my nuff

Salam Merdeka

Akak tengah layan perarakan hari merdeka kat tv3. Pheww... teringat masa akak join hari kebangsaan 10 tahun dulu kat putrajaya... penat wooo.... berminggu berlatih buat formasi tu... akak masa tu wakil penjawat awam. Kena buat formasi bendera berkibar.... syok.... masa tu akak pakai baju merah.... hehehe...
Untuk kali ni, akak terharu tgk persembahan komando vat 69 depan waris dan balu pegawai yang terkorban masa ops daulat kat lahad datu... huhuhu....
Oklah.... nanti cecite lagi....
P/s: mood dah dtg balik.... tapi kalau gajet2 ni wat prob lagi mmglah akak down balik...hehehe

posted from Bloggeroid

Hari Ni Hari Makan



Yang dalam gambar tu untuk sarapan pagi ni. Ditaja oleh ofismate akak sempena hari lahirnya. Ada nasi lemak, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kuih muih, kacang kuda. Kus semangat.... lepas tu 10.30 nanti ada jamuan raya kat pejabat penilaian, 12.00 nanti jamuan raya kat pejabat buruh.... haaaa.... makan jangan tak makan... orang dah ajak kena pergi, tak pergi berdosa...
Pergi tetap pergi tapi makan kena beringatlah.... jangan berlebih sampai mudaratkan diri sendiri. Trkenangkan saudara kita yg sedang diduga dengan peperangan, sedangkan kita kat sini diduga dengan kemewahan, dan yang pastinya kita dah lama kalah dengan dugaan tu....

posted from Bloggeroid

Majalah Mangga Haram Dibaca



Hmmmm.... patutnya dari dulu lagi diharamkan... gambar2 retis dalam majalah tu semuanya menjolok mata... mesti ada posing kat kolam mandi... dah tu kalau dah kat kolam mandi takkan berjubah plak, mesti yg tak senonoh punya.... haihh... elok sangatlah kalau majlis fatwa dah keluarkan arahan camtu...

posted from Bloggeroid

Kelaut..... kelaut wehhhhhh

Boleh tak tajuk entry macam tu.... siyes.... mood blogging akak dah kelaut....kalau ikutkan ada banyak benda nakstory morry the morning glory.... dah berkeping gambar akak snap.... macam2 idea ada kat dalam kepala otak ni.... tapi jari jemari ni macam kejang je bila nak menaip.... tolong.....

posted from Bloggeroid

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

Selesai Sudah....



Hari ni hari gajjjj kan.... bleh tarik nafas legalah bagi mike2 yang tengah sesak sebab duit habis beraya. Haaaa kan dah pesan kena beringat.... mana2 yang dah terguna duit raya anak tu cepat2 ganti ye. Ge simpan dalam akaun bank anak cepat. Jangan nak tangguh2 lagi. Nanti ada yang terguna lagi kang....
Citer pasal simpan duit raya anak, akak baru lepas ge bank in duit raya diorang2 ni. Bila tengok buku tabung haji diorang,,,, perghhh.... lagi banyak dari mak pak diorang.... huhuhu.... apa nak buat mak pak diorang ni banyak tanggungan... hehehe....
Apapun, hari ni hari gajjj kan.... sebelum nak dibelanjakan ke sana sini, ketepikan dulu untuk simpanan ye.... sebagai jaminan masa depan gak.... kita mana nak tau apa akan jadi hari akan datangkan....

posted from Bloggeroid

Segmen Gempak Mieza Jhaa K




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen :
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Dapat Kad Jemputan



Comelkan.... makin canggih kad jemputan kahwin sekarang ni. Tak de lagi yang wangi atau yang lekuk2 bunga kat tepi.. macam kad jemputan kahwin akak dulu.... heehehe

posted from Bloggeroid

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Selipar Kena Sorok Masa Pergi Mengaji

Akak ingatkan tak de lagi tabiat suka sorok selipar ni kat budak2 zaman sekarang ni. Rupanya ada lagi tradisi tu. Malam tadi selipar Faiz kena sorok masa dia pergi ngaji. Balik dari ngaji, nangis2 bagitau selipar dia kena curi ngan kawan dia. Dah la masa tu hujan. Celah mana akak nak pergi cari. Last2 tipon papa dia suruh balik. Sebab masa tu papa dia ada kat kedai. Akak dah hangin dah satu badan. Geram sangat. Susahkan orang je budak yang sorokkan selipar Faiz tu. Bila papa dia balik, tengah hujan tu papa ngan Faiz cari selipar. Rupanya ada kat celah2 bunga kat rumah ustaz tu.
Haihhhh... ingat masa kecik2 dulu. Selalu jadi macm tu. Kadang2 selipar hilang sebelah. Bila siangnya cari balik kat rumah ustaz, ada kat celah bungalah, bawah rumah lah... paling sadis sekali kalo selipr tu ada kat atas atap....
Bila fikir2 balik, kelakar pun ada, geram pun ada....

posted from Bloggeroid

Doa Pagi

Habislah ketupat tu



Bawa Firas ke klinik pagi tadi. Setahun 4 bulan. Timbang je lah. Budak dah dapat kaki tu mana nak kena pegang lagi. Nak lepas ke sana sini. Dan kali ni, benda yang ditujunya, ketupat warna warni tergantung kat meja kaunter tu. Haihhhh.... habis kemek ketupat tu. Yang best tu siap ajak geng lagi. Sebelum ketupat lain hilang rupa ketupatnya, baik akak angkat cepat2 bujang kecik akak tu.

posted from Bloggeroid

Salam Jumaat

Lama betul tak berceloteh kat sini. Tangan akak pun dah kejung. Dah serupa ayam patuk jagung. Haaa camna ngan raya kengkawan semua. Akak macam biasalah. Semuanya serba sederhana. Yang bestnya raya ni, kami lima beradik dapat berkumpul serentak. Syok weiii.... bertahun kita orang tak dapat kumpul sama.


Ni akak tepek gambar kami adik beradik....
Cuba nak publish ngan blogerdroid ni. Sebelum ni asyik tak boleh je... frust akak dik....

posted from Bloggeroid

Kemas rumah..... Siappppp....

Alhamdulillah.... part kemas rumah dah selesai. Susun atur perabot dah berubah. Walaupun dah lama tak ganti baru, tak de hal punya... yang penting Ain suka dengan suasana baru ni. Tq utk adik yang tolong tolak almari. Hehehe. Hero nan berdua tu dah balik kampung semalam. Atuk diorang datang jemput. Yang tinggal hero kecik je. Tu pun tak berapa sihat sangat. Ada masa ok, ada masa badannya dedo... haihhh.... ada yang dah sampai kampung ke. Ain esok baru balik N9. Tahun ni giliran rumah mak ayah Ain pulak.... yeeee haaaaa.... seronoknya...

posted from Bloggeroid

Lambaian Kaabah

Pagi sahur ni tengok romantika. Tapi kali ni special punya. Ellyana dan suaminya pergi umrah. Ya Allah. Bilalah kaki ni dapat jejak ke sana. Dari dulu memang teringin nak pergi sana, tapi lately, rasa nak pergi ke tanah suci tu makin membuak2. Rasa sebak sangat bila tengok kaabah di kaca tv. Tertanya2 adakah diri ini berkemampuan ke sana. Adakah diri ini layak untuk menjejakan kaki ke rumah Allah SWT tu. Ya Allah.....

posted from Bloggeroid

Phewwww... penat...

Cuti dua hari sabtu ahad memang sibuk. Nak raya kan tak lama lagi. Kenalah kemas rumah. Hari sabtu kemas bilik belakang a.k.a stor. Kena buang benda2 yang dah elok. Termasuklah tilam buruk. Nasib baik ad anak bujang nan berdua tu tolong buangkan tilam tu. Petang tu pulak balik Padang Piol buka puasa dengan mertua. Sebabkan penat punya pasal, akak tidur awal dik. Nasib baik my MIL memang jenis tidur awal. Yang tak suka sembang lama2. Penat wei... alih katil lagi. Lepas sahur balik semula ke temerloh. Hari ahad pulak kemas tempat letak kereta pulak. Basuh lantai bagai. Keluar segala peluh bulan puasa ni. Tapi memng puas hati. Pasni nak buat apa pulak ye..,.

posted from Bloggeroid

Nilai duit sekarang

Lepas buka tdi, Ain ngan family keluar untuk beli belah. Buka ala kadr minum air dan makan murtabak sebab planning lepas beli barang baru pergi makan. Memandangkan cuti sekolah dh mula dan rayapun dah dekat, suasana malam di bandar temerloh memang sesak. Sebab tu kami ambil kesempatan masa berbuka tu untuk beli barang. Memang jalan lengang pada masa tu. Bila masuk pukul 8 malam, pergh.... tak tau mana datangnya orang, ramai. Tadi kami hanya beli kasut seorang sepasang untuk kami lima beranak. Lepas tu beli jubah dan kain pelikat suami. Tu pun habis rm300. Huishhhh... mahal betul. Atau nilai duit sekarang yang dah x bernilai. Terlintas dihati, bila teringatkan ada yang lagi susah dari kita. Pendapatan mereka dari dulu macam tu juga, tapi harga barang sekarang makin lama makin naik....hmmmm... camna tu...

posted from Bloggeroid

Cuti Raya

Salam Khamis semua. Dah apply cuti raya ke belum. Ain bru apply tadi. Tak lam pun. Ambil 2 hri sebelum raya. Tu pun bukan terus balik kampung, hari selasa tu kemas rumah. Cewahhhhh ye ye ooo je kan. Yelah nak raya kan kenalah kemas rumah. Kemaslah sikit2. Hari rabu tu pulak tolong suami kat kedai. Sebab biasanya sehri sebelum raya ni banyak tempahan. Memang penat, huhuhu. Petang rabu tu baru balik kepis. Yehaaaa.... excited raya kali ni. Sebab dah berapa tahun tak dapat beraya 5 beradik serentak,.... eeeee tak sabarnya....

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff