my nuff

Fahim.... Jangan Tidur....


Kali ni akak nak citer pasal hero akak yang kedua ni. Tahun ni umur dia 4 tahun. Akak dah hantar ke sekolah tabika. Tapi sesi petang. Pagi dia kat taska. Bila dah petang tu al maklum lepas makan mengantuk lah. Dan fahim memang akan tertidur dalam kelas. Satu hari cikgu dia ugut... kalo fahim tidur, cikgu siram dengan air. Air mineral. Cikgu tu siap cakap air tu dah siap jampi. Kalau kena siram boleh jadi batu... hehehe.... kejamkan cikgu.... bukan kejam dik, cikgu tu dah mati akal. Ada sekali dia larang fahim tidur, selamba fahim pandang muka cikgu tu sambil pegang kelopak matanya... "cikgu, mata fahim ni tak boleh buka dah"... ada kala nya tengah makan pun dia boleh terlelap.... kesian kat cikgu tu dapat anak murid macam fahim... hehehe...
Ada lagi citer pasal fahim... lain kali akak citer k...
Daaaaa.......

posted from Bloggeroid

4 comments:

rinoa squall said...

comei je..ada je idea bernas dia yer...hehehe

Nurfaezah Abdullah said...

adehhh kuat tido ye fahim hehe.

Kesuma Angsana said...

hehehe biasalah budak2

Fifi Nadhrah said...

fahim2.. sangat comel tau.. cikgu pon same.. kreatif betul..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff