my nuff

Faiz....Rebah Dihujung Perjuangan...

Semalam hari pertama FaiZ berpuasa. Nampak kesungguhannya. Waktu tengahari, lepas ambil dia kat sekolah, dia ok lagi. Walaupun dia mula mengadu haus, tapi masih boleh ditahan. Masa kat kedai pun, dia baring je. Tahan pada godaan2 makanan ringan yang ada kat kedai. Lepas tu Faiz ikut Ain ke ofis. Pun masih ok lagi. Tapi bila balik rumah petang semalam, ketahanan Faiz mula goyang. Ini semua sebab Fahim makan depan dia. Fahim makan gula2, kismis. Faiz pandang je. Tapi bila Fahim bawa pinggan lauk daging masak kicap, ketahanan Faiz terus lebur. Dalam tak sedar dia pun makan sekali dengan Fahim. Huhuhu. Masa tu dah 6.30 ptg. Ada sejam lagi nak berbuka. Haihh.. Faiz... Faiz....hari ni nak tgk, dia berjaya ke tak....




posted from Bloggeroid

7 comments:

dhati adiana said...

olorh sygnyer.... tp x pe cube lagi tuk arini... huhuhu

Normi Nieza said...

sayangnya..huhu

Mrs Velentine said...

hehehe....mcm HaikalAYu..wani makan depan dorang siap nak suap..tapi masih bertahan...dan semalam berjaya berpuasa penuh

Farah Waheda Wahid said...

tak apa, pelan2 kayuh dalam mendidik kan kak? In Shaa Allah, akan berjaya juga tu nanti... tengok setakat mana kemampuan dia....

Anonymous said...

hahaha.fahim kuat provoke

Ainim Suju said...

Alahai..sayang. sikit je lagi kan..xpe la. Budak baru nk belajar puasa..nnt lama2 ok la tu

Hanif Idrus said...

hahahahahha..sikit lagi nak berjaya..
Tak per slow2 training

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff