my nuff

Faiz!!!!!!!.Grrrrrrrr.........

Tadi Ain ada citer kat SINI yang Ain nak tunggu Faiz kat depan pagar sekolah je. Ain tunggu. Tapi Faiz tak muncul-mucul juga. Ishhhh.... Manalah budak ni.. Takkan dia tunggu Ain kat kelas plak. Nak tak nak... Ain ge lah ke kelas. Tau tak Faiz ada kat mana? Dia bukan tunggu Ain kat kelas, tapi dia boleh leka tengok tukang kebun sekolah tu bersih kan kolam ikan. Faiz!!!!!!!!!!!!..... Grrrrr.... Geramnya...
Ain cuit dia dari belakang. Dia toleh. Dia boleh sengih je... "Jap mama, saya nak tengok ikan jap." Huhuhu sabar je lah kan...
Heran tul dengan budak sekarang, bleh plak macam tu. Ain ingat masa Ain sekolah dulu, bila sampai asa balik punyak lah tak sabar nak balik. Yang Faiz pulak boleh leka je. Faiz... Faiz..

Malam Tahun Baru - Buat Apa

Malam tahun baru ari tu korang buat apa? Ada yang ge tengok bunga api ke. Ain macam biasa lah, duk rumah je. Tak minat nak pergi tempat yang ramai orang macam tu. Tapi malam tu ada tugas yang menanti. Ain kena balut buku sekolah Faiz. Hmmm... jenuh gak nak taip semua tu.

Kena balut buku kerja

Buku Tulis sekali



Yes, siap juga akhirnya. Tapi dah kul bape ni.... Haaaaa kul 3 pagi!!!!

Lepaskan Aje

Hari ni hari kedua Faiz ke sekolah. Kali ni Ain hanya hantar dia hingga pintu pagar sekolah aje.
Ain turunkan dia di situ, dan tunggu hingga Faiz masuk ke kawasan sekolah.
Mulai hari ni dan hari-hari selepas ni begitu kaedahnya. Dan balik tengah hari nanti Ain hanya tunggu di depan pagar sekolah aje. Tidak lagi di depan pintu kelas macam semalam.
Faiz merungut juga kenapa semalam waktu rehat Ain tak ada sekali teman kan dia beli makanan. Dia kata ada ibu bapa yang teman anak diorang makan. Hmmm... Walaupun ada sikit rasa sedih kat situ, tapi Ain tabahkan hati.
"Mama tak temankan Faiz beli makanan sebab mama tau Faiz pandai beli makanan sendiri. Faizkan dah besar."
Ada senyuman kebanggaan di wajahnya.



BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff