my nuff

Ibu Zaman Sekarang Cuai, Tak Tahu Jaga Anak

Sentap tak baca tajuk tu. Ain yang taip sendiri ni pun sentap tau. Itu ayat yang Ain dapat dekat komen muka buka tentang kes ibu tinggal anak dalam kereta di pusat beli belah tu. Sejak dua menjak ni kan tengah hangat cerita budak kena tinggal dalam kereta.
Bermula dari kisah anak 3 tahun yang meninggal dalam keadaan yang menyayat hati tu sampailah kisah anak demam kena tinggal dalam kereta sebab si ibu keluar beli barang.
Kes anak 3 tahun tu, adalah ketentuan Allah yang berkehendakan dia pergi dalam keadaan begitu. Dah sampai ajalnya. Lemas dalam kereta hanyalah asbab kematiannya saja. Yelah kan, kalau difikirkan, sekalut mana pun ibunya, takkan lah dia tak perasan anaknya yang sedang tidur tu dan sepanjang tempoh 5 jam tu takkan tiada sedetik pun dia teringatkan anaknya. Sebab sebagai ibulah, walau sesibuk manapun, ingatan pada anak tu tetap ada. Fikir anak tu ada kat mana, buat apa, makan apa. Tapi dah memang Allah berkehendakan ibu anak itu lupa semuanya. Dan pada masa itu, Allah juga berkehendakan tiada satu malaikat pun yang melindungi anak itu. Sebab Allah dah tetapkan tempoh masa anak itu dipinjamkan untuk ibu bapanya hanya cukup sampai ketika itu. (huiisss.... Ain sendiri tak tau sama ada Ain ada kekuatan atau tidak kalau diuji macam tu).
Kes ibu tinggalkan anak yang demam dalam kereta tu pulak, ramai yang terus menyalahkan ibu tu. Kita tak tau apa masalah ibu itu. Mungkin barang yang nak dibeli tu memang betul-betul penting. Mungkin suaminya tak ada. Mungkin suaminya kerja jauh dan duduk berasingan. Atau mungkin suaminya memang jenis @#$#%^&^%#. Sampaikan jaga anak pun tak boleh. Lepas tu semua tanggungjawab dilepaskan atas pundak si ibu. Mungkin juga anaknya memang tak boleh tinggal dengan sesiapa. Kadangkala karenah anak ni memang luar jangkaan. Tambahan lagi bila anak tu tak sihat.
Jadi pesan Ain untuk keyboard worrior kat luar tu, bila nak komen apa-apa dilaman sosial, jangan komen ikut sedap rasa saja. Jaga sikit sensitiviti orang lain. Jangan bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak terdiam.


p/s- panjang tak akak membebel, berhari-hari mood akak hilang lepas baca kes anak 3 tahun tu tau.

6 comments:

Kisah Si Dairy said...

simpati apabila ibu itu di cemuh sebegitu rupa..tak kena batang hidung diorang nie boleh la cakap...

Mrs Velentine said...

anak itu amanah..kita sebagai ibu kena jaga amanah tue.sebab tue anak penting walaupun kita sibuk mcm mn

Ratu Hatiku said...

Betul tu setuju sgt, tak kena pd diri sendiri blh la ckp mcm2.. uhuhuu

Fifi Nadhrah said...

fifi tak suke orang yang komen negatif dekat ibu tu.. kesian tau.. ibu tu da tertekan.. kenape kite nak salahkan die.. da memang tu ketentuan Allah.. mungkin ade malaikat yang memudahkan pemergian adik tu.. cume adik tu dijumpai dalam keadaan macam tu.. kite sendiri pon tak tau macam mane adik tu survive di saat akhir.. mgkin senang.. kan2?

Kniedaz said...

benda yang lepas, kita jadikan ikhtibar...tak perlulah berikan komen negatif, kalau kita pun belum tentu dapat menerimanya..

Maria Firdz said...

Sama lah kak.. Sy terkesan betul sbb sy ibu dan juga cikgu sek men sesi ptg.. Ada ank ygbhmpir sby.. Mmg sy mrh betui bila org peetikaikan.. X hilang lagi mood ni...huhu

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff