my nuff

Roda Hidup Yang Berputar

Lepas melawat adik Irdina Batrisya anak kawan ofis Ain semalam, kami melawat pak cik Rahman pulak. Ayah kepada salah seorang kawan ofis Ain juga. Pak cik Rahman berumur 75 tahun. Masuk hospital sebab daya ingatan lemah ngan luka pada tangan. Kak Ros (anak pakcik Rahman) bagi tahu, hari tu mereka buka puasa kat rumah abang Kak Ros, tak jauh dari rumah ayahnya. Lepas makan, ayahnya macam tergesa2 nak blik mungkin nak cepat ke masjid. Sedangkan yang lain belum pun sudah makan lagi. Ayah kak ros naik motor. Tapi sehingga tengah malm pakcik rahman tak juga pulng ke rumah. Anak2 dah mula risau, keluar mencari ditepi sungai sebab rumah mereka berhadapan dengan sungai. Bimbang perkara buruk akan terjadi. Lepas tengah malam ada orang kampung hantar ayah kak ros ke rumah. Tangannya luka, kepalanya berdarah, badan penuh dengan lumpur. Andaian kak ros mungkin jatuh tepi sungai dan pengsan. Kata orang kampung yang hantar pakcik rahman balik, ada orang lain jumpa pakcik rahman tepi jalan. Mungkin lepas tersedar dari pengsan, pakcik rahman pergi ke tepi jalan. Bila ditanya nak pergi mana, pakcik rahman cakap nak blik rumah. Tapi dia lupa rumahnya kat mana. Orang yang selamat pakcik rahman tu bawa ke rumah orang kampung yang berhampiran. Mujur tuan rumah tu kenal dengan pak cik rahman. Dan sampai sekarang setelah 2 minggu kak ros adik beradik tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Ayahnya tak ingat apa2. Sekarang pakcik rahman seperti anak kecil. Kencing beraknya tidak boleh diuruskan sendri. Semalam bila kami pergi melawat kebetulan nurse sedang bersihkan lukanya. Dia merengek kesakitan persis anak kecil. Mujur ada cucu yang sudi memujuk.
Kita ni tak tau lagi perjalanan hari tua kita nanti macam mana. Itu pun tak pasti lagi sama ada sempat ke tak menginjak ke usia tu. Cuma kena selalu berdoa, supaya hari tua kita nanti tidak menyusahkan sesiapa. Semoga perjalanan hidup ni dipermudahkan segala urusan hingga ke hujungnya.

posted from Bloggeroid

Bila Melawat Orang Sakit

Semalam Ain ke hospital melawat anak kawan pejabat yang sakit. Anak berusia 4 tahun tu pada mulanya demam je. Kemudian disusuli dengan muntah dan cirit birit. Ibunya hantar ke klinik dan macam biasa antibiotik yg dibagi kena dihabiskan. Sdgkn keadaan anak tak juga beransur pulih. Bila antibiotik abis baru ibu anak tu bawa ke hospital. Dan doktor hospital tu marah kenapa hantar lambat. Sebab keadaan anak tu memang dah teruk. Masuk hari ni dah lima hari anak tu kat hospital. Masih dibawah zon merah. Kesian sangat bila tengok anak tu semalam. Jarum untuk masuk air dah terlekat di kaki sebab urat tangan semua dah lebam sebab kena cucuk. Masuk air, ambil darah. Tu sebab tangan kurus anak tu tak mampu tanggung lagi. Memang kesian sangat. Lemah je anak tu. Anak tu memang dari lahir ada masalah buah pinggang. Dan dia ditahan diwad sebab ada jangkitan kuman pada buah pinggang, paru2 dan jantung. Haihhhh...Ain bersyukur sangat anak2 Ain sihat. Jngan lah ditimpa sakit yang mcm tu. Tak pe lah lasak dn nakl sikit. Nama pun budak2 kn. Asalkn mereka sihat....






posted from Bloggeroid

WW: Telekung Raya


posted from Bloggeroid

Kuih Oh Kuih

Ain bukannya tak pandai masak. Bolehlah. Tapi bukanlah sampai tahap masterchef. Untuk makan sendiri tu bolehlah. Kalau tak tau masak pun, sekarang ni bukan susah sangat. Gugel2 je, segala macam resepi ada. Antara nak dengan tak nak je. Tapiiiiii...... dalam banyak2 masakan yang paling Ain tak tau buat kuih. Kalau setakat bancuh2, masuk dalam loyang lepas tu kukus ke bakar ke yang tu Ain tau. Ataupun kuih muih yang gunakan alatan macam tekap2 tu ke, mesin ke, pun boleh tahan lagi. Yang Ain selalu failed bila buat kuih yang kena bentuk2 sendiri guna tangan. Aduh.... pengkoooo tangan akak ni dik. Memang bentuk kuih tu akan ke laut. Huhuhu. Masa balik kampung minggu lepas, mak buat kuih epok2 atau badak berendam. Bila mak buat, comel je. Tapi bila Ain buat, badak pun boleh gelak tergolek2. Aduhai....


Tu badak berendam yang mak Ain buat.



Yang ni pulak kuih lesung berendam. Tu pun terkial2 nak buat.
Haihhhh.... failed failed failed,...
Makan je yang tak failed....

posted from Bloggeroid

Baju Raya... Kuih Raya.... Duit Raya... SIAP.....

Dah nak masuk 20 hari kita berpuasa. Minggu-minggu akhir puasa ni, semua sibuk dengan persiapan hari raya. Bagi Ain pulak, persiapan raya macam biasa saja. Ala kadar. Tak kurang tak juga berlebihan. Untuk Ain dan suami cukup baju sepasang seorang. Macam biasa anak-anaklah yang lebih sikit.
Kuih raya pun asal  ada aja. Silap-silap kuih raya tu habis pada kami anak beranak je.
Hmmm... Rasanya semua dah ada. Baju raya - tinggal jubah suami je yang tak beli lagi. Kuih raya - dah dapat dah hari tu masa balik kampung. Order dengan adik je. Duit raya - pun dah ada. Terima kasih untuk bos yang sudi tukarkan duit raya untuk kami di bank tadi. Jadi apa yang belum siapnya? Kasut raya!!! Alaaa yang tu bila-bila boleh beli. Lagipun anak-anak ni lebih selesa bersandal dari berkasut. Leceh nak buka2 kasut ni.


Mana gambar baju raya dengan kuih raya. Haaa... yang tu lain kali Ain tunjukkan....

Zakat Fitrah



Nak pergi kerja pagi tadi nampak resit zakat kat atas dashboard kereta. Hmm... mesti suami dah bayar zakat fitrah masa pergi terawih malam tadi. Terima kasih. Ada 5 keping resit semuanya. Kadar zakat fitrah untuk negeri Pahang ni RM7. Kengkawan dah bayar zakat ke belum. Jangan lambat2 ye...
Ain google2 tentang zakat fitrah ni. Waktu mengeluarkan zakar fitrah terbahagi kepada 5.

Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu afdal : Sebelum solat sunat hari raya.

Waktu sunat : Sepanjang bulan ramadhan

Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga trbenam matahari pada satu syawal.

Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu syawal.

Ain tak pernah ge bayar zakat fitrah sendiri. Masa bujang ayah yang bayarkan. Bila dah kahwin, suami yang bayarkan.,, hehehe...

posted from Bloggeroid

Servis Dan Motivasi

Apa lagi nak dibuat selain keluar mengabiskan duitkan. Ain temankan adik pergi servis kereta. Sambil tunggu kereta siap layan buku ni dulu. Tu pun buku adik yang memang ada dalam keretanya.







Lepas ni nqk pergi mana pulak, hmmm bermulalah operasi menghabiskan duit. Hahahaha... Plannya nak pergi beli baju casual anak2 untuk raya ni. Baju melayu dah beli ari tu. Lepas tu pergi beli barang untuk buat kuih raya. Yang tu projek adik lah. Nama kak longnya nak buat kuih raya, nannnn hado.... hehehehe
Tapi bukan keluar berdua je, bodyguard 2 orang ni ikut juga,




Muka poyo kan....

Ok... cau dulu... nanti citer2 lagi..., bye

posted from Bloggeroid

Teringat Kisah Dulu


Sekarang Ain ada kat pekan batu kikir. Sebab suami singgah kat bazar ramadhan nak bawa balik kampung. Pekan batu kikir, omg.... wajar lagi kah dipanggil pekan. Dah tak ada bangunan kedai kayu macam dulu. Semua dah berbatu. Teringat masa Ain tingkatan 1 di SM Batu Kikir ni. Bila hari jumaat, ayah dah tunggu di bawah pokok dengan helmet di tangan. Jalan kaki sikit sampai pekan sebab ayah parking motor kat tepi kedai. Masa tu ayah tak ada lesen. Bila balik kepis lalu jalan kampung. Hmmm memang kenangan.., sekarang ni pekan batu kikir yang pernah menyaksikan jerit perit seorang ayah telah berubah wajah... tapi kenangan tu tetap selamanya

posted from Bloggeroid

Huwaaaa....,. Sapa yang buat ni



Puas cari merata tempat. Bila jumpa macam tu keadaannya. Bila ditanya siapa yang buat? Faiz kata Fahim buat, Fahim kata Firas buat. Adeh..., anak anak.... Nasib baik ada lagi satu, tapi yang tu pun hidup segan mati tak mau. Retak sana, goyang sini. Huhuhu.
Takkan raya ni nak cermin mata baru juga? Aduhai... Atau raya ni melaram dengan kanta lekap? Hmmmm....

posted from Bloggeroid

Jangan Sampai Terbabas


Hari ni orang gomen dapat gaji.
Dengan kenaikan 1 tangga gaji lagi.
31hb ni pulak dapat duit raya RM500.
WoooHooooo.... 
Sukakan.
Mulalah dalam kepala otak tu nak berbelanja sakan.
Ada tu dah belanja sakan atas angin pun.
Al maklum lah awal puasa hari tu dah tempah kuih raya berbekas-bekas, baju raya berpasang-pasang.
Dapat duit gaji ni, kira terus nak bayar je.
Oooopppsssss...
Cukup ke..
Errr....
Tanggungan bulanan yang biasa tu dah selesai ke.
Ansuran kereta, rumah, kad kredit, bil api air, astro, broadband, yuran taska anak.
Haaa.... semua tu dah ambil kira ke belum.
Jangan lupa, duit untuk mak ayah.
Sebelum nak berbelanja raya, selesaikan dulu segala liabiliti tu.
Jangan tangguh-tangguh.
Jangan bila dah habis raya, duit pun habis tapi hutang tertunggak.
Masa tu baru nak termangu-mangu.
Mulalah gali lubang sana tutup lubang sini.
Hati-hati berbelanja ye.

Tolong Lepaskan Adik


Ni semua angkara Fahim. Suka sangat dia membuli Firas. Macam2 dia buat sampai Firas nangis. Yang Firas pulak payah sangat nak nangis bila abang buat macam2 kat dia. Bila betul2 sakit baru dia nangis. Kalau tak dia diam atau ketawa. Tapi rupanya dendam Firas dendam tersimpan. Bila Fahim tidur atau sedang bersenang lenang baring, masa tu Firas ambil kesempatan. Apa saja yang ada pada tangannya, dia akan gunakan untuk pukul Fahim. Hmmmm.... camtu rupanya...
Kadang anak2 ni, macam2 ragamnya. Setiap hari kita sebagai ibu kena perhati, belajar dan memahami tingkahlaku mereka. Kita tak boleh ajar mereka ikut acuan kita dahulu. Zaman mereka sekarang tidak sama dengan zaman kita membesar dulu.

posted from Bloggeroid

Ibu Zaman Sekarang Cuai, Tak Tahu Jaga Anak

Sentap tak baca tajuk tu. Ain yang taip sendiri ni pun sentap tau. Itu ayat yang Ain dapat dekat komen muka buka tentang kes ibu tinggal anak dalam kereta di pusat beli belah tu. Sejak dua menjak ni kan tengah hangat cerita budak kena tinggal dalam kereta.
Bermula dari kisah anak 3 tahun yang meninggal dalam keadaan yang menyayat hati tu sampailah kisah anak demam kena tinggal dalam kereta sebab si ibu keluar beli barang.
Kes anak 3 tahun tu, adalah ketentuan Allah yang berkehendakan dia pergi dalam keadaan begitu. Dah sampai ajalnya. Lemas dalam kereta hanyalah asbab kematiannya saja. Yelah kan, kalau difikirkan, sekalut mana pun ibunya, takkan lah dia tak perasan anaknya yang sedang tidur tu dan sepanjang tempoh 5 jam tu takkan tiada sedetik pun dia teringatkan anaknya. Sebab sebagai ibulah, walau sesibuk manapun, ingatan pada anak tu tetap ada. Fikir anak tu ada kat mana, buat apa, makan apa. Tapi dah memang Allah berkehendakan ibu anak itu lupa semuanya. Dan pada masa itu, Allah juga berkehendakan tiada satu malaikat pun yang melindungi anak itu. Sebab Allah dah tetapkan tempoh masa anak itu dipinjamkan untuk ibu bapanya hanya cukup sampai ketika itu. (huiisss.... Ain sendiri tak tau sama ada Ain ada kekuatan atau tidak kalau diuji macam tu).
Kes ibu tinggalkan anak yang demam dalam kereta tu pulak, ramai yang terus menyalahkan ibu tu. Kita tak tau apa masalah ibu itu. Mungkin barang yang nak dibeli tu memang betul-betul penting. Mungkin suaminya tak ada. Mungkin suaminya kerja jauh dan duduk berasingan. Atau mungkin suaminya memang jenis @#$#%^&^%#. Sampaikan jaga anak pun tak boleh. Lepas tu semua tanggungjawab dilepaskan atas pundak si ibu. Mungkin juga anaknya memang tak boleh tinggal dengan sesiapa. Kadangkala karenah anak ni memang luar jangkaan. Tambahan lagi bila anak tu tak sihat.
Jadi pesan Ain untuk keyboard worrior kat luar tu, bila nak komen apa-apa dilaman sosial, jangan komen ikut sedap rasa saja. Jaga sikit sensitiviti orang lain. Jangan bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak terdiam.


p/s- panjang tak akak membebel, berhari-hari mood akak hilang lepas baca kes anak 3 tahun tu tau.

Doakan Ayah Cepat Sembuh



Hilang kata-kata. Hanya mampu doakan semoga ayah kembali sihat seperti sediakala.

posted from Bloggeroid

Tahniah Dan Semoga Baby Cepat Sembuh

14 Julai 2013 sahabat alam maya  blogger SuriaQistina selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang.

Comel kan...
Gambar ni Ain ambil kat fb mummy dia lah.
SuriaQistina sekarang sedang berpantang di kampung di Melaka.
Tapi hati Mummy tu tengah risau sekarang sebab baby comel ni diserang sakit kuning atau jaundis(betul tak ejaan tu).
Baru2 ni dah kena tahan wad satu hari.
Hai... kesian si kecil.
Ibu Amirul doakan semoga baby cepat sembuh ye...

Tangisan Dalam Diam

Hati yang menginginkan
Tapi jasad menafikan.
Lidah terus terkaku
Kaki bagai dirantai
Ditelan mati mak diluah mati ayah
Serba salahnya diri hanya sendiri yang mengerti
Bicara pernah diatur
Tapi ibarat menghembus bayu dideru ombak
Pada yang mengerti akan terus diam tanpa bertanya
Pada yang tidak menuduh diri penuh dengan dalih
Hati yang sebal akan bertambah parah
Tapi mulut terus terkunci walau jiwa meronta..

Benjol Di Dahi Firas






Firas selalu terhantuk di tempat yang sama. Di tengah2 dahinya. Hari tu dah kena sekali terhantuk dilantai, tumbuh telur sebiji. Baru2 ni terhantuk lagi kat tempat sama. Kali ni tambah dengan calar sekali sebab kena pada mainan yang ada kat tangan dia masa tu. Haihhh.... Firas Firas.... Dah tu kesan benjolnya tu macam tak hilang sangat. Dah nampak jendul dahi anak bujang Ain yang seorang ni...

P/s - mood sedih tadi tak hilang lagi. :(

posted from Bloggeroid

Astagfirullahalazim.... Air mata berjuraian

Kengkawan mesti dah tau pasal budak tiga tahu yang kena tinggalkan dalam kereta tu kan...
Hari tu ada baca di FB. Tapi tak baca sampai habis, sebab tak sanggup nak baca tentang cerita2 macam ni.
Tadi bila jalan2 di Santai Ben Ashaari ada entri INI.
Tapi bila sampai part ni, serius memang Ain meraung, lepas Ain copy paste ni ni pun Ain tak sanggup nak pandang skrin ni. tak dapat bayangkan seksanya anak tu.

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Ya Allah....Jauhilah ibu ini dari kelalaian yang sebegitu...

MR.DIY Di Temerloh

Wow.... tu perkataan pertama yang keluar. Dalam tengah pusing-pusing cari jalan yang tak berapa jammed tadi, tiba-tiba ternampak MR.DIY. Wah... Bila masa ada buka kat Temerloh ni.
Selalu dengar adik2 cerita pasal MR.DIY sebab diorang duduk di area Seremban dan KL. Ain pernah juga pergi sekali dekat Jusco mana ntah. Tak ingat.
MR.DIY ni ada juga kat Star Mall Mentakab. Tu pun baru tau juga.
Dan yang ni lagi dekat. Hmmmm... Kena ajak suami ni...
"Aban, jom kita pergi MR.DIY.

Hari Blogwalking

Pagi Jumaat ni tiba-tiba rasa bersemangat pula nak berblogwalking. Bukan blogwalking saja, siap tinggalkan komen lagi. Semua entry yang ada dalam readinglist tu Ain akan terjah. Hmmm.... lama betul tak buat macam tu kan.
Ain tak sibuk ke hari ni? Ohhhhh tidak. Sibuk sangat. Tapi tengah pening dengan satu fail ni. Dah berhari-hari Ain mengadap. Tak jumpa juga jalan penyelesaiannya. Nak kena buat laporannya lagi. Kalau isu biasa bolehlah rujuk fail lain. Ni isu terpencil. Kena reka ayat sendiri. Hai..... Kalaulah boleh tulis laporan tu macam tulis blog ni kan senang.

Beli Buku Lagi

Tadi keluar kejap ikut ofismate pergi kedai buku. Haihh, Ain kalau dah masuk kedai buku ni memang rambang mata. Nak tak nak mesti ada benda yang Ain beli. Tengok2 juga novel yang dipamerkan kat situ. Hehehe,... nanti dulu, novel yang beli ari tu pun ada yang tak sempat baca lagi. So, kena balik pada tujuan asal pergi kedai buku tu. Nak cari buku ultraman untuk Fahim. Semalam dah belikan sticker dngan pencil box ultraman, hari ni dia minta buku ultraman pulak.
Tapi biasalah..., tak de maknanya kalau beli buku ultraman semata2. Kalau dah belikan untuk Fahim, kenalah beli sekali untuk Faiz.
Hasilnya...


Buku ultraman dan pratulisan untuk Fahim. Yang best nye, ada pencil color ultraman lagi....


Untuk Faiz plak koleksi kisah nabi untuk dia.
Serampang dua mata sebenarnya buku koleksi nabi tu, boleh Ain tumpang baca sekali. Tak pun malam2 sebelum anak2 tidur bacakan dulu buku tu kan.....

posted from Bloggeroid

Nota Faiz Untuk Mama

Ada satu petang, Ain berdua je dengan Faiz (hari yang Ain MC). Bila Ain nak keluar ambil adik2nya kat sekolah, Faiz tak nak ikut. Ain tau aangat dah, kalau dah tengok tv memang dia tak pergi mana2. Hmmm... tak pelah. Bukan tak biasa pun dia kena tinggal. Lepas balik dari amhil Fahim ngan Firas, Ain tangok Faiz tak de kat rumah. Aikkk dia pergi mana. Tak da pun main depan rumah. Haihh manalah budak ni pergi. Tiba2 Ain nampak kertas A4 yang dikoyak dua. Ingatkan kertas apa. Rupanya...



Nampak tak? Tak pe kita zoom sikit.




Nota tu tulis...
"Mama Faiz pegi taman.
Ain tau lah taman mana dia pergi. Taman permainan kat belakang rumah. Mulanya agak marah juga, tapi hati sejuk sikit bila Faiz berusaha untuk menulis nota tu.

Haihhhh Faiz....Faiz....

posted from Bloggeroid

Dah Up Status Ni Ke Belum?


Hari ni kat facebook, semua kengkawan sibuk dok up status ni. Termasuklah Ain juga.

Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, anda mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.
Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan ...kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ , 'photo' dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.
Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda
terima kasih atas bantuan

Dah Siap Beli Baju Raya Anak2 Ke?

Terpanggil untuk menjawab soalan UMMI KAMI.
Belum lagi lah Ummi. Tunggu gaji baru start beli belah.
Gaji bulan ni 25hb nanti.
Tapi Ain dah ada peruntukan lain untuk belanja raya nanti.
DUIT KUTU.
Hehehe.
Ain ada main KUTU dengan kengkawan office, dan memang minta giliran  Ain dapat sebelum raya.
Alhamdulillah.
Tu gunanya main KUTU aka menyimpankan.
Jadinya duit KUTU tu pun dapat lepas gaji nanti.
Masa tu baru start nak belanja raya.
In Syaa Allah cukup untuk beli baju raya, kuih raya, duit raya dan jalan raya.
Tak usiklah duit gaji?
Oh tidak...
Gaji bulanan tu dah ada tanggungannya sendiri.
Huhuhuhu

Semua Siap Awal

Sebenar pagi tadi agak lewat untuk bangun sahur. Dekat2 pukul 5.30 baru tersedar. Apa lagi macam lipas kudung lah buat semua benda. Mujurlah hanya kena panas2kan aje. Masa bangun tadi Firas ngan Fahim memang dah bangun sekali. Suami kejut Faiz untuk sahur. Hmmmm satu rumah dah bangun. Sekarang ni baru 6.37pg semua dah siap. Dekat2 pukul 7 nanti baru keluar. Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan2 selepas ni pulak.






posted from Bloggeroid

7 Ramadhan Sudah

Kejap je kan masa berlalu. Hari ni dah masuk 7 hari kita berpuasa. Belum ada lagi menjejaki kaki ke mana2 bazar ramadhan. Suami je yang pergi. Tu pun beli murtabak dengan air je. Lebih suka masak sendiri. Boleh 2 dalam 1. Masak lauk sampai sahur sekali. Bangun sahur, panaskan je. Prestasi puasa Faiz plak, 2 hari puasa penuh, 2 hari x penuh, 2 hari lagi tak puasa langsung. Hari ni tak tau lagi. Minta2 dia puasa penuh hari ni dan hari2 seterusnya. In syaa allah..,,

posted from Bloggeroid

Duit Raya



Puasa baru berapa hari dah cerita pasal duit raya kan. Hehehe. Tak patut tak patut (ikut versi Gopal dalam Boboboy). Tapi duit raya pun penting tau dalam bajet raya selain baiu ngan kuih raya. Hmmm.... Ain dah siapkan senarai anak sedara dan cucu sedara. Takut ada yang tertinggal pulak. Pastu kena kira berapa semuanya. Nak bagi sama macam tahun lepas ke atau tahun ni up sikit ke atau kurang sikit ke. Semua tu kena ambil kira. Yang tu senarai untuk tahun ni, tahun depan confirm ada tambah lagi. Hmmmm tak pe tak pe.
"THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET"

posted from Bloggeroid

Kaedah Perawatan Moden Yang Tidak Membatalkan Puasa

Terima kasih untuk suami yang mengingatkan Ain tentang perkara ni. Bila diajukan soalan tu, Ain gugel2 lah. Nak cari jawapannya. Bimbang juga kan. Takut2 kaedah rawatan yang Ain gunakan tu boleh batalkan puasa. Walaupun alat tu dah dipasang sebelum puasa lagi. Ain jumpa kat laman ni http://papisma.org/fekahperubatan
Antara kaedah moden yang tidak membatalkan puasa:

1. Menggunakan titis telinga atau pencuci telinga.

2. Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

3. Memasukkan semua bentuk tiub atau bahan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki ataupun wanita seperti probe, urethroscope, contrast media atau ubat untuk mencuci pundi kencing.

Tu antaranya, ada banyak lagi. Boleh baca sendiri kat http://papisma.org/fekahperubatan

Bila dah tau tu, legalah, bolehlah berpuasa tanpa was was kan.
Sharing is caring.....

posted from Bloggeroid

Entry Boring

Huaaaaa,,.. dah bape hari tak publish apa2 story kat sini. Nak buat camna hari2 hanya cerita yang sama je kan. Huhuhu.... boring...
Sekarang ni, hanya Ain je yang masih celik mata sambil layan Istanbul Aku Datang. Yeahhhh...., selaku tengok kat pc je. Dapat juga tgk kat tv. Hahaha itu p.un nak citerkan. Dah nama pun entry boring kan, so citer apa je lah yang terlintas kn...
Hmmm oayah juga jadi blogger ni yek, kena ada idea yg banyak. Takkan lah asyik nak post entry copypaste je. Haihhh...
Ok bye.....

posted from Bloggeroid

Faiz....Rebah Dihujung Perjuangan...

Semalam hari pertama FaiZ berpuasa. Nampak kesungguhannya. Waktu tengahari, lepas ambil dia kat sekolah, dia ok lagi. Walaupun dia mula mengadu haus, tapi masih boleh ditahan. Masa kat kedai pun, dia baring je. Tahan pada godaan2 makanan ringan yang ada kat kedai. Lepas tu Faiz ikut Ain ke ofis. Pun masih ok lagi. Tapi bila balik rumah petang semalam, ketahanan Faiz mula goyang. Ini semua sebab Fahim makan depan dia. Fahim makan gula2, kismis. Faiz pandang je. Tapi bila Fahim bawa pinggan lauk daging masak kicap, ketahanan Faiz terus lebur. Dalam tak sedar dia pun makan sekali dengan Fahim. Huhuhu. Masa tu dah 6.30 ptg. Ada sejam lagi nak berbuka. Haihh.. Faiz... Faiz....hari ni nak tgk, dia berjaya ke tak....




posted from Bloggeroid

Makin parah

Aduhai, dugaan bulan puasa. Demam lah plak. Sekarang ni ada kat klinik ambil ubat ngan mc. Ingatkan malas nak ge klinik. Cuti rehat kat umah je. Tapi bila officemate bagi tau, rugi cuti rehat. Sebab memang tengah sakit. Baik ge amik mc. Tapi Mc macam mana pun, banyak tanggungjawab kn dilunaskan macam biasa. Huhuhu.

posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk berada di bulan mulia ni kan. Hari ni hari pertama puasa. Tahun ni Ain agak excited sikit sebab Amirul yang pertama dah mula berpuasa. Dua tiga hari sebelum ni dia dah mula semangat bercerita tentang puasa.
"Nanti saya nak puasa"
"Kalau puasa dapat piala(pahala)"
"Kalau saya puasa satu hari mama bagi dua ringgit, kalau puasa 30 hari banyak tu, saya nak beli ps2"
"Bila puasa nanti, malam2, saya nak ikut papa pergi tuwurih(tarawikh)".
Pagi tadi bila kejutkan sahur, dia datang ke meja makan dengan mata tertutup. Minum milo seteguk dua, terus masuk bilik sambung tidur. Haihhh.... faiz,.. faiz...

posted from Bloggeroid

Fahim Tidur Masa Sekolah?


Semalam masa kt sekolah tabika, Fahim tidur je. Bila ditanya kenapa tidur, jawabnya mudah. "Fahim ngantuk lah". Cikgu dia bgi tau mula2 dia tidur dengan telangkupkan muka di meja. Cikgu kejut dia untuk makan tengahari. Memang Fahim bangun, tapi dia bangun untuk beralih tempat tidur yang lebih selesa pulak. Dia tidur disofa yang memang ada dalam kelasnya tu. Dekat2 pukul empat baru dia bangun. Bila bangun, cikgu bagi minum aor milo dan makan coco crunch (betul ke spelling tu). Cikgu call papa Fahim awal2, pesan bagi makan, sebab tengahari tadi Fahim tak makan. Haihhh... fahim... fahim..

posted from Bloggeroid

Habis Jahanam

Sekali lagi soalan yang sama bermain kat kepala otak ain ni. Anak2 ain ni rasanya semua lelaki. Tak de pompuan. Tapi diorang2 minat sangat lah nak main barang make up mama. Haihhh....





Yang tukang selongkarnya si kecik Firas, yang tukang operatenya si abang Fahim. Aduh,....
Tu yang Ain jumpa bangkainya, krim BB Safi Rania Ain ntah mana plak diorang campakkan,,,,
Haiii,.,, anak.... anak....

posted from Bloggeroid

Sapa Nak Beli Kuih Raya

Tolong adik jual kuih raya...












Satu RM26
Dua RM50
Pembelian 5 botol keatas, RM24 sebotol..
Dijamin pasti sedap....
Boleh tempah sekarang.
Call 0127048690 atau 0172382314

posted from Bloggeroid

Borang oh borang


Pagi ni Ain dah sibuk isi borang pendaftaran pra sekolah untuk Fahim. Dah janji dengan ofismate nak hantar hari ni. Alhamdulillah, semua dokumen sokongan yang dikehendaki dah ada. Tunggu pengesahan dari bos je.
Tapi bukan itu yang nak cerita sebenarnya. Cuma nak tau, kalau bab isi borang ni sapa yang bertanggungjawab, siisteri/ibu atau sisuami/bapa. Kalau Ain, memang sah2lah Ain yang kena isi. Tang dokumen sokongan plak, kalau setakat salinan ic suami ke, surat beranak anak ke, semuanya ada dalam simpanan ain. Cuma bila bab pengesahan pendapatan suami je, ain kena minta tolong suami.
Kat ofis ain plak ada juga, ain tengok brader ni yang buat semua, kalo bab2 daftar2 ni memang dia yang buat. Ada juga seorang akak ni, memang tak tau menahu pasal isi borang ni, bila dia amik borang pra sekolah ari tu terus dia bagi pada suaminya. Bila suami dah settle semuanya, dia tolong hantar je... hmmmm terbalik pulak.
Kengkawan plak macam mana.

posted from Bloggeroid

Ghajini di TV3

Biasanya petang2 sabtu ni, Ain memang suka layan cerita hindustan kat TV3. Kali ni filem Ghajini lakonan Amir Khan. Cerita bagus tapi tak puas hati sebab banyak sangat dipotong. Adus... tak syok betul.
Lepas tu iklan selama2nya plak. Tension tul.

posted from Bloggeroid

Mama ada belajar bahasa arab?


Bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, pendidikan islam, semua tu mama boleh ajar saya. Tapi bahasa arab, saya yang ajar mama. Sebab mama kata, masa mama darjah satu macam saya, mama tak belajar bahasa arab. Masa belajar bahasa arab masa mama darjah 4. Itu pun kat sekolah agama rakyat. Dah lah masa tu mama 'rajinlah' sangat pergi sekolah agama. Haihhhh... masuk sekolah menengah langsung tak de belajar bahasa arab. Tak pe mama. Nanti saya ajar mama bahasa arab. Ustaz saya dah ajar kat sekolah.

posted from Bloggeroid

Langit Hitam

Gambar2 ni Faiz yang tolong ambilkan masa perjalanan balik petang semalam.









Sampai je rumah, memang hujan turun selebat2nya.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff