my nuff

Bila Melawat Orang Sakit

Semalam Ain ke hospital melawat anak kawan pejabat yang sakit. Anak berusia 4 tahun tu pada mulanya demam je. Kemudian disusuli dengan muntah dan cirit birit. Ibunya hantar ke klinik dan macam biasa antibiotik yg dibagi kena dihabiskan. Sdgkn keadaan anak tak juga beransur pulih. Bila antibiotik abis baru ibu anak tu bawa ke hospital. Dan doktor hospital tu marah kenapa hantar lambat. Sebab keadaan anak tu memang dah teruk. Masuk hari ni dah lima hari anak tu kat hospital. Masih dibawah zon merah. Kesian sangat bila tengok anak tu semalam. Jarum untuk masuk air dah terlekat di kaki sebab urat tangan semua dah lebam sebab kena cucuk. Masuk air, ambil darah. Tu sebab tangan kurus anak tu tak mampu tanggung lagi. Memang kesian sangat. Lemah je anak tu. Anak tu memang dari lahir ada masalah buah pinggang. Dan dia ditahan diwad sebab ada jangkitan kuman pada buah pinggang, paru2 dan jantung. Haihhhh...Ain bersyukur sangat anak2 Ain sihat. Jngan lah ditimpa sakit yang mcm tu. Tak pe lah lasak dn nakl sikit. Nama pun budak2 kn. Asalkn mereka sihat....






posted from Bloggeroid

1 comment:

Kniedaz said...

tula kan...selalu doakan kesihatan anak-anak...dan selalu juga beringat kalau mereka sakit, kena cepat-cepat gi klinik..sekarang ni, macam2 penyakit ada

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff