my nuff

Dah Siap Beli Baju Raya Anak2 Ke?

Terpanggil untuk menjawab soalan UMMI KAMI.
Belum lagi lah Ummi. Tunggu gaji baru start beli belah.
Gaji bulan ni 25hb nanti.
Tapi Ain dah ada peruntukan lain untuk belanja raya nanti.
DUIT KUTU.
Hehehe.
Ain ada main KUTU dengan kengkawan office, dan memang minta giliran  Ain dapat sebelum raya.
Alhamdulillah.
Tu gunanya main KUTU aka menyimpankan.
Jadinya duit KUTU tu pun dapat lepas gaji nanti.
Masa tu baru start nak belanja raya.
In Syaa Allah cukup untuk beli baju raya, kuih raya, duit raya dan jalan raya.
Tak usiklah duit gaji?
Oh tidak...
Gaji bulanan tu dah ada tanggungannya sendiri.
Huhuhuhu

8 comments:

beta kupu said...

main kutu tu mmg mbantu sgt kan, terutama mcm sy yg xpandai menyimpan ni...selamat berpuasa sis ;)

Ratu Hatiku said...

Saya nk cr bj melayu jerk.. bestlah dpt kutu hihihi

Roslan Putra said...

Untunglah ada KUTU.... ada gak main kutu tp dah ambik awal2 nak joli....

Ummi Kami said...

Terimakasih buat 'Ain kerana berpantun yang indah di blog Ummi, insyaAllah, rezeki Allah bijak dicari, bijak berbelanja ya... ^^

Kniedaz said...

tahun ni kami tak main kutu pulak...kena cari alternatif lain untuk persiapan raya huhu

Nurfaezah Abdullah said...

err apa duit kutu ne kak? x pernah dgr sebelum ne hehe.

Hanif Idrus said...

Sama juga kita...
Duit gaji mana boleh beli barang2 lain...
Hari raya atau apa-apa aktiviti mesti dari sumber lain atau simpanan..

Fizi Zaidi said...

fizi pernah main kutu masa sekolah dulu..20 sen sehari..sangat membantu..:D

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff