my nuff

Dia Telah Kembali

22 Oktober 2012 menjadi detik hitam dalam sejarah keluarga kami apabila kesayangan kami diculik dan dibawa lari.
Kami benar2 terasa kehilangannya.
Kami benar2 rindukannya dan risau takut2 perkara buruk berlaku padanya.
Kami buat laporan polis, kami minta tolong orang yang bijak pandai untuk mencarinya.
Akhirnya pada 19 November 2012, polis telefon bagi tau telah menemui dia ditinggalkan ditepi jalan.
Sedihnya hati melihat dia ditinggalkan begitu saja oleh manusia yang tak berhati itu.
Menurut siasatan polis, semasa dia di culik dia dicabul, diperkosa dan dicederakan.
Masa polis jumpa dia tak boleh bergerak tapi masih bernyawa.
Dia mengalami kecederaan dalaman yang parah selain kecederaan fizikal yang lain.
Dia segera dihantar ke hospital.
Berbulan-bulan dia dihospital untuk mendapatkan rawatan akibat trauma yang dialami.
Tapi kami tak dapat melawatnya selalu kerana dia di Kuala Lumpur sedangkan kami di Temerloh.
Hanya suami yang selalu telefon pihak hospital bertanya keadaannya dan bila dia boleh dibawa pulang.
Dan semalam detik terindah untuk kami, bila kesayangan kami kembali pulang kepada kami.
Dia ialah




:



:



:



:




:




:




Kereta Persona 1.6 kami...

12 comments:

Deqla Manjew said...

dasyat citer..ingtkan sape la..haha...pesona rupanya.. tp alhamdulillah dah jumpa... =)

dhati adiana said...

lhamdulilah.. dah selamat pulang... :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Gimik lebih..ingatkan sapa la tadi..hehehe ;p

dhati adiana said...

alhamdulilah dah selamat pulang.. :)

Fifi Nadhrah said...

ingat orang.. suspen je.. cemane boleh hilang? alhamdulillah da jumpe..

Kniedaz said...

waduh..suspen je...harap dia tidak mengalami trauma berpanjangan hehe

Sue-Rya Qistina said...

hihihi..bikin suspen sungguh!
mujur dah jumpa balik ye. alhamdulillah...

Lelaki Ini said...

mcm dah agak td.. tp rupanya betul! heheh.

Roslan Putra said...

sadisnya... mesti dah berubah tak sama cam dulu lagi dah... apa pun... syukur masih ada jodoh lagi ngan si Sona tu...

Ratu Hatiku said...

hihihi..igtkan kisah apa td. Alhamdulillah... Kwn saya pun baru je rabu haritu kehilangan kereta perdana v6 kat komuter seremban..

Mooniqueen said...

ishhh ingatkan betul la tadi... dah macam kisah dalam berita aritu.. ingatkan sambungan dia.. suspen je...hihi

Mrs Velentine said...

alhamdulillah dah jumpa keta tue

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff