my nuff

Tak ada air lagi...

Aduhhaiii
Dah banyak kali air tak ada kat sini.
Puncanya paip pecah.
Yang musykilnya tempat yg sama je.
Haihhhh..
Diorang ni tak buat kerja ke.
Hari2 cuti ni lah org nak mencuci segala macam.
Ada kenduri kahwin lagi...
Payah nya....
Harap2 x lama lah air tak de...

posted from Bloggeroid

Order Lain Dapat Lain



sumber google

"Teh Panas 2, Nescafe Tarik 2, Roti Tampal 1, Roti Telur 2, Roti Garing 1"
Tapi yang sampai Teh Panas 2, Teh Tarik 2, Roti Tampal 1, Roti Telur 2.
Aikkk...
Tadi nampak macam tulis order beria sangat.
Tapi salah juga.
Pastu mana roti garing nya.
Lepas 15 minit baru sampai roti garing 2 keping.
Haihhh...
Sapa nak makan sampai 2 keping ni..
Adik adik....
Nasib baik lah kita orang ni jenis tak kisah.
Telan je apa yang ada.
Tapi kalau kena dengan customer yang cerewet masak ko dik.

Lebih baik tengok kartun

Rasa macam tak sanggup nak tengok drama sekarang.
Tak kisahlah melayu ke, cina ke, hindi ke...
Semua penuh dengan hasat dengki..
Memang bleh sesak dada kalo tengok.
Lebih baik tengok citer kartun.
Taklah tension sangat....
'Teduhan kasih' - nanti dah lepas selesai episod ihsan kena tangkap basah ngan ayu tu, baru tengok balik...
'Punar vivah' - lepas terbongkar sapa isyita tu nanti, br tgk blik....
Sekrg ni tgk kartun je,,,,
Lalalala

posted from Bloggeroid

Daripada Melayang RM100 Lebih Baik Tebang Sendiri

Tengahari tadi balik je kedai, tengok pokok betik besar tu dah kena tebang.
Aikkkk..
Nape plak.
Rupa-rupanya ada orang bomba datang, nak saman sebab pokok betik halang pili bomba tu.

Laaa....
Bukan kami yang saja2 tanam pokok betik tu.
Dah memang tumbuh sendiri.
Ntah sapa2 buang biji betik kat situ.
Pokok betikkan senang tumbuh...
Haiiiihhhhh...
Suami Ain malas nak citer panjang, daripada melayang RM100, lebih baik tebang je.
Sib baik pekerja kedai hardware sebelah tu pun tolong juga.

Tapi, bukan ke tu keje orang bomba tu sendiri.
Ntahlah....
Kang cakap lebih2 kang, Ain plak yang kena saman.
Tapi selama pokok tu ada kat situ, dah tak de lagi kejadian taya kete customer masuk dalam lubang tu.
Tak de lagi budak2 yang terperosok dalam lubang tu...
Lubang tu plak sapa yang jaga?
Kadang susah juga bila kita tak tau bidang kuasa pihak2 yang terlibat ni kan...
Tapi bomba boleh keluarkan saman ke?
Atau......????
Hmmmm....
Sendiri Mau Ingatlah....

Biorrrr je, dia dah pandai jalan!

Pagi tadi, masa Ain nak keluar rumah, Ain nampak anak jiran ni main kucing sorang2 kat luar rumah. "Haihhhh,,. Mana lah mak budak ni. Bila Ain dah undur kereta, ain nampak budak tu dah pergi ke tepi rumah nak kejar kucing tu... alamak.... kang ada tak pasal2 masul dalam belukar tu karang...
Ain ge lah cari budak tu. Kecik lagi wei belum pun masuk dua tahun umurnya. Pompuan pulak tu. Ain tarik tangan budak bawa ke rumahnya. Pintu pagar rumahnya memang trbuka. Bila masuk Ain tengok mak dia tengah bebel2 kan abg ngan kakak budak kecik ni tadi.
"Assalamualaikum, , ni anak dara awok ni main sampai ke belakang rumah ni"...
Tau x dia jawab apa " biorrr je, dia dah pandai jalan"...
Gullpppp.... biorrr je.... haihhhh... memang lah dia pandai jalan tapi dia kecik lagi...
Dengar macam tu akn terus keluar dari rumah dia, malas nak ambil port sebb ain pun kena cepat nak antar anak2 sekolah ngan ge kerja.
Agaknya baru dia sedar, lepas bape langkah ain keluar barulah ain dengar dia cakap terima kasih. Pastu akak pada budak 2 tahun tu keluar tutp pagar yg memang dr td terdedah tu....

posted from Bloggeroid

Itu Manusia Bukan Binatang Lah...

Aduh...
Menitis air mata bila baca muka depan metro hari ni...
Anak sekecil tu diperlakukan macam binatang.
Tak de hati perut langsung.
Didera, dikurung, dibiar kelaparan.
Apa punya BANGSATlah ayah tiri budak tu.
Mak budak tu ko nak peluk, anak dia ko buat macam binatang.
Ishhhh....
Mesti anak tu trauma yang teramat sangat.
Huhhuhhh...
Terbayang muka anak2 bila wat entry ni....

Follower Yang Ke 444


Dah 444... Cantek no tu, Tapi tak boleh nak follow balik sebab tak de link.
Pada En. KM7, sudilah kiranya letakkan link blog  untuk difollow semula.
Pada kengkawan alam maya  yang sudi berkunjung kat blog picisan ni pun, kalau rasa2 Ain tak pernah balas balik kunjungan, bukan nya Ain tak sudi tapi tak tahu arah mana nak dituju...
Tinggalkan link ye...

Syura juara masterchef selebriti musim 2

Waaaaa...,, sedihhhhh....
Bukan sedih sebab syura menang tapi terharu sangat bila tgk dia happy sgt sbb dapat ge paris ngan suami dia....
Soo sweet....
Tahniah untuk syura.....
Tercapai hasratnya nak hantar mak dia pergi umrah..
Tahniah tahniah tahniah.....

posted from Bloggeroid

Firad dengan 2 budak botak

write some
Kalau dapat tengok citer upin ipin, memang dia duduk senyap je. Minat betul Firas dengan budak botak tu. Tapi ok juga sebab ada juga benda yg boleh buat dia duk diamkn...

posted from Bloggeroid

Cubaan 123

Saja nak try guna bloggerdroid...
Aduh..,,
Akak dah ketinggalan dik...
Baru terkedek2 macam itik pulang petang.,...

posted from Bloggeroid

Bila Fahim Bertemu Aniq...



Bila Aniq balik kampung, Atuk tak risau sangat.

Kalau Fahim balik kampung pun, Atuk masih boleh tarik nafas lega

Tapi....
Bila Aniq dan Fahim balik kampung serentak,
Atuk mula susah hati.
Sepanjang masa mata mencari mereka berdua.
Sepanjang masa aktiviti mereka berdua dipantau.
Sebab bila Aniq Fahim bergabung...
MELETOP

Segala macam benda di masukkan dalam kolam ikan atuk.
Anak2 ayam atuk pendek umurnya sebab kena ketuk.
Burung2 habis terbang sebab sangkar kena buka.
Telur ayam itik tak sempat dikutip dah pecah kat sarangnya...
Memang patut pun atuk susah hati bila Aniq Fahim ada sekali.
Tapi atuk tak boleh cakap apapun..
Hanya mampu "Haiii cucu cucu..."
Hehehehe

Kesan Jerebu Kena Kat Fahim

Aduh...
Dek jerebu yang melanda Fahim dah mula kena selsema semalam.
Pagi ni pulak dia dah batuk2.
Ain dah jangkakan mesti dia yang terawal akan kena sebab sejarah semput dia sebelum ni.


Harap2 cepatlah Fahim sembuh.
Dah berapa lama dia tak kena semput.
Sejak 2 tahun Fahim tak de lagi kena semput.
Haihhh...
Kalau Fahim diserang semput memang teruk.
Sampai kena ambil gas kat klinik.
Bilalah jerebu ni nak berakhir..

Lemaunya....


Aduh yai..
Apa pasal lah hari ni lemau semacam.
Hari ni bukan monday blue lagi dah, kelabu terus.
Dengan jerebunya kat luar, dengan mood dah ke laut.
Baru nak buka fail nak semak, amik kau..
Sekolah tu punya teguran audit dah macam buat novel.
Bukan main banyak lagi isunya.
Aduss...
Tak leh siap satu hari semak ni, kena tengok betul2.
Nanti tak pasal Ain plak yang kena 'audit' ngan bos.
Dah le tekak mula sakit, mata pedih, dalam ofis ni pun macam jerebu juga.
Haihhhh....

Jerebu Di Temerloh


Pemandangan dari tingkap pejabat

Temerloh dah start berjerebu.
Walaupun tak seteruk daerah2 kat Johor nun, tapi kena jaga2 juga.
Haihh...
Risau kat anak2.
Semoga semua ni cepat berakhir kan..

Muhasabah Diri


Apa itu muhasabah diri?
Kenapa kita perlu sentiasa muhasabah diri?
Bagaimana nak muhasabah diri?
Kita biasa dengar tentang muhasabah diri.
Muhasabah diri ialah kita merenung kembali apa yang yang telah kita lakukan.
Segala baik atau buruknya.
Kita digalakkan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur.
Supaya kita dapat nilai semula apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.
Adakah hari itu, kita telah melakukan sesuatu yang mengingkari perintah Tuhan?
Adakah hari itu, kita telah buat salah pada seseorang dan kita tidak minta maaf?
Adakah hari itu, segala amalan wajib telah dilaksanakan dengan sempurna?
Adakah amalan2 wajib itu kita tambahkan dengan amalan sunat?
Adakah hari itu kita telah berbuat baik dengan semua orang?
Adakah hari itu kita telah menyakitkan hati seseorang dan jika ya, adakah kita telah meminta maaf?
Ya atau tidak, jawapannya kita sendiri yang tahu.
Dari itu, kita kenalah berazam supaya keesokan harinya, kita tidak lagi melakukan dosa dan dan kesilapan.
Supaya keesokan harinya, kita gandakan lagi amalan baik kita.
In syaa Allah

Faiz Dulu Dan Sekarang







Cepat betul masa berlalu...
Tak sedar pun..

Bila Masa Aku Ada Anak Dara Ni

Errrkkk...
Rasanya anak Ain semua nya lelaki.
Mana ada pompuan..
Tapi tadi bila tengok balik2 gambar anak terjumpalah yang ni...




Haihhhhh...
Fahim Fahim....

Apa Cerita Sebenarnya

Semalam ada entry WW pasal gambar ni.
Ramai yang tertanya apa sebenarnya yang berlaku.
Sebenar ofis kami ada menganjurkan kursus baru2 ni.
Dah namanya penganjur banyaklah benda yang perlu disediakan.
Salah satunya goodies beg untuk peserta dan penceramah.
Tu yang sibuk tu.
Kena siapkan 40 beg.
Dan bila dah kerjasama cepatlah siapkan.
Tu yang sayang diorang ni ketat2.

Payahnya Nak Cari

Dah pusing2 satu Temerloh ni tapi tak jumpa juga.
Yang ada semuanya jenis lain atau pun Iqra'
Tapi Ustaz yang ajar budak2 ni mengaji nak Muqaddam yang pesen lama tu.


Untuk Faiz dah ada dah.
Sekarang ni nak cari untuk Fahim plak.
Dia dah start ikut abang dia ge mengaji.

WW: Apa Yang Penting Kerjasama

Boleh Gila Dibuatnya


Tiga beradik mati lemas di sungai golok.
Aduh yai...
Memang sedih bila baca cerita macam ni.
Tak dapat bayangkan perasaan ibunya.
Kalau kena kat Ain maunya sasau dibuatnya.
Huhuhuhu...
Minta dijauhkan...

Bila Dugaan Melanda


Adakalanya kita selalu diduga dengan sesuatu yang kita tak jangka.
Dugaan yang datang membuatkan kita rasa marah, sesal, sebal dan sedih.
Kita akan diduga bila sesuatu yang kita rancangkan atau harapkan tidak menjadi kenyataan.
Dugaan juga tiba bila kita sedang dihimpap masalah besar, maka timbullah dugaan2 kecil yang sebelum ini kita anggap perkara biasa aja.
Contohnya, bila kita sedang menumpukan kepada sesuatu rancangan yang besar dan kita pula susah mendapatkan kerjasama yang kita harapkan, kita mula merasa susah hati.
Di tambah pula, dengan 'gurauan2' kasar dari orang yang tak sepatutnya yang mana sebelum ini perkara biasa pada kita, kita mula anggap ianya sesuatu yang luar biasa.
Susah hati kita tadi mula menjadi parah.
Pada masa itu, mulalah anggapan2 tak baik kita lemparkan.
Sedangkan semuanya bermula dari hati kita yang telah mula tidak tenteram.
Apa yang perlu kita lakukan ialah kita kembali semula kepada yang SATU.
Kerana segala yang berlaku adalah kehendakNYA.
Adakalanya dugaan yang datang tu adalah jentikan manja dari NYA supaya kita selalu mengingatinya.
Supaya kita sentiasa merayu mengharapkan bantuan dan bekas kasihanNYA.
Kadangkala bila hubungan kita sesama manusia tidak elok ini adalah kerana hubungan kita denganNYA tidak sempurna.
Oleh, itu pohonlah padaNYA untuk dapatkan ketenangan hati yang hilang dek dugaan yang melanda tu.
Dengan izinNYA, bila hati dah tenang, segala apa yang dirancang, segala apa yang kita inginkan pasti dipermudahkan olehNYA.

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!
P/S - Lama giler tak join segmen....

Firas 10kg

Tadi bawa Fira ke klinik.
Unruk timbang berat je.
Umur Firas sekarang 1 tahun 2 bulan.
Jadi tak de sebarang suntikan.
Kalau ada pun masa umur dia 1 tahun 6 bulan nanti.
Firas sekarang dah pandai jalan.
Bila kat ke klinik tadi, memang dia explore semua tempat.
Segala peralatan dia nak usik, segala pelosok bilik dia nak masuk.
Haihhhh...
Penat kejar dia.
Nasib baik bawa assistant hari..
Assistant lah sangat.
Sebab dia pun sama juga.
Tapi bawa Fahim kali ni bukan saja2 tapi nak bagi ubat cacing.
Walaupun tak de simptom2 kecacingan tapi tetap bagi juga.



Harap2 tak de apa2 kesan sampingan lepas bagi ubat cacing tu.
Firas plak, Alhamdulillah, berat nya naik juga.
Dah 10kg.


Laaa tu pun bleh nangis....

Adussss....
Camna plak bleh nangis ni...
Pada tengok DID Super Mom je
Ala rancangan menari kat 108 tu..
Sedih bila salah seorg peserta ni terpaksa besarkan anaknya sendiri lepas suami dia tinggalkan dia...
Huhuhu....

Se Kecik Firas


Lama tak bercerita pasal Amirul kecik ni.
Umur nya sekarang dah setahun 2 bulan.
Dah pandai jalan dah.
Hmmmm lasak nya bukan main.
Peberet dia masuk bilik air ataupu main air.
Adussss.
Bila di larang dia berenti kejap, pastu sambung balik.
Paling geram sekali boleh plak dia main saluran air mesin basuh tu haaa...
Bila time rinse ngan dry dia duk kat hujung saluran tu tunggu air keluar.
Abis basah semuanya.
Time ain masak kat dapur memang dia lah 'peneman setia'.
Segala pinggan mangkuk sudu sudip semua keluar.
Huhuhu...

Jodoh Kita Sampai Di Sini Saja

Setelah beberapa tahun kita bersama, hari ni kita berpisah juga.
Bukan kita tak saling menyayangi tapi takdir Tuhan melebihi segalanya.
Selama kita bersama banyak suka duka kita harungi bersama.
Kadangkala kau buatkan aku kecewa dan ada masanya aku juga pernah melukakan mu.
Terima kasih atas segalanya.
Segala pengorbanan dan jasamu akan ku kenang selama.
Perpisahan ini walaupun perit tapi aku terpaksa lepaskan mu.
Moga berjumpa pengganti yang lebih baik dari ku.
Yang mampu menyayangimu lebih dari yang pernah aku berikan.
Selamat tinggal PERSONA ku.






Huwaaa....
Sedihnya...
Walaupun dah ada yang baru tapi bawa kete persona ni yang paling best.
Tapi Faiz dah bagi tau tau
"Bila saya dah besar nanti, saya nak beli kereta macam JKX tu.."

Saya Sayang JKX

Kete ni dah nak jual.
Tapi yang sorang ni macam berat je nak lepaskan.
Dia kata kete ni yang paling best dari kete lain.
Hai...
Sedih lah plak...

Kursus pengenalan excel 2010

Tadi ada kursus kat kolej komuniti.
Hmmm... agak mengecewakan sbb x capai yg ain nak.
Pastu pensyarahnya mcm x prepare je.
Dari sepuluh ain bg 1 markah.
Dasyatkn, sbb byk benda lain yg ain nak tau tp dia x tunjukkn.

Bagi Hilang Stress

Tak yah nak stress sangat. Jom layan citer2 ni bagi hilang stress...
Tapi kalo stress makin bertambah, minta maaf ye..

Kisah Aminah

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.
Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.


Kisah Pak Mat
"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam teksi dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital. Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu. Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian. Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA..?

Dah puas gelak, jangan lupa klik2 ye....

http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/GuessHandbag1
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/MDECIPCC131
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/WhatIsProjectC
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/OreoMilMins
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/AnugerahBlokbuster2
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/JacobsMLS
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/PringlesBowling3
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/InnershineCamuCamu
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/MIMMA3
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/HiShopOrganixHMOOS
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/KakaoGiveaway
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/MencariRamli2
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/RexonaMove
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/WhiteMyIDEASTLUH
http://my.sharings.cc/ibuamirul/share/WallsAwesome2




Tulang Makin Reput?

Salam selasa semua.
Lambat Ain bersiaran pagi ni.
Tadi ada banyak kerja kena buat.
Kerja offline ngan kerja online.
Hehehe.
Lepas keluar ngan kengkawan ofis beli makanan.
Tapi sebelum beli makanan singgah kat Farmasi Mercury sebab ada pemeriksaan kolestrol percuma.
Apa lagi dah benda percumakan.
Lagipun dah lama tak check kolestrol.
Sampai kat situ, rupanya pemeriksaan tu dibuat oleh BioLife.
Kira macam nak promosi produk diorang lah kan.
Tak pe tu belakang kira.
Selain check kolestrol, ada juga untuk pemeriksaan tulang.
Haa yang tu memang tak pernah buat.
Sementara nak tunggu giliran check kolestrol, Ain check tulang dulu.
Alatnya macam dalam gambar tu.
Yang ni Ain dapat dari google.
Bila dah dapat keputusannya.
Skrin tu keluar -1.6
Dengarlah keterangan dari orang BioLife.

Rupanya -1.6 tu berada pada tahap Jisim Tulang Rendah.
Yang warna kuning tu.
Alamak...
Kalau yang ok, kalau warna hijau.
Orang tu kata Ain kena kurangkan pengambilan kafein ngan teh.
Adusss tulah peberet Ain.
Orang tu suh beli produk dia.
Hehehe...
Tak pelah lain kali.
Untuk permulaan kena beli susu kalsium dulu.
Sebab macam dah lama je tak minum susu kalsium ni.
Lepas tu check kolestrol plak.
Alhamdulillah 4.30.
Oklah tu.
Yang penting kurang dari 5.17.
Nak beli susu nak beli susu

Permintaan Terhadap Pekerja Dari Rumah

Di luar sana terdapat banyak syarikat yang memerlukan pekerja
sambilan dari rumah untuk menyelesaikan lambakan kerja - kerja.
Antara sebab kenapa syarikat mengaji pekerja di rumah adalah
kerana ia lebih kos efektif berbanding mengaji pekerja tetap.
Mengaji pekerja tetap memerlukan syarikat menyediakan peralatan
pejabat serta faedah lain untuk pekerja seperti cuti sakit, epf,
socso dan lain - lain.
Selain itu, syarikat mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji
pekerja yang berbakat dan berkualiti tanpa perlu risau had
sempadan.
Oleh kerana kebanyakan kerja - kerja pejabat mengunakan komputer,
syarikat dapat mengaji pekerja dari seluruh dunia dan berhubung
melalui internet dengan cepat dan pantas.
Pekerja dari rumah hanya perlu siapkan tugasan yang di beri dan
email kepada majikan setelah tugasan selesai.
Ia adalah situasi WIN-WIN di mana syarikat dapat menjimatkan kos
serta mengaji pekerja yang berkualiti dan pekerja di rumah ada
banyak pilihan pekerjaan tanpa hanya satu syarikat sahaja.
Selain itu, pekerja di rumah mempunyai boleh mengatur masa
bekerja mereka sendiri dan meluangkan lebih masa bersama
keluarga.
Peluang ini hanya di perolehi di jobdirumah.com.
Untuk keterangan lanjut klik SINI.

Facebook Disekat Di Malaysia?


Semalam dengar kat kat berita, YB menteri bagi tau kalau facebook masih lagi disalah gunakan, kemungkinan untuk menyekat laman media sosial tu akan dipertimbangkan.
Sejak kebelakangan ni, banyak sangat anasir2 yang tak baik yang dilemparkan melalui facebook.
Yang terbaru kenyataan yang menghina Rasulullah SAW.
Agak2 lah kalo lah betul Facebook kena sekat kat Malaysia ni macam mana agaknya ye.
Ain ni bukanlah pengguna tegar laman sosial tu.
Bila adanya facebook ni, kengkawan yang berpuluh tahun tak jumpa, kita boleh jumpa kan facebook tu.
Ada juga yang jadikan facebook untuk perniagaan mereka.
Cuma bila ada pihak2 yang tak berapa cerdik gunakan facebook ni, orang lain yang jadi mangsa.
Kengkawan plak macammana, kalau betul Facebook kena sekat, ada kesan apa2 tak.
Hmmm....

Pesan Faiz "Saya nak pergi langkawi hujung tahun ni, tapi kena kumpul duit dulu. Klik2 kat sini ye"

Rutin Sibuk Kembali Bermula

Hari ni budak dah mula sekolah lepas cuti 2 minggu.
Kembali semula ke rutin asal.
Kalau ikutkan tak bezanya pun waktu cuti sekolah atau tak.
Benda yang kena buat hari2 sama je, gosok baju, kemas beg taska anak, keluar awal pagi.
Cuma ada pertambahan sikit, kena gosok baju sekolah Faiz, kemas beg buku Faiz, dan kena keluar awal dari biasa sebab waktu sekolah ni jalan sibuk sikit.
Dan hari ni Ain ngan anak2 keluar rumah extra2 awal dari biasa.
Sebabnya jalan yang kami lalu tu ada yang dalam pembinaan.
Mesti sesak kat situ.
Masa lalu tadi pun kereta dah banyak.
Akhirnya lepas hantar anak ke taska ngan sekolah, hari ni Ain masuk ofis pukul 7.11.
Awal dari biasa.
Tak pe, daripada lewat sampai terkejar2.

Shrek ever after

Baru lepas layan citer kartun shrek ni.
Best....
Sapa tengok?
Pengajarannya lebih baik kita hargai apa yg kita ada sebelum kita hilang semuanya.
Bersyukur dengan apa yg ada.

Haihhhhh....

Permusuhan berpuluh tahun masih belum habis.
Perang secara senyap bukan terang2an.
Ada yang tau tapi ramai tak mengetahui.
Bersua muka melarikan diri.
Sorang ke hilir sorang ke hulu.
Masing2 sedang mengira usia.
Keturunan bawahan jadi serba salah.
Haihhhh... bilalah nak berkesudahan..

Beras nasional tu aku bg itik je

Alahai...
Bongkaknya...
Tak sedar ke dia, dalam dia berkata tu, masih ada lagi insan yg belum tentu dapat menanak beras.
Dari dia beli beras nasional tu utk itik, lebih baik dia bagi fakir yg memerlukan.

Salam jumaat

Bestnya bila ada kampung.
Tapi hari ni nak buat apa ye.
Semalam balik rumah arwah atuk sebab ada kenduri tahlil.
Pergh memang menggamit kenangan.
Jumpa dengan sedara mara.
Walaupun keadaan telah berubah namun kenangan kasih sayang tu ttp ada.

Lebih baik tengok kartun

Sejak akhir2 ni macam malas nak tengok drama melayu kat tv.
Jalan ceritanya kalau tak dengki sesama manusia mesti tak sah.
Boleh mentel kalo tengok drama camtu hari2
Pastu pakaian retis2 wanita melayu plak.. Aduh yai...
Tak sanggup nak tengok.
Kesudahan lebih baik layan cerita kartun kan...
Macam sekarang ni, tngah tengok Fines and Feb (belasah je) pilihan Faiz.
Hmmm malam ni kul plak anak tu nak tido.
Malam tadi kul12.30 baru masuk tido.
Oh ye, esok nak balik kampung.
Ya beda bedu...

Betul Ke Ada Pekerjaan Dari Rumah?


Kami faham jika anda kurang yakin samada benar atau tidak wujud
pekerjaan dari rumah kerana banyak tawaran kerja di rumah dan
akhirnya anda di sajikan dengan skim atau program perniagaan.

Untuk mendapat kerja di rumah yang sebenar, anda perlu tahu di
mana untuk mencari peluang tersebut. Memang ada banyak peluang
pekerjaan di rumah tapi kebanyakan adalah perniagaan di rumah
bukan pekerjaan di rumah.

Walaupun kedua - dua jenis ini boleh di lakukan di rumah tetapi
mempunyai maksud yang berbeza.

Perniagaan di rumah - Sebarang jenis program yang anda sertai dan
memerlukan anda membuat promosi atau mencari pelangan atau
downline adalah sejenis perniagaan di rumah. Pendapatan anda di
jana hasil daripada pembelian atau penyertaan pelangan atau
downline baru.

Pekerjaan di rumah - Anda di bayar untuk bekerja menyiapkan
tugasan atau kerja yang di beri oleh majikan. Sama ada majikan
itu mendapat untung atau tidak dalam perniagaan mereka itu bukan
masalah anda. Gaji di bayar oleh mereka kepada anda untuk
menyiapkan tugasan atau kerja tertentu.

Kami di Jobdirumah tidak menjual atau menawarkan program
perniagaan kepada anda. Kami sediakan latihan asas dan jalan yang
betul kearah mendapatkan kerja di rumah yang sebenar.

Kerja di mana anda di bayar untuk menyiapkan tugasan atau kerja
yang di perlukan oleh majikan bukan membantu mereka mendapatkan
pelanggan.

Lagu Bangau Oh Bangau - Jadi Ular Lagi Baik

Pagi2 bila hantar anak2 ke Taska, kami akan menyanyi.
Sama mengikut lagu di radio atau lagu lain.
Pagi tadi, suasana sejuk sebab hujan lebat turun malam tadi.
Fahim tanya "Kenapa hujan turun".
Faiz jawab "Sebab katak yang panggil"
Hehehe...
Sebagai bukti jawapan nya betul, tak pasal2 kami nyanyi lagu bangau oh bangau..

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macammana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul 2x
Ikan oh Ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macammana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macammana aku tak panjang'
Kerbau tak makan aku 2x

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macammana aku nak makan
Perut aku sakit 2x

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macammana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macammana aku tak mentah
Kayu api basah 2x

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macammana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x


Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macammana aku tak timpa
Katak panggil aku 2x

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macammana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x

Ular oh ular
Kenapa makan katak
Macammana aku tak makan
Memang makanan aku 2x

Hanya ular je yang berani mengaku.
Yang lain semua nak salah antara satu sama lain.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff