my nuff

Lagu Bangau Oh Bangau - Jadi Ular Lagi Baik

Pagi2 bila hantar anak2 ke Taska, kami akan menyanyi.
Sama mengikut lagu di radio atau lagu lain.
Pagi tadi, suasana sejuk sebab hujan lebat turun malam tadi.
Fahim tanya "Kenapa hujan turun".
Faiz jawab "Sebab katak yang panggil"
Hehehe...
Sebagai bukti jawapan nya betul, tak pasal2 kami nyanyi lagu bangau oh bangau..

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macammana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul 2x
Ikan oh Ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macammana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macammana aku tak panjang'
Kerbau tak makan aku 2x

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macammana aku nak makan
Perut aku sakit 2x

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macammana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macammana aku tak mentah
Kayu api basah 2x

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macammana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x


Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macammana aku tak timpa
Katak panggil aku 2x

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macammana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x

Ular oh ular
Kenapa makan katak
Macammana aku tak makan
Memang makanan aku 2x

Hanya ular je yang berani mengaku.
Yang lain semua nak salah antara satu sama lain.

3 comments:

Mia Liana said...

rindunya kat lagu bangau ni.. masa2 kecik2 dulu selalu nyanyi..

Sue-Rya Qistina said...

betul3. hehehe
lama x dgr lagu ni

Bin Muhammad said...

Lagu rakyat yang penuh dengan maksud tersirat

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff