my nuff

Mata Kiri Bergerak


Sejak dua tiga hari mata kiri Ain selalu bergerak2...
Alaaa...
Camna nak bagi tau ye...
Rasa macam berkedip2 (eerrr betul ke tu)...
Pernah dengar cakap orang tua2, kalau mata bergerak2 camtu ada alamat sebaliknya...
Ain pun ge lah google (zaman tenet2 ni semua nya gugel je)

Yang ni Ain dapat dari SINI

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.


MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Hmmm.... Ntah lah ye, boleh caya ke tak...
Atau ada sebab lain dari sudut sains ke yang Ain tak tau...


8 comments:

Ummi Kami said...

Salam manis di pagi Khamis buat 'Ain dari 'Ain =D

Hinggap bayan di dahan-dahan,
Tempua memakan padi di kepuk,
Setiap kejadian kepunyaan TUHAN,
Doa kebaikan menjadi tawaduq.

Kniedaz said...

kadang-kadang bergerak juga..huhu

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Sue-Rya Qistina said...

hihihi..susah jugak nak percaya kan kdg2 tu. tp kdg2 tu berlaku juga benda2 camtu, maybe sbb kebetulan je kot. ntah la kan

bunga_rose said...

owh, banyaknya petanda kalau mata bergerak ni ek, siap ada kalau alis, kalau mata dan siap ada masa hihihih.. bunga cuma tau kalau mata kanan gerak, nak jmpa sedara jauh, kalau kiri nak nangis, sebab dari kecik dah biasa dengar camtu hihihi

Mrs Velentine said...

kadang2 mmg betul jadi..mungkin kebetulan

Bin Muhammad said...

Sampai mata bergerak pun di kaji petandanya...macam2lah. Rasanya bergerak sebab otot mata yg tidak stabil atau perjalanan darah yg tersekat.

Ratu Hatiku said...

xtau plak byk makna kalau mata bergerak2 nie... hihihi

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff