my nuff

Sinopsis Biarkan Aku Menangis - Norhayati Berahim


Kisah tentang Sarah yang menghadapi dugaan rumah tangga yang hebat.
Sudahlah dia tidak dikurniakan anak, dia bukan menantu pilihan dan suaminya Amrin kahwin lain.

Sarah menjadi kebencian ibu mertuanya Wan Khadijah kerana merasakan Sarah anak setinggan yang miskin dan tidak layak menjadi menantunya. Walaupun sekarang Sarah telah bergelar seorang doctor, tapi dendam Wan Khadijah tidak pernah padam tehadap Sarah.

Tujuh tahun melayari rumahtangga, Sarah dan Amrin masih belum dikurniakan anak. Sebagai doctor perbidanan secara terbuka, Sarah telah membuat pemeriksaan kesihatan dengan bantuan kawannya Zaidah dan hasilnya Sarah normal dan tiada masalah untuk hamil dan melahirkan anak. Lain pula dengan Amrin yang tetap berkeras tak mahu melakukan pemeriksaan. Momokan maminya yang konon Amrin tidak mungkin mandul kerana adik beradik Amrin yang ramai hasil 3 perkahwinan Wan Khadijah. Hanya perkahwinan Wan Khadijah dengan Hj Kasman saja iaitu suaminya sekarang dia tidak dikurniakan anak. Pun begitu hanya Amrin dan Ameena saja yang dijaga oleh Wan Khadijah. Selebihnya dijaga oleh bekas suaminya.

Bagai menangguk di air yang keruh, Wan Khadijah memaksa Amrin untuk berkahwin lain dengan alas an Sarah tidak boleh melahirkan anak. Akhirnya Amrin bernikah dengan Kartika seorang ustazah dari Kelantan. Itupun pilihan Wan Khadijah.

Pada hari pernikahan Amrin, Sarah membawa diri ke Riau bertemu dengan Bibik Yuli, pengasuhnya dulu. Baru dua tahun Bibik Yuli pulang semula ke Riau kerana membawa rajuk setelah diceraikan suaminya kerana suaminya nak kahwin lain. Pada Bibik Yuli dan Yusman (anak Bibik Yuli), Sarah melepaskan rajuknya.

Kartika yang dikahwini Amrin bukanlah seperti yang disangkakan. Jika sebelum berkahwin, Kartika berjanji akan beralah dengan Sarah, sanggup duduk di Kelantan dan Amrin akan balik sekali sekala ke sana. Tapi selepas pernikahan belang Kartika mula terpamir. Dengan bantuan Wan Khadijah, Kartika dapat tukar sekolah di Kuala Lumpur. Dan paling masuk akal bila dia sanggup nak duduk serumah dengan Sarah. Itupun atas hasutan Wan Khadijah. Kerana misi Wan Khadijah ialah untuk menyingkirkan Sarah dari hidup Amrin. Tetapi Amrin tetap berkeras untuk mencarikan rumah lain untuk Kartika. Pada masa itu Sarah yakin walaupun Aimrin telah berkahwin dua tetapi cinta dan sayangnya tetap pada Sarah.

Pada masa yang sama, Amrin selalu terserempak dengan Zamil di surau kerana pada masa Amrin berulang alik rumah Sarah dan Kartika, Amrin selalu ke surau terlebih dahulu untuk bersolat. Amrin senang berkawan dengan Zamil seorang ustaz di sebuah sekolah. Tanpa pengetahuan Amrin, sebenarnya Zamil ada misinya tersendiri. Dia nak cari isterinya yang telah melarikan diri ketika dia belajar di Mesir dulu. Atas risikan kawannya Nik Azrul, dia yakin Amrin akan memberi petunjuk di mana Atie berada.

Kesabaran Sarah teruji lagi, bila Kartika kononnya mengandung sebab mengalami symptom seperti orang mengandung. Hak giliran Sarah mula dinafikan oleh Amrin dengan alasan Kartika lebih memerlukan perhatian. Berhari2 Amrin tidak pulang ke rumah Sarah. Tapi aturan Tuhan tiada siapa pernah menduga. Kartika dibawa oleh Amrin ke hospital tempat Sarah bekerja kerana Kartika mengalami pendarahan dan kebetulan pada masa itu Sarah bertugas di kecemasan. Setelah melakukan apa yang patut, kes Kartika di serahkan kepada Zaidah. Pada masa itu, hati Sarah benar sebal sebab rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar. Selama Amrin berkahwin dua tiada seorang pun di hospital itu yang tahu termasuk kawan baiknya Zaidah. Kartika di masukkan ke hospital kerana fibroid dan terpaksa dibedah. Pembedahan akan dilakukan oleh Zaidah. Sarah tidak menunggu dan dia terus pulang. Dalam perjalanan Amrin telefon Sarah bertanyakan hal Kartika. Sarah bagi tau Kartika bukan mengandung tetapi fibroid. Tetapi Amrin tidak percaya malah menuduh Sarah menganiaya Kartika hingga menyebabkan Kartika gugur. Amrin tuduh Sarah terlalu cemburu. Sarah benar2 kecewa dengan sikap Amrin.

Zamil pula sedang berkira2 bagaimana nak bagi tahu Amrin bahawa Kartika isteri kedua Amrin itu adalah Atie isterinya yang lari dulu. Dia tak mahu menanggung dosa, kerana belum pun Atie bercerai dengannya, Atie dah berkahwin lain. Walaupun dah dua tahun Atie meninggalkannya tapi Zamil tidak pernah menceraikan Atie.

Amrin hilang arah bila mengetahui hal itu daripada Zamil. Amrin bawa Kartika ke rumah maminya untuk mendedahkan siapa Kartika yang sebenarnya. Mulanya Kartika menafikannya tapi bila Zamil muncul sekali di rumah Wan Khadijah barulah Kartika berubah muka. Namun Kartika tetap cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah dia di paksa untuk bersumpah dengan Al Quran. Barulah dia mengaku. Dan perkahwinan Amrin dengan Kartika terus terlerai kerana pernikahan mereka tidak sah.

Ego seorang lelaki. Amrin tidak menceritakan hal itu kepada Sarah. Dan untuk memujuk hatinya, Amrin buat ujian kemandulan sebagai tiket untuk memastikan dia tidak mandul dan dia tidak akan malu dengan Sarah. Tapi hakikatnya, setelah 3 kali pemeriksaan, memang sah Amrin lah yang tidak berbenih. Kerana ego kerana malu, dia tinggalkan Sarah begitu saja selama berminggu. Amrin hanya bertemu dengan Yusman dan mencerita segalanya pada Yusman. Amrin meluahkan cadangan gilanya apabila dia sanggup melepaskan Sarah dan berkahwin dengan Yusman. Tetapi Yusman minta Amrin berfikir sedalam2nya kerana Yusman sedar cinta Sarah hanya untuk Amrin sahaja.

Semasa kehilangan Amrin, ayah tirinya Hj Kasman berkahwin dengan Bibik Yuli kekasih lamanya di pesantren dulu. Ini adalah untuk mengajar Wan Khadijah yang sombong bongkak itu. Wan Khadijah menyerang Hj Kasman dan Bibik Yuli di rumah Hj. Kasman. Semasa perjalanan balik, Wan Khadijah ditimpa kemalangan. Kedua2 kakinya terpaksa dipotong. Pada mulanya Wan Khadijah seperti orang gila sebab tak kenal sesiapapun dan terjerit2 tak boleh terima kakinya di potong. Habis semua orang dimaki hamunnya. Tapi walaupun pelbagai onar yang dilakukan yang dilakukan oleh ibu mertuanya, Sarah tetap menjaga dan merawat mertuanya itu.

Atas nasihat Yusman dan Zamil, Amrin pulang melawat maminya. Di hospital di berjumpa dengan Sarah. Sarah benar2 terkejut. Amrin sempat berpesan pada Sarah untuk berjumpa di rumah.

Pertemuan empat mata antara Sarah dan Amrin membongkar segalanya. Amrin berterus terang pada Sarah yang dia dan Kartika bukan suami isteri lagi. Amrin ceritakan Kartika sebenarnya isteri orang semasa dia mengahwini Kartika. Sarah terima semuanya dengan hati terbuka. Tapi sebaliknya bila Amrin bagi tahu dia yang sebenarnya yang mandul bukan Sarah. Pada ketika itu hati Sarah yang sedia kala rapuh terus berderai. Betapa dia kecewa dengan Amrin sebab kahwin lain tanpa periksa kekurangan diri. Dengan izin Amrin, Sarah membawa diri ke rumah ibu bapanya. Dia perlukan masa dan ruang untuk berfikir dan tenangkan diri.

Pada mulanya Amrin merasakan dia boleh hidup tanpa Sarah dan bersedia jika Sarah meninggalkannya atas kekurangan dirinya itu. Tapi dia silap. Betapa dia merindui isterinya itu dan tidak sanggup kehilangan Sarah. Dalam kecelaruan hatinya, Amrin pergi serang maminya di rumah Hj. Kasman. Sebab di situ lah maminya tinggal selepas keluar dari hospital dan dijaga oleh Hj Kasman dan Bibik Yuli. Amrin terus menerus menyalahkan maminya di atas apa yang berlaku padanya. Pada maminya juga, Amrin mengakui bahawa dialah sebenar nya yang mandul, bukannya Sarah. Dan jika Sarah tidak kembali kepadanya, dia tidak akan memaafkan mami untuk selama. Dalam kekalutan itu, Hj Kasman cuba memujuk Amrin. Amrin meluru memeluk ayah tirinya dan menggogoi seperti anak kecil. Hj. Kasman memujuk Amrin bahawa satu hari nanti Sarah pasti akan kembali pada Amrin walaupun Hj.Kasman sedar itu hanyalah sekadar kata2. Selebihnya terpulang pada Sarah.

Tapi percaturan Tuhan tiada siapa yang menduga. Suatu hari Sarah mendapat panggilan dari seorang mak cik untuk pergi ke rumahnya. Bila Sarah pergi, mak cik tu bagi tau dialah ibu kepada anaknya yang mati kemalangan dan pada masa yang sama Sarah telah menyelamatkan bayi yang sedang dikandungnya. Mak cik tu terhutang budi kepada Sarah kerana segala perbelanjaan hospital tersebut ditanggung oleh Sarah. Atas sebab kedaifan mak cik tu tak dapat bela cucunya itu dan buat keputusan menyerahkanya kepada Sarah untuk dipelihara dan diberi didikan yang sempurna. Bayi kecil yang dinamakan sebagai Fatima sempena nama puteri Rasulullah itu diharap akan menjadi seseorang yang boleh menyumbang sesuatu kepada bangsa dan agama.

Di rumah, sedang Amrin meratap menangis mengenangkan nasib dan rindunya pada Sarah, tiba2 dia terdengar namanya dipanggil. Suara yang amat dikenali. Bila dia mengangkat kepala dia terlihat insan yang paling dicintainya berdiri di depannya. Sarah. Sarah datang sambil mengandong bayi kecil.

“Ini anugerah Tuhan untuk kita Amrin”. Ya, anugerah yang berganda2 bagi Amrin.

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

pinjam buku ni?

Normi Nieza said...

mcm best jer..:)

Sue-Rya Qistina said...

mmg best betul novel ni kak...

Eyza said...

Singgah sini.. =)
http://fizazafi.blogspot.com

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff