my nuff

Kepala Pusing Perut Memulas

Sambung balik cerita 2 hari tu...
Selepas ditinggalkan suami (ececeh.... sapa suh gedik2 nak tinggalkan), duduk lah menyembang ngan kakak2 ipar, sambil menyembang sambil menyuap.
Dari pagi sabtu tu macam2 makan, makan nasi, ratah lauk, makan buah, makan nasi, ratah lauk, makan buah.
Jadinya pertu dah macam kena kejutan elektrik.
Tambahan Ain ratah lauk patin masak tempoyak ngan pais ikan patin tu dah macam orang tak makan setahun.
Peberetlah katakan.
Apa lagi, penangan tempoyak tu dah naik ke kepala lah.
Start tengahari tu dah mula ting tong ting tong..
Fahim ngan Firas plak dok merap sangat.
Ikut je mana Ain pergi.
Baru nak lelap mata kejap, Kak Chik ajak pergi rumah saudara kat Chenih, Terengganu.
Gagahlah juga untuk pergi.
Aduhai, ingatkan dekat rupanya jauh juga.
Dah lah kete banyak plak tu.
Sampai sana kami dijamu makan mi kari (makan lagi).
Masa kat situ, kepala sakit balik, perut dah memulas2.
Masa otw nak balik, saat paling kritikal.
Bimbang terkeluar isi perut.
Dah le naik kete orang.
Mujurlah suami kak chik bawa kereta serupa itu F1 punya driver.
Sampai je rumah, letak Firas dalam buai (sebab dia dah tidur masa dalam kereta) terus ke bilik air, menghamburkan segala isi perut.
Perggh.... Lega.
Moralnya, lepas ni kalo makan kena beringat lah... Kalo perut tu dah biasa di isi selang 4 5 jam, jangan dicuba2 makan berterusan... kalau tak itulah akibatnya... huhuhu

3 comments:

Kesuma Angsana said...

la siannyer.,, mmg siksa sangta kalau sakit tang perut kan !

Mrs Velentine said...

lah makan campur2 kalau perut tak tahan mmg mcm ni lah jadinya

Fifi Nadhrah said...

sakit perut memang tak boleh buat ape.. moge cepat sihat ain..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff