my nuff

Muhasabah Diri


Apa itu muhasabah diri?
Kenapa kita perlu sentiasa muhasabah diri?
Bagaimana nak muhasabah diri?
Kita biasa dengar tentang muhasabah diri.
Muhasabah diri ialah kita merenung kembali apa yang yang telah kita lakukan.
Segala baik atau buruknya.
Kita digalakkan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur.
Supaya kita dapat nilai semula apa yang telah kita lakukan sepanjang hari.
Adakah hari itu, kita telah melakukan sesuatu yang mengingkari perintah Tuhan?
Adakah hari itu, kita telah buat salah pada seseorang dan kita tidak minta maaf?
Adakah hari itu, segala amalan wajib telah dilaksanakan dengan sempurna?
Adakah amalan2 wajib itu kita tambahkan dengan amalan sunat?
Adakah hari itu kita telah berbuat baik dengan semua orang?
Adakah hari itu kita telah menyakitkan hati seseorang dan jika ya, adakah kita telah meminta maaf?
Ya atau tidak, jawapannya kita sendiri yang tahu.
Dari itu, kita kenalah berazam supaya keesokan harinya, kita tidak lagi melakukan dosa dan dan kesilapan.
Supaya keesokan harinya, kita gandakan lagi amalan baik kita.
In syaa Allah

3 comments:

Sue-Rya Qistina said...

thanks for this entry kak. sama2 kita muhasabah diri

Bin Muhammad said...

Salam Jumaat, thx for sharing :)

Maria Firdz said...

muasaba diri mcm post mortem dri snri.. mmg kna buat hari2.. bru akn jadi hari esok lbih baik dr hari ni...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff