my nuff

Jangan Sampai Terbabas


Hari ni orang gomen dapat gaji.
Dengan kenaikan 1 tangga gaji lagi.
31hb ni pulak dapat duit raya RM500.
WoooHooooo.... 
Sukakan.
Mulalah dalam kepala otak tu nak berbelanja sakan.
Ada tu dah belanja sakan atas angin pun.
Al maklum lah awal puasa hari tu dah tempah kuih raya berbekas-bekas, baju raya berpasang-pasang.
Dapat duit gaji ni, kira terus nak bayar je.
Oooopppsssss...
Cukup ke..
Errr....
Tanggungan bulanan yang biasa tu dah selesai ke.
Ansuran kereta, rumah, kad kredit, bil api air, astro, broadband, yuran taska anak.
Haaa.... semua tu dah ambil kira ke belum.
Jangan lupa, duit untuk mak ayah.
Sebelum nak berbelanja raya, selesaikan dulu segala liabiliti tu.
Jangan tangguh-tangguh.
Jangan bila dah habis raya, duit pun habis tapi hutang tertunggak.
Masa tu baru nak termangu-mangu.
Mulalah gali lubang sana tutup lubang sini.
Hati-hati berbelanja ye.

4 comments:

Normi Nieza said...

kna bijak berbelanja...:)

Maria Firdz said...

Semalam dh siap2 budjet dh terutama lpas raya.. Tkut terbabas..

Ainim Suju said...

betul tu..saya dah siap asingkan duit bil dan belanja utk lepas raya..takut nnt makan megi je..hahaha

Bin Muhammad said...

Betul tu...jgn asyik fikir nak berbelanja, dahulukan hutang...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff