my nuff

Siapa Pernah Seluk Mulut Buaya

Akak nak cari orang yang pernah seluk tangan dalam mulut buaya. Nak tau kenapa? Ni semua pasal mulut Firas yang masih sakit tu. Ada orang bagi tau akak, kalau nak cepat baik, cari orang yang pernah seluk tangan dalam mulut buaya. Dia akan seluk dalam mulut anak tu dan sakit mulut atau putih2 tu boleh hilang. Tapi masalahnya ada lagi ke pengamal perubatan yang boleh buat macam tu. Akak kesian betul dengan anak akak tu. Bukan setakat makan, minum susu pun dia takut, sebab mulut dia sakit. Hai... anak... cepatlah baik...
Hari ni nak balik kampung.. nak cuba berubat kampung pulak....

Akhirnya Dapat Juga...


Berminggu2 Faiz minta akak belikan mainan B-Daman ni... haihh.... bila tak belikan sampai merajuk-rajuk....hmmm... anak.. anak....
Ada sekali akak belikan mainan tapi salah... bukan mainan B-Daman....
"Mama, ni bukan b daman"
Erkkkk.... yeke.... mama mana kenal mainan b-daman tu macam mana...
Bila ada kartun b-daman kat tv, terjerit Faiz panggil akak sebab nak tunjukan macammana rupa B-Daman tu...
Akhirnya tengahari tadi akak belikan juga... minta2 tak de lagi request mainan dari Faiz....

posted from Bloggeroid

Moga Tidak Termasuk Dalam Golongan Itu....



Seram akak dik bila baca ni.... hai.... rasa macam banyak dah buat salah yang boleh menjerumuskan akak dalam golongan tu... moga Allah swt ampunkan dosa2 kita yang lalu....

posted from Bloggeroid

Kesian Firas



Hari ni akak cuti.... Firas demam lagi... kali agak merisaukan sebab tak boleh mkn ubat... mulut Firas sakit... ada keputihan kat tepj bibir, lidah ngan lelangit... jangankan makan, minum susu pun kurang... haihh...
Cepat lah sembuh anak ku.....

posted from Bloggeroid

Beg Sekolah Baru Faiz


Beli beg baru lagi... ni beg ketiga dalam tahun ni. Amboi.... bertuah kan anak sekarang....
Beg yang pertama, beg sandang belakang..
Kesian anak akak dik, beg lagi berat dari tuan..
Roboh bahu anak akak tu..
Jadi akak beli beg tarik... walaupun sebenarnya akak tak berapa berkenan dengan beg macam tu...
Sebab letak buku kat bawah... buku tu kan ilmu, ilmu patutnya tmptnya di atas...



Hmmm yang tu pun dah jahanam... tu yang beli beg baru...
Seingat akaklah, masa akak sekolah dulu, rasanya bukan tiap2 tahun beg sekolah berganti, guna sampai habis walaupun melangkau tahun.... haiii.... untungnya anak sekarang....

posted from Bloggeroid

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Monday Blues

Salam Isnin semua... Nak cerita pasal hari Isnin ni, omputih kata Isnin ni biru... Akak pun tak paham sebenarnya, kenapa wujudnya istilah Monday Blues ni. Agaknya lepas 2 hari cuti, bila pagi Isnin tu jadi haru biru kot... Tapi bagi akak biasa je, Isnin  ke Selasa atau hari2 kerja yang lain, kalau tak pandai uruskan masa memang semuanya hari jadi biru... Tapi tulah kan, dek terlampau ikut sangat cakap omputih tu sampai kita lupa kelebihan hari Isnin dalam Islam... Akak google2 jumpa link INI Antara kelebihan atau peristiwa yang berlaku pada hari Isnin ni ialah kelahiran Nabi junjungan kita. Ada banyak lagi, boleh ge baca sendiri. Hmmm.... jadi sama ada Isnin tu biru atau tak, korang yang tentukan sendiri...
Daaaa........

Tazkirah Jumaat : Jawapan Allah SWT

1. Kenapa Aku Diuji?
Surah Al-Ankabut: 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Kami telah menguji orang-orang sebelum meraka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

2. Kenapa Aku Tidak Mendapatkan Apa Yang Aku Idam-idamkan?
Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

3. Kenapa Ujian Seberat Ini?
Surah Al-Baqarah ayat 286 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

4. Bagaimana Menghilangkan Rasa Kekecewaan?
Surah Al-Imran ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

5. Sesungguh Aku Tak Dapat Bertahan Lagi...!!!!
Surah Yusof ayat 87
"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6. Bagaimana Aku Harus Menghadapi Persoalan Hidup?
Surah Ali-Imran ayat 200
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (dinegerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung."

7. Apa Jawapannya?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."

8. Siapa Yang Menolong dan MelindungiKu?
Surah Ali-Imran ayat 173
"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."

9. Kepada Siapa Aku Berharap?
Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."

Kena Saman


Dapat surat saman, siap ada gambar kereta lagi. Kesalahannya melebihi had laju. Aduh hai.... kalo laju sampai 110km/j puas hati lah juga... ni 84km/j.... camna tu.... kena bawak 60km/j je... jalan dua lorong, jalan lurus, memandu di lorong kanan tapi had laju 60km/j... haihhhh.... tapi tu lah kan.... bersyukur malaysia masih aman.... kena saman je, bukan kena tangkap ke, kena tembak ke.... bayar je saman tu.... tapi duit tu wooooo.... sekarang 20 sen pun berkira tau... hmmmmm camna tu?

posted from Bloggeroid

WW:Firas Tengok Apa Tu?





posted from Bloggeroid

Fahim.... Jangan Tidur....


Kali ni akak nak citer pasal hero akak yang kedua ni. Tahun ni umur dia 4 tahun. Akak dah hantar ke sekolah tabika. Tapi sesi petang. Pagi dia kat taska. Bila dah petang tu al maklum lepas makan mengantuk lah. Dan fahim memang akan tertidur dalam kelas. Satu hari cikgu dia ugut... kalo fahim tidur, cikgu siram dengan air. Air mineral. Cikgu tu siap cakap air tu dah siap jampi. Kalau kena siram boleh jadi batu... hehehe.... kejamkan cikgu.... bukan kejam dik, cikgu tu dah mati akal. Ada sekali dia larang fahim tidur, selamba fahim pandang muka cikgu tu sambil pegang kelopak matanya... "cikgu, mata fahim ni tak boleh buka dah"... ada kala nya tengah makan pun dia boleh terlelap.... kesian kat cikgu tu dapat anak murid macam fahim... hehehe...
Ada lagi citer pasal fahim... lain kali akak citer k...
Daaaaa.......

posted from Bloggeroid

Selamat Bertunang Dhati Adiana






Selamat Bertunang Adik Ku...
Masih dalam keadaan yang terawang sebab adik akak yang sorang ni bakal menjadi milik orang....

posted from Bloggeroid

Bukan Rezeki Fahim



Baru2 ni akak ada buatpermohonan untuk masukkan Fahim ke Pra Sekolah tahun depan. Ye lah kan, tahun depan Fahim dah 5 tahun. Jadinya akak nak berubah anginlah pulak. Sebelum ni abang dia akak hantar ke Tabika Kemas. Semalam keputusannya dah dapat. Fahim tak dapat masuk ke pra sekolah. Sebab permohonan terlalu ramai. Budak 6 tahun yang diberi keutamaan. Budak 5 tahun ada 5 6 orang je yang dapat. Hmmm.... tak kisahlah tu. Nampaknya tahun depan Fahim akan sekolah kat Tabika dia sekarang ni. Ok juga kan. Ada cerita tentang Fahim bodek cikgu tabika dia tu. Tunggu.... Nanti akak cerita kan lain kali k. Cukup sampai sini dulu. Nanti akak cecite lagi. Daaaaa.....

posted from Bloggeroid

Tragedi Pemandu 4 Tahun



Satu lagi berita yang buatkan akak nak menangis... untuk beberapa ketika ni akak cuba elakkan baca berita yang melibatkan anak2 ni.. Tapi tadi terbaca plak... siyes.... akak nangis dik.... tak dapat nak membayangkannya..... hanya mampu berdoa agar tragedi ni tidak berlaku pada anak2 akak..... akak tak kuat dik dengan dugaan yng macam ni....

posted from Bloggeroid

50 60 70 80 sahaja



Yeahhh rindunya zaman kanak2...

posted from Bloggeroid

Malu Bila Jumpa Client

Sapa ada tengok iklan syampu dove.... ala yang dua orang sahabat tu.... perasan tak ada ayat yang diorang ckp malu jumpa client sebab rambut gugur... hmmmm.... akak rasa kalo diorang pakai tudung lagilah tak jadi masalah kan.... tak yah nak rasa malu bila jumpa client ke sapa ke.... tapi heran ye, dengan client dia malu, dengan Tuhan tak pulak.... haihhh.... tapi nak buat camna, kat negara kita yang MERDEKA ni ada juga company2 yg masa interview akan tanya soalan ni... "Kalau u dapat keje sini, u boleh tak buka hijab, sbb kat sini kita selalu berurusan dengan bla bla bla...."... jangan terkejut dgn statement tu, dah ada berlambak kat negara ISLAM ni... hmmmm.... tak tau lah nak kata macammana....

posted from Bloggeroid

WW: HEHEHE


posted from Bloggeroid

Budak Tahun 1 Cuti Sekolah


Hari ni faiz tak pergi sekolah, sebab cuti sempena UPSR yang bermula hari. Tapi Faiz cuti hari ni je. Teringat masa nak amik UPSR 20 tahun dulu (haaa.... ko kira dik, umo akak berapa sekarang), best.... tak da rasa macam nak ambil periksa pun. Cikgu dulu2 rajin dik oi.... hari2 bagi periksa.... tu pasal lah, masa peksa sebenar tak rasa apa pun, cuma bezanya, masuk je dewan dah ada pensel 2b 2 batang atas meja dengan pemadam.... dapat free dik.... pastu kertas jawapan tu dah siap hitamkan angka giliran segala bagai.... punya lah tip top cikgu2 akak dulu. Masuk dewan peksa bawak badan je.... sekarang tak taulah kalau ada lagi yang buat macam tu.... hasilnya akak dapat 4A dik. Masa tahun tu 4 subjek je dik oi..... hmmmm syoknya zaman sekolah....

posted from Bloggeroid

Rezeki Dia Untuk Berbini Dua

Baru2 ni akak jumpa seorang kenalan. Dia dah lama hidup sendiri setelah kematian suaminya. Dan ditakdirkan tuhan dia bertemu jodoh kembali taoi kali ini sebagai isteri kedua. Hmmmm.... sebelum jumpa dia ngan suami barunya ni, macam2 andaian yang ada. Macam biasalah semuanya yang muluk2 belaka kan. Tapi bila dah jumpa. Oooooohhhh... semua andaian jahat tu hilang sekelip mata. Melihat suami barunya, kalau tak tau cerita sebenarnya mesti tak sangka lelaki tu beristri 2. Tenang, lembut, pendiam, penyayang.... itu yang trpamir. Tak macam kebiasaan lelaki berpoligami yang biasanya, birah tak kena tempat... hmmm.... rezeki lelaki tu kan dapat beristeri 2... dan sepanjang mereka berpoligami, tak pernah sekali pun lelaki tu culas dalam giliran... tiada sengketa antara istri pertama dan kedua... hmmm baguskan.... itu mungkin contoh poligami yang baik... tapi macam biasalah... nisbahnya mesti lagi kurang dari poligami yang haru biru kan...

posted from Bloggeroid

Padan Muka


posted from Bloggeroid

Duck Face Firas






posted from Bloggeroid

Cerita Hujung Minggu

Hallooooooooo....Ceh, tetiba ikut stail omputih plak... Assalamualaikum... Lama kan akak tak celoteh kat sini... Nak buat macam mana dik, akak tengah ting tong ting tong... hahahaha
Ada banyak cite akak nak story mory the morning glory kat u olls semua..
Hujung minggu baru ni, akak balik kampung, ada kenduri serampang 2 mata. Seronok wooo... dapat kumpul adik beradik. Pastu ngan sedara mara yang datang, meriah wei rumah en.ujang. Kenduri apa yang serampang dua matanya.... Siang ada kenduri akikah dan cukur jambul, malamnya plak ada majlis merisik dan tunang adik akak... Perghhh... sorang lagi adik akak kena cop dah... tak mo citer panjang lebar, jom tengok gambar yang akak sempat snap nak tepek kat sini.
kumpulan Qasidah dari Madrasah di Kuala Pilah... syok woo... diorang ada nyanyi lagu Ya ha nana....
Kanak yang setia manyaksikan orang berqasidah

Termasuklah anak bujang akak ni, siap ada port baik punya, duk dalam kotak... haihhh anak-anak....  

Inilah bayi yang diraikan... Arif Husaini bin Shamsul Kamal..   ni gambar sebelum kepalanya dibotakkan..  

Gambar sekitar majlis pertunangan akak tak sempat nak snap... tangah tunggu adik angkat emailkan gambar.. akak tak sihat dik, pastu dengan pakej sekali demam selsema batuk... haaa... amik kau....
cukup untuk kali ni, nanti akak sambung balik....
daaaaaaaaaaa..........(haaa tengok tu stail omputih lagi)
Assalamualaikum... :)

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Sabar....Redha....Doa.....

Sabar dengan dugaan yang melanda....
Redha dengan apa saja yang ditakdirkan oleh Nya....
Doa agar semuanya yang berlaku membawa kemanisan yang terindah dalam hidup.....

posted from Bloggeroid

Bila Suami Minta Kahwin Lagi

Ngerikan baca tajuk entri akak kali ni kan... Isteri mana yang sanggup bermadu dengan rela hati. Kalau ada pun 1 nibah 1000 orang. Tak salah kalau suami tu nak kahwin lagi, lagipun agama tak larang pun. Tapi mesti kena dengan caranya. Kalau tak mampu serba serbi, makan pakai, kereta rumah, isteri tolong bayar sekali, baik simpan je hasrat tu. Nak kahwin lebih dari satu tak ada masalah. Bila keperluan isteri serba serbinya cukup, dari segi material atau pun KASIH SAYANG semua nya cukup. Sampai isteri tu rasa berlebihan pulak, rasanya boleh kot kalau nak kawin lain. Sampai ada yang menyampaikan pada isteri tu "untung ko dapat suami macam tu" dan hati isteri tu pun tak menafikannya, Barulah suami boleh suarakan hasratnya tu. Masa tu, mungkin isteri takkan menolak.... Hmmmm.... Akak sendiri????? Hmmmmm.... biar masa yang tentukan....

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff