my nuff

Kenyang Perut Senang Hati

Hari ni ada makan2 lagi kat ofis ni...
Huhuhu... Camna lah nak kurus...
Ada buat potlak hari ni.
Sebelum makan ada juga akak2 ni yang masak kat pantry ofis ni.

Kacau telur nak buat dadar

Kerabu tomato... Nyam nyam

Tumbuk sambal gesek belimbing buluh... Terbaik

Bila dah siap.... Jom kita makan....
Ada masak lemak cemperai, sambal terung, tilapia goreng (peberet i lah tu), telur dadar, ikan masin

Kerabu tomato, ikan bilis goreng, gulai keladi, sambal gesek

Teh satu teko

Nasi baru siap masak


Apa tunggu lagi, ambik pinggan kita makanlah....

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati

Menanam padi tengah bendang
Anak berlari main layang-layang
Pelbagai jenis juadah terhidang
Makan bersama erat kasih sayang

2 comments:

Zee Suhaini said...

bestnya kak kalu ofis happening camni..siap leh masak-masak kat situ lagi...

nyam..nyam..selamat menjamu selera ye..

Mrs Velentine said...

mak ai bestnya//sedap2 pulak tuea

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff