my nuff

Siapa Pernah Seluk Mulut Buaya

Akak nak cari orang yang pernah seluk tangan dalam mulut buaya. Nak tau kenapa? Ni semua pasal mulut Firas yang masih sakit tu. Ada orang bagi tau akak, kalau nak cepat baik, cari orang yang pernah seluk tangan dalam mulut buaya. Dia akan seluk dalam mulut anak tu dan sakit mulut atau putih2 tu boleh hilang. Tapi masalahnya ada lagi ke pengamal perubatan yang boleh buat macam tu. Akak kesian betul dengan anak akak tu. Bukan setakat makan, minum susu pun dia takut, sebab mulut dia sakit. Hai... anak... cepatlah baik...
Hari ni nak balik kampung.. nak cuba berubat kampung pulak....

6 comments:

Hanif Idrus said...

Petua org lama ni..kdg2 boleh diterimapakai

Ummi Kami said...

Salam baraqah hari Isnin buat 'Ain...

Memang unik dan berkat tangan yang menyeluk mulut buaya....punya kelebihan mengubati sakit mulut anak-anak dengan izin Allah, arwah ayahanda Ummi dulu selalu melurah mulut anak-anak dan cucu-cucu beliau kerana kelebihan ini, tapi Allah swt lebih sayangkan beliau...sehingga sekarang kami masih merindui kasih sayangnya....semoga anak 'Ain cepat sembuh dari sakit mulut....amin... ^^,

Mrs Velentine said...

kena cari tapi susah

ros_reeza said...

moga anak akak sembuh .. kesiannya..

nadia amira said...

Salam Ibu Amirul. Kira2 10 tahun yg lalu, kebetulan Pak Cik tlg hantar salah seorg anak murid TGDHD balik ke Darul Syifa Bangi, selepas beliau dtg ke asrama sekolah kami tlg berubat, kebetulan ada sedikit gangguan di asrama kami dan kebetulan masa kami sampai di Darul Syifa, sudah masuk waktu solat Maghrib. Pak Cik masa tu adalah YDP PIBG dan bknlah salah seorg anak murid TGDHD atau Darul Syifa. Selesai solat maghrib beliau ajak Pak Cik dan kwn Pak Cik, seorg guru di sekolah Pak Cik utk sama2 ikut seluk mulut buaya, yg kebetulan masa tu, Darul Syifa ada belikan seekor buaya besar utk tujuan seluk mulut buaya khas utk murid2 Darul Syifa. Kami berdua turut mengambil peluang yg kami tidak pernah mimpikan selama ini, wpun ada org yg pernah seluk mulut buaya di kpg Pak Cik. Jika ada yg berhajat utk berikhtiar dgn mereka yg pernah seluk mulut buaya boleh berhubung dgn mana2 cawangan Darul Syifa di seluruh negara yg kebetulan ada di antara mereka yg pernah seluk mulut buaya atau boleh sms Pak Cik di 0173077246. Kita hamba2 Allah tidak ada daya dan kuasa sedikit pun untuk sembuhkan sebarang jenis penyakit melainkan semuanya disembuhkan oleh Allah yg Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lg Maha Perkasa. Kita hanya diminta berusaha bersungguh2, memohon pertolongan Allah semata2 dan bertawakal kpd Allah yg Maha Pengampun, Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Wassalam.

hassan qusyairi said...

Sy pernah... Leh cntc sy 0195721722

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff