengok jarum bengkok tu menyusup..bab buang air pun sama...Ida minta ubat mudah buang air siap2...Ida dah lalui bersalin normal dan Ceaser..lain2 sakitnya hehe

Zee Suhaini said...

Pengalaman yang indah..bila time sakit tu dan dan je niat tak nak bersalin lagi dah tapi lepas baby kuar terus lupa segala sakit..tu la kuasa dariNYA..

Farah Waheda Wahid said...

he he he...masih mencuba dan belum ada pengalaman lagi... ^_^

Hanif Idrus said...

Aku tak pernah bersalin..hehehhe. Tunggu bini kat wad bersalin pernah...

Ummi Kami said...

Salam manis.:D

Alangkah indah jadi seorang wanita.....pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup...

Mrs Velentine said...

klik2 nuff,,,samalah pengalaman dengan MV.ketiga2 anak normal..dan tiga2 kena jahit

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff