my nuff

Bersyukurlah


Cantikkan ikan2 tu. Tu koleksi terbaru suami akak yang telah mulakan kembali minat yang dah beberapa tahun ni terkubur... hehehe...
Tapi akak bukan nak celoteh tentang ikan2 tu. Tapi cerita lain. Akak sekarang ni ada kat ofis. Buat kerja sikit. Sepatutnya akak cuti hari ni. Tapi tak de hal punya datang ofis masa cuti. Bukan jauh pun, 10 minit je dari rumah. Tapi kalau akak balik kampung tak dapat lah ge ofis waktu cuti. Bestkan ofis dekat dengan rumah. Nak tambah betapa bestnya akak duduk kat Temerloh ni, sekolah anak2 akak sebelah ofis je. Taska Firas pulak seberang jalan ofis akak ni. Seronok kan. Tu yang buat akak bersyukur sangat dapat duduk Temerloh ni.
Korang dah baca ke tentang statement Prof. Dr. Muhaya tu... ramai yang hentam statement tu kan. Hati tak tenang sebab tak bersyukur. Hehehe. Akaknya pendirian pulak, semuanya kena berbalik pada Allah swt. Kita senang atau susah semua dah ditentukan. Tentu ada sebab Dia menggerakkan hati pemimpin kita untuk naikkan segala harga keperluan. Mungkin ini dugaan untuk kita nak uji sejauh mana kesabaran kita. Statement Prof tu mungkin berat sebelah, tapi ada positifnya yang boleh kita ambil dan fikirkan.
Apapun terpulang pada masing2.

posted from Bloggeroid

Selesai 95%

Sepanjang setengah hari ni sibuk menguruskan keperluan sekolah anak-anak. Jam 8 pagi dah ada di sekolah untuk orentasi pra sekolah Fahim. (Alhamdulillah, dapat juga Fahim ke pra sekolah. Masa taklimat tu ada perlantikan Jawatankuasa Waris Pra Sekolah dengan penetapan bayaran Pra Sekolah. Erkkkk.... Ada kena bayar ke. Akak bawak duit cukup2 je untuk duit buku Faiz. Tak sangka pulak Pra Sekolah ada kena bayar. Aduh.. Bayaran keseluruhan untuk buku dan baju RM130. Huhuhu.
Usai je taklimat tu terus kena bayar. Tapi masa tengah orang beratur panjang nak bayar tu, akak keluar kejap pergi cucuk dinding. Lepas tu pergi balik sekolah. Masa tu tak ada orang beratur nak bayar dah. Ok lah. Terus buat bayaran. Lepas selesai urusan Fahim, pergi ke dewan pulak untuk buat bayaran buku Faiz. Total semuanya RM56.90. Dah buat bayaran kena beratur pulak kat kedai buku untuk ambil buku yang dibayar tadi. Haihhh... Keseluruhannya RM186.90. Huhuhu. Mungkin amaun tu terlalu kecil bagi orang yang ada2. Tapi jumlah tu cukup besar bagi orang kebanyakan. Itu baru dua orang yang bersekolah. Kalau ada yang sampai empat lima orang macammana pulak. Tu belum ambil kira anak yang sekolah menengah. Dalam keadaan sekarang semua kena berkira.
Selesai urusan kat sekolah, pergi Bandar nak cari baju sekolah Faiz, seluar track Fahim dan beg sekolah Fahim. Kasut2 sekolah dah beli 2 hari lepas. Beg sekolah Fai tak beli lagi, sebab tuan punya badan tak ada. Faiz ada kat Padang Piol sekarang rumah tok dan tok wan dia. (Rumah mertua akak lah). Jadinya tunggu dia balik dulu baru pergi beli. Memanglah dia tak kisah kalau akak belikan beg sekolah dia, tapi saja nak bagi dia buat pilihan sendiri. Lepas selesai kat kedai baju sekolah, pergi MR.DIY pulak untuk beli alat tulis. Berapa banyak habis, hmmm malas nak cerita. Kang ada yang kata akak ni berkira sangat.
Pssst... kat muka buku akak sibuk duk post pasal statement Prof. Dr. Muhaya. Akak tak baca pun lagi. Jadi akak tak mau komen apa-apa. Korang cari sendiri lah ye...

Gaji RM1500 sebulan cukup ke?

Cuti sekolah dah nak habis. Bermakna bermulalah perbelanjaan kembali kasar. Baju sekolah anak-anak pun belum beli lagi. Belum lagi duit buku dan yuran PIBG. Yang sedia ada setiap bulan memang dah kena tanggung, duit susu, pampers, taska, minyak kereta. Pening wei. Yang tu tak kira lagi bil2 utiliti yang makin hari makin naik. Semua tu kena ambil kira juga. Kadang kala terfikir juga bagi mereka yang kerja tapi pendapatan kurang dari RM1500. Macam mana diorang nak hidup. Kalau hidup sendiri tahanlah juga. Tapi kalau dah berkeluarga dan beranak pinak. Mana nak cukupkan. Tak yah kira yang susah2. Sekarang yuran taska dah RM300. Kalau anak ada 3 orang dah RM900. Tinggal RM600. Bayar rumah, bil, susu, pampers. Cukup ke. Abis tu tak payah makan. Nak beli baju baru, jangan mimpilah. Kusut betul. Tapi bila mengeluh macam ni, mesti ada yang kata bersyukurlah negara kita masih aman, tak berperang macam Palestin atau Syria. Tapi bila dah dihimpit dengan tekanan hidup macam ni tak kira berperang ke? 

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Nak bayar bonus punya pasal



Start tahun depan, tarif elektrik naik lagi ke dah naik dah. Memang sakitlah. Semua benda nak naik sekarang ni. Minyak, tol, gula. Gaji tak naik2 juga. Tapi bersyukurlah, Malaysia masih aman. Macam hampeh je kan ayat tu. Semua benda nak kena jimat. Tapi nak jimat macam mana bila keperluan melebihi kemampuan. Akak ulang lagi sekali KEPERLUAN ok... bukan kehendak. Kalau kehendak bolehlah ditahan2. Kalau keperluan macam mana pulak...

posted from Bloggeroid

Sharnaaz Ahmad - Jangan Berhenti Berlakon

Korang mesti kenal dengan pelakon ni kan. Tak payah lah akak nak perkenalkan lagi. Macam-macam cerita tak best tentang Sharnaaz ni. Tapi semua tu akak tak ambil port sangat. Macam biasalah kan akak kalau dah minat dengan seseorang artis ni, akak minat bakat diorang je, bab2 kisah peribadi ni akak tak pernah ambil pusing. Asalkan diorang berlakon. nyanyi best tu semua dan ok untuk akak.
Berbalik pada si Sharnaaz ni, baru2 ni heboh kata dia nak berhenti berlakon. Dan drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' adalah drama terakhirnya.

Korang tengok tak cerita ni. Best giler Sharnaaz Ahmad dalam drama ni. Jadinya keputusan dia nak berhenti berlakon tu memang tak patut. Tapi semalam bila borak2 ngan suami akak, dia ada terbaca yang Shahnaaz ni tak jadi berhenti sebab dah dapat banyak tawaran. Hmm... oklah tu. Tapi mesti ada mulut busuk yang kata kisah Shahnaaz nak berhenti berlakon tu gimik semata-mata sebab nak tarik perhatian kan. Apapun tak kisahlah, yang penting lelaki berparut kat kening ni ada lagi untuk menghiburkan kita semuakan...
Jangan berhenti berlakon ye Sharnaaz...

Tahniah....


Comel tak anak sedara akak yang baru ni. Baru keluar malam tadi. Welcome to the world dear. Wah speaking london maklong ko ni. Tapi baby boy ni belum ada nama lagi. Ibu dengan ayahnya masih pertimbangkan nama yang terbaik untuk anak sulung mereka ni. Apapun namanya, semoga menjadi anak yang baik dan soleh. In sya Allah...

posted from Bloggeroid

Tolong Cik, Anak Saya Sesak Nafas


Korang pernah tak dengar iklan tu kat Suria.FM.
Terus terang akak cakap, kalau iklan tu keluar akak tukar channel lain.
Sebab macam tak logik sangat.
Takkan lah no telefon pun tak, alamat rumah tak tau.
Adeh...
Alasannya baru pindah.
Kalau baru pindah pun takkan sorang2 je duduk kat situ.
Tak de jiran ke.
Lepas tu tak de saudara mara ke.
Akak taulah niat keluar iklan tu nak bagi peringatan supaya lebih sedia dengan semua maklumat tu kalau berlaku kecemasan.
Tapi boleh buat yang logik sikit tak.
Kesudahan...
"Cik, Anak saya tak bernyawa"..
Boleh gitu..

11.12.13

Cantikkan tarikh hari ni.
Semua orang pakat nak cipta sejarah pada hari ni.
Kalau tak caya, ge tengok berapa ramai yang nak nikah hari ni kan.
Yang paling femes Cik Ta dengan Mr.Middleton lah kan.
Gempak wei.
Tengok gambar masa malam berinai pun dah gah, inikan pulak hari nikah dengan bersanding nanti kan.
Kelas Cik Ta.
Wedding of the year lah tu.
Mana taknya tajaan RM13 juta.
Perghhh...
Rezeki masing-masingkan.
Harap berkekalan hingga akhir hayat.

Oh Mak Kau Anak Aku Terbalik!!!!!

Terkejut akak dik...
Akak tengah sibuk nak semak aset sekarang ni.
Jadinya segala bilik dalam office ni akak kena masuk nak tengok aset.
Sampailah ke bilik stor.
Masuk bilik stor memang tak pandang bawah dah.
Sebab ralit nak perhati nombor aset.
Tiba-tiba akak dengar suara.
Apa lagi...
"Oh mak kau, anak aku terbalik"
Haaa
Dasyat kan...
Rupanya ada orang lain tengah dok bersantai2 dalam bilik stor tu.
Haihhh....

Banjir Termenung

Di Temerloh ni, keadaan cuaca dah bertambah baik. Dah tiga hari tak hujan. Cuma malam tadi hujan kejap. Tapi pagi ni makin cerah. Tapi yang merunsingkan penduduk kat sini, air yang surut lagi. Istilah orang sini menggelarkan sebagai banjir termenung. Air hanya paras tu je. Kat tempat yang berhampiran dengan rumah akak ni, yang paling ketara di SK Tanjung Lalang. Paras air masih di separuh kelas tingkat bawah. Camtu juga dengan kampung yang berhampiran. Haihh.. tak dapat bayangkan kalau rumah akak juga ditenggelami air. Ibarat seperti perlu mulakan hidup kembali. Tu pun kalau ada simpanan.


posted from Bloggeroid

Banjir Oh Banjir



Haiii... bila lah hujan nak berhenti ni.
Semalam cerah sikit, tapi hari ni hujan dari pagi.
Kejap lebat, kejap gerimis je.
Kat Temerloh ni dah banyak tempat yang dah dinaiki air.
Akak harap sangat rumah akak tak kena banjir.
Memanglah rumah akak jauh dari sungai, tapi ada paya dekat kawasan rumah akak tu.
Tadi jalan-jalan tengok air sungai, rupanya dah ada jalan yang ditutup.
Sesiapa yang datang dari Triang memang tak boleh masuk Temerloh sebab air sungai dah melimpah kat Kampung Pangsenam.
Kalau camtu kalau akak nak balik Bahau memang tak boleh lalu situ lah.
Haihh.... Minta-minta semuanya segera berakhir.
Kesian pada mangsa2 banjir yang termasuk  kawan-kawan akak yang duduk kat Kuantan nun.

Libresse dan Pusat Pungutan Zakat


Terima kasih sebab sudi menari-nari di blog picisan akak ni.
hehehe...
sikit ke banyak ke, rezeki tu...
rezeki jangan ditolak.... kannnn


Suami Ku Dot Dot Dot

Sejak kebelakangan ni dah jadi trend tajuk drama atau novel pasal SuamiKu...
Gambar kat bawah ni baru sikit, cer korang pergi google sendiri tentang SUAMIKU ni, berlambak wei..
Haihhh...
Dah macam tak da idea lain kan.
Pastu jalan cerita hampir sama, kahwin paksa, mula2 benci, lepas tu cinta macam orang gila bayang.

Hmmm.... entah lah ye.
Sungguh pun macam tu, semua karya2 tu ada pengikutnya sendiri. Kannnn...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff