my nuff

Zakat Fitrah



Nak pergi kerja pagi tadi nampak resit zakat kat atas dashboard kereta. Hmm... mesti suami dah bayar zakat fitrah masa pergi terawih malam tadi. Terima kasih. Ada 5 keping resit semuanya. Kadar zakat fitrah untuk negeri Pahang ni RM7. Kengkawan dah bayar zakat ke belum. Jangan lambat2 ye...
Ain google2 tentang zakat fitrah ni. Waktu mengeluarkan zakar fitrah terbahagi kepada 5.

Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu afdal : Sebelum solat sunat hari raya.

Waktu sunat : Sepanjang bulan ramadhan

Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga trbenam matahari pada satu syawal.

Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu syawal.

Ain tak pernah ge bayar zakat fitrah sendiri. Masa bujang ayah yang bayarkan. Bila dah kahwin, suami yang bayarkan.,, hehehe...

posted from Bloggeroid

3 comments:

Normi Nieza said...

ayah yg bayar..:)

Kisah Si Dairy said...

samalah kita.tapi cantik pulak resit tu ye...

Kniedaz said...

betul tu...kita tak pi bayarlah..dulu arwah abah, lepas tu adik lelaki, skang ni suami la pulak ^_^

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff