my nuff

Ular Sawa Di Felda Kepis...



Gempak wei.... ular sawa kat kampung akak.. tahun lepas ada juga jumpa sekor..
Kali ni ular sawa terendam kekenyangan bau lepas telan babi hutan...

posted from Bloggeroid

Blog oh blog

Nak cerita apa kat blog ni. Cerita apa yang best yang boleh buat orang baca blog kita. Memang lah orang akan cakap, ko citer lah pasal gosip artis, tak pun cerita pasal politik. Mesti ramai yang singgah baca. Tapi tu semua klise lah. Lebih baik cerita pasal diri sendiri. Tapi nak cerita apa? Takkan nak cerita rutin harian dari celik biji mata sampai pejam mata.... haihhh... pening pening....

posted from Bloggeroid

CPUV Nuffnang Oktober

Alhamdulillah...
Walaupun blog akak ni sendu dan sedan, tapi ada juga Mr.Nuff yang menari2 kat situ...
Oklah kan...

Yuran Taska RM300 seorang????

Bermula bulan November ni, yuras taska naik lagi jadi RM300 bagi budak umur 2 bulan hingga 4 tahun. Budak menumpang pulak umur 5 tahun ke atas RM150.
 Fullamak... mahal tu..
Akak kena hantar Firas dengan Fahim ke Taska.
Firas setahun 6 bulan, Fahim 4 tahun.
Dua2 sekali RM600.
Fuhhh.... berkipas juga.
Lari bajet akak bulan2.
Lepas bincang2 dengan suami akak, keputusan dah dibuat.
Mula bulan November ni, Fahim tak perlu lagi hantar ke Taska.
Papa yang akan jaga.
Maknanya Fahim kena duduk kedailah.
Huhuhu...
Hari ni ada perbentangan bajet.
Harap2 adalah berita baik untuk penjawat awam macam akak ni ye...


Jalan-Jalan Melaka Part 2

 




Hehehe...
Lambat akak sambung cerita pasal trip ke Melaka yang lalu..
Pada hari akak kena pergi mesyuarat tu, adik akak bawa mak dan anak2 akak ke zoo melaka...
Seronok lah diorang..
Hmmm...
Sepatutnya esok, Fahim kena pergi rombongan sekolah dia ke Melaka juga..
Tapi bila cikgu tanya dia nak pegi ke tidak, dia kata dia tak nak pergi sebab dia dah pernah pergi Melaka..
Punya lah bagus anak itu..
Sendiri tentukan nak pergi rombongan ke tidak..
Tapi tak kisahlah tu sebab bulan 11 nanti akak ada persidangan kat Melaka..
Akak angkutlah diorang semua sekali pergi Melaka...

Kembali Ke Ofis..

Yeahhh.... hari ni balik semula ke ofis. 2 hari sebelum ni akak pergi kerja luar, buat lawatan audit. Akak pergi sekolah kat daerah bera nun... masuk sekolah dalam felda.... syok woo.... dah macam balik kampung sendiri... al maklumlah akak kan anak felda... paling mengimbau kenangan bila pergi Felda Tembangau 1. Teringat kat arwah pak lang akak. Masa dia kerja sebagai kakitangan felda dulu, dia duk kat situ. Selain pergi Tembangau, akak pergi Felda Bukit Mendi dengan Felda Sungai Kemahal.... sapa anak felda? Ce angkat tangan...

posted from Bloggeroid

Tazkirah Jumaat 6 Zulhijjah


posted from Bloggeroid

Tak Boleh Cium Anak Ketika Anak Tidur



Yang ni akak dapat kat fb. Betul ke. Pada yang kengkawan semua boleh tak share pendapat pasal ni. Akak cuak juga, sebab memang feberet akak cium anak masa diorang tengah tidur. Terutama sekali budak kat bawah ni.




Hahaha comotkan... baru lepas makan roti coklat...
Balik pada isu kat atas ni... sapa ada pendapat boleh kongsi ngan akak ni ye....

posted from Bloggeroid

Tak Nak Baca Surat Khabar Hari Ni

Tak tau nak gambar kan macam mana perasaan akak ni bila baca kemalangan2 yang melibatkan anak kecil ni.
Terutama kalau kemalangan tu berpunca dari kelalaian ibu bapanya sendiri.
Muka depan surat khabar hari semua ada gambar ayah mengendong mayat anaknya yang mati digilis ibu sendiri.
Oh Tuhan....
Hati ibu ni memang tak boleh nak baca cerita2 ni.
Sedih yang teramat sangat.

Tak Boleh Derma Darah Sampai Bila2

Korang tau, itu yang ayat yang pegawai kesihatan tu cakap kat akak. Kat lobi ofis akak ni ada buat kempen derma darah. Akak punyalah excited nak pergi derma darah. Tak pernah lagi derma darah. Sebelum ni pernah cuba tapi tak lepas sebab tekanan darah akak rendah. Kali ni nak cubalah, manalah tau bila badan dah menggebu ni harap2 bp akak oklah... tapi camtu juga... haihhh... terbantut niat suci akak nak korbankan darah sempena hari raya korban ni... sedey tau....







Tu antara gambar2 yang akak sempat snap... tak dapat derma darah, snaplah gambar org yang tengah menderma...

posted from Bloggeroid

11 Things You Didn't know About King Khan SRK!!!


1. His dog's names are Dash, Hulk, Kai & Juicy
(Mak aiii... sampai 4 ekor anjing dia bela..)

2. He's not e good swimmer.
(Patutlah jarang tengok dia berlakon dalam air... ke tak pernah)

3. He does not like to eat ice cream.
(Wah... samalah kita, hahaha perasan)

4. Shah Rukh weight about 70 to 75 kilo
(Hmm... tak de lah besar sangat yekkk..)

5. When he is sad he becomes quite and overcomes it with hugs from his kids.
(Hmmm.... so sweet)

6. During his busy schedule, SRK manage with only 5 hours of sleep.
( 5 jam tidur, kira ok lah tu)

7. As a parent, he likes to believe he is a better father than an actor.
(Oklah tu)

8. King Khan believes in the TINA factor: There Is No Alternative to hard work.
(Betul betul betul)

9. He does not keep a beard as he and his kids find it scratchy.
(Patutlah jarang tengok dia berjambang)

10. SRK's philosophy with people: It is OK if people let you down, their loss not yours.
(Memang pun)

11. He wears his wedding ring on hir right hand.
(Hmmm....sweet).

Jalan-jalan Melaka 29-30 Sept Part 1


Hujung bulan lepas akak bawak anak2 ngan mak akak pergi Melaka.
Sambil menyelam minum air sebab akak ada mesyuarat di MITC.
Akak jadi co pilot je, yang jadi pilotnya adik akak.
Petang ahad tu, lepas luruskan pinggang kejap di Alizz Homestay, kami ke Taman Buaya dulu.
Tak citer banyak...
Biar gambar di bawah ni sambung bicara..


Sampai taman buaya, tempat mandi ni jadi tumpuan...
Faiz ngan Fahim, bila jumpa air memang tak ingat lain dah...

Si kecik Firas ni pun tak nak kalah...
Lupa mulut tengah sakit.

Dah penat mandi baru sambung tengok buaya..

Sebelum keluar begambar dulu kat replika bangunan kat Taman buaya ni..

Wahhh... Fahim boleh pegang jambatan KLCC tu... hehehe


                                                   
 Lepas tu kami pusing2 ke Bandar Hilir...
Sambil mencari juadah untuk makan malam...
Nak cari asam pedas, tapi tak jumpa juga...
Esoknya, masa akak ke mesyuarat, adik akak bawak diorang kemana pulak...
Hmmm.... Tunggu....


Nilai seringgit sekarang



Masuk kereta tadi, nampak duit singgit ni.,.. duit sapa lah ni, kalo x duit fqiz, duit fahim. Duit yang tok diorang bagi semalam.... letak macam tu je... singgit tu... ingat masa akak budak2 dulu.. bangga wei kalo dapat duit singgit.... besar sangat dah tu.. dapat 20 sen pun dah gembira yang amat... simpan elok2... kalo hilang holeh huru hara 1 rumah dek 20 sen tu...
Tapi sekarang, kalo setakat duit syiling.. hmmm.... sebelah mata pun x pandang....

posted from Bloggeroid

Dah Kena Tebang...


Pagi ni bila datang ofis, tgk pokok besar yang ada kat perkarangan bangunan ni dah kena tebang. Tak de lah lagi pokok besar tempat teduh untuk parking kereta. Kenapa lah ditebang pokok tu. Bukannya mengganggu pun...

posted from Bloggeroid

Tersenarai Dalam Bloglist Zamani Abe

Bulan lepas akak join segmen blogger hensem ni... sapa lagi kalau bukan si Zamani Abe..
Akak join segmen INI. Boleh masuk dalam bloglist khas Zamani Abe.
Kalau bernasib baik pulak boleh menang hadiah misteri.
Tapi akak tak delah harap sangat hadiah tu, yang penting boleh tambah2 kenalan lagi kan.
Bila jalan2 blog pagi ni akak nampak lah yang ni kat blog mamat hensem ni.

Wahhh.... akak terharu dik...
tengkiu Zam...

Tazkirah Jumaat 28 Zulkaedah


posted from Bloggeroid

Zenith Hotel Kuantan

Lambat akak update blog hari ni... akak ge kuantan.... ada farewell bos besar akak.... buat kan Zenith hotel ko.... best gile tempat dia.... akak jadi peghak jap dik.... zenith hotel ni betul2 depan EC mall kuantan,.. suasana hotel tu memang class lah... akak tak delah pergi ke bilik2nya.... dah tentu ada jamuan makan.... lepak kat area ballroom je lah.... bukan kitorang je yang kat situ, banyak lagi agensi lain... yelah.... ballroom je ada 12 ko... tertanya2 gak, bapelah rate bilik hotel zenith ni ye.... kalau bab makan plak, bagi akak yang memang jenis pemakan ni, hmmm biasa2 je.... mana bleh lawan air tangan mak akak... walaupun sekadar gulai sadin campur pucuk ubi.... terbaik woo..... "Mak, nanti k.long blik kepis mak masak lauk tu ea..."

posted from Bloggeroid

Akhirnya Jumpa Juga


Puas akak pusing satu temerloh ni cari selipar macam ni untuk firas... akhirnya tadi jumpa juga... tu pun dah memang rezeki firas sebab selipar ni tinggal sepasang je.,,,

posted from Bloggeroid

Bila Hati Sudah Hitam



Dalam tempat ibadah pun sanggup nak mencuri. Itu yang cctv dapat kesan. Yang tak dapat kesan, tak terkira dah banyaknya. Jangan terkejut, kerana pelakunya bukan lelaki je, yang perempuan pun ada yang sanggup buat macam tu. Tu memang dah jenis hati kering dan hitam.

posted from Bloggeroid

Happy Birthday Amirul Faiz

Hari besday hero akak yang sulung. Dah genap 7 tahun hari ni. Besar dah. Rasanya macam baru semalam rasa sakit melahirkan Faiz. Macam ibu2 yang lain, akak pun selalu mendoakan agar Faiz menjadi anak yang soleh, bijak dan berjaya dalam hidupnya... Sayang Faiz selamanya....

Sukan sekolah faiz....

Akak pergi sukan sekolah Faiz.... tapi bukanlah dari awal pagi tadi.... sukan sekolah dia buat kat stadium ko.... bapok bestnya... ingat akak masa sukan sekolah dulu... best wooo... akak bukanlah kategori aktif bersukan... tapi ttp enjoy... ad buat khemah rumah sukan lg....




posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff