my nuff

Gaji RM1500 sebulan cukup ke?

Cuti sekolah dah nak habis. Bermakna bermulalah perbelanjaan kembali kasar. Baju sekolah anak-anak pun belum beli lagi. Belum lagi duit buku dan yuran PIBG. Yang sedia ada setiap bulan memang dah kena tanggung, duit susu, pampers, taska, minyak kereta. Pening wei. Yang tu tak kira lagi bil2 utiliti yang makin hari makin naik. Semua tu kena ambil kira juga. Kadang kala terfikir juga bagi mereka yang kerja tapi pendapatan kurang dari RM1500. Macam mana diorang nak hidup. Kalau hidup sendiri tahanlah juga. Tapi kalau dah berkeluarga dan beranak pinak. Mana nak cukupkan. Tak yah kira yang susah2. Sekarang yuran taska dah RM300. Kalau anak ada 3 orang dah RM900. Tinggal RM600. Bayar rumah, bil, susu, pampers. Cukup ke. Abis tu tak payah makan. Nak beli baju baru, jangan mimpilah. Kusut betul. Tapi bila mengeluh macam ni, mesti ada yang kata bersyukurlah negara kita masih aman, tak berperang macam Palestin atau Syria. Tapi bila dah dihimpit dengan tekanan hidup macam ni tak kira berperang ke? 

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff