my nuff

Selipar Kena Sorok Masa Pergi Mengaji

Akak ingatkan tak de lagi tabiat suka sorok selipar ni kat budak2 zaman sekarang ni. Rupanya ada lagi tradisi tu. Malam tadi selipar Faiz kena sorok masa dia pergi ngaji. Balik dari ngaji, nangis2 bagitau selipar dia kena curi ngan kawan dia. Dah la masa tu hujan. Celah mana akak nak pergi cari. Last2 tipon papa dia suruh balik. Sebab masa tu papa dia ada kat kedai. Akak dah hangin dah satu badan. Geram sangat. Susahkan orang je budak yang sorokkan selipar Faiz tu. Bila papa dia balik, tengah hujan tu papa ngan Faiz cari selipar. Rupanya ada kat celah2 bunga kat rumah ustaz tu.
Haihhhh... ingat masa kecik2 dulu. Selalu jadi macm tu. Kadang2 selipar hilang sebelah. Bila siangnya cari balik kat rumah ustaz, ada kat celah bungalah, bawah rumah lah... paling sadis sekali kalo selipr tu ada kat atas atap....
Bila fikir2 balik, kelakar pun ada, geram pun ada....

posted from Bloggeroid

3 comments:

Normi Nieza said...

selalau jgk kna mcm tu msa kecik2 dulu..:)

Aziela said...

Jangan kata budak2...sekarang nie pun kat opis nie ada jer yg berperangai macam tu. Habis selipar orang yang solat kat surau di soroknya. Celah PC lah, belakang peti ais lah..paling sadis atas kabinet. Jenuh nak menjolok. Ishhh...

Kisah Si Dairy said...

kadang-kadang diorang ni saja je nak sorokkan selipar kawan2 diorang nie..
by the way,jemput join segmen ni
http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/08/segmen-1st-segmen-singgah-blog-saya-2013.html

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff