my nuff

Hampanya Dia

Salam Khamis semua.
Hari ni mesti hari yang ceriakan.
Almaklum hari ni hari gajjjjjj...
Yeee Haaaa...
So pagi2 tadi Ain dah ge bank nak keluarkan duit.
Punya lah ramai orang.
Ain beratur belakang seorang mak cik ni.
Bila sampai turn mak cik tu, Ain perhatikan dia.
Wah, kidal mak cik ni.
Sebab masa dia nak tekan arahan bahasa ngan no pin, dia gunakan tangan kiri.
Tapi..
Bila dia nak buat pengeluaran tak boleh sebab baki tak mencukupi.
Mak cik tu rendah sikit dari Ain jd Ain boleh tengok apa yang ada kat skrin ATM tu.
Mak cik tu nak keluarkan RM50 je tapi baki yang tinggal tak sampai RM10.
Huhuhu..
Berkali-kali makcik tu cuba dengan harapan baki akan berubah.
Ntah lah ye.
Mungkin gaji tak masuk lagi ke, atau anak tak masukkan duit lagi ke..
Hmmm macam2 cerita sebalik baki bank tak cukup tu kan...
Bila mak cik tu berpaling, betapa hampanya wajah dia.
Kesian sangat.
Ain teruskan urusan Ain.
Bila dah usai semuanya, Ain tercari2 mak cik tu.
Tapi tak ada....

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff